
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA. Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah, yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Munkar dan Nankir, maka janganlah berasa gentar dan takut. Janganlah kamu berduka cita dan risau serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA bahawasanya Mungkar dan Nankir itu hamba Allah Ta’ala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Ta’ala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
- Siapakah Tuhan kamu?
- Siapakah Nabi kamu?
- Apakah agama kamu?
- Apakah kiblat kamu?
- Siapakah saudara kamu?
- Apakah pegangan iktikad kamu?
- Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah. Biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
- Allah Ta’ala Tuhanku.
- Muhammad Nabiku.
- Islam agamaku.
- Baitullah itu kiblatku.
- Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudara aku.
- Kitab suci Al-Quran ikutanku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
- Dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap, “La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu. Inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh sehingga sampai satu masa kelak. Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Bahawasanya mati ini adalah benar. Soalan malaikat Munkar dan Nankir di dalam kubur ini adalah benar. Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar. Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar. Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar. Minum di kolam air Nabi adalah benar. Ada Syurga dan Neraka adalah benar. Bahawasanya Hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal pada kamu di sisi Allah Ta’ala. Semoga Tuhan akan memberi kesejahteraan kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta’ala menjinakkan hati kamu yang liar dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
“Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izzati amma ya sifun wassalum alalmursalin walhamdulillahi rabbil alamin”.
Setiap yang bernafas, pasti akan merasai mati – “Kullu nafsin zaa iqatul maut”.
Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” – Surah Al-A’sr
Nota: Selepas mati, seorang yang beragama Islam akan disebut namanya dan di’bin’kan kepada nama ibunya, yakni yang melahirkannya.
oh, setelah mati, akan dibinkan kepada nama ibu ek? baru tahu..tq utk info ni
x-po´s last [type] ..EGOKAH JIKA TETAP PENDIRIAN
mungkin ni hal kecik je, ramai boleh pikir. tapi aku tetap nk inform gak; jawapan 5 tertukar dengan 6.
jawapan 5 tertukar dengan 6.
kays´s last [type] ..Paul the Octopus
Mesti tak pernah nengok pengebumian ni ye masa imam baca talqin..
sy nak embed code bg video Rasulullah kat tepi blog ni tuh…
eeemmmmmm…btl! jawapan no 5 tertukar dgn no 6. lepas ni berhati2 yea. nanti org keliru! all the best!
salam,admin.
nk mintak share boleh?
saje nk kongsikan dengan org laen inf0 nih.
tq.
Silakan..
salam…khai bkn binti ke?? rse binti….sample..polan binti ibu polan..
Assalamualaikum..
mintak share boleh x? i like diz post
semoga dpt keberkatan
Bin untuk anak lelaki ,binti untuk anak perempuan.kalau anak lelaki tetap kena tulis si polan bin ibu sipolan.kalau anak perempuan polan binti ibu sipolan.
yeke Dira?? sebab baru2 ni sy ad g pengebumian..yg meninggal tu lelaki…tetapi ustaz 2 still bc binti…..
salam ziarah.. tq for sharing info..
NuNu EeRa´s last [type] ..buggy car
tak pasti, tapi setahu lah tak kira pempuan atau lelaki mati nanti tetap binti tak ada beza bin untuk ank lelaki ke binti untuk ank pempuan ke.. lelaki pempuan tetap binti juga.. wallahualam
yash´s last [type] ..Sepanyol mara ke Akhir-
terima kasih kerana menegur.. maaf, artikel ini asalnya dari blog lama saya dan saya dpt dari email yg dah terlalu lama. saja ingin kongsikan. artikel asalnya tidak menulis point2 mcm atas tu, hanya ayat yg sambung2.. maaf atas kekhilafan saya sewaktu menulis
betul apa yg dira cakap.. saya pernah hadiri banyak pengebumian dan dari pengalaman, mereka berkata begitu..
alamak…mcm mane ni…dira dgn shahirul sependapat. tp pendapat sy sama dgn yash….2 pendapat berbeza ni…emmmmmm……admin,pls…jelaskan. tq
Tq for the info….
Kopiko´s last [type] ..Doa kuYa Allah
yup selalu dengar bila lepas kebumikan..seram
aizuddin´s last [type] ..Jadual Perlawanan Piala Dunia 2010 Pusingan Akhir
Assallamualaikum……
Trima kasih kerana memberi peringatan……
YaAllah … Ya, tuhan ku ……
Ampunkanlah segala dosa ku padamu….
Hamba mu ini banyak dosa dan lemah……
tidak layak untuk ke Syurga mu…..
namun tidak juga sanggup di campakan ke Neraka mu……
Oleh itu… Ya …..Allah, ya…. tuhan ku …..
Ampunkanlah segala dosa ku.
SETIAP YG HIDUP PASTI AKAN MATI… SEMOGA KITA SENTIASA INGAT PADA ALLAH… MENGINSAFI DOSA2 YANG LALU, MENGHORMATI ORANG TUA KITA.. MALAH BUAT APA SEGALA SURUHANNYA TINGGALKAN LARANGANNYA.. SEMOGA IMAN KITA TEGUH .. AMIN YA RABBUL ALAMIN…
Astaghfirullahal’azim…
Hafriz´s last [type] ..Solat – Amanah Agung
kenape perlu binti kn MAK? ada x dalil@hadith yg membuktikn benda ni….aku pernah tanye sum1..tp jawapan xjelas la..
Sesungguhnya setiap yang bernyawa akan merasai mati…….
aNaK MaLaYsIa´s last [type] ..Jom Download -The Karate Kid 2010 R6
kalo si mati 2 anak buangan @ xtau n x knl mak bapak sejak dr lahir.. nk d bin/bintikn dengan sape ek?
em..btul gak soalan 2?
pliz sape2 yg pakar bleh jwb…
Hafriz´s last [type] ..Makna Setitis Kasih
“kenape perlu binti kn MAK? ada x dalil@hadith yg membuktikn benda ni….aku pernah tanye sum1..tp jawapan xjelas la..”
izinkan saya menjawap,
tak semua orang yang lahir sah kedudukannya.ada yang tidak tahu siapa ayahnya.tapi yang pasti,semua manusia lahir dari seorang wanita.tujuan dibacakan tahlil berbin/berbintikan nama ibu adalah bagi menutup aib si mayat.
di padang masyar nnt pon kita akan dipanggil dgn nama yg berbin/bintikan ibu kita.
jika salah,sila betulkan.andai ada tambahan,harap dpt berkongsi.
nice info….huhuhu….tp bukan senang nk jawab soalan2 2..bukan leh hafal..bl ms nya tb dengan iman dan amal kte je akan tentukan kt leh jwb dengan baik atau x…huhuhu…mudahan hdup kte smua diberkati oleh NYA….
ya Allah Kau ampukan kami….
sesungguhnya kami insan yang lalai…
Ya Allah..adakah aku msih smpat utk brtaubat..
adakah aku layak utk mengadapMu Ya Allah..
bgaimana cranya utk aku mmbersihkan hati aku yg kotor ini?
Ya Allah…Kau trimalah taubatku, wlu ia sbesar zrah skalipun..
Ya Allah…adkah aku lyak mngadapMu ..adakah msih ada wktu utkku brtaubat kpdMu…adakah kau akn mnerima taubatku wlu ia sbear zarah skali pn…Ya Allah Ya Tuhanku..Kau brsihkan hti aku dr hasad dengki..Kau jgalah pndanganku, Kau peliharalah tuturkataku..tingkah lakuku….spaya dirikus empurna dan brsih ketika mngadapMu nanti…..Aamiinnn
Peringatan untuk yg hidup untuk menghadapinya setelah mati..wallahualam
Pak Teh´s last [type] ..GAMBAR PANAS- Aksi cium Krisdayanti dan Raul Lemos
Pingback: Sarina’s Spiderblog
salam admin..bolehkah sy nk share dekat blog sy link2 tajuk di ats..???
Assalamualaikum..
Nak copy and pste kat blog saye la..
boleh x ??
ada tak mp3 bacaan talkin?
kalau ada boleh kongsi ramai2.
Ya Allah Ya Tuhanku…
trma ksh sgt2 sbb share ni blog ni kat seme org…
hope sme umat Islam xlalai dgn dunia….
MasyaAllah…
kalau yg mati kena buang & tak tahu ibunya. smpai mati aibnya ada.. wallahualam.. yg penting i love using my mother’s name after i died..
Assalamualaikum.
Bin @ bintikn dgn nama ibu lps mati krn sdh terang njelas itu mak kita.Tdk ada keraguan krn dia yg m’gandund n melahirkn kita.Tdk dgn nama bapa krn utk m’gelak keraguan krn mgkn b’laku kejadian ank t’sebut bkn dr air mani bapanya @ dia ayah angkat kita n sbgai.Yg pasti itu ibu kita.Ini utk m’hilangkn keraguan asal simati sbb itu dibin dgn nama ibu;
Sbnrnya tdk ada hadis pun yg m’gatakn perlu dibin or di binti.Talkin tu dh tak beri manfaat kpda si mati,lbh kpda m’beri peringatan kpda yg hdup..
p/s Insya Allah sy akan m’kaji dgn lbh m’dlm lg tentang hal ini.
Maaf jika ada silap n salah di atas penerangan.
mardhotillah´s last [type] ..
Saya memohon anda berikan kepada saya pendapat tentang men-talqin-kan mayat ketika diturunkan ke kubur, benarkah atau bid’ah?
Alhamdulillah.
Para ulama berbeda pendapat tentang talqin, yaitu dengan mengatakan kepada mayat: ”Wahai fulan, ingatlah ketika anda keluar dari dunia persaksian bahwa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah … sampai akhir. Telah ada atsar (berita) dari penduduk Syam akan tetapi tidak shahih. Yang benar bahwa talqin adalah bid’ah. Maka jangan dikatakan: “Wahai fulan, ingatlah apa yang engkau keluar dari dunia. Persaksian bahwa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utasan Allah. Dan sesungguhnya engkau telah rela Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai utusan serta Al-Qur’an sebagai imam. Ini tidak ada asalnya yang dapat dijadikan sandaran. Seharusnya ditinggalkan. Ini yang jadi pengangan, karena perbutan tersebut tidak ada dalilnya.
Akan tetapi ketika orang-orang sudah selesai menguburkan mayat, dianjurkan berdiri dan mendoakan memohonkan ampunan dan keteguhan bagi mayat. Inilah yang dianjurkan. Ketika orang-orang telah selesai menguburkan, hendaklah berdiri dan berdoa baginya dengan ampunan dan keteguhan.
Biasanya Nabi sallallahu’alaihi wa sallam ketika selesai mayit dikubur, beliau berdiri dan mengucapkan:
اسْتَغْفِرُوا لأَخِيكُمْ . وَسَلُوا لَهُ بِالتَّثْبِيتِ فَإِنَّهُ الآنَ يُسْأَلُ
“Mohonkan ampunan untuk saudara kalian, dan mohonkan keteghuan baginya. Karena dia sekarang ditanya.”
Inilah yang sesuai dengan sunnah.”.
Samahatus Syekh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah
Fatawa Nur Ala Ad-Darb, 2/1102
sumber : http://islamqa.info/id/ref/130521
kotak_mancis´s last [type] ..
maha baiknya Allah sudah memberitahu jwpan kpd soalan di dalam kubur,
tp ingat, kita tidak akan dapat menjawabnya dengan cara menghafalnya,
tetapi kita akan menjawab dengan amalan.
Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.
(HR At Tarmizi)
diberitakan, surah ini akan berupa separti diri kita dan akan membantu menjawap soalan didalam kubur.
wallahualam
anas´s last [type] ..
Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)
(HR At Tabrani)
anas´s last [type] ..
Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)
(HR At Tabrani)
wallahualam
anas´s last [type] ..
I have been browsing online greater than 3 hours these days, yet I never found any fascinating article like yours. It’s pretty price enough for me. In my view, if all site owners and bloggers made excellent content material as you did, the internet shall be a lot more useful than ever before.
audio haji dan umroh´s last [type] ..1