Renungan

Al-Fatihah kepada junjungan kita Muhammad S.A.W.

__________________________

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu’, maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, ‘Maaf’, tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,’Kenapa anda ingin tahu?’

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

+++++++++++++++++++++++++++++++

+++++++++++++++++++++++++++++++

Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda Kita sambil minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri. Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit. Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.

Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak? I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:

Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan? Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat?

Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance. Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.

Stephen Covey, dalam bukunya”Seven Habits of Highly Effective People” menceritakan pula begini:

Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu.

Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni!

Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. “Maafkan saya,” kata lelaki itu. “Dan maafkan anak-anak saya tu.Sebenarnya, isteri saya – ibu mereka – baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini.”

Kemudian dia sambung : “Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan.”

Apa rasa kita masa itu? Sebab itulah bila teringat ayat Qur’an mengatakan, beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal.Sebab saya selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya!

Bagaimana dengan anda?

Wallahualam.

{ 19 comments… read them below or add one }

1 zulsyamin 13/10/2009 at 2:00 PM

bagus ar Oh! Network….
teruskan usaha mulia ni..
doakan semoga berjaya…

2 ZakiFatin 13/10/2009 at 3:53 PM

Best lah khai wat mcmni. Wish ur luck

3 h3r0 13/10/2009 at 8:57 PM

salute you bro…

terus kan niat murni ko…
aku tetap menyokong yg betul dari ko…
yg salah x laa…

4 ibnmasir 19/10/2009 at 1:18 PM

hebat… tahniah.. teruskan usaha ni.. tetapkan niat n terus istiqamah dlm memartabatkan agama. dari remaja utk remaja…

teruskan usaha dakwah n ajak kwn2 kte yg lari ckit dr jln lurus itu ke jlnnye kmbali..

5 myadlan 05/11/2009 at 5:57 AM

alahai. ape la plak kaitan ohislam – mukjizat – totem tantra – orang China? tapi da tulis dilarang ikut kepercayaan? tak reflect islam pun camni..

at least buang la part ending tu..

6 aQei 05/11/2009 at 7:23 AM

hmmm..totem tantra ni apa benda?

7 admin 05/11/2009 at 11:48 AM

@myadlan semua point tu kan diajar kepada semua agama cuma mungkin terdapat sedikit yang membezakannya mengikut agama tu sendiri.

Mengenai kepercayaan cina tu, hanya sebagai pengetahuan am kita sahaja. Supaya takde yang percaya bila baca benda ni nanti dan mengikut kepercayaan org cina.

8 suraya 15/12/2009 at 12:20 PM

assalammualaikum…
best nyer perkare2 yg disampaikn ni…
truskn la eh coz ande telah pon m’bantu sy tuk trus tetap berada di jalan ALLAH S.W.T…
trime kasih

9 Lun 26/12/2009 at 3:35 AM

5* untuk cerita yang disampaikan

10 masz 06/03/2010 at 10:39 AM

bersin.. kena sebut alhamdulillah kan

11 pingu 01/04/2010 at 10:27 AM

menarik & sgt berguna =)
TQ ohislam

lehfopingu.blogspot.com

12 pingu 01/04/2010 at 10:29 AM

menarik & sgt berguna =)
jauhikan pertelingkahan..
TQ ohislam

lehfopingu.blogspot.com

13 pingu 01/04/2010 at 10:31 AM

jauhikan pertelingkahan..
kembali la mendekatkan diri dgn Islam

lehfopingu.blogspot.com

14 jid 08/06/2010 at 10:50 PM

tima kasih,panduan yg sy dpt!!

15 ejardkethot 08/06/2010 at 11:02 PM

trimas sbb share kisah ni smua…
ternyata mmg GEDEBIK kena…akan ku jadikan ini panduan

16 ^lurve_purple^ 08/06/2010 at 11:26 PM

terima kasih byk2 di atas peringatan dan panduan ini… berguna sangat2 dan membawa erti yang mendalam untuk meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini…

p/s: tuan admin.. naper kat sini x der button “share on facebook”.. nak share gak info2 menarik mcm nie..

17 shams 09/06/2010 at 2:58 PM

kadang2 kita tersalah menafsir satu perkara berdasarkan kulit tanpa kenal.

18 aminah.. 09/06/2010 at 9:54 PM

alhamdulillah….wlupon bnyk mbc bnyk lg lupa, tp sekurang2nya kta tau apa yg kta tau sblum ini….truskan sebar ayat2 sprt di atas utk pnduan owg rmai…

19 shafiq 24/06/2010 at 10:47 AM

salam..mcm mane nak download video nie..
Saat’nya Kewafatan Rasulullah S.A.W

Leave a Comment