Tag Archives: doa anak soleh

Kisah Nabi Sulaiman dan Pemuda yang Berbakti kepada Ibu Bapanya

Nabi Sulaiman adalah anak kepada Nabi Daud A.S. Sejak kecil lagi Nabi Sulaiman sudah pandai memberi pendapat yang adil dalam satu-satu hal. Setelah wafatnya Nabi Daud, Nabi Sulaiman membesarkan kerajaan di bawah pimpinannya. Pada suatu hari, Nabi Sulaiman mengadakan perjalanan bersama rombongannya yang terdiri daripada manusia dan jin. Tujuannya adalah untuk melihat kebesaran Allah S.W.T.

Perjalanan mereka pun tiba di tepi laut, tiba-tiba Nabi Sulaiman terpandang suatu benda yang menakjubkan di dalam laut. Dia memerintahkan pada jin Ifrit, “Wahai Ifrit, cuba kamu lihat ke dalam laut, ada suatu benda yang menakjubkan aku, oleh itu kamu bawakan ia kemari”. Jin Ifrit yang sememangnya gagah tak banyak bercakap kerana takut akan murka Nabi Sulaiman dan terus menyelam ke dasar laut, namun dia tidak berjumpa apa-apa.

Continue reading

Doa untuk Anak

Assalamualaikum WBHT.

Hari ini kami di Oh! Islam ingin berkongsi kepada pembaca semua mengenai satu artikel himpunan doa dari Ustazah Azma. Himpunan doa ini adalah doa-doa bagi memperoleh anak-anak yang soleh dan solehah. Mungkin kini ada antara pembaca yang sudah pun mempunyai anak. Jadi amal-amalkan lah.

Untuk yang masih tidak mempunyai zuriat (insyaAllah nanti ada lah rezeki) atau remaja-remaja yang masih belum berkahwin, juga boleh membaca dan hafalkan untuk panduan dan pedoman di hari mendatang. InsyaAllah.

* File di bawah adalah embed dari file yang kami upload’kan di Scribd. Kalau kurang jelas, sila view fullscreen atau download terus ke pc anda. Continue reading