Muat Turun: Ayat-Ayat Ruqyah

Share

ruqyah

Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.

Maka timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa:

- pening-pening kepala
- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram-sejuk
- berdebar-debar

Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah.

CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYAR’IYAH

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2) Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4) Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD RUQYAH INI,SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*

<< KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD >>

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah || No; Nama Surah; Juzuk; Ayat

1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya

Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. InsyaAllah.

<< KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD >>

Penerangan lanjut mengenai Ayat Ruqyah ini, boleh rujuk di http://mp3ruqyah.com

Credit: Original picture from here.

Share
Recent Related Posts

98 thoughts on “Muat Turun: Ayat-Ayat Ruqyah

  1. Alhamdulillah… besar fadhilat usaha kamu. Allah yang membalasnya.

    Im first?
    ahaaa..

  2. Tetapikan…macam ada yang tak kena….sebab…1st..kena bayar=rm5….dan….’niat’ bacaan sebenar tuh…saya rasa….baik kita hafal erk ayat sebenar +maksud…mp32 nie….pelik2 erk….=_=

  3. Salam, bg sy laa kan, kalau nak terbaik…baik baca sendiri dari pasang mp3 or cd……pe guna ayat al-quran kalau tak dipraktikkan instead bg cd/mp3 tu ‘menghafalkan’ tuk kita….

  4. trima ksh.. info yg sgt berguna.. sy mmg psg cd ngaji sepanjang mlm waktu sy tdo.. mmg yg terbaik adalah dgn membaca tp x setiap minit n saat kite mampu baca esp waktu kite tgh tdo.. biasanya benda2 ni ganggu sewaktu kite tgh tdo.. gangguan spt kerap terjaga tgh mlm, kena tindih, lebam2 sluruh bdn, slalunya berlaku ms tgh tdo, means ms kite x sedar n x baca apa2.. kalo leh baca apa2 means kite x tdo la sbnrnya.. just my 2 cents.. peace no war :)

  5. first time aku dengar pasal ayat2 ruqyah..teruk betul aku..pe2 pun, skrg aku dah tahu dah

  6. alhamdulilah…
    saya dah pun tau dan amalkn ruqyah nie awal tahun ini, dan saya serta keluarga baru tau yg nenek moyang kami ade saka,,,
    bg yg mempunyai anak kecil, elok sediakan air seperti yg disarankn, supaya apa2 trjadi seperti menangis ker,, trmenung ker,, boleh la bg minum@sapu air pada muka si anak.
    sbb anak saya meraung sbb trnampak ‘makhluk ‘ tu brkeliaran,,,
    yg sbnrnyer anak saya dikurniakn pandangan yg boleh melihat makhluk2 spt itu..
    jadi, ikutlah betul2 cara penggunaan MP3 yg disediakan…
    sesungguhnya Allah itu maha Mengetahui…

  7. Deiyll, sy penah baca tp xingat kat mana yg bahawa kalau anak kecil boleh tgk makhluk tu bkn sbab dia spesel atau dikurniakan anugerah tp sbb ada makhluk yg menumpang dirinya.xtau la sejauh mana betulnya kenyataan itu.

  8. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan anta ilham untuk memuat turun mp3 ini.Sungguh besar bakti anta ini. Mudahan Allah memberkati setiap amalan yang anta lakukan. Ana doakan semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmatNYA kepada anta. Ini betul2 berguna kepada kami semua. Syukran jazilan. Amin Ya Allah

  9. mendengar dan mengamalkan ayat2 ini sebenarnya dituntut agama, kita di kelilingi oleh makhluk2 tersebut cume kite x nmpak je. Kan iblis dah janji nak sesatkan umat adam sampai kiamat…

  10. biase gak tgk lam wanita hari ini,,,setiap jumaat…….
    ad je [rubatan cara islam……mujarab atau tak bila juz dengr je ayat2 al-Quran,,,tu semua dengn izinNYA….kita kne berusaha…..

