Solat Istikharah

by admin on 18/10/2009

Share

Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.

- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Niat Solat Istikharah

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

Doa Solat Istikharah

“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”

Yang di bawah boleh anda baca jika mempunyai waktu kelapangan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai fadhilat Solat Istikharah ini.

###################

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Wallahualambisawab. #Oh! Islam – kami mengajak bukan menyuruh.

Rujukan:
Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin.

Share

{ 2 trackbacks }

Tweets that mention Solat Istikharah -- Topsy.com
18/10/2009 at 1:36 AM
Sol@t Istikh@r@h « mencoret untuk menging@t
31/10/2009 at 8:10 PM

{ 30 comments… read them below or add one }

1 x-po 18/10/2009 at 1:43 AM

aku nk tmbh satu kes lg blh x? hehe..bg org kapel yg bru lps clash..pstu salah sorg msh terhegeh2 lg nk tambat cinta dlu sdgkan sorg lg dh ada psgn baru..pttnya smyg istiqarah, mintak ptunjuk samaada ada jodoh ke x dgn org tu..

2 admin 18/10/2009 at 1:45 AM

minta jodoh untuk pilih mana satu yang terbaik.

3 arasis 18/10/2009 at 1:56 AM

thanks..dah lama nak cari pasal solat istikaharah ni. tapi asyik dok google benda lain ;P

sharing is caring.

4 sapitque 18/10/2009 at 4:51 AM

Alhamdulillah.. jumpe jugak cara2 nk solat istikharah.. terima kasih kepada yg sudi berkongsi.. moga Allah sahaja lah yang membalasnye.. amin!
:)

5 eiyna 18/10/2009 at 6:12 AM

thanks khai sebab dah tunaikan permintaan saya :)

6 Awe 19/10/2009 at 1:28 AM

Bila baca entry nie membuatkan saya ingat kisah saya dulu. Alhamdullilah… Dengan bersolat Istikharah saya dapat elakkan awekz dulu (Saya tak nak post komen cerita kisah buruk dia kat sini, tuhan sajalah yg tahu) dan juga nyaris2 terkena Skim Cepat Kaya…

7 ayu 20/10/2009 at 11:49 AM

salam….btul tu solat istikharah bkn utk mendapat kan jodoh je tp setiap perkara lain yg kita x pasti atau was2…jgn rs takut atau kecewa dgn keputusan yg sebenar nye hati kita nak tp bila kita dah solat sebalik nye lah jawapan nye sebab apa yg ditentukan Nye dah tertulis dan itu lah yg terbaik sebenar nye…sebab akal manusia ni sgt terbatas utk kita fikir kan…..so minta lah dgn yg lebih berkuasa….

8 hidayu hadi 30/10/2009 at 6:43 PM

solat istiharah untuk jodoh, tidak semestinya kalau kita ada dua pilihan. kalau satu pilihan juga boleh. Istiharah sama ada nak teruskan atau tidak.

- hasil daripada pengalaman diri sendiri.

wallahualam..

9 syamimi 18/11/2009 at 11:29 PM

alhamdulillah…jumpe jgk cara nak wat smbyg istikarah ni. dari dulu dh cari..thanks..moga dpt ganjaran drpd allah..

10 nady 06/12/2009 at 9:55 PM

alhamdulillah juga , jumpa web nie. sbnrnya trgerak hti nk bwt solat istikharah pas tgk cte ‘nur kasih’ kt tv3 hritue.. hehe bsyukur sungguh rsanya! terimakasih ; )

11 izan 15/12/2009 at 9:49 AM

tq coz bg maklumat pasal solat istikarah nie…dah lame rase nk buat…tp baru sekarang hati terbuka….skrg ie byk sgt nk kena buat pilihan…so, takot tersalah langkah…so, better buat solat nie…insyallah dpt petunjuk…amin…..

12 azza 17/12/2009 at 5:16 PM

emm…time kasih atas info….sy nak share citer yang pernah berlaku dalam idup saya….
semasa sy keja di syarikat swasta…sy telah apply masuk goverment tapi xdapat…kesemua kwn2 sy telah dpt mengajar di politeknik kuantan…sy sangat kecewa…dan kecewa n saya rasa marah n Xbersyukur..nape Allah x bg pd saya…kecewa sebab x dpt mengajar di kuantan dan kebetulan bakal tunang saya masa tuh tinggal di kuantan…masa tu sy fikir if saya dapat keje kat poli kuantan mesti best…
sebenarnya…saya mmg wat solat hajat dan isthikarah….tp ble sy xdapat…sy sgt sedih n xdpt terima…..sampai la ibu sy ckp..semua ada hikmah..n kawan baik saya cakap…ada sebab Allah x bagi kat saya….mungkin bekerja di politeknik kuantan bukan yang terbaik tuk saya…Allah ada hadiah yang lagi baik tuk saya….
selepas itu..sy dah dapat terima kenyataan…n sy berserah pada takdir. Saya fikir betul apa mak dan kawan saya ckp…
dan
kemudian saya semakin seronok bekerja di syarikat tersebut dan dapat ramai kawan……. dan secara tiba2 (selepas 2 bln) saya telah dapat tawaran utk mengajar di kolej komuniti… mula2 saya rasa berat nak tinggalkan syarikat saya..sebab dah happy keje kat ctu……sy memang xnak pergi….then sy terfikir…biar Allah yang decide tuk sy…xrugi sy mintak petunjuk Allah …sehari 3 kali saya wat isthikarah mintak Allah bagi petunjuk…n makin lama hati saya yang asalnya xnak pergi ke kolej komuniti semakin teringat n terbayang nk pergi ke kolej komuniti…selepas lebih kurang 2mgg sy wat isthikarah…sy pun pergi ke kolej komuniti…

setelah keje di kolej komuniti ..sgt rasa bersyukur…lebih banyak kemudahan..gaji 2 kali ganda dari dlu…..n for information…sy pun dh putus ngn bakal tunang saya…die cancelkan majlis pertunangan kami 5 hari sebelum bertunang…huuhuhu tanpa alasan… preparation dh wat….

masa tu saya terfikir…sbb tu la Allah x bg saya dapat politeknik kat kuantan…ada hikmah…. skrng sy bersyukur sangat atas apa yg Allah bg pd saya…
n skrang sy bakal berkahwin dengan staf kolej komuniti…satu ofis ngn sy… insyaAllah

13 azza 17/12/2009 at 5:19 PM

emm…time kasih atas info….sy nak share citer yang pernah berlaku dalam idup saya….
semasa sy keja di syarikat swasta…sy telah apply masuk goverment tapi xdapat…kesemua kwn2 sy telah dpt mengajar di politeknik kuantan…sy sangat kecewa…dan kecewa n saya rasa marah n Xbersyukur..nape Allah x bg pd saya…kecewa sebab x dpt mengajar di kuantan dan kebetulan bakal tunang saya masa tuh tinggal di kuantan…masa tu sy fikir if saya dapat keje kat poli kuantan mesti best…
sebenarnya…saya mmg wat solat hajat dan isthikarah….tp ble sy xdapat…sy sgt sedih n xdpt terima…..sampai la ibu sy ckp..semua ada hikmah..n kawan baik saya cakap…ada sebab Allah x bagi kat saya….mungkin bekerja di politeknik kuantan bukan yang terbaik tuk saya…Allah ada hadiah yang lagi baik tuk saya….
selepas itu..sy dah dapat terima kenyataan…n sy berserah pada takdir. Saya fikir betul apa mak dan kawan saya ckp…
dan
kemudian saya semakin seronok bekerja di syarikat tersebut dan dapat ramai kawan……. dan secara tiba2 (selepas 2 bln) saya telah dapat tawaran utk mengajar di kolej komuniti… mula2 saya rasa berat nak tinggalkan syarikat saya..sebab dah happy keje kat ctu……sy memang xnak pergi….then sy terfikir…biar Allah yang decide tuk sy…xrugi sy mintak petunjuk Allah …sehari 3 kali saya wat isthikarah mintak Allah bagi petunjuk…n makin lama hati saya yang asalnya xnak pergi ke kolej komuniti semakin teringat n terbayang nk pergi ke kolej komuniti…selepas lebih kurang 2mgg sy wat isthikarah…sy pun pergi ke kolej komuniti…
setelah keje di kolej komuniti ..sgt rasa bersyukur…lebih banyak kemudahan..gaji 2 kali ganda dari dlu…..n for information…sy pun dh putus ngn bakal tunang saya…die cancelkan majlis pertunangan kami 5 hari sebelum bertunang…huuhuhu tanpa alasan… preparation dh wat….
masa tu saya terfikir…sbb tu la Allah x bg saya dapat politeknik kat kuantan…ada hikmah…. skrng sy bersyukur sangat atas apa yg Allah bg pd saya…
n skrang sy bakal berkahwin dengan staf kolej komuniti…satu ofis ngn sy… insyaAllah

14 izryn 28/12/2009 at 10:50 PM

nak tanye 1 soalan, mcmane kalao kite da lakukan solat istikharah tu and alhamdulillah dah dpt jwpn nye melalui mimpi tetapi masih lagi berasa ragu dengan jwpn tu

15 Hzl 12/01/2010 at 2:52 PM

assalamualaikum ..

sy nk tanye satu soalan. Blh x doa selepas solat istikharah dibaca dalam bahasa melayu?.. Sbb kalau doa dalam bahasa arab, bile silap sebutan dan tajwidnya, maksudnya dah lari.. Terima kasih

16 anne 13/01/2010 at 9:20 PM

Hzl,
saya tlg jwb ye
bleh je bc dalam melayu ke
urdu ke
france ke
psl yg pnting intipati doa tu
bukan bahasenye
Allah paham sumo bahaso kek alam ni
jangan la ghisau….
bace ikut bahasa kita
baru ade feel kan?kan?

17 parpu 15/01/2010 at 4:10 AM

dah pernah buat solat istikharah..tp tk timbul2 pun..
wat pun kadang2 je..insyaallah mulai mlm ni,nk wat byk2 kali…
tk sampai ati mainkan perasaan org lain…sedangkan ati ni tk berapa suka..

18 nurhidayah abdul maram 02/02/2010 at 1:30 PM

assalamualaikum….saya kliru skg ni sama da nk plih jejeka a ataupun b….sy nk gak buat solat istikharah ni tpi sy x baper taw laa cra nk buatnya….bleh tlong sy x……plizz…..

19 ezmeer 02/04/2010 at 2:45 AM

adakah doa di atas itu harus dibaca? kalau doa lain?
kalau kita buat macam solat hajat? saya kurang mengertilah. pls n tq.

20 noraini othman 18/04/2010 at 5:09 PM

Assalmualaikum azmeer,
sy tlg jwb eh… doa tu yg terbaik dsarankan. dh dianjurkan doa tu so ikut je, x pyh pnig2 pk doa lain. Doa itu merangkumi semua aspek. Buat doa tu & nk tmbh doa lain pn bleh.
Solat hajat ialah apabila kt dah tau apa yg kt nk & nk mntk Allah makbulkan hajat@ permudahkn sesuatu urusan kita.
manakala solat istikharah : kita mntk Allah pilihkan jln yg terbaik untuk kita.

21 remaja yg sdg dewasa 29/04/2010 at 4:32 PM

sy harap plihan sy adlah plihan allah
prmudhkn la urusan ku….
doakn la smoge sy bahgia ddunia n akhirat ngan berkat-NYA
hope sy dpt U yg bgus utk diri sy pd mse kini n hadapan,,,
AMIN

22 nurazua 05/05/2010 at 6:20 PM

saya dah penah lakukan istikarah ni 3kali..n alhmdlh Allah kabul kan..saya temui dia dlm mimpi saya..tapi bila sy clash dgn dy..sy tertanya2 samaada saya yakinpd istikarah tu atau tidak..tapi saya yakin..sdgkan dy jgk dh pernah lalui pekara y sama seperti saya…kami dpt petunjukNya..tp knp harus ada perpisahan itu??

23 dahlia 06/05/2010 at 11:54 PM

Assalamualaikum,

boleh terangkan secara specific lagi tak? saya tak berapa faham lah. takut nanti tersalah buat pulak. solat ni macam solat subuh ye? ada duduk tahiyyat dan lain2?atau position kita cuma berdiri je? dan kita baca doa tu lepas selesai solat atau masa bersolat?

mintak ada orang tlg explainlah lagi sikit sbb saya betul2 perlukan bantuan.
Terima Kasih

24 syafique 30/05/2010 at 4:12 PM

salam,
sya sekarang mengalami masalah nak pilih kerja dekat atau nak pilih kerja yg jauh..yg dekat pendapatan kurang skit,tapi dkt ngan family,yg jauh bleh tahan tapi jauh ngan family dan lama diperantauan..sya akan wat solat istiharah ni..hopefully Allah akan beri ptunjuk pada sya,insyallah..

25 nora 30/05/2010 at 8:14 PM

akum…sy baru nk cube utk smbhyang istiharah ni.Doa yg dibaca ini,slps..jikalau di dlm ilmuMu bahawa urusan saya ini……..? ape kita kena bace ataupn ms ini kita bgthu mtk dgn Yang Esa ape yg kita mahukn dari smbhyang ini.. Mtk tlg bgthu detail.

terima ksih.

26 miss 01/06/2010 at 9:17 PM

wkumslm, sy tlg jwb cik nora punye ye… “jikalau di dlm ilmuMu bahawa urusan saya ini……..? yg dot2 tu adalah ape tujuan anda…cth,kalau utk jodoh..sebut la nama org yg anda niatkn tu…klu utk kerja sebut la pilihan kerja tu…..n ape2 je la, mtk Tuhan bg petunjuk

27 nurika 03/06/2010 at 1:52 AM

salam…sy nk tye klu doa tu kite bce dlm rumi bleh ke??
em..solat ni bleh wt lpas slt hajat kn?

28 azzah 18/06/2010 at 10:55 AM

nak tanya, doa solat istikharah tuh wajib ker. kalau kita tukar kepada ayat kita sndiri tak bleh ek?

29 wan coolim 23/06/2010 at 11:01 PM

assalamualaikum…….
sy xprnah nk buat smbyg nie, ntah la mgkin tkut kot he3….
tpi mlm nie ak nk buat la , sbb ak nk kna buat plihan utk msk perniagaan ni…..mmb2 ak smua da dpt hsil tp ak ja tkut2 ak kna bnda yg x spatutny trjdi , so ak nk buat solat nie …mudah2an dpt ptunjuk baik ke x business nie…..ya Allah berilah ak ptunjuk….

30 erynn 16/07/2010 at 8:08 PM

salam.,saye pelajar form 5 and sy nak tahu samada dgn wat olat istikharah nie sye dapt tau result sye or smthing like that?

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post: