Tajdid Iman:
Bersama Dr Juanda Jaya
Manusia dicipta untuk bertarung lawan kejahatan, sabar lakukan kebaikan
MENGAPAKAH al-Quran banyak menyebutkan tentang kisah-kisah pelbagai kaum yang berakhir dengan kehancuran? Ia adalah supaya manusia sentiasa beringat bahawa segala bentuk kejahatan itu adalah warisan kehancuran yang mesti ditinggalkan. Jenayah homoseksual adalah peninggalan kaum Nabi Lut, kesombongan dan kezaliman adalah budaya Firaun, manakala gaya hidup bermegah-megah dan melampau telah dipelopori oleh kaum Nabi Hud. Penolakan terhadap seruan iman pula telah berlaku semenjak diutuskan Nabi Adam AS seterusnya berlanjutan hingga kerasulan Muhammad SAW.
Orang yang berasa dirinya suci kadang-kadang memandang orang lain dengan pandangan hina. Mereka sepatutnya memahami hakikat bahawa tiada seorang pun di atas muka bumi ini yang terlindung daripada kejahatan dirinya sendiri melainkan Nabi dan Rasul-Nya. Kerana aura kejahatan itu merebak di setiap sudut dan ruang dalam kehidupan sehari-hari. Hanya orang beriman saja yang boleh selamat, iaitu mereka yang memiliki sikap sentiasa berjaga-jaga dan waspada terhadap amal perbuatannya yang mudah dicemari oleh unsur-unsur kejahatan.
Sepertimana sikap Umar bin al-Khattab RA yang amat berhati-hati dengan gangguan kejahatan pada dirinya sendiri. Beliau bertanya kepada seorang sahabat:
“Apakah yang dimaksudkan dengan takwa?” Sahabat menjawab: “Pernahkah kamu melewati satu jalan yang dipenuhi duri-duri yang tajam? Pasti kamu akan berhati-hati melaluinya supaya tidak terpijak duri-duri itu. Begitulah keadaan orang yang bertakwa, dia sentiasa beringat dan menjaga dirinya daripada kejahatan dan maksiat yang boleh membahayakan iman.”
Kebaikan dan kejahatan memberi kesan dan pengaruh pada setiap pergerakan manusia. Abdullah bin Abbas pernah berkata:
“Kebaikan memiliki cahaya pada wajah dan hati, melapangkan rezeki, menguatkan badan dan disukai setiap makhluk Allah SWT. Sedangkan kejahatan mengakibatkan kegelapan pada wajah dan hati, lemahnya badan, sempitnya rezeki dan kebencian di hati setiap makhluk.”
Kebaikan dan kejahatan ini akan hidup sepanjang hayat manusia dan terkubur bersama jasadnya ketika mati.
Begitulah hakikat diri kita dicipta hanya untuk bertarung melawan kejahatan dan bersabar melakukan kebaikan. Segala sesuatu yang kita lakukan tidak pernah terlepas dari dua kutub yang saling tarik menarik; kejahatan dan kebaikan. Kedua-duanya memberi kesan terhadap perasaan, pemikiran dan pergerakan kita setiap hari.
Apakah kesan maksiat yang dapat dirasa dalam hati dan peribadi?
Kita memerlukan kejujuran untuk menjawabnya. Benarkah kata-kata Ibnu Abbas di atas?
- Kegelapan di dalam hati
Hati yang suram angkara maksiat tidak mampu menangkap cahaya kebaikan. Apabila maksiat itu telah menjadi darah daging, akibatnya tidak terdetik pun rasa takut melakukan maksiat itu. Hatinya hilang rasa, tidak sensitif dan ragu-ragu lagi melakukan maksiat. Yang paling teruk apabila dia menganggap maksiat itu adalah kebaikan. Atau menilainya sebagai perbuatan yang dimaafkan kerana rahmat Allah Taala. Buta hati! Begitulah keadaan orang yang akhirnya menganggap kejahatan sebagai suatu kebaikan sepertimana dalam firman Allah yang bermaksud:
”Katakanlah: Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?” Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan di dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.” – (Surah al-Kahfi: Ayat 103-104)
Tetapi seorang hamba Allah yang beriman amat sensitif hatinya terhadap dosa seakan-akan melihat dosa yang ringan ibarat gunung yang akan menghempapnya. Alangkah dahsyatnya kesan melakukan maksiat, tak kira yang ringan dan kecil sekalipun. Kerana dosa besar itu bermula dari melakukan yang kecil. Zina bermula dari pandangan mata dan senyuman, kemudian berkenalan yang melahirkan rindu dan mahu sentiasa bersama. Bermula menyentuh kulit tanpa sengaja akhirnya ingin memegang dan bersatu jiwa dan raga.
Begitu pula penipu kelas jerung sememangnya telah terbiasa melakukan penipuan kelas bilis, sedikit demi sedikit hingga tidak terasa bahangnya dosa dan maksiat yang telah sebati dalam jiwanya. Betapa pentingnya kita menjaga perkara-perkara yang kecil kerana ia boleh membesar secara senyap. Dosa besar bermula dari melakukan dosa kecil. Semua ini menyumbang kepada kegelapan di hati. Bagaimana mungkin rahmat Allah SWT jatuh di hati yang gelap, kotor dan busuk. Melainkan dengan ketentuan-Nya siapapun boleh diselamatkan jika Allah Taala berkehendak.
- Kegelapan di wajah
Pelaku maksiat sentiasa diikuti bayang-bayang dosa dan rasa bersalah. Hatinya tidak tenang, wajahnya pula menyimpan kesusahan dan kegelisahan. Walaupun di hadapan orang ramai semua itu boleh disembunyikan tetapi dia akan sampai pada tahap tidak boleh menyembunyikan aibnya lagi. Ketika itu Allah Taala telah menyingkap hijab dirinya dan terbukalah segala cacat cela di hadapan manusia. Jika pandangan orang telah menghina dan memburukkan diri kita akibat perbuatan kita sendiri maka kita tidak akan mampu menampakkan keceriaan dan seri pada wajah. Yang tinggal hanya kesedihan, rasa bersalah dan gelisah akibat maksiat yang merendahkah maruah diri sendiri.
- Sempitnya rezeki dan kebencian orang lain
Ummul Mukminin Aisyah RA pernah menuliskan surat kepada Khalifah Muawiyah RA yang berisi:
“Ketahuilah orang-orang yang telah melakukan maksiat kepada Allah, maka orang yang memujinya berbalik akan mencelanya.”
Seorang pemimpin negara seperti Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan RA sentiasa menjadi tumpuan rakyatnya. Oleh itu Aisyah RA berwasiat agar sentiasa sang khalifah menjaga hubungannya dengan Allah Taala dan jangan sekali-kali bermaksiat kepada-Nya kerana perbuatan maksiat itu akan mempengaruhi setiap keputusan sang khalifah dalam mentadbir negara. Seterusnya memberi kesan kepada rakyat, adakah mereka memuji atau membencinya?
Tiada seorangpun manusia yang suka melihat kejahatan berleluasa. Sekecil apapun kejahatan tetap kejahatan dan membawa bala kepada orang lain. Seperti seorang Muslim yang melihat Muslim lain meletakkan keretanya di tepi jalan yang mengganggu jalan kenderaan lain akan merasa benci dengan perbuatan saudaranya itu. Kejahatan bermula dari perkara yang kecil, akhirnya membawa kepada kejahatan lain. Pertengkaran dan buli di atas jalan raya boleh terjadi dan akhirnya menumpahkan darah.
Bagaimana pula orang yang dibenci itu boleh bermuamalat dengan orang lain, sedangkan peniaga yang berakhlak buruk tentulah akan dijauhi. Begitu pula dengan orang yang suka menahan rezeki saudaranya, apatah lagi mendengki, ibarat mahukan milik orang lain, yang di tangan sendiri pasti akan terlepas. Tiada keberkatan dalam rezekinya dan dia kehilangan kasih sayang daripada saudara-saudaranya seiman.
Al-Imam al-Syafie pernah mengeluh dan bersedih menanggung kesan dan akibat maksiat yang beliau rasakan dalam hatinya, beliau mengadu kepada Waki’ (salah seorang guru al-Syafie) dalam untaian syairnya:
”Aku mengadu kepada Waki’mengenai buruknya hafalanku; beliau memberi petunjuk kepadaku agar aku meninggalkan maksiat; Beliau berkata: Ketahuilah bahawa ilmu adalah cahaya; sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada pelaku maksiat.”
- Penulis bertugas di Pejabat Mufti Sarawak.
hai….
pelaku maksiat = pelaku dosa…
tq….. Walaupun sebenarnye kurang faham tapi ade jugak yg paham… tq tq
Entry yang menarik…
sesak nafas bila baca artikel nih. sering kali terfikir, walaupun kita dah cuba sedaya upaya untuk melakukan kebaikan, tetapi tetap ada juga orang yang memandang kita buruk. Adakah Allah juga memandang kita buruk?
Ya Allah~ ampunkan lah dosa-dosa ku…
.-= Akuro San´s last blog ..UniKL Graduation Day 2009 =-.
tapi kenapa, kebanyakan org sekarang, yg buat riba, rasuah, judi, sumbang mahram semakin menjadi2….. maybe diorg x tahu akibat… mungkin ramai yg tahu tapi buat2 x tahu…..
“Tiada seorangpun manusia yang suka melihat kejahatan berleluasa. Sekecil apapun kejahatan tetap kejahatan dan membawa bala kepada orang lain.”
bala kepada org lain….
kepada pelaku maksiat, insaflah….. bala dunia, x ditanggung sorang….
igtlah ape yg jadi dkt padang tu….
moga dbukakan hatiku dan kite semua…..
terkenang segale dosa2 aku sebelum nie…
YA ALLAH..kuatkanlah iman hambamu ini
YA ALLAH..bukakanlah pintu hati hambamu ini
Setiap manusia pasti tidak terlepas dari melakukan dosa, kecuali para nabi atau rasul2 mereka semuanya MAKSUM..tapi dengan rahmat dan kasih sayang Allah, Dia tunjukkan pula caranya bagaimana nak bertaubat setelah melakukan dosa tersebut. Bahkan Allah seolah2 memujuk manusia yang melakukan dosa agar kembali bertaubat kepadaNya, Wahai hambaKu walau setinggi mana menggunung pun dosa2mu, percaya lah Rahmat lebih luas dari itu, marilah kepadaku dan bertaubatlah nescaya Aku akan ampunkan dosa2mu itu..
sesak nafas bila baca artikel nih. sering kali terfikir, walaupun kita dah cuba sedaya upaya untuk melakukan kebaikan, tetapi tetap ada juga orang yang memandang kita buruk. Adakah Allah juga memandang kita buruk?
ustaz kalau seseorang itu bertaubat kemudian buat lagi dosa adakah itu merupakan dosa besar?
ustaz… sy ingin brtnye andaikte sseorg i2 tlah byk mlakukan mksiat dan ingin brtaubat skrg,,, adakah taubt nye dtrime.. ttapi mngapa die msih brase tak snang hti dan brada dlm ktakutan dgn ap yg tlah dlakukan.. tlg bri tndakblas
A’uzubillahiminashaitonirrajim (Ya ALLAH, kepadamu aku memohon perlindungan dari syaitan yang keji)
Assalamualaikumwarahmatullah..
Saya ada membaca buku tulisan Dr. Abdullah Yasin yang bertajuk ‘Taubat Nasuha dan ingin saya kongsi bersama serba sedikit tentang Taubat seperti apa yang diterangkan di dalam buku ini. InsyaALLAH, kita dapat mengambil iktibar dari penulisan yang menarik ini.Buku ini menerangkan bahawa dosa adalah punca utama manusia terhalang
dari mendapat Hidayah ALLAH. Jadi, usaha untuk menghindari dosa ini wajib hukumnya.dan usaha tersebut akan sempurna jika org tersebut memiliki 3 perkara ini iaitu 1) Ilmu pengetahuan 2) Nadam iaitu penyesalan 3) Azam iaitu tekad yang kuat. Jadi sambil-sambil kita memohon hidayah daripada ALLAH ini, kita perlulah juga menghindari dari melakukan dosa. Di dalam buku ini, diterangkan bahawa Istighfar itu maknanya memohon keampunan daripada ALLAH dan diungkapkan oleh seseorang dengan
lidahnya. Istighdar akan lebih bermakna jika diikuti dengan hati dan istighfar yang diucapkan dengan keikhlasan akan dimakbulkan ALLAH. Taubat itu pula hendaklah dilakukan di dalam bentuk sikap dan perbuatan. Sabda Rasulullah S.A.W “Hai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Tuhanmu,
sesungguhnya aku bertaubat kepada ALLAH seratus kali setiap hari”. Astaghfirullah.. Nabi Muhammad S.A.W yang sebagai kekasih ALLAH yang pastinya akan ke syurga
dan pastinya tidak akan di hisab oleh ALLAH pun bertaubat kepada ALAH seratus kali setiap hari. Ni kan pula kita manusia biasa yang xtau nasib kita di akhirat nanti.
Ibnu Abbas r.a berkata : Taubat nasuha ialah seseorang yang menyesal terhadap dosa yang telah dilakukan lalu memohon keampunan daripada ALLAH dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi sebagaimana tidak akan kembalinya air susu binatang kedalam tempat keluarnya.
Imam Nawawiy berkata : Taubat nasuha ialah taubat yang memenuhi 3 syarat iaitu 1) Meninggalkan maksiat / dosa 2) Menyesalinya 3) Berazam tidak akan mengulanginya lagi. Tetapi jika maksiat atau dosa yang dilakukan berkaitan
dengan hak manusia, maka ditambah satu lagi syarat iaitu 4) Mengembalikan hak kepada org yang dizaliminya atau waris atau memohon kemaafan daripada org tersebut.
Allah berfirman yang bermaksud “mereka itu adalah org2 yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (ALLAH), yang melawat (menuntut ilmu/berjihad/berpuasa) yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah mungkar dan yang memelihara hukum-hukum ALLAH. Dan gembirakanlah org-org mukmin itu (Al-taubah : 112)
Di dalama ayat ini, ALLAH menyebut beberapa sifat2 org mukmin yang layak mendapat berita gembira. Dan dalam turutan ayat ini, ALLAH mendahulukan sifat
Taubat baru kemudian sifat-sifat yang lain. Buku ini menerangkan dan daripada ayat ini, para ulama’ mendapat satu idea mencipta satu formula (kaedah ilmu ushul), iaitu : Membersihkan diri perlu didahulukan daripada menghias diri. Kaedah ini bermaksud peranan Taubat adalah sebagai pembersihan diri drpd dosa-dosa dan ibadat seperti solat, puasa, zikir, membaca Al-Quran dan lain-lain berperanan sebagai penghias diri. Namun demikian, dalam hal ini, sikap yang paling tepat ialah menjalankan kedua-duanya sekali iaitu Taubat dan Ibadat secara serentak. Jadi tidak timbul lah golongan yang malas untuk beribadat dan kononnya mendakwa alasan dia tidak beribadat adalah kerana belum bertaubat. Saya ada mendengar mengenai sayangnya ALLAH kepada hambanya di Program Tanyalah Ustaz di TV9 (saya lupa siapa penceramahnya). Ustaz itu menerangkan Jika seseorang itu memohon keampunan dan bertaubat kepada ALLAH, ALLAH kan menerimanya. Kemudian org itu lalai dan kembali memohon keampunan dan bertaubat kepada ALLAH, ALLAH tetap akan menerimanya. Cuma dikhuatiri
sesorang itu tidak sempat untuk memohon keampunan dan bertaubat sahaja.
Allah berjanji ‘sesiapa yang membantu agamaku, akan aku bantu mereka menguatkan kaki-kaki mereka’. Sesungguhnya ALLAH itu tidan akan memungkiri janjinya.
Nabi Muhammad S.A.W telah berpesan ‘sampaikanlah pesananku kepada semua w’pun dengan sepotong ayat”.
Subhanallah. Walhamdulillah. Walailahaillallah. Wallahuakbar..
Assalamualaikum.
to zila.
jgn risau atau bimbang.Insya Allah,taubat akan di terima jika kita ikhlas dan tdk mengulanginya lagi.Saudari zila tdk perlu takut dgn byg2 sendiri.Teruskn sj usaha anda ke jln yg diredhai Allah.
Saudara zila,sy ada story.Cite benar.Ada seorg perempuan yg mana dr kecil dia telah menipu.Pelbagai versi,cite yg tlh dia rekakan.Sehingga dewasa dia msh lg menipu.Keluar mlm,bercouple sehingga nyaris2 utk melakukan maksiat{walaupun sdh menghampiri zina},rambut yg m’gerbang mcm2 lg la bdk perempuan ni bt.
Tp ada 1 perkara yg bdk perempuan ni bt,dia selalu menangis pada waktu mlm.Bygkan slps dating ngan pakwe blk 3,4 pagi bl dia nak tidur dia mst menangis m’genangkan apa yg tlh dia lakukan.
Alhamdulillah,skrg bdk perempuan tu tlh b’tudung litup,b’stoking,solat insya Allah tdk tggl,qiam,meminta maaf pd semua org yg dia penah lukakn.Walaupun,di caci,diperli dll.Dia tetap utuh Insya Allah.
Kenapa bdk perempuan tu berubah.Emm…Kematian adik tersayang secara tiba2.Kerana dia ingin m’dpt suami yg baik dan dia perlu m’jadi baik dahulu.Ini yg plg utama KERANA DIA PRCAYA DGN JANJI ALLAH.Dia tgglkn semuanya kerana hanya JANJI ALLAH.
Mcm mana sy tau cite ni? sbb sy adalah bdk perempuan di dlm cite ni.Sama2 la kita berubah ye cik zila.
Zila hidup kita mesti diteruskn,kerana Allah,Tdk apa jika kita teringat akan kesalahan kita.Tetapi jgn malu.
BRING ISLAM BACK,MAY JANNAH BE OURS.
terima kasih ye saudari Mardhotillah =)
MasyaAllah,..bertuah sungguh kita menjadi umat Allah,..Allah selalu mengampunkan dosa-dosa kita walau pun kita selalu mengingkarinya..Alhamdulillah…Terima kasih YaAllah.. (^_^)
Noor Erdawani´s last [type] ..