  11. klu kita slalu pasang mp3 ni, lame2 ingat di mulut.. ..
    ni pengalamn nak cite. sya baru pindah umah baru. masuk umah rase tk sedap hati . malam 2 nak tido kena bca zikir kuat. satu hari, ader lah orang bagi cd ayat ruqyah nie. saya pun pasang lah tiap 2 ari.. hampir seminggu berlalu, tiba satu malam anak say menagis dari pukul 12 sampai pagi, biasa tak mcam tu .. . alhamdullillah, pasang je surah2 ni, tiba 2diam dan tido.. abisnya surah dia nanagis balik… .. pasang balik… dia pun bleh tido.. ni lah kelebihan surah 2 nie. perlu juga mp3 sebb kt pun tak berape ingat ayat 2 nie. lagi pun kadang 2 tjwid pun tak betul. jd bagus nya pasang mp3 lah.. lame pun kita bleh hafl jugak ..

    lagi satu ruqyah ader 1 dan 2. bagi ruqyah 2 sesiapa yang mempunyi saka klu tak kuat jagn baca.

  12. terima kasih dan penghargaan atas usaha yang dibuat..saya amat menghargainya.. kalau ada artikel menarik saya akan cuba hantar

  13. Salam, ayat2 ruqyah yang dipasang menggunakan cd/mp3 ini juga mampu memberi kesan. Lebih berkesan kiranya dibuat seperti yang disarankan penulis (pejam mata dan hayati)

    Ini adalah pengalaman sendiri. Saya tak tahu yang suami pasang ayat ruqyah. Saya baring sambil pejamkan mata dan dengar ayat2 tersebut. Tiba2 badan menggeletar & kebas seluruh badan. Terdapat anggota badan yang keras seperti orang yang diserang strok. Selepas tragedi tersebut saya terus pergi berubat.

    Tapi sehingga kini (saya masih dalam proses rawatan) saya tak berani nak pasang atau dengar ayat2 tersebut. Bimbang terjadi perkara yang sama dan takut suami tak boleh nak kawal.

  14. Terimakasih untuk orang2 yang telah mengembangkan ajaran islam,. semoga dilimpahkan rahmatnya oleh alllah swt.,. saya sangat berterima kasih dengan adanya Ayat2 tentang ruqyah saya dapat belajar lebih dalam lagi tentang agama……… terimakasih untuk semuanya….

  15. terima kasih banyak banyak,dan minta tolong untuk muat kan semua yang lain…..

  16. kenapa facebook asyik nak block bila saya sebarkan link ini….
    mungkin bila kita membuat sesuatu yang betul…ada saja rintanggan..
    anyway saya tetap dah sebarkan sebanyak yang saa mampu dan akan saya sebarkannya lagi….for your info bila saya sent link ini
    http://ohislam.com/muat-turun-ayat-ayat-ruqyah/#comment-3653
    FB says that it have violent and have been reported by other facebook user…also FB says u will be block if post this link

  17. apesal mp3 ruqyah ni 54minit.saya tengok ruqyah syarie kat website 24minit.lepas tu ada dua bahagian ruqyah 1 dan 2 ?harap mohon beri penjelasan

  18. btollah tue..sy pun pelik kenapa ader durasi 54 minit dan 24 minit? tolong beri penjelasan

  19. Salam..sy nk share pengalaman sy sendiri..kawan sy yg kenalkn sy dgn ‘Ruqyah’ ni..b4 sy xtau ape2 pn ttg ruqyah ni…sy kerap skt kepala dn kdg2 skt yg kterlaluan. jd sy cb cri info ttg ruqyah di internet, mane la tau lepas dgr ruqyah ni Insyallah la ringan sket kepala. lps tgk tetimoni org lain sy pn dgr melalui hp..sy dgr smp ttido, tb2 sy tsedar tgn sy sakit mcm kne lektrik.tkejut sy dn cuba tdo tp xbole sbb ble nk pejam mata jer badan kebas mcm kne hempap.takut sy dn x berani nk tdo.sy wuduk n solat sunat bru bole tdo….
    Ayat2 dlm Ruqyah ni slalu sya baca dlm Al-Quran tp Allah Maha Berkuasa, ble sy dgr CD sgt mmberi kesan. Bila sy pejam mata dan dengar, ayat2 Allah tu terus masuk dalam saraf2 sy…..

  20. Salam, kalau tak salah saya, untuk ayat ruqyah yang 54 minit tu sebab dia bersambung terus dengan ayat syifa’. Maksudnya, dalam bacaan tu ada ayat ruqyah dan ada ayat syifa’. Kalau yang 24 minit tu, hanya dibaca ayat ruqyah sahaja. Kalau nak tau lebih lanjut, refer buku yang ada keterangan berkenaan ayat2 tersebut. Baca Manzil pun bagus.
    Ceritakuasn´s last [type] ..JALAN-JALAN- KUCHING- – RANCHAN RECREATIONAL PARK

  21. Salam,terima kasih la sbb beri link untuk donload ayat2 ruqyah nih..
    Trimas trimas.

  22. terima kasih kerana berkongsi ayat2 ruqyah ni.. :)

    saudara farid:
    ustaz surhan memang terkenal dalam perubatan islam..buat masa ini, sy sedang berubat dengan ustaz surhan ni..ramai sangat2 orang yg datang berubat..kliniknya bukak ari jumaat dan sabtu..byk produk2 yg dijual..

  23. Terima kasih atas saranan yg diberikan kerana ayat2 yang diberikan itu amat berguna sekiranya kita dapat mengamalnya dgn betul dan tepat..Bermula dari mendengar dan cuba membacanya kita akan mudah ingat dan selepas itu kita dapat membaca dan mengamalkan ayat2 tersebut..sekiranya kita hanya sekadar memasang tetapi tidak mendengar dan menghayati kemungkinan besar tiada maknanya..

    pandangan dari hamba ALLAH..yg serba kekurangan..

  24. assalamualaikum….
    saya dah tanya salah seorang Anak Murid Dato’ Dr Haron Din al-Hafiz,juga pemegang ijazah perubatan Darussyifa’ ni…menurut beliau, dengan memasang MP3 juga mujarab…ayat ini biasanya dihafal oleh orang yang berubat@pengamal perubatan sbb ayat ini panjang kesemuanya….untuk orang kebanyakan, boleh dipasang MP3 ini didalam rumah kediaman, kedai dsbgainya…tp dihafal dengan sebutan dan makhraj yang betul lg bagus….
    wallahu a’lam….

  25. ape la kamu sume ni.baca dan menghafal tu tuk kite.xsalah klu kita nak pasang mp3 sekurang2nye mase kite pasang tu ade gak org lain terdgr,dpt gak kite pahala..

  26. insyaallah sesungguhnya datang ny makhlukghaib itu dari allah s.w.t yakin lh kita degan kekuasaan allah tiada yang lebih berkuasa selain dari allah s.w.t

  27. Salam,

    saya dalam pantang sekarang ni, saya baru je download cd ruqyah, untuk dengar malam2..ada satu malam saya dengar, badan saya bergegar sangat kuat, tiba2 ia berenti, saya merasakan kemungkinan saya ada gangguan, saya nak tunggu habis pantang, baru nak tanya ustaz, apa yang berlaku pada saya…sekarang ni kalau tak tenang saya pasang je mp3 ruqyah ni

  28. ayat2 ruqyah nie btl2 mujarab..sy selalu pasang kan di rumah anak dh x menangis lg tanpa sbb..rumah pun tenang je…..

  29. ayat ni mmg mujarab..saya selalu pasang kan di rumah
    anak x menangis tanpa sbb,rumah pun aman damai je

  30. assalamualaikum admin….terima kasih atas perkongsian anda…insyallah saya akan cuba SEBARKAN pada sahabat2 yang lain…pohon keizinan utk SHARE ya….terima kasih :)

  31. Salam,
    Saya selalu memasang CD ruqyah di dalam kereta apabila dalam perjalanan ke mana-mana. Alhamdulillah tiad apa peristiwa pelik yg berlaku. Yg memberangsangkan ialah anak saya yg berumur 8 tahun telah dpt menghafal ayat2 dalam cd tersebut,, Malah beliau sendiri yg memasang cd ruqyah apabila menaiki kereta dan mengikut bacaan tersebut

  32. assalamualaikum… saya… susah nak solat.. kenapa ni…
    saya da dgr ayat ruqyah ni.. tp sya rasa.. lau saya dgr… rasanya tertidur… setelah bbrapa minit .. belum sempat setengah ayat ruqyah. atau saya pasang ayat ruqyah… tp x mmberkn tumpuan.
    tolong bantu saya…

  33. bagus jika diperdengarkan…
    kurang mengelamun…sblum nie asyik mengelamun ajer lebih,.

    rase lps tidur tu kurang ngantuk…wlopon mula2 ngantuk…

    angin bergolak2 keluar melalui sendawa,dan buang angin bawah,,

  34. salam…
    setelah mendengarkan ayat ruqyah… nie.. mendatangkan kesan sgt pada saya. tangan dan kaki kebas.. rasa mencucuk-cucuk badan rasa seperti ada sesuatu merayap-rayap mcm ada sesuatu nk keluar.. mintak penjelasan ustaz…

  35. Salam
    saya dah download ayat ruqyah dlm hp saya. Mula2 bacaannya jelas kedengaran tapi 2/3 hari lepas tu..bacaannya jadi garau dan kurang jelas, saya cuba buka fail MP3 lain semuanya ok..tapi bila buka semula ayat ruqyah ni bunyi garau semula… hairan hingga kini…

  36. Pingback: Download Ayat Ruqyah: Penggunaan, Kelebihan Kepada Pengguna | Blog Nizam

  37. Salam…
    Berdasarkan pengalaman sebenar tentang penggunaan ayat-ayat suci secara mp3 …

    Aku belajar di sebuah u …. semasa malam pertama aku tidur di asrama u tersebut aku mengalami gangguan…

    aku baru nak tidur selepas study malam dlm pukul 12 tgh mlm…
    dalam keadaan masih sedar tiba2 kepala aku terasa sangat berat, pandangan kabur dan badan menjadi berat…
    terasa seperti ada sesuatu menghempap diriku…
    dengan kudrat yang ada aku cuba melawan dengan ayat2 quran…selepas bende tu beredar aku terus on laptop pasang mp3 Surah Yasiin dan Ayat Kursi…..pasang secara continuous sampai kul 6 pg …. Alhamdulillah tiada gangguan.
    Kemudian pada 1 malam aku tidak pasang mp3 bacaan ayat tersebut aku di datangi semula bende tersebut….selepas tu aku pun pasang saja tiap2 malam…maybe bilik tu ada “sesuatu” ….ini pada saya membuktikan dengan pemasangan mp3 ayat2 quran juga membantu menghalau bende2 tersebut….Hanya Allah yang mengetahui…

  38. saya baru je dengar tentang ruqyah ni… kenapala saya tertinggal…itupun member saya yang cadangkan.. saya mengantuk yang amat sangat.. dah 3 x jumaat di bln ramadan ni saya x dpt hbskan bacaan yaasin… ngantuk smpai ttidur… melampau btl… keje hbs trbengkalai , ngntuk punya hal… kalau dalam kete.. mesti saya tidur dari rumah sndiri sampai kg makan masa hmpr 2 jam.. tidur lagi.. naik penat badan…camner tu…
    liza´s last [type] ..

  39. saya pun cam tu,ngantuk sangat bila nak baca quraan ,niat tu memang betul-betul nak ngaji buka je kitab dah mai ngantuk tak blh nak kawal dah.dok pikir-pikir ngapa jadi lagu tu,kenapa susah sangat nak membuat ibadah ni,dok dengar dan baca tazkirah kebaikan yang teramat banyak jika kita baca quran dlm bulan ramadhan ni nak juga la buat.itulah masalahnya moga 2 dapat komen yang dapat membantu masalah ini.
    wan mazni´s last [type] ..

  40. salam…ayat ni sama dgn ayat manzil kan….??
    hamba allah´s last [type] ..

  41. salam tuan mintak izin download..semoga allah berkati tuan dan ahli keluarga ..x lupa juga seluruh muslimin dan muslimat..
    ismail´s last [type] ..

  42. mohon download n share dengan kenalan2 lain… moga2 dgn adanya mp3 ini dapat membantu kita sesama manusia .
    hamba allah´s last [type] ..

  43. assalamualaikum…

    mohon izin download dan share ye..
    jieyla´s last [type] ..

  44. izin download ayat2 ruqyah.. t/kasih.. hanya ALlah membalas jasa anda
    umminabil´s last [type] ..

  45. Salam.. terima kasih kerana sudi berkongsi.. saya dah download, cuma sekejap2 mcm bacaan tak habis sudah jump ke ayat yg lain. Memang mcm tu ke? Untuk makluman, saya dan keluarga memang sedang dalam perubatan kerana disihir.. doakan Allah beri kejayaan kpd kami sekeluarga semoga dapat keluar dari musibah ini.. amin
    mencari_nur´s last [type] ..

  46. tanks, n very good information, may Allah bless all.
    Rr n family´s last [type] ..

  47. Suatu pagi ni sy rasa dkt dlm badan mcm ada benda nak control sy punya badan,x dpt nk gerak,then kaku . Saya cuba menjerit Allah semampu saya dan cuba membaca ayat2 yg saya ingat , lepas beberapa minit baru hilang , saya terjaga,lepas tu saya baca 3 kul,Al-Fatihah dan Basmallah dan juga zikir2 . Saya x hafal ayatul kursi . Jadi ada beberapa minit sebelum subuh sy dah niat nak sembahyang,lepas tu tertidur,jadi lagi benda yg sama . Ayah sy kejut,badan rasa menggeletar,tangan jadi lemah . Lalu saya pon on komputer,terus google cara untuk mengesan jin dlm badan,mereka menyarankan bacaan ruqyah,sy dengar,pejam mata dan hayati,hati terus berdebar2 bagai nk gila,badan rasa panas2 sejuk,pening kepala,mcm ada benda gerak bwh kulit,sy sendawa lepas dengar,bdn rasa gatal sgt. rasa ngantul x sgt,sy cuba lawan dgn bertawakal kpd Allah s.w.t menyuruh jin itu untuk meninggalkan tubuh badan sy serta jangan menganggu ahli keluarga saya . Alhamdullillah habis 40 minit bacaan ruqyah di youtube,sy perdengarkan lg ayat yg lain,xde rasa apa dah . InsyaAllah sy akan teruskan bacaan ini dan juga membca alQuran serta solat cukup waktu untuk mengellakkan benda ini dtg semula ke kita . Mudah2an kita semua dilindungi Allah dari sebarang gangguan jin,syaitan dan iblis yang menyesatkan ,mudah2an dptlah kita khuysyuk dllm menjalankan ibadah . Terima kasih share,mudah2an saudara diberkati oleh Allah,insyaAllah .
    Aminah´s last [type] ..

  48. assalamualaikum…
    bagi sya dengar mp3 surah ruqyah mmg mujarab..
    saya ingin berkongsi pengalaman..ada satu ustaz suruh sya cari surah ruqyah dalam internet,then sya download dan baring pejamkan mata,mula2 saya ingat sya bebas dari gangguan jin…dalam 10 minit…tangan kanan sy bergerak dengan sendiri…kekadang tangan sya terangkat sampai ke dada….sy bangun dan letak kan pensel dan kertas…
    mmg ada feedback byk yang saya tahu ttg benda yang masuk dalam bdn sy…bende tu bagi tahu dia sakit ketika surah tu dimainkan…esok sy akan berjumpa ustaz yang mahir dalam perubatan islam..untuk keluarkannya…bersyukur sgt kerana tahu kelebihan surah nie walaupun hanya mendengar,…seolah dapat scan ape je jenis jin dalam badan kita..terkejut hanya tuhan je tahu..apabila tangan bergerak sendiri….selama nie hanya mendengar tp betul2 terjadi pada diri sendiri….masa saya menaip nie pun still memasang surah ruqyah..dan tngan kanan masih bergerak sendiri….sy menaip menggunakan tangan kiri…subhanallah…kuat betul surah nie,,,allah maha besar…
    arnieana´s last [type] ..

  49. izin download ayat2 ruqyah,moga allah s.w.t memberkati segala usaha tuan..amin..
    eman75´s last [type] ..

  50. terima kasih kpd admin. minta izin utk muat turun ayat ruqyah ini.
    mk´s last [type] ..

  51. mohon izin download ya….terima kasih byk2.semoga allah melindungi keluarga kita semua.amin
    iman´s last [type] ..

  52. assalamualaikum…minta izin share utk kongsi ilmu ni kpd rakan2 yg masih x tahu lg… di rumah sy, tgkt atas selalu dgr bunyi org main guli, membuatkan kami selalu terjaga mlm2 ketika sdg diulit mimpi..sy nak perdengarkan ayat ini di bilik sy, mudah2 an dijauhkan drpd gangguan
    nurha2011´s last [type] ..

  53. slm,,,mohon utk kegunaan sendiri…..doakan kesembuhan untuk saya…terima kasih
    yani´s last [type] ..

  54. What?s Taking place i am new to this, I stumbled upon this I have found It positively helpful and it has helped me out loads. I am hoping to give a contribution & help other users like its helped me. Good job.
    mp3 quran | quran | holy quran mp3´s last [type] ..1

  55. Salam. kami bertiga ingin mencuba untuk dengar ayat2 ruqyah ini. tetapi kami takut effect selepas kami mendengar ayat2 ini. Adakah kami memerlukan pengawasan drp orang lain semasa mendengar ayat2 ruqyah ini?
    Fajar, Ekah, Atie´s last [type] ..

  56. SYA SKA HLMAN INI.BYK BDA YG BLEH DPLAJARI DN DIKUTI .BGUS UNTK SMUA LPISAN UMUN .X KRA MDA ATAU TUA
    DHIA CATTRIZZY´s last [type] ..

  57. alhamdulillah…akhirnye jumpe ayat ni…2 hari lepas bertarung dgn saka ..da di azan dkt telinge pon xboleh jugak…harap lepas ni ayat ni boleh membantu…
    aizat´s last [type] ..

  58. assalamualaikum…
    Saya mohon muat turun atas kegunaan sendiri.
    harap diizinkan.
    terima kasih
    zali´s last [type] ..

  59. Izin download n share…syukran
    Alhamdulillah…badan berasa ringan untuk beribadat.
    Tawakkal alallah…Allahuakhbar
    Akukau´s last [type] ..

  60. minta izin download dan share…syukran jazilan
    ida´s last [type] ..

  61. Asalamualikum, saya ada download mp3 ruqyah ini, saya juga hairan knapa 54minit, setelah saya dengar mp3 ruqyah ini sambil membaca melalui alquran, saya cek ada surah yang di baca berulang2, mungkin tersilap copy dan ada bacaan yang tidak sempurna sperti senarai surah yang di berikan.

    Saya coba edit mengikut senarai surah yang ada. Kerna saya ada cd alquran imam mekkah yang complet. Selepas saya edit dan buang mana yang surah di baca berulang ulang, hasilnya tidak sampai 15minit aja untuk membaca semua surah ruqyah ini.
    Md iman´s last [type] ..

  62. Assalamualaikum,saya dapat ilmu dr seseorang yg mengamalkan perubatan Islam,jika seseorang terkena kerasukan,jika anda panik,cara yang paling mudah adalah “MASUKKAN AIS KETUL(KETULAN AIS ) KE DALAM SEBUAH BALDI DAN MASUKKAN AIR,PASTIKAN AIR TERSEBUT SEJUK MCM AIR AIS,BACA AYATUL KURSI DAN SIMBAH AIR TERSEBUT DARI KEPALA KE BDN ORG TERKENA KERASUKAN PASTIKN DIA SEJUK TERKENA AIR TERSEBUT,INSYA’ALLAH DIA AKAN KEMBALI NORMAL DAN TIDAK LAGI MERACAU.ini adalah shortcut jika anda tidak berapa mengetahui cara lain….Sesungguhnya iblis dan syaitan itu adalah asalnya dari api..
    hamba Allah´s last [type] ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge