Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”
Maksudnya di sini ialah.. bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.
Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.
Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.
Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]
Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.
Source: Dakwah.Org
Share

{ 33 comments… read them below or add one }
haram ke? kena carik ustaz nak tanye.
Nerzhul´s last blog ..Ibu
hari-hari ialah hari ibu. hari-hari ialah hari bapa. buat baik dgn org tua x perlu hari tertentu. berbuat baik la setiap masa.
Ismail´s last blog ..Possession (2009)
aku tak ucap pun selamat hari ibu kat mak aku..sbb aku xpenah pun sambut..walaupun pun bgitu, bkn mksd aku xsygkan dia..aku tiap mggu blk kg, utk tgk family aku, hmpir tiap ari kol diorg..tu pun salah satu cara nk hargai mereka
x-po´s last blog ..SIFAT PENUMPANG ADALAH ANTARA PUNCA KEMALANGAN BAS EKSPRESS?
b4 ni salu celeb mothers day..bg pezen..beli kek..makan2..huhu
tp now tak dah..sebb mang xbape elok haranm kot kan..
so jux bg jek pezen..b4 hr ibu..jux untuk menghargai jasa dan pengorbanan ibu,,dats all..
aku rasa untuk elakkan kekeliruan, better kita bawak isu ni ke mufti-mufti dulu untuk dibincangkan.. aku rasa tu langkah lagi terbaik dari andaian kita semua..
Sham Hardy´s last blog ..Iklan Windows 7 Anime Version
Dalam agama Islam ni, apa yang kita buat mesti beserta dgn niat. Selagi niat kita tak bercanggah dgn syariat Islam, rasanya tak salah nak wish selamat hari ibu.
erm tak tahu nak kata ape sbb nak tunggu pendapat ulama’…
syahirul´s last blog ..Senarai anime yang hadir dalam hidupku
Klu niat kita menyambut Hari Ibu pada tanggal 9 mei mengikut wikipedia tu..,sememangnya Haram..tetapi klu niat kita menyambut hari ibu itu adalah itu meraikan insan yg bernama ibu..,adalah tidak haram..semuanya terletak pada nawaitu masing2..benda tu jadi haram apabila kita salah niat..bagi kita..,klu kita menyambut hari ibu pada hari tersebut..,dgn ikhlas untuk meraikan seorang ibu..,aku rasa kita berada di landasan yg betul..niat yg salah akan mengharamkan sesuatu yg halal..seperti contoh..,makanan yg Halal dan suci dimakan..,apabila kita was-was akan halal dan kesucian makanan tersebut,automatik makanan itu haram dimakan sbb nawaitu was2 itu..bagi aku la..,hari2 adalah hari ibu,tapi kemuncaknya adalah pada 9 mei,..klu dihati anda mengatakan menyambut hari ibu adalah haram(mengikut wikipedia)..,maka akan haram lah apabila anda menyambutnya..penulisan aku disini adalah pendapat peribadi aku sahaja..,jikalau ada kesalahan,minta diperbetulkan..tiada manusia yg sempurna,dan tiada manusia yg tidak melakukan kesalahan..Wassalam.
Nasrulz´s last blog ..Photo mengiurkan..??kih kih kih
Sangat setuju dengan Amir. Kalau Hari Valentine, kita nak haramkan sambutannya, takpe la lagi sebab memang kalau kekasih berkasih-kasihan over tu sape-sape pun naik jelik. Tapi this is Mother’s Day. Kenapa perlu dipolemikkan?
Rasanya, kalau niat kita utk meghargai and to be the day we express our utmost love kat parents, aku tak rasa ianya tak perlu disambut. Memang la, nak buat baik dengan parents, tiap2 hari pon kena, But at least biar la ada satu hari yg khusus untuk parents ni. So that diorang tau yg diorang diraikan.
Just my 2 cents la.
nurfaiz shaidan´s last blog ..Sebebas manakah Zon Bebas?
aku celeb besday aku je… XD
Pisyek´s last blog ..13 Perisian Wajib Pasang
I’d say that that this is a pep-talk. I dont know why, I just feel so
Hari-hari sayang kat mak ayah memang betul
Dan bagi aku xde keburukan ape pon kalo sambut hari ibu. Ape yg orang bukan Islam akan dapat? Duit? Pahala? Tidak.
Fikir pulak apa yang mak dapat? Mak akan dapat kasih sayang berpanjangan dari kita
It is 1 VS 0
I choose 1
ARC™ ´s last blog ..Memperingati 13Mei
btw, anyone can write on Wikipedia. i have written some articles myself.
u should know that
ARC™´s last blog ..Memperingati 13Mei
lau hari ibu haram….
hari bapa lak cmna????
assalamualaikum…
kalau pasal valentine,april fool mmg x ptt ikut…n rmai dah x smbut skang…
tp klu ttg hr ibu kiranya xda mslh..
kita muslim xspt org barat…mreka jrg meletak ibubapa d tmpt trtinggi mcm kita..cthnya,bg mreka sgguh x best klu duk dgn mak ayah bila da kawen….
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
klu kataxx perlu smbt hr ibu sbb sepatutnya ibu msti dihargai hari2, mgkin x tepat utk org kita…
sbb majoriti muslim kta mmg syg ibu…lyn baik stiap hari…cuma hr ibu ni sj utk pghargaan lbh…sbb xkan kta nak beli hadiah best kat mak stiap hari…
klu kta g brcuti mn2 pon,msti bli apa2 pd mak…sm juga…bkn slalu…
hari ibu utk mnjadikan lbh istimewa…tu sj…
x kena juga klu suma bnda kta nak haramkan smata2 sbb barat yg etuskan…tgk gak keadaannya…
penjelasan yang bernas,tepat dan lengkap stonez145
tak salah celebrate hari ibu,coz hari camni jer kita dapat tunjukan kasih sayang yang lebih, tak bermaksud pada hari kebiasaan nya kita x boleh menunjukan kasih sayang terhadap ibu..cuma hari ni special sikit untuk ibu2, lagipun event ni cuma sekali setahun..
Sebenarnya kita tak perlu tunggu hari ibu untuk menyambut ibu kita dan menggembirakan hatinya. Buatlah pada bila-bila masa atau mungkin hari-hari selagi anda mampu..
Apa maknanya kehidupan seorang anak jika setiap hari dalam kehidupannya tanpa ada rasa kasih dan sayangnya pada ibu bapa di dalam hati. Cintailah Allah, Kasihkan Rasul dan sayangilah kedua ibu bapa
albukhary´s last blog ..Jangan hidup terus dimamah dosa
Assalamu’alaikum..
Nak kongsi pendapat.
Hari Ibu yg disambut pd Minggu Ke-2 Bulan Mei, pengasasnya adalah (mendiang) Anna Jarvis. Selain utk upacara khas utk kaum2 ibu (khusus utk yg beragama Kristian-Methodist) dan smpena memperingati ibunya, ia jg adalah satu upacara khas utk Virgin Mary ttp disambut pd bulan Mac di UK.
Utk pengetahuan semua, Anna Jarvis pernah mengadakan demonstrasi utk menentang Upacara Suci mereka ini dikomersialkan demi mengaut keuntungan dr jualan Kad2, bunga2 dan lain2 yg berkaitan dgn Hari Ibu..
Sbg BEKAS penganut agama Kristian, sy faham makna Hari Ibu yg disambut pd 2nd May. Sy sendiri meminta suami dan anak2 jgn meraihkan sy pd hari tersebut. Ia seolah2 spt org Melayu Islam sejati yg xda sedara atau kaitan lgsung dgn org Kristian, tiba2 nak smbut Krismas…
Akan ttp, sy masih memberikan hadiah kpd ibu sy (masih Kristian) pd Hari Ibu dan sama2 dinner pd Christmas Eve sbg mghormati keluarga.
So.. fikir dulu sebelum nak terikut2 dgn cerita Hallmark tu…
Aku lebih suka kita tiada hari khusus untuk mengingati ibu…. Bagi mana-mana yang sambut tu lantak kau orang le.. jangan kamu anggap hari ibu itu sahaja segala kasih sayang kamu wajib ditumpahkan terhadap ibu kamu sudah… kerana kasih ibu sepanjang hayat!
muara´s last blog ..Happy Mothers Day… Mum!
Mmg sambutan hari ibu nih haram kerana sejarahnya… kita seharusnya menghormati kedua orang tua kita setiap masa.. bukan pada sesetengah hari…
sory mencela..kalau nk di ikutkan xpe kot..tpi ikut niat la..
kalau niat nk sambut hari ibu sempena dewa2 kristian sah haram la.
niat kita cuma sambut hari ibu sempena ibu yg menjaga kita ja kan?
n raya juga haram kalau di sambut secara berlebihan yg bley menyebabkan pembaziran..nie cuma perumpamaan sahaja~
Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
korang x bace ni? dah tu pegi ikot lagi….klau nk nah bagi hadiah kt mak, bagi je time bday dy or time korang dpt rezeki lebih…
tak perlu tunggu hari ibu tuk express kasing sayang dan tande peringatan pade ibu kite… bagi aku hari2 ade la hari ibu tuk aku… aku sentiase bagi hadiah yang tak ternilai tuk ibu aku…. doa untuk kesejahteraan ibuku pade setiap kali lepas solat 5 waktu sehari…
ni budaye luo sebab selain hari ibu, hari2 yang lain derang tak ingat ibu derang…
hari2 adalah hari ibu malah hari bapa jga…sbg anak jgn lpa utk mndoakan ibubapa kta…jgn lpa jga utk ambil kesempatan utk menatap wajah ayah dan bonda kte krn hnya dgn pndgn yg pnh dgn kasih syg itu kta sbg anak akan mndpt pahala…bgitu mdh Allah memberi pahala kpd hambaNya…kalo diikutkan pada hari lahir kta bkn mak yg wish and bg hadiah pd kta tp sebaliknya, krn mak kta yg bersusah payah melahirkn kta ke muka bumi Allah ini dan bleh mniggalkan comment di sini…
Bagi aku, nape perlu sambut Hari Ibu pada hari tertentu? Sedangkan kasih kita yang kita tunjuk hari2 tu lagi penting. Lagi mencerminkan diri kita. Jangan sebab malu orang tanya ‘ apa hadiah awak bagi pada Hari Ibu’ maka kita pun beria2 nak sambut hari tersebut. Itu semua propa barat- yang untung ialah pihak hotel, tokey restoran, kedai kek, kedai bunga dsbnya.
Macam juga bila kita bermaaf2an masa Hari Raya. nape tunggu raya baru minta maaf? Sebab kita nak dosa setahun terhapus dalam sehari? Supaya tak perlu minta maaf banyak2 kali? Kita ni manusia yang ego tinggi. Malu untuk mengakui kesalahan, malu untuk mengakui kelemahan…Tats Malays.
-Niat tidak menghalalkan cara…kalo memang niat baik nk meraikan ibu kita tapi hari ibu nie memang dah terang2 bukan yg disyariatkan and dipraktikkan oleh christian utk worship tuhan2 dorang tu.. lebih baek dijauhkan laa….tu yang terbaik..
DD
-Bagi aku hari2 adalah hari untuk menghargai ibu…dan menghargai bapa pon…
-Mesti time hari ibu.. baru la ramai yang terasa nak mintak maap… buat dinner utk ibu and bla bla bla…
-masa tu je kah ???
-sepatutnye hari2 kite patot berbuat baik kepada ibu bapa kita..
tak perlu specific days…itu semua nonsense…
-okay its just my opinion.. kalo salah minta diperbetulkan… and jgn melenting pulak…
niat x mghalalkn pe y hram..2 ustz aku penah ckp……………….
hari ibu tuk umi aku adlh ari lhir aku..
ank slug,ari umi aku dpt status ibu..
herm
ati2 kalo b’cite. ni bab akidah.
Hari2 adalah hari buat ayah dan ibu kerana kita selitkan nama mereka di dalam doa kita 5kali sehari. Kenapa perlu dirai pada 9 Mei shj? Mgkin niat bwk erti tersendiri tetapi perlukah niat hanya utk meraikan ibu pada 9 Mei diamalkan sedangkan selagi kita bernafas, selagi kita bernyawa, kita perlu berterima kasih dan meraikan mereka di dalam doa setiap hari? Kalau 9Mei diraikan utk hari ibu, bagaimana pula buat mereka yg telah ketiadaan ibu?Di manakah keraian mereka terhadap ibu mereka? Di sini cuma ingin meluahkan pendapat, sambutan hari ibu tidaklah salah dan tidaklah melanggar hukum cuma ingin tekankan bhwa doa, kasih dan ingatan setiap hari itu lebih penting.
ni sume prancangan org yahudi laknatulah!! berbalik pd sabda rasullulah swt saje diorg dh berjaya mengaburi umat islam yg sambutnya….waahualam
bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]
tak salah n tak rugi la aku tak wish hari ibu…
sume nak haram..
cmtu selamat hari jadi pun haram…
hahahha..