Tutup Kepala Tapi Nampak Segala

Share

Terima kasih Farah sbb hilite kan benda ni. Mmg ketara sekarang pakaian wanita islam sekarang telah di nodai oleh fesyen2 puak yahudi.

Islam ada menyebut bahawa rambut wanita itu adalah haram untuk dilihat lelaki, jadi kesalah tafsiran berlaku disini di mana kaum wanita lebih utamakan menutup rambutnya daripada anggota badan. Sebenarnya, maksud hukum Allah tu adalah “sedangkan rambut wanita yang takde nilai & sama dengan rambut lelaki tu pun haram, apa lagi bahagian2 wanita yang lain”. Tu sebenarnya maksud hukum ini.

Begitu jugalah maksud hadis nabi S.A.W yang mengatakan bahawa umatnya akhir zaman ”Berpakaian Tapi Telanjang”. Mungkin inilah yang dimaksudkan Baginda..

Marilah sama2 kita Fwd artikel ini, betulkan cara pemakaian kita, isteri2 kita dan anak2 kita.

Share
Recent Related Posts

100 thoughts on “Tutup Kepala Tapi Nampak Segala

  1. salam….manusia skrg idup ngan kelalaian dan terpedaya dgn hiasan dunia semata2…semoga umat islam sentiasa dlm linkungan rahmat Allah.. salam mujahadah..

  2. haizzzzzzzzz……….. apelah nk jadi, kalu ikutkan pakaian muslimat ni sebenarnye, seluar jeans pun haram, cuba kita tgk propaganda yahudi ni, jeans lelaki lebih longgar, tapi pabila jeans perempuan, mereka akan ketatkan, dan perempuan yg kurang maruah ni akan sengaja tunjukkan kat khalayak ramai supaya org pandang, astarghfirullahalazim….. aku ni lelaki, ade nafsu, x bleh nk tutup pandangan sentiasa, kadang2 terlepas jugak, ingatlah wanita, anda menunjukkan aurat adalah dosa yg besar tapi bagi lelaki yg melihat aurat anda adalah dosa kecil, nk ke korang dpt dosa besar percuma………..????

  3. itulaa.. bila islam hanya pada nama…

    Tak paham apa ertinya memakai tudung.
    manusia-manusia..

  4. memang la sekarangkan dunia dah nak kiamat….
    kite tengok la pada masa akan datang…

  5. eirk…..malunya…..kenapelh…..tak kan tak sedar…belakang terbukak

  6. salam ziarah. inilah antara cabaran usaha dakwah yang mencabar keimanan. terlalu banyak faktor dan sebab yang menjadikan wanita kita terjebak dengan fesyen sebegini. yang menambahkan buruknya ialah mereka bertudung. marilah kita sama-sama membaiki diri, nasihat-menasihati kerana jika sekadar melihat, perkara ini akan berterusan dan makin teruk. kasihanilah para wanita Islam yang terpedaya.
    .-= kakchik´s last blog ..Batuk – Seksanya nak sembuh =-.

  7. erm…itulah zaman sekarang..ats tutup belakang bukak..urm..speechless tgk picture diatas..

  8. Salam hormat.
    Pemandangan keji seperti ini boleh dilihat di mana-mana sahaja sekarang, dari bandar besar hinggalah ke kampung-kampung. Saya setuju dengan pendapat anda tentang hadis nabi tadi. Tq
    .-= Along´s last blog ..Berkasih Sayang =-.

  9. terima kasih buat saudara penulis yg nak berkongsi.. sy bersetuju dgn kritikan segelintir wanita bertudung.. tp masih menampak’n aurat.. apa yang saya boleh simpulkan..’mereka2′ ini masih xpaham apa itu menutup aurat..dan berkemungkinan tudung hanyalah dianggap satu fesyen semata..

    tudung bukan wajib tetapi menutup keseluruhan anggota badan kecuali muka dan kedua tapak tangan itu yang wajib..

  10. Aper yg Allah nak maksudkan melalui ayat tuh bukan lar rambut yang tak bernilai (sama dgn lelaki tuh haram) sbb kan smua kejadian Allah tuh bernilai, tp apa yg Allah nak maksudkan adalah, lelaki & pompuan diciptakan dgn keinginan yg berlainan. Kalo pompuan tgk rambut lelaki tak rasa ape2, tp lelaki tgk rambut pompuan laen perasaannya.

    Next time kalo nak sampaikan definisi ayat2 Allah please buat the correct research dulu.

    Aku rase pompuan zaman skang bertudung nak cukup syarat jor, tak pon sbb boyfren yg suruh pakai…nampak ayu gitu!

  11. astagfirullah.
    kesiannye kat depe.
    harap-harap satu hari nanti sempat bertaubat dan berubah.
    sbg da’ie, kite juge digalakkan utk menegur dan menasihati dgn cara yg berhikmah dan selamatkanlah ahli keluarge kite drp terjebak dgn pakaian sebegini.
    insyAllah.ameen.
    kalau xboleh tegur direct, tegurlah dgn doa-doa kite utk mereka.
    .-= cik dyana bahri´s last blog ..saya cintakan dia. truly. =-.

  12. yg jd tren skrg.. pakai tdung tp berlengan pendek.. tu tg byk kt tempat kite.. aku pun dah blajar2 tutup aurat dgn cara betul.. xgune gak pakai tdung tp nampak lengan, bju ketat, xtutp pggung, sluar ketat..

  13. erkkk… masz.. stuju ngn masz.. byk sgt org duk pakai lgn pendek.. ni pendek bkn kt thap siku.. tp pendek yg nmpk ketiak busuk dia.. dah laa ketat dn mampat.. rs nk ckp jer kt org tue.. baik ko bukak tudung… tak guna pon pkai tudung.. hahahaa

    sorry.. teremo.. sbb pnh laa bg nasihat baik2.. tp ingat jln ker nasihat tue? hampeh semua.. degil..
    .-= qismina´s last blog ..kelemumur menggangu anda?? =-.

  14. nape la pmpuan malyu brtudung bodoh sngat skrang?????
    bt malu kat tudung je

  15. haih…itulah…kesian bila gambar diorang dipublish macam nih dan menjadi tatapan ramai tapi dalam masa yg sama salah diorang juga
    sapa suruh pakai jeans yg jenis melondeh tu

  16. slam…
    bg sy,ni adlh pkara yg mmalukn
    sy jg pmpuan.
    sy arap pmpuan2 kt luar sane tau cmne nk ttp aurat dgn elok
    bkn stkat ttp rmbut je.
    sy pon bkn baik sgt

  17. Oi minah.. ade suar lg kecik x?? itu x cukup kecik tuh..ade x?? klu ade pakai la.. boleh org capture lg..

  18. tu lah tanda yg keempat akhir zaman …dicabut rasa malu pada kaum hawa…

  19. qismina.. aurat kite ni bkn senang nak jga.. tp tu r kan.. kalu kite tgur dkata kite berasa mcm best r konon.. sudah. tp kdg trpk gak. aku nak menegur sbb sayang kt korang. sakit beb bile azab nnti. tp aku pun masih bertatih nak belajr dan belajar hal agama. so, aku doakan korang dlm hati jer r.. ptt malaysia ni kena buat kempen menutup aurat r plak.. kempen yok solat.. baru r best..

  20. Assalamulaikum wbt. Mengikut trend ini adalah perbuatan yang sia sekiranya ia mengundang kemurkaan Allah.Bukankah Allah telah menggariskan tata cara berpakaian yang lengkap bagi setiap umatnya di dalam Al-Quran.
    Wahai wanita, alangkah cantiknya dirimu di hadapan Allah dengan tudung yang melabuh menutup sebahagian besar tubuhmu, alangkah indahnya dirimu dihiasi baju2 yang menutup segenap auratmu.
    Wahai wanita, indahnya dirimu kiranya aurat suaramu di bataskan, mahalnya nilai dirimu apabila engkau memelihara keindahan rupa parasmu hanya untuk tatapan si suami.
    Wahai wanita, ingatlah dirimu sentiasa diperhatikan Allah, di mana sahaja di atas bumi ini engkau berpijak. Janganlah kerana mencintai dunia engkau menjadi sombong kepada Allah s.w.t. Jika Allah mengkehendaki, ketika itu juga engkau diturunkan bala. Nauzubillah.

  21. bismilahirrahmanirrahim…..sy minta maaf dulu,tp sayaharap tukarlah gambar lainnnnn.

  22. salam…
    sush la skrg…
    yang tau pun tak ikut..
    ni kan pulak yang tak tau..
    if kita tegur..
    dijawabnya”cam ko suci sangat”
    tapi if dibiar la naik lemak..
    kebyakan yang jadi n buat cam ni yang belajar tinggi..
    2 la silap, ilmu agama tau solat je, sal aurat xnak ambok tau..
    if saya cakap, kalau perangai cam 2 solat tidak diterima org marah..sedangkan solat 2 menghalang dari melakukan kejahatan dan kemaksiatan…tapi orng tak leh terima…so pk2x la camner solat kita selama ni…

  23. kpd yang bg komen, nak menegur pun agak2la..jgn lak terkeluar bhs2 kesat..”bodo, xda otak segala..”. kite kan ada adab sopan..tegur biorlah bhemah..skdr ingat mengingatkan..

  24. salam….nk tya ni…leh x kalau aku copy artikel2 yg aku berkenan kt sinih,aku paste k blog aku…kire halal ek..aku ltk gak website nih…

  25. Assalamualaikum.

    Pihak moderator Oh Islam, saya pinta agar gambar tersebut di atas sama ada di blurkan atau dikeluarkan dari posting . mungkin cukup sekadar memberi bayangan dalam bentuk penulisan sahaja.

    Gambar tersebut sendiri mendedahkan aurat wanita tersebut yang mana haram dilihat oleh bukan muhrim. Adakah laman web ini juga, dari perspektif yang lain, ingin menjadi seperti golongan yang sedang dibicarakan di dalam posting ini?

    Semoga teguran ini akan membuatkan pihak moderator menjadi lebih peka dan sensitif.

    Saya bukan mahu menyinggung pihak moderator. Sekadar mahu mengingatkan. :]

    itu sahaja ingin saya utarakan. sekian.

    assalamualaikum.

  26. Assalamu’alaikum wbt

    Etika pemakaian menurut syara’ bukan syarat semata-mata. Tetapi perlu kita hayati tujuan Allah swt memerintahkan kita agar menutup aurat ( begitu juga aurat bagi lelaki ). Semua ini memberi kesan termasuklah sejauh mana solat kita dijaga. Kerana sesungguhnya solat itu mampu mencegah kita dari melakukan kemungkaran. Kita perlu selidik solat kita andai kita masih melakukan perkara-perkara yang membuatkan kita fasiq. Allah swt mengurniakan kita akal di mana akal ini mampu memandu kita untuk berfikir dengan baik dan waras. Apabila kita mengetahui hukum-hakam dosa-pahala namun kita abaikan, amatlah besar dosa kita bukan sahaja di dunia malah di SANA kelak. Kita tidak boleh mengatakan ” saya atau mereka belum mendapat hidayah”. Siapakah kita yang berkehendakkan hidayah itu datang kepada kita? Sedangkan kita hanyalah hamba. Sepatutnya kitalah yang mencari dan berusaha agar hidayah Allah swt itu ada pada kita. Allah swt tidak akan membiarkan hamba-hambaNya yang bersungguh-sungguh kepadaNya. Penghayatan itu penting. Bukan sekadar bertaqlid walhal tiada kebaikan di dalamnya. Islam itu syumul, tidak menyusahkan kita. Malah kita sebenarnya yang mencari susah dengan menjadikan Islam sebagai asbab kesusahan kita. Janganlah kita mempunyai pemikiran mengalahkan orang-orang yang jahil. Kerana sesungguhnya azab Allah swt itu pasti dan pasti ada. Sama-sama kita fikir-fikirkan.
    .-= khair_umr´s last blog ..Freemason & Illuminati – Ada Bersama Kita?!! =-.

  27. lebih baik tegur budak 2 dr capture gmbar n publish mcm ni..
    selemah2 teguran ialah menegur dalam hati n doakan la bdk ni sedar dr kesalahan die..
    Wallahua’lam.. same2 kite ingt mngingati..

  28. tudung sekadar perhiasan. Mungkin untuk yg ada masalah rambut. bukankah akhir zaman dikatakan Islam hanya pada nama..

  29. Salam…hehehehe.. trmakasih Oh Islam krana memaparkan gmbar natural cam tu. Mari la kita sama sama tegur tegur menegur.Kelakar lak agaknya sebab bnyk lagi yg haram selain tudung yg kita x sedor kita langgar. Contoh bila berbahasa, makan minum..kadang2 pun kita x ikut syaraq. Gambar tadi tu utk pendidikan x la keterlaluan. Jenerasi sekarang messtila dibentuk melalui saluran yg betul. Tesilap je lagi teruk jdinya. Plong prnah tegur..nyaris2 nak kena saman! Kita tegur ikut cara budiman dlm semua espek kehidupan. Pihak yg berwajib jlnkan tugas..kita bantu sama2 tolong sedarkan..lazim nya kita ni lalai..pagi beriman petang..dah lalai lagi
    So ini la dia tanda2 akhirul zaman..semtara ada umur kita ni kita berjuangla cara masing2.
    Thumbs up OhIslam keep up de gud work

  30. kite xpayahla pakai suar lowered kalau da tau sampai kuar lurah camtuh…
    bukan lawa pun nak tunjuk kat orang…
    lagi plak kita pkai tudung..
    pakai suar slack for women kan ade yg ok..lagipun lagi selesa..xketat…longgar je=)

  31. gambar ni xyah post xleh ke?
    cukup la sekadar describe in words je. ktorang leh paham.
    mungkin ramai yg x sensitif but still ade gak org yg sensitif ngn mende2 camni.
    kesian dak pompuan tu wpun x nmpk rupe die but habis satu internet da nmpk aurat die.
    doakanla die sedar dan insaf.

    just my opinion. :)

  32. Salam syeikh…
    Halal dan haram.. masa kini halal lebih sikit dari haram. Banyak haram dari halal. Dari pakaian , budaya adat, sehingga lah keperingkat makan minum yg ada kat dapor dirumah mahupun di restoran atau warung. So kalau kita makan bendqa haram. minum benda haram pakai benda haram mengamalkan budaya haram.. muslim mcm mana jadinya kita ni? Doa x sampai..tobat mcm mana pulak? Solat ?… HARAM…tapi haram tu memang sedap..halal tu ..beerraat. Share the thought.

  33. Nak ubah ? ..mcm mana?.. mcm mcm cara ada ! pertama sekali kenalah beristiqomah. Kedua cari kawan kawan yg nak berubah. K3 exercise kan amalan2 yg kita nak ubah. Mudah utk disenaraikan ..sukar utk dilaksanakan. Will power kita kena train dulu. Mcm mana? Try puasa. Semua espek kebaratan yg x munasabah kita hindarkan. Umpat keji..gossip makanan nafsu tu .. sedar dan kenal pasti dan mulas mula tawarkan..dah tawar.. jauhkan..dah jauh..hindarkan..dah hindar ..gerenti Tuhan bg petunjuk, pedoman dan jalan. Buat little experiment utk sendiri terhadap surah Alfatiha. Kaji tiap ayat kemudian apply. Hati2 tau sebab taksub tu pun dudk dlm department nafsu. Then riak and kalau x control balik ke square one..cuma mungkin dah tukar uniform je. Kalau dulu pakaian ketrampilan simple tipikal lelaki/perempuan melayu , tapi lpas tu berserban/jubah then tegur org tu org ni salah , kapir , munafiq la mcm virus la..ni pun salah kan.. sbaik pekerjaan ialah yg sederhana, tpi berkualiti.
    Jaga masyarakat..jgn sampai x bergaul, selalu berjinak kesurau – mesjid, kat sana lagi kuat cabaran nya..lagi naik level lgi kuat ujian nya..control tone,tune..pandai2 la kan..mulut jaga lidah jaga..kalau dulu kita main hentam je..lpas ni kita tapis dulu. Jihad ni akan develope progressly , man-man tau, kalau dia dtg express haah..! jaga lah cepat panas cepat sejuk.. set target kita.. mcm paklong bela ikan .. mula buat 30ekar woow besor..x da qualiti dah bangkrap buat kecilan..aaiii jadi pulak .. so ibadah amalan keikhlasan, mstilah dibina samada dari kecik lagi atau secara beransur2 agar tiap langakah ada kesan positifnya.
    Jika engkau memilih dunia maka Tuhan akan menyibukan engkau akan keduniaan mu yg sntiasa x mencukupi jika engkau memilih akhirat pilihla jln Rasulullah saw, sederhana.. Tuhan akan meletakan dunia dibawah kaki mu…wallahualam..
    share my thought

  34. Semua benda yg terjadi ni berpunca drp hiburan yg semakin melampau sekarang. Maka, kehidupan sosial bertambah ‘maju’. Bila di luar semua nak tunjuk pakaian siapa lg daring termasuklah yg bertudung. tak disangkal masa kita berumur 20an baru nak kenal dunia. tau nak cantik dan bergaya. Orang keliling nak ckp apa pun mcm tak dgr je. Sbb nafsu yg menguasai diri. Kalau kita guna akal fikiran dan takut dgn Allah, tak jadi mcm ni. Mak bapak bg didikan agama pun cukup rasanya. Selebihnya kita kena cari sendiri. Semoga saya pun cepat2 berubah utk yg lebih baik.

    Takut…

  35. betul laa tu.. skrg daa akhir zaman.. yg halal tetap halal.. tp yg haram pon daa jd halal.. susah nak cakap laa…

  36. assalamulikum wtb. isu yg terlalu hangat d pasaran rata2 semuanya menyalahkn kaum hawa dan mejoriti saling menuding jari sy bukanlah insan yg sempurna untuk mengukas isu ini saya juga malu jika kaum sejenis d hina d cerca seperti i2 kta HANYA MANUSIA BIASA x akn lari dari kesilapan diri sendirilah yg dpt mengubah segala persepsi ini ayuh kaum hawa kta bangkitkn kemuliaan diri kta sebg seorg muslimah islam jagn biarkn diri kta terus terusan d hina angkatlah maruah kta setinggi bintang d langit seindah ciptaan ALLAH terhadap wanita begitulah akhlak yg spatutnya kta amalkn tiada lagi pakian seksi tiada lagi tutup atas buka d bwh tiada lagi hinaan dr kaum adam kta gantikan segalanya dgn perubahan untuk mengangkat martabat muslimah islam jangan malu untuk berubah wassalam.

  37. Rasulullah s.aw bersabda: “Diantara tanda – tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan munculnya pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang..”

  38. hmm…..kalau la dia pakai baju labuh….kan selamat,,huhu…
    nauzubillah….malu….moga diri ini x lalai dr rahmatMu,,,belas kasihanMu….huhu

  39. saya rasa, mereka yang berpakaian macam ni, sebab..
    - cetek ilmu agama..
    (tak belajar ilmu agama dengan lebih lanjut..)
    - terpengaruh dengan dunia luar..
    (dengan alasan, tak up-to-date..)
    - terpengaruh dengan kawan2..
    (kawan2 memang memberi pengaruh yang besar kepada kita..)
    - lemah iman..
    (tau benda tu haram, tapi tetap buat gak..memang bangang perempuan cam tu..maaf kalau terkasar bahasa..)

    sekadar memberi komen..
    sekian.. :)
    assalamualaikum..

  40. Ni la jadinye kalo agama hanya pada IC, iman nipis cam kulit bawang, hidup selesa dalam kesesatan dan kejahilan. bila org komen/tegur maka sudah tersedia jawapan, err…saya kurang arif ttg agama, @ saya bukan ustazah, @ sekurang2nya saya bertudung. kat dunia ni anda boleh jawab mcm2 tp kat akhirat nnt cubalah jawab cam tu depan Allah. Ada berani?

  41. Assalamu alaikum warahmatullah.

    Berpakaian merupakan Syari’at. Tetapi oleh kerana kita menganggap berpakaian itu cuma semata-mata fesyen, itulah jadinya… Sudah terang dan jelas cara berpakaian dalam Islam akan tetapi oleh kerana anggapan tersebutlah berpakaian SEMATA-MATA fesyen, segala jenis corak dan potongan dipakai. Saya sarankan, ikut pesan Nabi SAW dalam berpakaian, pelajarilah betapa pentingnya mematuhi Suruhan Nabi SAW….

    Bagi yang beralasan ini zaman modern, zaman serba “KONON” boleh, lapangkan waktu dan bukalah minda, tepuk dada tanya IMAN apabila MEMBACA Artikel : Berpakaian Tetapi Telanjang. Akibat Mengabaikan Sunnah dan yang seperti itu.

    Sekedar Berkongsi…

    Wasallam

  42. elehhh yang nie biasa lah, aku pernah tengok muslimah tudung labuh duduk kat tangga nampak seluar dalam coz kain dalam dia pun tersingkap. Muslimah tu lak yang jenis pakai sarung tangan dan stokin kaki. Nampak spender warna puti huhu

  43. teguran ni memang membina sebab tak dinafikan ramai yg berpakaian sebegini sekarang tanpa mengira golongan anak gadis atau mak budak… tapi kalau boleh lain kali dari segi pemaparan gambar tu TOLONGlah dikemaskini…sebab memaparkan gambar wanita2 di atas secara terang kan ke menampakkan aurat dorang jugak??? Bcalah komen saudara2 di atas, bukan main lg mengutuk disebabkan gambar tu…rasanya tak elok kutuk2 ni…doakan yg berpakaian camtu berubah…pd yg anak2 muda tu, jgn kutuk berlebih2han manalah tau nanti ‘terpikat’ kat gadis berseluar ketat bertudung ala-ala yuna haa??????//? sekian… saya ikhlas nak tegur
    aeina´s last [type] ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge