huzaifah-1

Remaja syahid di jalan Allah

Kisah benar yang diterima kami. Untuk renungan kita bersama.
******************

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas solat Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? Sama-sama kita renungkan.

** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling. wassalam

107 thoughts on “Remaja syahid di jalan Allah”

  1. Besar nya kuasa Allah. Sblm ni shag tak pernah tgk jenazah begini rupa. Tenang.

    Moga roh di tempatkan dlm golongan yg beriman. Amin.

  2. Subhanalloh…
    Ya Allah, matikanlah aku dalam Husnul Khatimah..Amin YaRobbal ‘Alamin..

  3. subahanallah. mintak admin tukar kan istilah sembahyang kepada solat. tq. smoga anda tergolong di dalam orangorang beriman hendaknya.

  4. sememangnya arwah huzaifah memiliki akhlak yg sgt baik..
    al- fatihah buat mu sahabat, abg homeroom :(
    semoge syurga kau yg kau cari menjad milikmu…amin

  5. Xperlu la amek g photo arwah..xelok n mnyentuh sensetiviti famly arwah.cian taw.admin pn spatot nye jgn ltak gambr nie..smoga allah mltakkn arwah dkalangn owg yg mndpt gnjarn akhirat.amin

  6. subhanallah….YA ALLAH YA TUHANKU…..BAGAIMANAKAH KEADAAN KU BILA MATI NANTI…..moga rohnya dirahmati Allah…

  7. Lemas boleh berdarah ker ? kalau tengok darah macam mati kemalangan kereta atau moto.

    Sorry tanya sebab saya memang orang suka bertanya hehehehe

  8. Pernah seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah. Apakah ada amalan yang menyamai perjuangan jihad? Rasulullah menjawab, tidak ada. Lelaki itu mengulangi pertanyaannya dan Rasulullah memberikan jawapan yang sama, tidak ada. Kali ketiga lelaki itu bertanya, Rasulullah menjawab ada.. tetapi kamu tidak akan sanggup mengerjakannya. yakni.. Sebaik sahaja seseorang itu melangkah keluar untuk berjihad, hendaklah kamu mendirikan solat dengan tidak berhenti-henti, dan berpuasa dengan tidak berbuka sehingga orang yang berjihad kembali semula ke rumahnya.
    Demikianlah besarnya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.
    Wallahu’alam.

  9. alfatihah…
    sy sgt tersentuh membaca kisah ini… moga arwah ditempatkan bersama org2 y dikasihiNya…Amin..

  10. Allah Maha Besar,segala puji bagi Allah dgn banyaknya,. maha suci Allah sepanjang pagi dan ptg, aku hadapkan wajahku, bagi tuhan yang mncipta langit dan bumi dgn suasana lurus dan brserah diri dan aku bkn dr golongan musyrik. sesungguhnya, solatku ibadatku, hidupku matiku adalah untuk Allah tuhan sekalian alam. tidak ada sekutu baginya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyengutukan bagiNya. dan aku dari golongan orang Islam.
    ~doa iftitah~

  11. MasyaAllah… ramai lg org xsuka jemaah tbligh. tp aq rasa ni dah cukup utk org lain ambil iktibar. aq pun azam nak kluar 40 hari. moga2 Allah pilih aq untuk syahid dijalanNya.. moga2 seluruh ummat hari ini ambil usaha yg mirip2 dgn usaha Baginda Rasulullah SAW.

  12. kenal islam kenal la tabligh. cuma ada segelintir tabligh ja yg tepesong. wallahualam

  13. Allah Maha Kuasa…. semoga Roh Arwah ditempatkan bersama orng2 beriman… amin….

  14. itu adik sahabat ana…abgnya blajar kat Uia…inshaallah…sama2 kita brkorban di jalan Allah…

  15. surah attaubah ayat 9 yang bermaksud, orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dijalan allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnya disisi allah dan itulah orang- orang yang mendapat kemenangan….*** semoga rohnya dirahmati allah san ditempatkan bersama para syuhada… AMIN….

  16. ya allah ta tuhan ku..aku memohon pada mu..smoga kami tergolong manusia yang mati husnul khatimah..al-fatihah smoga di cucuri rahmat oleh allah s.w.t

  17. Subhanalloh…
    Ya Allah, matikanlah aku dalam Husnul Khatimah..Amin YaRobbal ‘Alamin..

  18. ~SUBHANALLAH…al-fatihah,..mga bersama para syuhada…amin..mmg mcm tgh tdo lena lah…mcm baby baru lahir…tdonya…ALLAH HUAKBAR.Syukur ada jga manusia begini akhir zaman ni..dengki tgk…kalau lh kita pon mati mcm tu..huhu….insaf2x..~

  19. Golongan yang berbuat dakwah adalah golongan yang mulia di sisi Allah S.W.T..Golongan tabligh bukan golongan yang terpesong..orang yang berkata terpesong adalah orang yang tidak faham apa yang tabligh lakukan..nak tau kena merasa apa yang mereka lakukan..walaupun bukan semua manusia terpilih untuk melakukan tabligh tapi tabligh adalah sunnah Nabi Muhammad yang beliau telah lakukan…

  20. 1 batch dgn sy 2…suka tgk dia dlm kelas..baik sgt2..sejok mata mmndg…xsgka plk Allah telah memanggilnye lbih dahulu..patut la xprnh nmpk dia masuk sem baru ni…slalunya tgk dia naik basikal pergi kuliah..berkopiah…sdih bila mengetahui pemergiannye…Al-fatihah utk Arwah..smoga beliau ditempatkn disamping org2 yg Allah kasihi..amin…

  21. maaf bro azmirulhisyam. maksud saya ada segelintir tabligh yg tepesong bila beliau pandaipandai buat hukum. sunnah sendiri. sebarkan ajaran sesat. sy just judge atas pengalaman ja. cerita tabligh tamat kat sini. nawaitu ikhlas kerana dakwah insya’allah diberi husnul khatimah. wallahualam

  22. die dulu senior aq kt yayasan selangor…..
    sedhnye…. smoge rohnya dicucuri rahmat..

  23. Salam .
    Terima kasih atas doa kalian untuk anak kami Muhammad Huzaifah. Moga Allah terima ‘amalnya &’amal kita semua. Kami secara jujur tak kesah gambar arwah dipaparkan. Mudah2an ada manfaatnya bagi yg hidup, akan mati. Menurut doktor darah keluar kerana paru2nya pecah bila air terlalu banyak memasukinya. (Ia mengembang bila air masuk. Kembang melebihi tahap maksima, lalu pecah). Bagi pihak arwah kami pohon kemaafan kpd sesiapa yang pernah bertemu dgnnya. Adat manusia pasti ada kesilapan.
    Pohon sedekah pahala bacaan Al-Fatihah
    huzazi´s last blog post ..Murni cita-citamu – MOGA ISLAM GEMILANG

  24. Subhanallah.
    semoga ALLAH merahmati beliau dengan balasan jannah, dan memberkahi kita semua dengan hidayah yang tak putus disepanjang sisa usia hingga kelak ALLAH menggariskan “Pertemuan Besar” dengan-NYA.
    Amin.

  25. salam

    admin sy mintak kebenaran nak share gambar n cerita ni ye di FB sy ye.. untuk renungan kawn2 sy yg lain.

    wassalam

  26. Subhanalloh…
    Ya Allah, matikanlah aku dalam Husnul Khatimah..Amin YaRobbal ‘Alamin..
    ~SUBHANALLAH…al-fatihah,..mga bersama para syuhada…amin..mmg mcm tgh tdo lena lah…mcm baby baru lahir…tdonya…ALLAH HUAKBAR.Syukur ada jga manusia begini akhir zaman ni..dengki tgk…kalau lh kita pon mati mcm tu..huhu….insaf2x..~

  27. Salam.di harap rohnya ditempatkan di tempat org2 yang di redhai oleh Allah S.W.T……

  28. tenang melihat raut wajah jenazah ni..
    tol cm ngah tdo..
    smoge roh beliau d’tmptkn dtmpt para2 solihin.
    amin..

  29. subhanallah,,,, arwah merupakan skulmate sye d SMKUA,sabak bernam.. takziah kpd kluarga arwah,, kami semua tahu yg arwah mmg seorang yg baik dan beriman,, bangga memiliki sahabat sepertinya,, Al-fatihah buat arwahyarham Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi,,

  30. YA ALLAH TELAH KAU TERANGI MATA HATI KAMI,
    TETAPI DENGAN BODOHNYA DAN ANGKUHNYA KAMI MENUTUPINYA DENGAN BERCAK HITAM DAN KINI ENGKAU YANG MAHA RAHMAN MEMBERI INGAT KEPADA KAMI BETAPA SYURGA ITU BENARLAH MULIA BENARLAH INDAH BENARLAH SEJAHTRA, YA ALLAH AMPUNI KAMI YANG LEMAH, KERDI NAN TAK DA KUASA APAPUN KECUALI DENGAN QUDRAT DAN IRADAT MU. YA ALLAH CURAHILAH KAMI DENGAN RAHMAT HIDAYAHMU, CURAHILAH SAUDARA KAMI DENGAN JANJI SYURGAMU, DAN SAMPAIKANLAH HADIAH FATIHA KAMI KEPADA JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD BESRTA KELUARGANYA DAN ORANG2 YANG SENANTIASA SABAR DALAM BERIMAN KEPADAMU, YA ALLAH IJABAHLAH DO’A HAMBA YANG HINA INI. AMIIN YA ROBBAL ‘ALAMIN

  31. maha suci Allah diatas segala ketentuanNya..semoga rohnya di tempatkan di kalangan para Syuhada’..insyaAllah
    Al-fatihah..

  32. subhanallah…
    arwah merupakan sahabat saya di UMT..
    sudah 3 bulan dia meninggalkan dunia ini, baru saya dapat tahu apa yang berlaku kepadanya…

    soalan saya telah dijawab.
    sejak semester baru mula saya mencari arwah, namun tidak pernah dijumpa..
    tidak sesekali pun terlintas di akal saya yang arwah telah meninggalkan dunia ini..
    saya bersyukur kerana arwah telah pernah mengajak dan membawa saya mengikut keluar berdakwah..

    namun sekarang saya hanya mampu sederkahkan ini sahaja…
    ~ al-fatihah ~

  33. ya Allah…semoga Allah menempatkan arwah dalam golongan orang2 yang beriman di akhirat kelak..amin

    moga diri ini jg mndpt hustul khatimah..

  34. Subhanallah. Tabligh lah yang akan mendekatkan manusia dengan Allah dan menyatu padukan ummat Islam. Politik hanya akan memecah belahkan ummat dengan dakyah dan fitnah. Sedarlah wahai saudaraku. Lihat lah apa yang sedang berlaku di negara kita ini.

  35. subhanallah…ya allah…besar sungguh kuasaan mu ya allah…

    semoga roh arwah di tempatkan bersama-sama org yg beriman…al fatihah….

  36. saudara, wajah jenazah tidak sepatotnya di pamerkn untuk tatapan umum.jika ada yg melihat gambar, tanpa mmbaca text telah salah tafsir perilaku si jenazah, mungkin saudara terkena tempiasnye

  37. al-fatihah………semoga kita dapat mengambil iktibar degan apa yang terjadi kepada pemuda ini….?
    jadilah seorang yang berjaya didunia dan akhirat….
    wasalam………

  38. salam..
    arwah merupakan sahabat saya di umt..arwah juga duduk serumah dgn saya dan coursemate..sememangnya arwah org yg baik akhlak nya,mulia pekertinya dan menjaga tingkahlakunya. dan arwah sendiri pernah berkata pada saya bhw beliau berharap mati syahid di jalan allah.
    al fatihah.

  39. Sesungguhnya engkau maha mengetahui dan maha pengasih Ya Allah. Tempatkan hamba Mu ini di kalangan org2 yang beriman…Amin

  40. huzaifah sekarang sudah berada di taman syurga dah….. atas mksud itu lah tuan2 bila lagi kita mau keluar ikut jejak langkahnya? insyallah jemah sempurna dari politeknik merlmau melaka 4 bln IPB 2013,doakanlah kami………. AMIN

  41. kebesaran allah tak ala…. ramai anak anak muda kita yang telah sesat jauh, jauh kan lah segala kemungkaran diatas muka bumi ini ya allah…………

  42. semoga ank2 kita pun menjadi remaja yg seperti ini sejuk perut ibu yang mengandungkan beliau

  43. Salam.
    Arwah prnh m.nshati sy utk brdkwah br’sgguh2, beliau prnah mmbwa sy utk mnziarhi kwn2nya ats mksd krna Allah(awl thn 2010). .
    sy amt t’kilan stlah m’gthui pmergian bliau.
    B’nar skali bliau seorg yg b’akhlak&b’budi pkerti.

    Takziah sy ucpkan kpd kluarga bliau, moge2 p’mrgian b’liau dirahmati Allah dan pghuni jannah. .

  44. Salam.
    Kpd Tuan Syed yang memberi komen pd 22/08/2010 at 1:14 PM. Ketahuilah & fahamilah bahawa Islam itu adalah satu cara hidup, lengkap, syumul. Tidak ada satu perkara yang terpisah dari Islam. Piagam Madinah yang dikemukakan oleh Rasulullah didalam Negara Islam Madinah adalah agenda polotik. Sahabat2 besar (termasuk Abu Bakar, Umar dan sebahagian besar 10 sahabat yang dijamin Syurga) bermesyuarat memilih khalifah waktu jasad Rasulullah masih belum disempurnakan, meninggalkan urusan kepada cuma segelintir sahabat adalah agenda politik. Itu adalah gambaran urusan politik @ negara lebih penting. Perpecahan tdk dapat dielakkkan selagi iman tidak berkompromi dgn kekufuran. Apakah tuan termakan idea Abu Jahal bahawa Rasulullah saw pemecah belah masyarakat ? Apakah tuan menganggap Umair derhaka dengan ibunya lantaran ia tidak patuh pada perintah ibunya.? dan banyak perkara lagi. Hormati usaha orang lain, sebagaimana org lain menghormati Jamaah Tabligh. Jgn terlalu ta’asub dgn kumpulan sendiri. Jamaah lain juga berperanaan mengembalikan manusia kepada Allah, celik2kan pandangan &tambahlah ilmu.

  45. Salam.
    Saya ingin tambah pandangan Muhammad Hilmi. Orang Tabligh selalu kata usaha mereka sebagai usaha Baginda saw. Itulah yang dikemukakan oleh Maulana Ilyas, Maulana Zakariya , pengasas Tabligh. Usaha menyeluruh. Baginda pemimpin negara, yang pastinya politik, pemimpin peperangan yang dalamnya ada politik, melakukan hubungan antarabangsa, itu politik. Baginda murabbi, mendidik ummat. Baginda pernah berniaga dan memberi restu kepada Abdul Rahman bin Auf berniaga (akhirnya jadi jutawan) itu adalah ekonomi. Tidak ada yang terpisah dalam kehidupan Baginda. Kpd Tuan Syed, gerangan apa Hazrat Sa’id bin Jubair rah. di bunuh syahid oleh Hajjaj sewaktu pemerintahan Abdul malik bin Marwan.? Kerana tentangan beliau terhadap pemerintah yang zalim…(sila baca kitab Tabligh ‘Fadhilat Amal’ ms.119) Bukahkah itu politik. Gerangan apa Abu Dzar diperintahkan / dihukum keluar dari Madinah sehingga wafat bersendirian di gurun ? Kerana teguran keras beliau ke atas beberapa tindakan khalifah. Bukankah itu politik.? Tak bacakah kitab Tabligh Fadhilat Amal (juga ms. 119) yang memuatkan hadith bermaksud: ” Sebaik-baik jihad ialah memperkatakan yang haq (benar) di hadapan raja yang zalim.” Bukankah itu juga termasuk politik.? Fahamilah…..

  46. Assalamualikum. disni kotakan seribu janji aku lah penyambung warisan…… itu lah petikan lagu allahyarham tan sri sudirman… mengikut kajian yang saya lakukan jika seseorang itu telah mati lebih dari dua hari wajahnya akan pucat dan tidak akan mengeluarkan darah. tetapi mengikut cerita berkenaan si arwah telah mati lemas di sabah. setelah dibedah siasat dan masa penghantaran pulang ke semenanjung akan mengambil masa paling lama pun 4 hari… jadi…. keadaan arwah memang adalah kuasa allah swt. saya seorang pekerja Hospital saya telah lakukan banyak kajian terhadap mayat2. ini lah jenazah seseorang yg mati dalam SYAHID…… semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yg teristimewa…

  47. SUBAHANALLAH…. Orang yang mati syahid, tiada balasan melainkan Syurga baginya…Kematian Arwah amat saya cemburui..

  48. SUBAHANALLAH… Orang yang mati syahid, tiada balasan, melainkan syurga baginya…Kematian Arwah amat saya cemburui, kerana Arwah syahid di Jalan ALLAH….

  49. SUBAHANALLAH….Orang yang mati syahid tiada balasan, melainkan Syurga baginya..Kematian Arwah amat saya cemburui, kerana Arwah syahid di Jalan ALLAH….

  50. insyaAllah tuan.. kita dah habiskan masa kita sebulan untuk dunia..adakah kita ni hamba dunia? semestinya kita adalah hamba Allah.. apa kata kita luangkan masa kita 3 hari sebulan untuk Allah? sedangkan baki 27hari tu untuk dunia. ni pun susah nak buat.. betapa kita x adil kepada Allah..sedangkan kita ambil oksigen Allah tiap2 detik..tapi Allah x mintak 1sen pun..

  51. Salam
    Bukankah jika kita tidur selama 8 jam, ikut sunnah dan niat kerana Allah itu juga ibadat, Esoknya kita bangun serta melakukan semua kewajipan kita & pergi kerja kerana Allah, begitu juga hal2 lainnya kerana Allah bukankan seluruh hidup kita juga atas ibadat. Kenapa seolah-olah ada pengasingan amal untuk dunia dan amal untuk akhirat? Bagaimana orang yang faham agama berfikir secara sekular ? Seakan menganut faham sekularisma ?

  52. assalamualaikum, kepada admin..satu article yang bnyk memberi pengajaran. terima kasih. tapi ada satu teguran yg perlu dinyatakan berkenaan gambar yg telah dimasukkan. diharap admin jgn lah mebiarkan gambar arwah ditatap org. ada hadith dimana rasulullah mengharamkan kita menyimpan gambar org yg telah tiada kan. betulkan saya kalau tersilap. seperkara lagi, takut akan timbul firnah atau taksub kepada arwah, dan bukan kepada Penciptanya. rasanya cerita penulis sudah memadai untuk memberi pengajaran kepada yg lain. wallah hu alam.

  53. Salam takziah kpd keluarga Allahyarham…
    bleyh x nk tnyer…knape darah keluar ek sedangkan jenazah meninggal kerana lemas??jenazah dibedah siasat jugak ke?

  54. apsal ada kotak (dlm dia :odiggsdis, tweet, share, buzz, emel) menyibuk jer kat sini.. nak baca pon susah,, dia lindung plak pasal ikut scroll.. aisssh

  55. Salam.
    Kepada yang mengguna nama sayahambaAllah (29/09/2010 at 4:27PM) & semua, menurut doktor, darah keluar kerana tisu-tisu dalaman paru-parunya pecah. Bila sesaorang lemas, air akan memasuki paru-paru. Paru-paru akan mengembang. Ia akan pecah setelah melebihi tahap maksima . (Penjelasan ini telah saya sebutkan dalam ‘comment’ diatas). Alhamdulillah arwah selamat dari dibedah siasat (yang kebiasaannya perkara yang mesti dilakukan oleh pihak berwajib dalam kes2 seumpama ini).
    huzazi´s last blog post ..Lihat &amp malulah

  56. ouhh…mcam tu…maaf lah pngetahuan sains saye kurang…
    agak2 kan boleh tak saya tak mahu org bedah siasat saya bila saya mati?possible ke?thanx 4 d answer…

  57. Salam.
    Tidak semua kematian perlu dibedah siasat. Untuk mengetahui kematian yang bagaimana yang wajib dibedah siasat, tuan boleh tanyakan pada ahlinya..
    huzazi´s last blog post ..Lihat &amp malulah

  58. Assalamualaikum semua…utk pengetahuan antum perkara ini benar krn ianya berlaku sndiri d tmpat sy…iaitu tmpt Allahyarham keluar berdakwah iaitu d pedalaman sabah(pamol estate)…lokasi lemas d sungai rancangan kokos…apabila jenazah mula tenggelam n x d jumpai.amir jemaah meminta seorg drpd jemaah utk solat hajat,Alhamdulillah jenazah hya tenggelam selama 5mnt dan tmbul apabila d selam…apabila amir jemaah bt teknik pernafasan utk mengeluarkn air dlm paru2,d dapati air yg keluar bercampur darah…itu mnunjukkn jenazah telah meninggal..yg peliknya semasa lemas Allahyarham tidak menunjuk kn reaksi spt sedang lemas meronta ronta tetapi terus tenggelam ke dlm air…MAHA SUCI N BESAR ALLAH yg telah mengaturkan segalanya…moga Allahyarham tergolong d kalangan org2 yg beriman..sy sempat bersama jemaah selama 7hr..jemaah ada keluar berdakwah d kg sy n kg2 yg terdekat…ya Allah tetapkan la kmi dalam usaha agama mu ini…jgk org2 yg blm membuat usaha ini ya Allah….amiiin…

  59. assalamualikum…kepada umat islam….mari lah….kita bersama….memilh jaln yg benar…semoga…jeemah yg menerus kan dakwaa…akn sentiasa berjalan hingga ke akhir hayat…. dan mari
    la kita bersama-sama berdoa..agar kita di turun kan hidayat..dari ALLAH S.W.T..

  60. salam…walau apapun bebanyak terima kasih kpd Admin di atas perkongsian article ini yang menimbulkan banyak keinsafan dan pengajaran. Sesungguhnya arwah seorang yang istiqamah dalam amalan dan contoh terbaik buat generasi muda hari ini. Oleh itu, ana mendoakan agar diri ini juga tidak terus lalai dengan cabaran dan dugaan duniawi. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu dari kelemahan diri sendiri

  61. wajahnya sgt tenang..semoga rohnya d tempatkn dalam golongan org2 yg beriman.. Amin..

  62. subhanallah…mnitis air mata…smoga roh dicucuri rahmat n dtmpatkan di kalangan org2 yg beriman..aameen..

  63. AL FATIAH..
    ya Allah semoga dia di terima di sisi dirimu dan di tempatkan bersama dengan orang yang beriman terdahulu dari kami.semoga diri ku juga akan dirimu ampunkan dosa2 yang telah lalu dan mati kan aku dalam keadaan orang yang beriman bersujud pada dirimu ya Allah amin..

  64. Innalillahi-wainna-ilaihi-rojiun.. Ya-Allah hidupkanlah kami dalam islam dan matikanlah kami dalam iman ( mati bukan ditempat kelahiran semasa melakukan usaha agama yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat) Amin..

  65. al-fatihah buat arwah…
    Moga di jadikan pedoman dan pengajaran di sebalik peristiwa tersebut. Alhamdulillah masih ada segelintir remaja yg berjihad di jalan Allah. Tak kisahlah melalui platform ape pun tujuan Dakwah itu di lakukan. Walau apapun, bukan mudah seseorg itu untuk memberikan MASA, TENAGA & WANG RINGGIT ke jalan Allah dan itulah yg di lakukan oleh arwah dan juga segelintir golongan melalui pergerakan TABLIGH. sekurang2nya melalui peristiwa tersebut dgn izin Allah maka org ramai akan lebih mengetahui apa itu Tabligh. InsyaAllah…ape2 pun buatlah kajian, selami dan selidiklah untuk kepastian. “don’t judge a book by it’s cover”. Yang pasti balasan SYURGA adalah benar dan pasti kpd mereka yg berjihad kerana ALLAH….

  66. orang yang biasa buat kerja dakwah ikut sunnah, kalau dia masuk parti siasah mana2 pun akan tetap kuat amalan sunnah dalam kehidupan dia. hati lembut, tak taksub dengan parti dia, kasih sayang sesama islam, sangka baik, tidak menghentam islam dengan mudah, hikmah dan tidak mengaibkan sesama islam. kalau tak belajar iman dan sunnah dan tidak pernah ikut dakwah cara sunnah, masuklah parti berjenama Islam pun, perangai sama jer dengan zionist, yahudi.. Hentam orang islm lain ikut suka hati, suka kata org lain munafik dan kafir, tak amal sunnah dalam hidup(kayu sugi yg simple tu pun takleh nak amal! yang lain jangan citer laaa..)
    Dalam hati akan ada bangga diri, perasan dialah pejuang Islam dan politik Islam. Cinta pada pangkat dan kemewahan dunia akan datang dalam hati. gila jawatan jgn citerla.. kat mata duk terbayang RM, USD dan segalanya .. Lepas tu du bandingkan diri dengan politik Islam yang diamalkan oleh para sahabat besar selepas kewafatan Nabi SAW. Tengoklah amalan, iman, akhlak diri sendiri sebelum nak bandingkan dengan para Sahabat tersebut!!! jauh panggang dari api !!! macam langit dengan bumi!!! Perasan jer lebih.. konon2 amal politik Islam sepertimana mereka RadiAllahu anhum tersebut. Piii raahhh !! pada hakikatnya, majoriti pengikut dan pemimpin parti politik siasah yg mengaku ikut sistem dan akhlak serta perjuangan Para Sahabat itu tadi, adalah pengamal sistem dan akhlak zionist dan peruntuh adab dan akhlak Islam dalam kehidupan mereka!! Dah 20 tahun lebih aku bergaul dengan orang2 ni.. di kampung aku, di perantauan dan di sini.. tak payah nak perasan laa !! ustaz2 yang mengajar di surau masjid yang menjadi penyokong parti cap Islam tu pun, tak amal sunnah Rasul dalam kehidupan mereka .. bukan lah teruk sangat, tapi suka menuding jari kpd orang lain, tidak pandai mendidik ummat dan masyarakat cara hikmat, kebanyakan hanya tau duduk dalam surau masjid, keluar fatwa dan statement hentam orang islam yang lain.. !! jangan bohong la.. ramai lagi orang boleh jadi saksi .. bukan main sedap guna mikrofon, bukan main bergaya dengan putaran hadis dan ayat quran yg tidak sedikit digunakan utk hentam orang lain, bukan mendidik secara hikmah dan kasih sayang. Bila cek dalam poket, dalam beg, dalam kereta ustaz2 ni,.. kayu sugi pun tak ada!!! Kefahaman ISlam bukan datang dengan hafaz ayat2 quran atau hadis atau doa panjang2 dalam bahasa arab.. tapi penghayatan dan kehidupan dan jiwa mencintai dan mendidik ummat secara betul dan sunnah.. !!
    Kalau anda dah berjuang cara sunnah dan hikmat dan dalam jiwa ada perasaan cinta ummat, dah berjaya buang sifat mazmumah dalam jiwa anda, lepas tu kalau lah rasa terpaksa sangat nak berjuang ikut parti siasah berjenama ISlam, maka silakanlah… InsyaAllah Allah SWT akan pelihara kamu dari perkara2 buruk seperti di atas.. kalau tidak.. maka andalah perosak agama akhir zaman walaupun di dahi anda tertulis label Islam.
    Setakat hari ini, belum ada laporan rasmi, bahawa parti siasah Islam di Malaysia ni menjadi sebab penting ramainya orang2 kafir memeluk Islam, atau orang2 Islam yang jauh dari agama dan akhlak Islam menjadi mulia dalam kehidupan mereka. Yang memang sedia baik insyaallah akan baik.. bukanlah sebab parti itu!
    Cuba lihat di luar negara. German, France, Belanda, US , Kanada, etc.. antara 4000- 6000 kafir masuk Islam setiap tahun.. adakah sebab parti Islam di tempat mereka ?? atau sebab parti Islam yang ada di Malaysia ni berjaya mengislamkan mereka?? Bagaimana pula dengan Malaysia ni. Berapa ribu dapat di Islamkan dengan adanya parti Islam?? Rakyat Malaysia lebih 15 juta adalah yang mengaku Islam, berbanding bilangan orang Islam di negara2 disebutkan tadi. Berapa ribu dapat diislam setiap tahun dari jumlah penduduk Malaysia 28 juta?? Jawab!!! Apa yang tak kena dengan kita?? Ustaz kita ramai, ada jabatan Islam, fakulti Islam, parti Islam, NGO Islam.. Apa yang tak kena dengan kita semua ni?? Cubalah siasat pula.. siapakah yang bergerak di negara2 tadi dan berjaya mengislamkan ribuan manusia setiap tahun.. adakah mereka itu pemimpin dan ahli parti siasah seperti yg ada di Malaysia ni??? Siapa mereka?? Apa yang mereka buat di sana? Bagaimana gerak kerja mereka?? Bukankah kerja utama Rasulullah dan para Sabahat Besar yang kononnya dituruti kerana politik Islam itu tadi, adalah menyeru manusia beriman kepada ALLAH dan Rasul dan melaksanakan Rukun Iman dan Islam dalam kehidupan mereka?? Mana datang parti Islam ni?? ikutan siapa?? Siapa dalang dalam sistem ini?? Cubalah buka sikit minda dan buang segala ajaran songsang dan cinta pangkat dan harta dalam diri kita ni… pendek kata cinta dunia lah… Petunjuk dari ALlah swt akan datang, Islam akan subur dalam diri kita bila kita cinta akhirat dan tidak cinta dunia. Selagi ada sekelumit cinta dunia(harta, pangkat, gelaran, wang ringgit dan jawatan serta pujian manusia) dalam diri kita , jgn harap kita nak mengaku sebagai pejuang Islam tulin dan benar2 ikut SUnnah Rasulullah SAW dan mengaku menghidupkan POLITIK ISLAM seperti komen2 di atas.. maaf atas salah silap saya. Allah swt dan Rasul saw jua yang benar.. manusia lain pastilah ada salah dan silap…

  67. al_fatihah…tOk arwAh…smOga arwah d tempat kAn d Owank2x yg brIman..smOga aQue pOwn d bRi pelUank tOk mtI SYaID..amIn…
    asSalAmMualAikum…

  68. SUBHANALLAH..! prkataan yg prtama trungkap bila kisah2 ini dibaca….smoga rohnya ditempatkan bersama-sama org2 yang soleh….

  69. assalamualaikum…just nak share dengan tuan punyer blog,allahyarham huzaifah ni kenalan saya semasa di matrik kuala nerang,sepanjang saya mengenali arwah,arwah sangat baik dan sentiasa mengikuti jemaah tabligh,saya pun ade jugak join die wat ziarah kekadang,em…xsangka jugak arwah meninggal dunia muda…tp kemungkinan arwah sedang berbahagia di dunia sana,cemburu rasanya…al fatihah untuk arwah

  70. “daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali semoga saudara huzaifah ditempatkan dikalangan orang2 yang beruntung diakhirat kelak amin yaa rabal alamin”

  71. Wasiat NABI MUHAMMAD S.A.W. MESTI BACA!!!!!

    ni adalah benar… sila baca sehingga habis… dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh…

    Assalamualaikum…… Warahmatullahi Wabarakatuh

    ini adalah surat wasiat dari penjaga makam

    Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad

    … Maeine (Saudi Arabia).

    pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di

    makam Rasulullah SAW.

    selepas membaca lalu

    hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi

    didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada

    hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal

    dunia di zaman ini tiada seorang pun yang

    matinya dalam keadaan beriman.

    (a)isteri tidak mendengar kata suami. (b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.

    (c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat

    kebajikan.

    Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu

    menyedarkan kepada orang Islam ini supaya

    membuat kebajikan, kerana hari

    penghabisan(……Qiamat) akan tiba di mana

    bintang akan terbit dari langit, sesudah itu

    matahari akan turun di atas kepala.

    PESANAN HAMBA INI

    (a) berselawat – untuk junjungan Nabi kita

    Muhammad SAW.
    (b) bertaubatlah – dengan segera sementara

    Pintu Taubat masih terbuka.

    (c) Bersembahyangla.. (d) berzakat – jangan ditinggalkan.

    (e) Menunaikan Fardhu haji – bila

    berkemampuan.

    (f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu

    bapa.
    Banyak lagi contoh-contoh orang yang

    menerima wasiat ini tetapi tidak

    mempercayainya dan tidak mengedarkannya

    atau menyampaikan kepada orang lain.

    dimana

    mereka mendapat malapetaka.

    setelah

    kejadian yang menggembirakan dan

    menyakinkan ini anda jangan lupa

    menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa

    96 jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu

    dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. INSYAALLAH.

    PERHATIAN

    setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge