Pusara kuburan yang dilarang agama

Berikut adalah Kawasan Perkuburan Islam di Singapura.

Ada lagi…

Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara kita yang yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah meninggal nanti. Tapi mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram? Baca artikel di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,

“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.

wALLAHua’lam..

Sebarkanlah walau dengan satu ayat..

+ Artikel ini telah dikeluarkan semula di Oh! Islam melalui artikel asal di Oh! Tidak.

97 thoughts on “Pusara kuburan yang dilarang agama”

  1. yg kubur ade kipas kaler fool tuh..
    nak bagi sejuk oorang kat dalam tu ke?hahha

  2. kipas tu budak-budak je cucuk tu, cucu cicit dtg melawat, nak cucuk bunga takda so cucuk je kipas, alang-alang dah bawak. takkan nak berkira dengan budak-budak. (cubabersangka baik je)

  3. dah bekurun baru skg nk keco ? asal dari dlu x sedar ?
    stiap kali pegi ke tnah pekuburan . mesti bejmpa pusara kuburun yg mcm tu . malah besepah2 . loading betol

  4. ooo… kat singapore… no wonder laa…

    kat sana apa benda pun semua nak berlumba sape hebat…

    sampai kubur pun nak berlumba sape hebat jugak… susah nak cari masyarakat besederhana kat sana…

    my relatives pun sama je la kat sana… huhu… apa benda pun nak grand… sampai orang beragama lain kat sana sebenarnya not really respect sangat dengan Islam. semoga bende2 macam ni takde menular sampai ke sini…

    wallahualam…
    aslina´s last blog post ..Aku Emo Ke Syok Sendiri

  5. ehh…. tapi sini pun ade gak kan?? cume setakat binaan marmar tu je kan… takde la sampai nak letak mcm bentuk kitab semua tu kan??

    kenape la mesti nak melebih2 kan… huhu… buat sikit2 sudah laa…

  6. korang perasan tak, ada something kat kubur gambar no. 2.. apa benda tu?? sekali tengok mcm bentuk muka orang pun ada.. pe benda yer??

  7. di ruangan ini biar lah kita ucap kan sesuatu yang boleh di jadikan pengajaran..bukan nya mengkritik umat umat islam yang berada di negara negara luar.. cermin lah diri kita sendiri sebelum berkata-kata..
    saya percaya..si empunya blog berkongsi artikel ini untuk dijadikan pengetahuan dan pengajaran kepada kita yang membacanya. bukan berniat untuk kita melemparkan kata kata menghina atau mengutuk sesama umat islam di luar malaysia…
    renung renung kan lah yea…
    saya pun tau lazer juger…..saper makan cili dia lah terasa podes nyer…………..daaaaaaaaaaaaaa

    - wanita malaysia bermastautin di singapura-

  8. bukan br sedar skrg atau dulu.. tp yg nak diingatkan supaya kite semua sedar betapa baiknye jika ada org saling ingt mengingati sesama islam …. yg bukan islam tue jgn dipedulikan… kuatkan semangat islam dlm diri kita supaya kuat mcm zaman rasulullah dulu… sehingga islam digeruni dan dihormati kerana kebaikan & perpaduan masa itu…
    Semoga kita semua menguatkan lg persaudaraan sesama islam… amin…

  9. Aira, Nauz yg berasap tu colok ler… bukannya ada benda apa pun.. len kali save pic tu dulu pastu zoom kan.. baru tau ape bendanya..

  10. tapi bagaimana dengan kubur yang dilitupi batu marmar sekeliling untuk megelakkan dari dipijak dan mudah untuk dicam??? jika kubur itu tiada batu marmar disekeliling nampak berselerak dan tidak tersusun…mcm mana tu?

  11. “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”

    Tak kiralah ape pun tujuan dan alasan untuk kubur tu disimen…
    kita kene ingat pepatah nie….’Matlamat tak menghalalkan cara’
    wallahualam…

  12. yang saye tau la,,dalam islam..kalau meninggal dunia,,cume boleh letak tande dengan menggunakan batu sungai ataupun kayu je..sebab,,bile dajjal muncul nanti,dia akan korek kubur2 orang islam dan makan mayat2 yang ade,,sebab tu dalam islam hanye dibenarkkan menanda dengan meggunakan batu n kayu je..supaya dajjal x dapat cari kuburan orang islam….

  13. terima kasih mudah mudahan jadi ajaran kita untuk hari ini dan akan datang

  14. lee menz: thanks..sbb nak zoom gmbr dia tak clear..tu yg bertanya kat sapa2 yang tau..tak da pikir entiti lain..saja bertanya nak kepastian jer…

  15. Salam…
    terima kasih atas maklumat yg diberikan…cuma saya ada kemusykilan sedikit…erm cmner nk kubur2 bg golongan berada yg terdiri drpd kerabat Raja, org2 kaya yg mendirikan kubur dgn batu marmar (mable), hiasan yg mahal2 dan seumpamanya?apakah hukumnya sekiranya mereka yg tergolong dlm golongan berada, mampu utk mendirikan kubur dgn kemampuan mereka?maaf sekadar bertanya….

  16. masa raya ari saya ader ke tmpt ni…klu tk silap saya..pusara ni di Singapore…betul tk…

    Saya ader brtnyakan kenapa ader letak yg sprt kipas (yg bulat n colourful) tu ada yg mnjawab untuk dia nmpak cantik tu sajer…atau untuk tanda yg pusara itu adalah kaum kluarganya…

    pusara disitu smua mmg cantik n bersih…kagum saya mlihatnya..

  17. kalau kita pakai marmar tu untuk maintain kebersihahan sekeliling kubur tu pon tak boleh ke…..?

  18. byk sgt yg tny klu camni ok tak. klu camtu ok tak. Kita kembali la kepada Islam. Tidak akan sesat seseorang itu bila mengikut Al-Quran dan sunnah nabi. Kalau dah di katakan haram dan tidak boleh, kita tidak boleh menghalalkan dengan apa cara sekalipun. Contohnya paling senang, jgn berzina, so apa alasan yg boleh menghalalkan perbuatan itu. Tak ada kan. So sama la dgn perkara ini. So jgn la pertikaikan hukum. Tak boleh adalah tak boleh. Harap semua faham.

  19. Sy setuju sangat dengan artikel …saya mencadangkan agar artikel ni dicetak dah diagih-agihkan disemua masjid atau surau di seluruh malaysia bagi memberi kesedaran kepada umat islam dan seharusnya ia disiarkan dalam rancangan keagaman di televisyen seperti TV 1, 2, 3 dan astro…

  20. singapura ni mmg negara jahil /laknat …no2 paling jahat menentang Islam dalam senyap …. awasi la singapura kerana orang tua kata orang singapore dgn ular …. baik pukul org singapore dlu… bukan semua orang tapi mcm presiden singapore tuh…

  21. sye stuju dgn ape yg salmi katekan 2…
    thnkz la dgn information..

    klu blh kluarkan la lg information2 yg seangkatan dgnnye..
    sye bdak baru blajar..

  22. saya sekarang rasa takut tgk saudara-saudara seIslam saya makin taksub dengan kubur…sampai nak jadi mcm amalan agama lain…setakat ni saya xjumpa (mungkin rezeki saya pon xtau la kan) hadis yang membolehkan org Islam mengagungkan kubur sedangkan dlm Islam yang penting ialah amalan kita bukan jasad…kalau kita nak sedekahkan Al-Fatihah pon boleh buat kat rumah sendiri tak payah nak meraung2 kat kubur or nak tunjuk sangat diri kita ni ingat terlampau kpd si mati sampai membina kubur mcm istana…bagi saya xelok sebab Islam xbagi kita meratapi si mati, malah ingatlah pada perjalanan kita sendiri di dunia sementara ni dan jika amalan kita cukup ke tak…subhanallah

  23. salam,
    raja arab pon xde nak tanam camtu dee..diorg tanam kat padang pasir raja diorg, habis talkin ,ilang trus kubur

  24. Pd pendapatku: sememangnya nak bermegah-megah. nak berlumba-lumba. Kalau dah disimen dan tanah lak sempit. Ada ke tempat untuk orang kemudian. Tak kan nak tumpang negara lain, tak kan lah nak dibakar atau nak dibenamkan ke dalam laut lak.

  25. betul u salmi… sebab tu kubur ayah saya hanya bertanda kayu.. arwah pesan/wasiatt jgn buat binaan sebab takut dajjal jumpa kubur dia. tapi aku sedih sebab kubur kampung kami jauh sangat dari rumah… anyway aku ziarah juga walaupun jauh…. elok betol kalau jkk masjid dapat info ini.. insayallah kita berpesan-pesan …..

  26. no komen.. kalo mampu ape salah nya.. asal kemas n bersih seperti yang dituntut Islam.. bukan nyer berlebihan pon kalo stakat letak marmar.. tak semesti nya org Islam punya kubur kna buruk2 n kubur org kafir kna elok2.. imej Islam kena dipelihara jugak..

    for my opinion.. tgk gak taraf hadith tu.. kesahihan n matan2 nyer.. jgn pkai sebar kan jer..

    kalo btol.. cam mana plak dgn maqam Rasulullh sndiri.. keluarganya n dan para sahabt.. imam bukhari punya makam pon bley kira boley tahan..

  27. Apabila kita pergi menemui ILLAHI cuma yang kita bawa , amalan yang kita buat didunia dan anak yang soleh , dan dibungkus dengan kain putih yang tak seberapa harganya , yang lain tak de … segala kemewahan itu hak ALLAH kita akan pulangkan semula pada NYA, tak perlu bermacam hiasan itu hanyalah pembaziran , cukuplah sekadar siraman air yassin yang penting bacaan yassin dan alfatihah yang ikhlas yang boleh membantu kita dialam kubur.kekadang manusia nie melakukan apa yang tak sepatutnya dilakukan sebagaimana yang dipaparkan.

  28. Apabila kita pergi menemui ILLAHI , yang kita cuma bawa adalah amalan kita didunia , debaluti kain putih yang tak seberapa harganya …jadi seperti apa yang dipaparkan adalah satu pembaziran , bacaan ayat yassin dan alfatihah yang dapat membantu kita dialam perkuburan…jadi buat apalah nak berhias2 tu akan menimbulkan riak dan bangga diri serta bermegah2 ,lain pulak jadinya .kekadang pelik manusia akhir zaman nie suka melakukan pekara yang diluar jangkaan.lebih baik kos menghias tu dibuat kenduri arwah dan bacaan tahlil atau sedekah kat mesjid lagi bagus manafaatnya.

  29. kubur ni adalah satu peringatan pada yang hidup bhawa satu masa nnti kita akan mati, itu yang pasti, kembali kepada Allah, bagi saya, perlu tkot pada kematian supaya kita bersedia n memantapkan iman kita, saya tak rasa ke kbur itu satu keseronokkan, tapi satu keinsafan,
    saya setuju dgn speckyman, kita takkan sesat apabila kita percaya pada kitab Allah dan RasulNya…

  30. org yg hidup (waris) la punya keja tu… org yg meninggal tetap meninggal,,, fikir-fikir lah… sblm buat tnya alim ulama yg adil

  31. kita sesama muslim jadikan semua sebagai teladan yang baik…buruk jadikan sempadan.kan ker baik saling ingat mengingati…al-fatihah..

  32. aku dok tgk kubur para sahabat dan nabi-nabi kat negara timur tengah dah macam bangunan jadinya… kira haram ke x? so apa tindaKan kita?

  33. Kubur kalau cantik mcm manapun ,tak guna sekiranya org dlm tu terseksa. Bekal utk si mati bukanlah kubur yg dihias cantik oleh waris2nya tetapi ..doa anak yg soleh, ilmu yg bermanfaat dan sedekah jariah..Wajib ikut sunnah Rasulullah s.a.w.

  34. islam itu tidak jumud..yang jumud adalah penganutnya yang terlalu taksub….bila hadis dan sunah rasulullah s.a.w diberikan sbg bukti kepada fakta yang ingin dinyatakan…sila nyatakan juga sumbernya yang sahih…dipetik daripada surah mana @ kitab mana diambil keterangan ini…kalau dipetik daripada surah al-quran nyatakan ayat beraopa n surah yg mana…maklumlah orang islam yang tidak mengkaji al-quran akan menurut segala kenyaataan dengan membuta tuli tanpa meneliti sma ada sahih atau tidak fakta berkenaan..bkn untuk menafikan tetapi sekadar inginkan bukti yag lebih kukuh dan kurang percaya pun ada juga kerana dapat lihat banyak kubur begini di malaysia…cantik berhias batu marmar terutama kubur alim ulama..tetapi tiada fatwa yang dikeluarkan oleh mufti yang menyatakan ianya haram…tunggu fatwa haram dikeluarkan oleh mufti dulu….jgn percaya bulat2 semua perkara kerana islam itu kan indah dan tidak jumud…..

  35. aper sudah jadi ning
    mcm kubur kristian pun ada…..
    sekali tgk kat kubur islam atau jirat cina…

  36. tahun ini bila melawat kubur ada kuburan yang telah diletak batu mamar yang menjalar besar. ada kubur yang hanya diletakkan batu atau kayu saja. dari situ saja kita boleh buat bandingan siapa yang mampu atau tidak. tapi selepas membaca artikel ini memberi satu pengajaran kepada saya.

  37. eh..gmbar no dua tu memang asap..asap tu dr mn ye..mcm npk dr kubur tu..bila di zoom npkla colok dibakar atas tu….walauweyy..kgkadang kita x leh terima adat yg kita x biasa guna..sbb bukan kebiasaan kita..apa2 pun besederhanalah

  38. bagi saya ikut niat ler..kalau nak menunjuk tu memang tak baik..tapi kalau tujuan nak mengelakkan hakisan tanah, mendap terutama kubur yang berada di lereng bukit. Saya rasa kita harus jaga supaya kubur berada dalam keadaan baik.

  39. salam

    1. Haram utk mendirikan binaan seperti hadith yg disampaikan di artikel. status hadis adalah sahih..

    2. nak jaga imej Islam bukan dengan bina kubur cantik2.tapi dengan akhlak Islam itu sendiri. (rujuk kepada komen di atas)

    3. kuburan para nabi dan para imam bukan kehendak mereka jika ada binaan, ianya org2 yg terkemudian yg melakukannya, contoh kubur nabi, tempat nabi wafat adalah dirumah dan kuburnya adalah ditempat baginda wafat. manakala rumah baginda dalam dekat masjid.jadi apabila masjid dibesarkan secara x langsung kubur berada dalam tu. manakala binaan yg dibina adalah bg menghalang para jemaah yg dtg melawat benda2 khurafat kat kubur nabi. sedangkan kat dalam tu kuburnya biasa je.

    3. pendapat imam syafie rahimullah juga berkata kubur x payah ada binaan dan hanya ditinggikan sejengkal agar air x hilangkan kubur tue. juga letak batu sebagai penanda sahaja dan bukan binaa mcm kubur yg ada di malaysia atau singapura nie.

  40. hendak lah kite menyampai kn dakwah kpd umat sesama islam…wlu dgn apa cara sekali pon……insyaAllah hidup akn d berkati oleh Allah S.W.T. kelak…

  41. pendapat sye polak,hakikat nya mmg haram disisi agama islam,dan mmg payah juga kite nk menghalang hak individu utk berbelanja dan menghias pusara msing2 sehinggakan ade yg sampai mencecah rm2ooo utk menhias pusara,tapi itu tak ape,yg penting kepuasan yg mereka dpt,dpat melihat pusara yg tersyg sentiasa bersih dan kemas. dan yg paling penting skali sentiasa berdoa kepada Allah semoga rohnya di cucuri rahmat,pusara aje cantik tpi doa utk yg tersyg tak ade nk wat ape,betul tak,,

  42. sy rase kubur xperlu la smpai nk wat cantik2 n semen bertingkat2 sbb sesuatu tu xkn kekal lame…..manusia semakin ramai kalo sume nk semen penuh la tanah dngn pusare je nti mse akn dtng xckup ruang utk pusara orng lain plk…..ikutilah sunnah nabi…..

  43. kalu hukum syarat2 dlm islam mmg di haramkan kubur bertingkat2,kalu zaman nenek moyang kite perkuburan mereka hanya berdinding kan kayu belian dan nisan kayu,tpi zaman dah berubah kini kubur umpama tugu peringatan,ade yg sampai 3 tingkat tingginye,sedangkan si mati hanya di bawah tanah,nisan polak seolah olah terpacak di atas simen bukan di atas tanah;kalu nk wat kubur biarlah sederhana dan kemas

  44. maka menangislah aruah empunya kubur tu apabila melihat rumahnya di tokok tambah secara berlebih- lebihan kan!

  45. komen tentang perkuburanl nabi rasulullah s.a.w, smmgnye saye tak setuju dgn komen2 itu,perkuburan nabi2 kite smmg nye cantik dan besar2 belaka,sbb nabi2 kite adalah persuruh Allah dan layak di hiasi di simpan di dlm tempat2 yg istimewa.,kite sebagai umat2 islam nabi rasulullah s.aw hanya mengikut ajaran islam apa yg di turun kan oleh nabi rasullullah s.a,w kepada kite sebagai umat islam, bukan nye terikut2 dgn makam rasulullah.. jgn terikut2 dgn ajaran sesat nnti menyesatkan diri,renung2 kan sambil beramal,

  46. kite hidup dlm dunia hanye skali,bila kite mati kelak kite akan di soal oleh malaikat dan di seksa didlm kubur,bagi yg banyak menbuat dosa2 pasti neraka tempatnye,bgi yg banyak menbuat amalan semasa hidup,brsembahyang,berpuasa,bersedekah,Allah ampunkan dosa2nye dan ditempatkan org2 yg beriman didlm syurga,oleh itu sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangkan,kubur yg cantik tidak akan dpat menjamin bila kite mati kelak,jika semua bekalan itu tidak di buat semasa kita msih hidup,,

  47. byk komen pasal bende ni…bg pndpat bgs tp mesti blandaskan ilmu…ingt ape yg penting tu bkn kubur,,,tp amalan kite,,dunie ni sementare….ade yg kate takut dgn kubur,,dihiaskan cntik2,,,tp ingt,,,kubur tmpat untk menginsafkan diri…

    talkin dibace bukan untk org yg pergi,,tp untuk org yg tggl,,,agar kite yg tggl ini insaf,dan melaku kan byk amalan sebgai bekalan…

    jgn pertikaikan tenteng makam nabi,,,
    dalam doa selepas azan,,,allah telah menjanjikan kedudukan yg tggi dan terpuji bg nabi muhammad S.A.W….jike kite pertikai kan ,,,sekrg renung kan semule ibadah kite…

    pernah kah kite beribdah hingge bengkak kaki..pernah kah kite berjihat demi islam…pernah kah kite sbar dengan setiap layanan kafir laknattullah seperti bginda,,,,,jwpan nye TIDAK….

    renung2kan kembali diri kite seblum berkate2….takut bukan isu untk lawa kan kubur,,kubur yg lawa bukan tiket ke syurga,,,
    “ingat lah anak2 adam,,,selepas mati semua amalan mu akan terputus kecuali 3 perkare…sedekah jariaah,ilmu yg dimanafaatkan &doa anak2 yg soleh…”….
    wallauhua’alam bisawaq…

  48. mcmana pulak dgn org yg buat bisnes nih? duit dr bisnes nih? org melayu.. org islam… ish.. ish.. ishhhh… wallahu’alam….

  49. ok setuju apa yg dcakap kan… x kn nak biar kan ayah mak kita dngan batu nisan yg buruk… x tergamak yg arif

  50. xperlu bermegaah2 nk letak marmar 2…kubur 2 boleh dijadikan panduan utk umat islam ingat mati..kalo da hadis Rasulullah,kita sbgai umat Islam x boleh pertikaikan lg..kalo hiasan atas cantik pn.yg dalam 2 t’seksa x boleh jgk..terima kasih kpd yg m’sharekan hasi ni..kepada yang telah m’bacanya jgn buat2 x tau..biar la tak berwarna-warni, tp cukup sekadar bersih dan boleh dikenali tmpet kubur 2..maaf andai ade yg terasa..

  51. Kenapa nak pening2kan kepala. SIMPLE je……………AL QURAN dan HADIS tu kan panduan kepada org islam sesuai utk smua golongan baik raja maupun org biasa tak kira zaman apa pun. IKUT je leeee x payah banyak kerenah, ALLAH maha mengetahui dan maha BIJAKSANA. SO, ” lu pikirrr ar sndr………”

  52. bagi saya hukum tetap hukum tapi demi mengikut peredaran zaman dan yang berkemampuan apa salah nya,asalkan tidak keterlaluan.lagi pun cuba bayangkan,anak2 zaman sekarang tak serupa zaman dulu2 . dulu anak2 dikilingi samak samun semuanya berani berani belaka.tidak seperti budak zaman sekarang dengan semak pun takut apa kan lagi kubur.jadi kesimpulannya kalau kubur tu nampak ceria anak cucu tak takut nak melawat,sebaliknya jika kawasan kubur tu nampak kusam dan mengerunkan jangan kata nak singgah nak lalu pun takut.sebab itu bila kita perhatikan kubu r kubur dikg jarang anak2 melawat orang tua mereka.tidak seperti kubur2 yang telah diihasi boleh dikatakan hari2 ada aje anak2 yang datang.sebab tak rasa takut….bagaimanapun ini cuma pandangan saya saja…

  53. mas,
    zaman bkn utk kita langgar hukum..zaman bkn kita utk jd kufur,
    kalau mcm tu solat pon kita bole ubah..contoh,zaman dulu org2 tua xbz,wt keje2 kg jew bersolat 5 waktu..zaman dh berubah manusia berlumba2 kejar masa&sibuk..kita tukar r..buat 2 waktu je sehari..bole kew??sbb zaman..
    apa yg awk ckap ni..??ingt,zaman bkn alasan utk kita redah jew..jgn nmpk kita kurang pengetahuan ttg agama..jgn krn zaman kita xde keredhaan Allah..
    wallah hu alam..

  54. fuhh… siap wat tangga lagi tuu…..rasa2 nya nanti kalau dah abis duit, jual kubur to pun dah bleh jadi milionaire…

  55. salam semua kawan2,

    islam adalah agama yang moderat, dan sesuatu yang kita lakukan jika diawali niat baik, maka pahala yang kita dapat, sebaliknya jika kita mulai sesuatu dengn niat untuk bermegah, menyombong, akulah yang paling kaya..sudah tentu dosa yang menanti.
    ramai waris para simati menyemen, memasang tiles atau sebagainya pada pusara simati, bukan untuk tujuan bermegah atau menunjuk nunjuk , mereka sekedar berniat agar pusara tersebut mudah dikenal dan tahan lama dibandingkan hanya memasang kayu atau papan sahaja. maklumlah, orang kita ziarah kubur setahun 2 kali.. itu pun kalau sempat.jadi kalau dah setahun baru ke kubur, apakah kita masih ingat pusara simati, atau masih berbentuk pusarakah ia???
    saya bukan lah bijak pandai dalam agama. hanya menyampaikan pendapat saya , seluruhnya kita kembalikan lagi pada yang maha Esa. yang penting dalam semua hal adalah niat baik dan bukan untuk menyombong dan bermegah.wassalam

  56. mas~g kubur nak ceria ke?g fun fair la kalo nak ceria an?dulu anak2 kt brani sbb ape?dan skarang anak2 kt pnakt sbb ape?kt sbg mak bapak pas solat)p bancuh teh pastu dok dpan pintu rumah,pkey2 kan lah pe yg ptt..

  57. sebagai umat islam..kita perlu menyedarkan saudara2 kita tentang dunia sekarang…banyak kebenaran yang telah diselindung disebalik kemodenan zaman sekarang tanpa kita sedari..ini adalah sedikit klip berkaitan kebenaran itu..ambil masa utk menonton..sekurang2nya kita tahu ada sesuatu yang cuba menguasai kita sekarang…http://www.youtube.com/watch?v=vXFZOn5qL60

  58. Assala’mualaikum

    This is what happen when Muslim’s say YES to everything. Even tho that our Prophet Muhammad already state it as HARAM.

    Shame on Muslim’s who keep on defend the wrong doing. (Singaporean or Malaysian).

    Wake up people. its not just about grave, its about how easy young Muslim say ‘its okay, don’t worry’. Read all the post above..some of them still trying to DEFEND what clearly is WRONG!!!!.

    Pasal kubur Nabi dan Wali2 yang nampak Grand tu bukan salah Mereka (MasyaAllah). Tetapi mereka2 yang hidup yang buat, mereka tak mintak pun, perkara yang dah terjadi harap dijadikan pedoman.

    Berhati2 ketika ingin meletak ‘point’.sehingga menyentuh pasal kubur nabi.

    Bagi kita yang HIDUP.renung2kan lah.
    Dunia Cakap PERGI,Kubur Cakap MARI
    sudahkah anda bersedia?.

    Wassalam

  59. saya sokong ape yg di ckpkn oleh (saya) kita klau tk tau jgn nk mngritik seagama dgn kita, luah dari ngri kita,wlaupun kubur kat singapura brmcm2 warna batu2 marmarnya,ttp trpilihara pusaranya,jgn nk ckp ngeri org,ngeri sndri bkak mata sikit ape yg trjdi,nilah manusia pndai ckp tk pndai gunakn akal….

  60. mcm mane lak kuburan para2 sultan kite kt MAlaysia?? termasuk haram ke?? coz di bina simen.pastu didirikan banguna di atas nya?? somebody yg tau..pliz terangkan

  61. Hey orang Malaysia, mengumpat pandai sangat eh… you think you are bnetter???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge