Mandi Wajib atau Junub

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

+ Terima kasih Azarudin Bocheh.

70 thoughts on “Mandi Wajib atau Junub”

  1. Terima Kasih atas keterang yg lebih terang di atas.

    Terima kasih juga kepada Encik Azarudin Bocheh.

    Kerana madi Wajib sememangnya penting sebab jika tidak sah..Solat juga tidak sah kn?

  2. Kebanyakkan TV di M’sia ni lebih mementingkan drama dan nyanyian berbanding dgn hal2 yg berkaitan dgn Agama. Maka ramailah antara kita yg buta agama, hanyut dgn hiburan tanpa mengambil berat tentang hal2 fardhu. Main ikut membabi buta tanpa memikirkan sah/batalnya. Inikah ” Negara Islam”???? Sedarlah Wahai Pemerintah !! semua ini akan disoal. Wallahua’llam

  3. ni sy xfhm..
    mcm mn posisi nk mndi wajib?
    spruh berdiri n sparuh cangkung ke?
    huhu.. xfhmm.. =(

  4. salam, saya pernah terbaca mengenai sanggul & tocang wanita “TAK PERLU” dibuka ketika mandi hadas dari hadis Sunan AtTarmizi.. saya minta maaf sebab saya bukan lah pakar dari mana2 institut islam yang bertauliah, cuma musykil dengan tulisan tuan, wajib buka sanggul.. boleh x tuan bantu saya dalam kemusykilan saya tersebut. terima kasih. Assalamualaikum.

  5. “Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.”

    kurang phm….. explen sket~ huhuhu

  6. terima kasih untuk maklumat yg sangat berguna ni…
    minta izin utk share…

  7. halu newbie to internet.. if korang nak sebarkan info2 yang baik2 ni, xperlu mintak izin, just copy.. melainkan ingin melontarkan pandangan atau berdiskusi. Kita harusla menjadi lebih bijak, hal ini saja pun kita lemah. Just look at Indonesian’s blog, kita ni kurang diskusi, sebab tu tak membina..

  8. casillas, ha’a lah.. aku pon xfaham. kurang jelas skit.

    Umumnya, dlu, apa yang aku faham, kalau dye tu dicop halal, — (contoh cap ‘revlon, clairol, l’oreal, eco etc..)
    —maksudnya, ia xmengandungi bahan2 yang haram, tapi xjamin sifat bahan tu halang air dari sampai ke kulit.. ade x sesape faham maksud aku niii? contohnye, perfume, umumnye mengandungi R-OH (alkohol) so xleh bawa dlm smbahyang, yang boleh ialah minyak atar..

  9. semoga takde sanak saudaraku yg nak dye rambut pasni…

    tak sah mandi wajib jadinya… kalo mandi wajib pun tak sah, solat, mengaji sumer tu?? sendiri pk….
    Ryehanna´s last blog post ..Bersabarlah

  10. salam…nk tanya kalu x silap sy dlu ada bc satu kisah, yg Nabi Muhammad s.a.w. sblm baginda mandi junub baginda basuh dlu najis dari tubuh kemudian br baginda mandi junub….bole tlg konfirmkan x?

    tima kacih ^^

  11. @xfhm – maksudnya, ada time kita berdiri, ada time kita mencangkung. masa kita berdiri kan ada bahagian2 pelipat (eh..betul ke pelipat eh?) yang susah sikit air nak mengalir…masa mencangkung pun sama gak…

    @casillas & takperlumintakizin – yang saya faham dye2 rambut yang ada cop halal jakim tu boleh bawak solat TAPI disebabkan dye2 tu menyelaputi rambut, secara automatiknya mandi wajib kita tak sah sebab air tak kena rambut. yang basah hanyalah dye tu…yang pasal perfume tu, yang saya tau la..selain dari alkohol, kadang2 perfume ni dia letak air kencing kuda nak bagi dia tahan lama..so tu salah 1 sebab perfume tu takleh bawak gi solat…
    WALLAHU A’LAAM….

    ok saya pun ada soalan gak…
    1. dulu masa belajar PAFA (sekarang panggil KAFA…sama je…), ada bab mandi wajib ni, dia tulis kat situ basuh najis dan buang benda2 yang menghalang air daripada terkena badan, pastu kena ambil wudhu’ dulu sebelum mandi, pastu masa tengah mandi kena elakkan daripada perkara2 yang membatalkan wudhu’…so soalan saya, kalau wudhu’ tu terbatal kita kena berwudhu’ balik dan start mandi wajib balik semula ke?

    2. wudhu’ sebelum mandi tu wajib or sunat? saya pernah tanya ustazah kat sekolah..dia cakap wudhu’ tu sebenarnya untuk kita solat lepas kita mandi wajib…

    3. boleh tak kita nak mandi biasa dulu sebelum mandi wajib dengan niat nak bersihkan kotoran kat badan dulu?

    tq.. :)
    ct-k whomyra´s last blog post ..wah! i thought ill never make more than 1 entry per day

  12. Minta Ustaz tu bagi tau, dari, ayat quran, hadis mana, kitab mana dia ambik yg mandi tak sah kalau tak niat dulu lah,

    “Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.”

    Kerana Islam tidak akan menyusahkan penganutnya…

  13. info yang membuatkna umat islam menjadi sempit pemikiran nya dan menunjukan islam itu agama yg sgt payah…astagfirullahalazim…kepada pembaca2 sekalian jgn la mudah mmempercayai trus info tersebuat..sebalik nya kaji dhulu..

  14. Jangan ambil bulat2 artikel bkenaan agama yang tidak disokong dgn dalil/hadith yang sahih…kaji dahulu…lihat sumber artikel…apa pn kaji dlu…gunakn pemikiran bijak anda…beringatlah…artikel ni,pada saya, boleh la skadar bacaan dan peringatan utk sya, tp pada sy mcm ada keraguan dan ketidakjelasan…minta maaf klu tsalah kata…

  15. ustaz sy ckp mewarna rmbut selain dr inai menyebabkn mandi wajib x sah wlaupn pwrna tu ada sjil hlal sbb air ttp x kne rmbut..tp sah sembahyag kalau da bebas hadas besar n b’wuduk..dan ustaz gak ckp HARAM mewarnakn rmbut tnpa sebab y kukuh..klau x slap nk pergi berperang dengan hitamkn ubat je..

    tp baca kat cni macam nk s0r0k hukum mwarna rambut jer..2 cam k0mpius tuh..dlm ati ni penah rse nk wrna gak rmbut tp tkut tym mndi wajib x sah lak,klau mati tetiba lg naya..harap 0h islam b0leh carikan penerngan y lebih..=)

  16. ambik wuduk sblm mandi wajib adalah sunat.klu terbatal semasa mandi xpe..teruskan mandi wajib.klu nk solat br boleh ambik wuduq slps mandi wajib.klu ms mandi tersentuh kemaluan xpe.cume wuduq je yg batal.mandi tetap sah..

  17. abis artis yg gmbut mcam2 kaler tuh x smayang la eh..ish2 maner duit nk brkat..rmahtangga pon x aman…

  18. @yg accept penerangan di atas – kalau anda mampu buat,syukur. klu anda dpt sesuatu yg baik, alhamdulillah. tapi mana yg susah sgt tu, sy sendiri tak yakin dengan penerangannya. selama sy belajar,tak pernah pula dengar masa nak niat tu ada “timing” yg tepat. tapi atleast sy pn baru tau kena cangkung & berdiri..slama ni ingatkan asal dpt ratakan air ke seluruh celah, OK la kan?ini cuma pendapat peribadi sy lah.. Islam tidak menyusahkan umatnya..

    @yg menolak atau meminta source (sy pesan pd diri sndiri) – diminta jgn lah emosional sgt..mungkin itu hasil kajian ustaz tu? atau slama ni dia di didik oleh guru dia cara tu? atau pemahaman dia terhadap apa yg di baca mcm tu? kan elok,amik je yg patut. agak yg pelik skit mcm niat kene timing tu, kalau ustaz tu kata ramai sgt yg tak tau, why not JAKIM hebahkn melalui risalah2 di masjid, di forum perdana, etc?mencari yg halal itu wajib..tp tu tak menghalalkan kita dari condemn org lain. apakah gunanya solat jumaat dgn khutbah yg panjang tp tak digunakan sepenuhnya utk pengetahuan umat? kalau sy yg cetek ilmu ni boleh fikir macam tu, di JAKIM pasti ada juga.. wallahualam.

  19. eh, mmg ramai yang xtahu pasal timing. ingat tak dalam pafa dia ada tulis “memulakan niat sebaik-baik sahaja air mengenai bahagian badan” sy tahu pekara ni pon bukan dari sini saja, malah ustad dalam al-kuliyyah tv3 dulu pon ade cakap (sape yang ade tengok dalam episod mandi wajib) ustad kat radio terengganu pon ade cakap gak. niat kene serentak dengan air kene bahagian badan. bis tu ni yang tajuk tu pon dah cakap ‘dari JAKIM’ baik la ade sorang wakil dari kita2 ni p tnya kat office JAKIM. Kalo musykil sensorang pon tak ke mana..

  20. Salam, terima kasih oh islam kerana dari sini saya mendapat semangat dan keyakinan di dalam diri.

  21. ISLAM ITU MUDAH..kebanyakan org melayu kite je yang menyusahkan islam itu sendri..sbb itu klau kite lihat di malaysia, susah nak tgok org kafir peluk islam..sebab ape?.sebab timbulnye fatwa2 yg menyusahkan sebegini, so secara tak langsung mereka takut utk memeluk islam..walhal bende ini mudah, tidak se’complicated’ begini (tp dlam masa yg same, tidak amik terlalu mudah)..conclusion, jgn terlalu percaya dgn fatwa ‘kaum beruk’, bak kata keretamayat..sekian

  22. as’salam terima kasih atas nasihat yg baik kami semua mudah-mudahan diterima…

  23. sesiapa yg inginkan nur(cahaya) di wajahnya sentiasa cerah, maka hendaklh ia menyucikan seluruh angota badannya dgn sempurna,sesungguhnya ALLAH TAALA sgt syg pada hambanya yg sentiasa tertib dlm melaksanakan amalan penyucian zahir&batin, ya ALLAH , kami ini hambaMu yg lemah dlm menilai sesuatu kebaikan & keburukan dlm diri kami sendiri, sesungguhnya keranaMU lh kami semua beroleh rahmat kesejahteraan & kesempurnaan dlm hidup kami semua. oleh itu berikanlh kami petunjuk dan hidayah agar kami tidak tersesat dlm kehidupan ini …. INSYALLAH……………

  24. Pada pendapat saya, mengenai pewarna rambut, JAKIM sewajar nya tidak meletakkan tanda halal pada kotak pewarna.. kerana kalau letak halal pon yang guna itu bukan islam.. bila kita bagi logo halal, dia akan menyebabkan orang islam menggunakanya… dan orang bukan islam yang mengeluarkan pewarna itu boleh memperdayakan orang islam… sekadar pandangan…

  25. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu di sini.. Sangat bermanafaat.

    Mohon jasa baik tuan/puan untuk memperbaiki perenggan terakhir berikut:

    Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

    Diharap tuan dapat membetulkan letak duduk quote (“) pada hadis tersebut.. kerana jika dibaca seperti di atas maka dalam hadis tersebut ada Friday the 13.

    Maafkan saya jika teguran saya menyinggung saudara/i…

  26. yup saya pun nak clarify pasal timing niat.

    sekalipun waktu solat niat secara lafaz hanyalah sunat.

    so apatah lagi untuk mandi wajib. dan satu lagi tak semestinya kena cangkung dan berdirikan nak ratakan air seluruh badan. asalkan kita dah betul2 ratakan saya rasa sudah memadai.
    madno´s last blog post ..Mind Your Tongue!

  27. sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah ta’ala kan ?
    tp kenapa anda tulis hasar ?
    *hadas or * hasar

  28. salam…sunat ambil wudu’ sebelom mandi wajib…mengikot apa yg saya fahami tidak adalah waktu atau timing ms nk niat…apabila air sampai ke tubuh trs kita niat dlm hati “shja aku mandi hadas besar kerna Allah Taala”…ratakan air keseluruh badan semasa berdiri,gosok pelipat2,tempat2 yg berkedut..dan strsnya duduk mencangkong tuk mencuci bhgian batin yakni di kawasan kemaluan belakng dan depan(wanita)..dan kawasan kemaluan(dpn&blkg) biarlah buka secara automatik bkn lah dgn memaksanya terbuka…gosoklah sekitarnya…sekian wallahua’lam….
    rembooz´s last blog post ..Wanita perhiasan dunia

  29. salam.. sahabat semua.. saya kurang setuju bab NIAT n POSISI mse mandi wajib.. cube pikir secara logik, cemana gaya org mandi wajib kt SUNGAI??? takkan nk niat mse tgh terjun sungai tu? atau mandi biasa dulu pastu keluar sungai ,pastu terjun sungai balik (beserta niat)? satu gi dh nama pun sungai, ape lg gayanya?? kesimpulannya, mandi wajib ikut rukun je.. NIAT, HILANGKAN NAJIS & RATAKAN AIR SELURUH ANGGOTA.. perkara inilah yg ustazah sye jelaskan mse sekolah dulu.. Islam agama syumul, mudah lg indah.. jgn nyusahkan benda yg mudah.. wallahualam..

  30. Nk cakap biar brilmu. jgn dok kutuk @ timbulkan musykil. Ustz tu ckp mgkin x ikut teks @ pemberatan utk diri dia demi agama. Dia x ckp pd umum. Koma pun ckp kekdg trsasul gak. Kalu tahu bebeno, mu ganti tempat diorg..
    1. Umumny mandi tu “berdiri” so kena cangkung cuma nk sampaikn air tu kt cecelah je. Bak pe nk kaitkan dgn mandi ktsungai ke?laut ke? pikir sendiri sudahlah.
    2. Wudhuk sblum mandi tu “Sunat”. Nama pun sunat. Jgn keliru.
    3. Nk warna rambut bak pe. Perang? . Ilmu ad 3 cabg utama (Tauhid, Tasawwuf & fekah). Jgn nk dok tengok sah @ x sah dlm fekah je.

    Klu keliru.. tanya pd guru anda agar ilmu tu mutawatir . Bukan dok discus dgn orang yg kita x kenal & tak nampak.

  31. saya ada satu kemusykilan mengenai junub…..
    adakah kita perlu solat ketika masuknya waktu solat sedangkan kita dalam keadaan berjunub….

  32. ustzaz..

    kalau seseorg itu baru habes haid, terus bersama suami nya…if mandi wajib dgn Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
    Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

    tu dh ckup utk mandi yg lps habes haid kn?meaning satu niat tu dh ckp utk membersih kn diri utk bersolat lps tu kn?

  33. ustadz…

    mw tanya .. bagaimana hukumnya bila cukur saat mandi wajib.. thanks…

  34. Assalammualaikum w.b.t…sy nak tanya pasal mandi wajib selepas habis haid dan mandi junub tu caranya sama je kan?cuma niat yg membezakannya ke?dan time mandi wajib atau mandi junub tu kalo tersentuh bahagian qubul dan dubur mcm mana?adakah mandi wajib kita tu sah? tq…

  35. cara sama je.cuma niat je yg membezakan.klu tersentuh tu tak mengapa,cuma wuduk sahaj yg batal.mandi tetap sah..

  36. niat yg mana lebih bgus lakukan untuk mandi sesudah haid….n ikut tata cara dgn sempurna …masa melakukn boleh mengunakan sabun ataw air sahja dahulu…selps akhiri dgn membasuh kaki bru boleh menggunakn sabun,shampoo,,peralatan mandi yng biasa..boleh terangkn lebih mendalam…harp dpt bekerjasama…

  37. najiha..sblm mandi junub boleh mandi seperti baisa pkai sabun(hilangkan kekotoran di badan)..lepas je mandi junub boleh lah nak shampoo ke ape ke..mandi junub kerana haid sama mcm mandi junub yg lain cuma niat je yang berbeza.

  38. Nak Tanya..Kalau niat perlu dilakukan sebelum air sampai ke mana-mana anggota badan, semasa mandi biasa perlu niat terlebih dahulu? ataupun niat itu boleh dilakukan selepas mandi biasa seperti langkah2 dibawah?
    -mandi biasa(sabun)
    -wuduk
    -menuang air atas kepala (3x) disertakan dengan niat.
    -menuang air disebelah kanan anggota badan 3x , kanan 3x
    -meratakan air ke seluruh badan

  39. Kesilapan pada EJAAN atau BACAAN “kamaa..bukan Kamma” pada sebutan bahasa melayu untuk doa lihat cermin…Allahuma ‘kamma’ Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad)

  40. Hukum Mandi Berbogel

    Saya pernah diajukan soalan oleh seorang sahabat boleh ke mandi bertelanjang ini. Secepat kilat saya menjawab dengan yakin, “boleh je, tak salah pun.” Tapi dari kecil saya dididik untuk menggunakan kain basahan/kain batik ketika mandi. Tidak elok mandi bogel. Jadi untuk menjawab soalan sahabat saya itu dan diri saya sendiri akan apakah dibolehkan mandi berbogel, saya mencari sedikit maklumat. Ini yang dapat saya kongsikan…

    Apakah hukum mandi bogel?
    Bogel atau telanjang yang dimaksudkan adalah mandi dengan tanpa seurat benang pada badan. Hukum mandi bogel adalah harus. Sebaik-baiknya mandilah dengan memakai kain basahan atau seluar dalam bagi menutup kemaluan. Tidak menjadi satu kesalahan untuk mandi secara bogel. Dalam Islam, hukumnya adalah HARUS.
    Imam al-Nawawi menjelaskan di dalam hadith ini yang menjelaskan kebenaran mandi berkeadaan bogel jika dia berseorangan.

    “Kita telah melihat didalam bab yang lalu bahawa sesungguhnya dibenarkan membuka aurat apabila ada keperluan (hajat), apabila seseorang berseorangan, apabila mandi, membuat air, apabila bersama dengan isteri dan sebagainya. Didalam semua keadaan ini, dibenarkan seseorang membuka auratapabila dia berseorangan, akan tetapi dihadapan orang lain adalah HARAM menyingkap aurat didalam semua keadaan.” [Sharh Muslim, 4/32].
    Akan tetapi tidak ada nas atau dalil dari hadith Nabi saw yang sahih mengenai kewajipan menutup diri semasa mandi. Walaubagaimanapun terdapat beberapa ulama’ salaf yang menutup diri mereka, akan tetapi bukanlah diwajibkan. Adalah memadai semasa mandi itu tidak dapat dilihat oleh orang lain.

    Namun begitu, terdapat beberapa riwayat menjelaskan Nabi saw pernah mandi bersama isterinya didalam keadaan tidak berpakaian, sebagaimana didalam hadith Muslim dan Bukhari.

    Sekiranya ingin mandi dengan berpakaian juga tidak menjadi kesalahan kerana Rasulullah saw pernah mandi dengan berselindung dengan kain. Mandi berpakaian adalah digalakkan berdasarkan hadith yang bermaksud: “Allah swt adalah lebih patut disegani daripada manusia.”

    Sahabat sekalian perlu diingat di dalam tandas dan bilik kita semua adanya jin yang turut tinggal di dalamnya. Jadi kalau tidak mahu jin itu jatuh cinta dengan menikmati tubuh kita maka tutuplah aurat ketika mandi. Bahaya kalau jin dah jatuh cinta dengan manusia. Alam kita dan dia adalah berbeza. Jin ini kita tidak dapat melihatnya. Cuba bayangkan situsainya jika jin sentiasa mengekori kita ke mana sahaja. Kecut perut bukan…

    Walaubagaimanapun…apa yang ingin ditegaskan di sini adalah berasa malulah kita kepada Allah daripada makhluk lain.
    Wallahualam…

    p/s: Sedangkan mandi pun kena malu dengan Allah & jin…inikan pula tidak menutup aurat dalam kehidupan harian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge