Persoalan Mengenai Solat Istikharah

Share

As’kum para pembaca.

Oh! Islam pernah mengeluarkan artikel mengenai Solat Istikharah beberapa bulan yang lalu dan menerima agak banyak feedback dari pembaca. Untuk yang belum membacanya tetapi berminat untuk mengetahui, bolehlah klik pada perkataan Solat Istikharah tadi.

Persoalan ini kami terima dari pengirim email bernama Abu Mubassyir yang menetap di Manchester..

A’kum

Alhamdulillah dapat link OhIslam daripada kawan dan banyak bahan menarik utk dibaca serta dikongsikan.
Amat tertarik artikel berkaitan solat istikharah. Kisah2 benar juga dimuatkan utk menambah nilai terhadap artikel tersebut sebagai pengajaran dan tauladan. Saya amat bersetuju dengan semua peristiwa yang diceritakan.

Namun demikian, bagaimana pula dengan situasi di mana solat istikharah telah dilakukan lebih daripada 3 hari utk mendapat petunjuk Allah terhadap satu keputusan yg hendak dibuat.

Kes benar:
Ali berhajat utk membeli kereta terpakai. Solat istikharah telah dilakukan. Keputusan nya utk beli adalah kuat. Beberapa kedai kereta terpakai dikunjungi utk kereta yang dikehendaki.

Kedai 1: Semasa uji pandu, tiba2 ada bunyi tidak menyenangkan daripada arah bonet kereta dihadapan. Tak jadi walau semua ok dah.
Kedai 2: Belum sempat masuk ke pejabat mereka, kereta yg diiklankan baru dialihkan ke bhgn depan dan melewati Ali. masyallah, bunyi enjinnyer kasar, walau baru berusia 5 tahun. Tak jadi juga walau dalam gambar cantek.
Kedai 3: Kedai yang agak berprestige. Iklan dah dilihat dalam web dengan harga x. Tapi dalam senarai mereka harga y (mahal sedikit) walau kereta yg sama ditunjuk dalam web. Mereka kata itu kereta lain. Ali letak deposit tanda setuju. Terdetik hati dirumah utk kaji sedikit iklan tersebut, ternyata memang itulah kereta yg ditunjukan dengan harga x. Esoknya, Ali tunjukkan semua bukti, dan mereka akui kesilapan. Hati masih tak sedap sebab mesti ada kesilapan lain yg mungkin boleh berlaku. Rupanya benar, kereta tersebut sebenarnya sudahpun disenaraikan dalam auction seminggu lalu. Terus cancel.

Kebetulan ada satu lagi tmpt utk dikunjungi selepas kedai 3. Private seller. Perjalan hampir sejam setengah. Ali hanya boleh datang selepas jam 4 pm sebab pemilik kereta kerja. Alhamdulillah Ali sampai jam 4 pm. Alhamdulillah kereta pun elok. Pemilik kereta pun baik dengan layanan yg baik. Ali setuju beli.

Pemilik kereta tu kata ramai called utk datang tengok kereta tu dari jauh dan dekat. Tapi temujanji mesti selepas jam 4. Alhamdulillah Ali yang jauh tiba pada waktunya. Malah ada yang tinggal berhampiran tak sempat datang pd waktu dan hari yang sama sebab ada hal lain. Malam tu ada lagi orang ketuk pintu rumah nak tengok kereta walau telah menjadi milik yang dipinjamkan sementara oleh Allah utk Ali.

Semua kejadian diatas seolah sengaja ditunjukan depan Ali untuk membuat pilihan yg terbaik dan betul. Namun…

Situasinya:
Selang seminggu Ali mengalami kecelakaan jalanraya dengan kereta yg baru di ambil. Alhamdulillah hanya remuk dihadapan tanpa jejas enjin.

Persoalan:
Adakah musibah yang Ali terima itu disebabkan istikharahnya belum cukup? atau salah waktu melakukannya? (sebelum tidur), atau solatnya kurang bagus? atau Ali tersilap menerima petunjuk Allah yang sebenar?

Boleh ustaz jelaskan walau sedikit situasi di atas.

Terima kasih

Untuk menjawab persoalan ini, kami telah menghubungi insan disebalik blog Kereta Mayat, Saudara Hamka bagi menjawab persoalan yang diberikan. Dan berikut jawapan yang kami terima dan ditujukan juga buat Saudara Abu Mubassyir.

walaikumusallam…

panjang cerita, tapi soalan pendek sahaja.

Persoalan:
Adakah musibah yang Ali terima itu disebabkan istikharahnya belum cukup? atau salah waktu melakukannya? (sebelum tidur), atau solatnya kurang bagus? atau Ali tersilap menerima petunjuk Allah yang sebenar?

Tiada dalam hadith atau Al quran yang menyatakan musibah akan menimpa kerana istikarah belum cukup, atau salah waktu melakukannya? (sebelum tidur), atau solat yang kurang bagus?

istiqarah jangan di pisahkan dengan mesyuarat dalam Al quran ada surah khas tentang mesyuarat dan ada perintah tentang itu.

Nabi di perintah untuk bermesyuarat sebelum buat keputusan sedangkan wahyu belum terhenti.., dan keputusan wahyu pun Nabi masih mesyuarat lagi..

sebenarnya bila istiqarah, sama ada dapat petunjuk atau tidak, jawapan istiqarah itu hendaklah di mesyuaratkan bersama dengan orang yang pakar, jika bab beli kereta, kena rujuk kepada yang pakar, bila keputusan dah buat, maka belilah, sebab bila mesyuarat, maka perlakuan selepas itu menjadi afdal.

selapas dah beli, maka kena tawakal, jika berlaku musiabah, itu dah termasuk dalam takdir tuhan untuk uji kita, (baca entry bab ‘pay it forward’ dalam blog aku.

jadi, bila berlaku musibah, jangan ramal dengan istiqarah yang betul atau tidak, tapi kena sangka baik bahawa ujian itu sangat sikit berbanding dosa kita..

akhir kaya: hadith Nabi, tak rugi orang yang istiqarah (sebab dapat pahala) dan tak menyesal orang yang bermesyuarat ..

so, mesyaurat lebih afdal dari istiqarah, tapi istiqarah buat dapat pahala..

insyAllah

Diharapkan jawapan yang diberikan, menjawab kerumitan yang bermain di benak Abu Mubassyir. Setinggi penghargaan buat saudara Hamka kerana meluangkan masa untuk menjawab kerumitan ini. InsyaAllah.

Share
Recent Related Posts

8 thoughts on “Persoalan Mengenai Solat Istikharah

  1. alhamdulillah. saya semakin mengerti. mulai sekarang saya yakin istikharah itu serba sedikit membantu walaupun kadang-kala bukan seperti yang saya inginkan. Allah lebih mengetahui mana yang terbaik untuk hambanya. Thanx for the info ya!
    FaDaQa´s last [type] ..Pesanan Dariku…

  2. FIRMAN ALLAH Dan apabila Kami merasakan kpd manusia suatu rahmat, sesudah {datangnya} bahaya menimpa mrk, tiba2 mrk mempunyai tipu daya dlm {menentang} tanda2 kekuasaan Kami. Katakanlah:”Allah lbh cepat pembalasannya {atas tipu daya itu}”. Sesungguhnya malaikat2 Kami menulis tipu dayamu (Yunus:21)

  3. Sebenarnya, istiharah mesti dilakukan beberapa kali. Orang biasa (macam saya ni), sebaiknya buat 7x. Dan solat tu mesti ikhlas, kerana Allah. Insya allah akan dapat petunjuk yang benar. Allah tidak mensia2kan doa orang beriman. Wallahu alam.

  4. komen saya tadi diterima. komen yang BENAR mesti dipaparkan. moga Allah memberi petunjuk.

  5. SALAM SMUA… minta maaf jika saya menegur.. tp bkn kah as”kum tue tak boleh kita ucapkan kerana tidak mmbawa mksud apax2 biarpun dia hnya singkatan… jika saya salah tlong maaf kan kerna yg baik itu dtang dr ALLAH yg buruk dtang nya dr saya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge