Meninggalkan Solat Jumaat

Share

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:

“Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” – H.R Muslim.

Huraian :

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar’i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

Share
Recent Related Posts

9 thoughts on “Meninggalkan Solat Jumaat

  1. tumpang tnya….

    kalau orang tu tak pegi solat jumaat (dgn sengaja), orang tersebut tak boleh melakukan solat zohor seperti biasa yea?
    sharo´s last [type] ..

  2. aslm..nak brtanya…
    kalau solat jumaat ituditinggalkan seperti kami staff penerbangan bgaimana,kami bekerja syif,,tp bukanla setiap kali hari jumaat tidak pergi solat cumanya bila syif pagi tidak dptla pergi solat,..manakala utk minggu2 seterusnya dpt pergi solat cuma dlm 1 bulan tu ada 1atau 2 kali tidak dpt menunaikan solat..tapi tula tiap2 bulanbegitu la…harap dpt beri penerangan…terimakasih…
    wani´s last [type] ..

  3. tergerak rasa hati bila baca semua ruangan ini..berpuluh tahun tidak menghadap tuhan..
    adirizqnoh´s last [type] ..

  4. jika tidak menunaikan solat jumat 4kali berturut turut maka dia keluar dari islam… apabila itupun disengaja…. yang tidak di sengaja menurut syara ada 2. binnaumi wannisyaann…. tidur dan lupa…. tidur yang seperti apa tidurnya….lupa seperti apa… dapat kita bertanya kepada orang yang lebih tahu misalkan kpd kiai atau ulama…(ank pesantren )
    cemen´s last [type] ..

  5. Pemimpin yg Islamik akan membawa kita ke arah perkara yg di redhai oleh Allah vice versa.Islam itu Addin merangkumi semua aspect kehidupan.Sesiapa yg meragui dan mempertikaikan nya di kira munafik.
    izani b.mohd noor´s last [type] ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge