INI cerita pengalaman seorang sahabat. Ia berlaku lama dahulu ketika dia masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi terkemuka di Selangor.
Setiap kali tiba Ramadan dan berkumpul untuk berbuka bersama, pasti cerita ini akan meniti di bibir rakan-rakan yang pernah tinggal sebilik dengannya.
Entahkan ujian atau gurauan alam, dua kali Ramadan di kampus tersebut, dia mengalami perkara yang sama.
Sahabat ini, biar dinamakan Aida sahaja, memang gemar mengaji al-Quran. Ada waktu terluang, pasti kitab suci itu yang akan menjadi temannya.
Menjadi amalan rutin selepas bersolat tarawih di masjid berhampiran, Aida akan meluangkan masa kira-kira sejam untuk membaca al-Quran.
Suatu malam, seperti biasa, Aida duduk di satu sudut di dalam masjid.
Sudah bertahun, semenjak semester pertama lagi, tempat itu menjadi kegemarannya.
Jauh daripada laluan orang ramai dan agak sunyi untuknya menghayati ayat-ayat suci tersebut tanpa gangguan.
Setelah beberapa minit membaca, Aida perasan ada seseorang yang duduk di belakangnya.
Dia sendiri tidak sedar sudah berapa lama wanita berbaju putih itu duduk betul-betul di belakangnya.
Tanpa mempedulikan wanita yang memakai tudung seperti wanita Arab itu, Aida meneruskan bacaan.
Apa yang pasti, wanita itu hanya menunduk setiap kali Aida mengerling ke arahnya.
Cuma, cerita Aida, dia terasa pelik kerana wanita itu mengikut bacaannya dalam nada perlahan namun masih jelas di telinga Aida.
Dibiarkan saja wanita itu begitu. Lagipun, getus hati Aida, suaranya cukup merdu. Tapi apabila ada bacaan Aida yang tidak kena, wanita itu akan menegur.
Imbas Aida, wanita itu akan membaca semula ayat yang salah tadi dan membetulkannya tetapi dalam nada tegas.
Meskipun hairan, Aida mengikut sahaja bacaan seperti yang dibetulkan oleh wanita itu.
Aida sendiri langsung tidak terasa hendak menoleh ke belakang lagi.
Setelah hampir satu jam lebih dan bacaan juzuk itu berakhir, Aida menutup al-Quran dan berpaling untuk berterima kasih pada wanita itu.
Alangkah terkejutnya dia kerana tiada sesiapa pun di belakangnya. Apa yang tinggal hanya bauan wangi di tempat duduk wanita itu.
Setahun berlalu dan Ramadan kembali. Aida masih dengan rutinnya membaca al-Quran sementelah tahun tersebut, dia mengambil beberapa subjek berkaitan pengajian dan tafsir al-Quran.
Hinggalah satu malam, dia seolah-olah dikejutkan untuk bangun bersolat malam dan bertahajud.
Mula-mula Aida menganggap ada rakan sebilik yang menarik ibu jari kaki kanan atau berbisik di telinganya agar dia bangun pada pukul 3.30 pagi.
Anggapannya meleset kerana apabila ditanya, tiada seorang pun rakan yang mengaku mengejutkan Aida.
Sejak itu, dia merupakan orang yang paling awal bangun sama ada untuk bersahur atau solat Subuh.
Ujar Aida, mahu memikirkan hantu, ia hanya berlaku pada bulan Ramadan, yang lazimnya hantu, iblis dan syaitan didakwa dibelenggu pada bulan mulia itu.
Bagi menyedapkan hati, Aida menganggap wanita yang mengaji bersamanya itu adalah jin Islam yang sama-sama mahu menghayati kalam suci itu.
Kali terakhir penulis berjumpa Aida, dia masih ditemani wanita tersebut pada waktu tertentu sepanjang bulan Ramadan.
Oleh SHANIKA ABDULLATIB | Kosmo Online
Share
kadang-kadang sekali imbas, cam seram gak kan huhu
x-po´s last [type] ..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN
ustaz aku dulu penah blajar kat al-azhar…dia tgh solat isyak.sorang2 je…tapi bila dia dh abes al-fatihah,ada ‘suara’ yg mengaminkan kat blakang.padahal takde org kat pun blakang…huhh?anggaplah jin Islam yg mengaminkan
Selingan:perkara2 ghaib wajib kita percaya
Mr Fathi´s last [type] ..Siapa mau babycall aku sekarang!!!
nice..
kalau terjadi dekat diri sendiri, takut kot T_________T seram lah jugak kan..
Subhanallah..
Ed zahid tukangambar´s last [type] ..Tutorial- Masukkan Impak Zoom dalam gambar
Banyak cite pasal jin islam ni..
ustazah aku slalu cerita
Azfarul´s last [type] ..Nasib Seorang Janda
munkin ‘wanita’ itu berniat baik. tp disbb berlainan alam. seram jgak dibuatnya
kuasa Allah, tiada siapa dapat menduga.

terasa macam seram tapi bila difikirkan balik. . .ohhhhh…paham2.
hee.
Nur Najaa^^´s last [type] ..Surat Berantai
Bab kena kejut tido aku penah alami sendiri.. tpi senyum jer..aku tdo bilik sorg, kunci plak bilik tu.. mmg aku anggap dia tu nk kejut aku la.. dia bisik kt telinga panggil nama..xde rs seram.. jst rs terima kasih sbb tlg bgn subuh… psl bacaan al-Quran adik aku mmg ade alami mcm tu..actuallly dia tu puteri bunian..setiap kali adik aku rs gelisah putri tu akan mai.. just sebagai kawan di kala susah. Putri bunian tu baca Quran mmg sedap suara
macam menakutkan je..tp 2 satu kelebihan utk dia 2…bukan sng nk dapat petunjuk cm2…huhuuh
lailie´s last [type] .. Berterawih di Kampung Jayap
“Katakanlah! (Hai Muhammad) Tiada seorang pun baik di langit maupun di bumi yang mengetahui hal-hal yang ghaib kecuali Allah, dan mereka tidak mengetahui kapan mereka dibangkitkan” (An-Naml: 65)
Farid´s last [type] ..Perkongsian Ramadhan 2
mana ada puteri bunian…Jin boleh menyerupai dgn pelbagai rupa..Jin tiada sifat.. mungkin perempuan itu adalah Jin Islam.. Jin Islam biasanya akan mendiami rumah2 Allah..
Wallahualam
salam..
hemm kisah yang menarik..
tidak mustahil..Aida seorang yang baik dan ikhlas..sebb itu ada yg membimbing dia…=)
cikgufarha´s last [type] ..Seronokkah Menjadi Seorang Yang Kaya
puteri bunian tu jin la…bula posa xde hantu setan….may be yg dtg tu adalah jin…malaikat…xperlu takut tp perlu bangga coz dgn amal baik ‘mereka’ pun suka….tiap kali baca quran pasti malaikat akan dtg cuma kita yg xnampak…dlm hadis pun ada disebut ttg perkara ni…
satu lg kalau nk supaya dikejutkan baca lima ayat terakhir dr surah al-kahfi…
aku tak pernah lagi kena hal-hal macam ni..
mrnamie´s last [type] ..Bulan Ramadhan- Hantar adik ke KLIA
ari tuh pown aku pena kene.ari tuh.aku nk sahor.tpy aku bgon dlm pukol 5.30 pagi.da lambt gila.aku trbngon.sbb aku ade dnga sore mak aku jerit2 nama aku.then bile aku da turun bawah nk sahor.aku tgok mak aku ta deq.mak aku tgah tdor lagi.tat bilik.aku pown tgah mamai.aku pegi jer lah sahor. errr.takot.
aku mahu keadaan seperti ini…
diri dilindungi di mana shj bila
Quran sentiasa bsama…
sweet´s last [type] ..Kenangan Zaman Kanak-Kanak- Mesin Jahit Jadi Kenderaan
org x tau gak.. tp ada gak time2.. waktu bangun pagi mesti perasan ada suara sebut nama org utk bgn tido.. wallahualam..
Minta diberikan sumber sokongan dari Quran dan hadis. Jadi, pembaca boleh merujuk dan belajar sendiri…
Khuatir pembaca terima tanpa selidik, lalu ada kesalahan yg tdk disengajakan..lalu diterima, dan disebar.
Terdapat pandangan bahwa tidak sahih bahawa pada waktu Rasullullah wafat, baginda sebut Ummati…ummati..ummati..
Minta diselidik..
mula-mula baca seram gak..
“Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya,namun ia bukan dari kumpulan jin,manusia dan Malaikat.
Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih”
serammmm..huhu.. tp kalau diberikan nikmat mcm tu, bersyukurnye la aku..
ibnu sabrie´s last [type] ..cerita tanpa tajuk- hanya isi jadi taruhan
aku pun penah merasa kes camni. masa dok kat asrama dulu. bulan puase. 2 malam berturut2 dgr org mengaji dalam pukul 3 pg. ..sgt jelas and merdu je bacaan dia. nak ckp kawan2 asrama, xlogik. suara dari hujung blok. hujung blok xde sape duduk.wallahualam..
dell´s last [type] ..Kenapa Aku Jarang Tgk Filem Melayu
salam…
cerita yg menarik, walaupun hmpir semua bulu roma ni brdiri..huhu
Hafriz´s last [type] ..Pencarian Sepanjang Ramadhan 3
Subhanallah..
bab kene kejut kerap kali gak jd kt aku…. memang berdiri bulu roma ni baca cerita ni…. tp ade baiknya jugak… “mereka” membantu kita semasa kita terlupa atau lalai seketika… wallahualam..
sesungguh nya allah maha kuasa….. memberi nikmat kepada hamba nya ada lah senang utk nya jd bersyukur lah atas nikmat tu….. ia kemuliaan yg tinggi dan jgn di persoal kan…….
bila kah aku akn jd seperti aida..??
tepuk dada,tya iman…
mari lah kita berdoa agak semua remaja muslim dapat menjadi seperti nya…
Aamiiiinnnn……
itu adalah roh kita sendiri
langkah beruntung nye aida…….
tajut la jgak..ngee ~
Huhu…serammmm..but ada hikmahnya kan semua kejadian:)
arnamee´s last [type] ..Sidia- Tak sekufu- tak seagama
Qarin tu..
T4mar^^Yaz´s last [type] ..