Sifat-Sifat Terkutuk Yahudi

by admin on 07/06/2010

Share

ohislam-israel

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika ada sepuluh orang Yahudi beriman dengan ku, tidak akan tinggal di atas bumi seorang Yahudi pun melainkan ia memeluk Islam.” – al-Bukhari dan Ibnu ad-Dhirris

Orang-orang Yahudi adalah terkenal dengan sifat sombong, angkuh dan keras hati. Mereka tidak akan ‘pernah’ redha dengan umat Islam sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120)

Ahli agama mereka selalu menyembunyikan kebenaran seperti yang disebut dalam al-Quran maksudnya: “Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan al-Kitab mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya.. sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedangkan mereka mengetahui (salahnya perbuatan tersebut).” (al Baqarah: 146) Dengan perkataan lain, mereka menyembunyikan sifat-sifat nabi SAW yang ada dalam kitab mereka daripada pengetahuan manusia padahal mereka mengetahui akan hakikatnya. Begitu juga mereka telah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Di kalangan orang Yahudi ini ada yang pernah menyihir Nabi SAW bernama Lubaid bin al- A’som dari Bani Zuraiq.” Seorang wanita Yahudi juga pernah mengkhianati Nabi SAW dengan menghidangkan daging kambing beracun. Hingga membunuh sekalipun bukanlah perkara asing dalam sejarah umat Yahudi.

Sejak dahulu lagi bangsa Yahudi tidak pernah mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita walhal Nabi dan Rasul. Mereka akan membunuh siapa sahaja tanpa perasaan belas kasihan dan simpati. Contohnya Nabi Zakaria dan Nabi Yahya telah dibunuh oleh mereka dan mereka juga menyangka bahawa mereka telah berjaya membunuh Nabi Isa. Tetapi sebenarnya tidak. Betapa sungguh zalim dan keji sifat Bani Israel ini.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka ‘menderhaka’ dan ‘selalu menceroboh.” (al-Maidah :78)

+ Share by Sis Juliaes [source]

Share

{ 6 comments… read them below or add one }

1 Jejak Awan 07/06/2010 at 3:43 AM

takbir!!!

2 Scromix 07/06/2010 at 3:57 AM

Islam agama yang benar. Percayalah akan mng suatu hari jua.
Scromix´s last blog ..3 Permainan Kanak-Kanak Yang Semakin Dilupai My ComLuv Profile

3 aizuddin 07/06/2010 at 9:01 AM

nabi dan rasul pun sanggup dibunuh..apa lagi orang biasa
aizuddin´s last blog ..Pulau Sibu In Memory My ComLuv Profile

4 sarif hidayatullah 07/06/2010 at 11:46 AM

bodohnya,yahudi x pernah nak sedar2.

5 m_anushirwan 08/06/2010 at 3:14 PM

Thanks, Sis Juliaes..

6 rashid 11/06/2010 at 4:57 AM

AKu pun kadang-kadang pelik, site ni membincangkan pasal soal agama dan isu semasa, tapi dekat pic tu guna ayat SUCKS..tapi ntahla, elok digantikan dengan pangkah atau yang lebih sesuai…
Kebenaran tentang sifat dan sikap yahudi ni memang ramai yang tahu,melainkan yang taknak amik tahu, tapi pengaruh yahudi dalam kehidupan harian kita memang masih menebal…wallahu’alam
rashid´s last blog ..You Are What You Eat, So Don’t Eat Junk Food Anymore!!! My ComLuv Profile

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post: