
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”. Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin”. Isam bertanya, “Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?” Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air, sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara”.
- Bertaubat
- Menyesali dosa yang telah dilakukan
- Tidak tergila-gilakan dunia
- Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
- Tinggalkan sifat berbangga
- Tinggalkan sifat khianat dan menipu
- Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan”.
- Aku sedang berhadapan dengan Allah
- Syurga di sebelah kananku
- Neraka di sebelah kiriku
- Malaikat Maut berada di belakangku
- Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratul Mustaqim’
- Aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik
Sambungnya lagi, “Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud (mengucapkan dua kalimat syahadat yakni kepada Allah dan RasulNya) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun”.
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Sabda Nabi, “Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya”.
+ Email dari: Aril
aku masih seorang insan yg lemah dalam soal ibadah..huhu
x-po´s last [type] ..FILEM 2 ALAM: DR ROZMEY, GILA ATAU WARAS?
perkongsian yang sangat baik sekali, syabas!
x pernah terpk lak membayangkn s0lat yg dbuat tu kmngkinan s0lat terakhir.tanx!
teruslah membaiki diri kita dari hari ke hari.aminn
suraya´s last [type] ..aku student lagi la!
subhanallah!hebatnye pengisian artikel ni
) thumbs up!!
sachiasukai´s last [type] ..20 things-TAG Bout Me^^
cantik gambar tu
peringatan yang baik.
mohd naimul firdaus´s last [type] ..Apa sebelum amal
thanks, mmg kena disaat waktu terlupa psl ni..
alhamdulillah…
jika kita jujur pada diri sendiri maka betapa kita telah banyak bermain-main dengan shalat kita, nasehat dan pengingat yang sangat bermanfaat, wassalam.
Terima Kasih…
Bertambah ilmu org yg baca blog nih!
Tpi mcm skit jer org yg baca blog ni dari blog yg lain yg bermula OH!
It ok..Keep the good work!
iman kita kejap ok ..kejap ko.. itu biasalah. Tpi klu ada org kata hah iman mcm tu langsungla hancur..rasanya tak selagi ada niat nk berubah nak mantap slagi tu lah ada jalan. Kita ni manusia yg lemah kan gitu. Lemah apa?.. lemah will power ! Istiqomah x kuat. cuba2 lah zikir batin, yakni sentiasa berzikir dlm hati. Uztz Qori darulshifaq pernah ajar plong zikir batin 6tahun dulu, sampai skarang pun plong masih amalkan. InsyaAllah, ada kesan nya tau. Plong pun org biasa.ada pasang surutnya. Sebaiknya kita tepok dada tanyala selera KITA NAK APA? dunia ke akhirat? .. kalau nk keduadua nya boleh saja.. istifar 100x – selawat100x..insyaAllah sampai la hajatnya tu.
bagus untuk kita amalkan tip2 untuk dapatkan sembahyang yang khusuk
subhanaallah ….maha suci tuhanku……
ya Allah telah bnyk dosa yg ku lakukan..
bimbing aku ke jalan yg lurus ya Allah
terima kasih
nik´s last [type] ..- Hardcore Programmer
ya allah…
baru arini tau 0h islam ni.
mmg tbaek isi2 nya…
WUDUK ZAHIR DAN BATIN SESUNGGUHNYA SELAMA INI AKU HANYA BERWUDUK SECARA ZAHIR INSYALLAH SELEPAS NE SY CUBA PULA BERWUDUK SECARA BATIN SYA BERSYUKUR DPT MENGENALI BLOG NE BYK ILMU YG SY PEROLEHI I LOVE ISLAM.
subhanallah!
nice entry
peringatan yang baik
jazakallah~
syarifah radiah´s last [type] ..MZ
bagus blog ni..thanks
semoga perkongsian ini bermanfaat selagi kita masih ada peluang untk menunaikan solat sebelum ajal datang menjelma.syukran.salam ziarah blog ana.
azamku alfateh´s last [type] ..