TV Islamik negara: TV Alhijrah usaha terpuji

Share

Assalamualaikum pembaca OH! Islam.

Awal tahun depan insyaAllah Malaysia akan mempunyai sebuah channel agama yang diberi nama TV Alhijrah. Mungkin bermotif yang sama dengan Astro Oasis. Satu usaha kerajaan Malaysia yang harus dipuji untuk membentuk satu channel keagamaan milik kerajaan sepenuhnya. Cuma harapan kami jangan cuba sesekali menyelitkan sesuatu bersifat politikus. Jangan disalahgunakan.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dilantik Pengerusi Alhijrah Media Corporation, peneraju operasi TV Islam pertama negara, TV Alhijrah yang dijangka memulakan siarannya awal tahun depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata Perdana Menteri bersetuju memilih Mohd Yusof kerana pengetahuan serta pengalaman luasnya dalam bidang agama.

Beliau yang juga Penasihat AlHijrah Media Corporation berkata, saluran TV Alhijrah yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Disember nanti memberi perspektif baru dalam dunia penyiaran negara selain menunjukkan komitmen kerajaan mengangkat kedudukan program Islam.

“Selain menyiarkan program yang memenuhi aspirasi rakyat, TV Alhijrah juga menjadi landasan untuk menyebarkan syiar Islam kepada penonton, termasuk melalui hiburan yang berlandaskan syariat agama,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Saluran televisyen baru yang dikhaskan untuk televisyen Islam diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, yang juga penaung Alhijrah Media Corp, 11 Jun lalu.

Ia idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu saluran televisyen Islam milik kerajaan diwujudkan sebagai wadah menjelaskan perkara berkaitan agama di negara ini dengan lebih berkesan.

Sementara itu, Mohd Yusof berkata, pelantikannya sebagai Pengerusi Alhijrah Media Corporation adalah kewajipan yang perlu untuk memenuhi harapan masyarakat terhadap televisyen Islam pertama negara.

+ Info dari @amanz | Sumber Berita Harian.

Share
Recent Related Posts

17 thoughts on “TV Islamik negara: TV Alhijrah usaha terpuji

  1. bgs la..hrp2 tercapai la hsrat tuh..lgpon yg ni krjaan punye org rmai ley tgk..mcm oasis tu kn byr dulu br dpt tgk…

  2. hiburan berlandaskan syariat agama..hmm…
    klau pkai tudung mcm CT Nurhaliza lepas x?

  3. khai n readers sume.sp ade ms n wet lbh join esq 165.mantap!!slh 1 cara untuk taqarrub ilallah(mendekatkn dr pd allah) bangsa cina india yg none muslim n x phm islam tu pn ad smpai nanges2..apth lg kite org islam.memang bergetar hati.allah maha besar.allahumma solli 3alasaidina muhammad :)

  4. bagus la mcm tuh negara lain dah ada banyak benda mcm nih
    contoh di manila tempat bob dulu lebih kurang 5-8 chanel berkaitan agama dia org …

  5. diharapkan agar kerajaan malaysia benar2 ikhlas membawa pengajaran agama islam jangan pula ambik sikit2 je contohnya seperti isu bertudung..pemakaian tudung itu adalah wajib bagi wanita islam bg aku tiada istilah islam moden..islam yg sebenar ialah islam yg diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w..
    .-= ariey´s last blog ..Recent Post widget with thumbnail untuk blogspot =-.

  6. klu sblum ni dharapkn tv9 utk channel yg bebas rncangan yng melalaikn, tp msih menayangkn rncangan yg x mngiikut syariat.. jd dgn munculnya channel bru ni, moga ia mjadi channel kegemaran pncinta islam…
    .-= OAP´s last blog ..Bila Iman Lemah =-.

  7. harap2 bnyk la ceramah agama live yg di sajikan utk menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

  8. Alhmdulilah..nmpaknya bnyak la nanti rancangan kerohanian..saya hrp dapt belajar bnyk bnda bila TV Al-Hijrah ni beropersi.P jgk intrvw pmbca berita dgn pngacara tu hr,tp x dpt..huhuuuu..xde rzki..kecewa la jgk ckt2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge