Malulah dengan bukan Islam

Share

Friday, November 13, 2009
Dimana Masjid Sri Hartamas? tanya Woo Choo Keong pada Raja Nong Cik

Di persidangan dewan rakyat semalam berlaku beberapa kekecuhan, antara nya termasuklah pekara yang di bangkitkan oleh Woo Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) yang mendesak  menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dapat menerangkan secara jelas bagaimana sebidang tanah yang di jadualkan untuk membina masjid boleh bertukar menjadi projek kondominium dan pusat belibelah.

Tanah yang di peruntukan untuk membina sebuah masjid itu di kawasan Sri Hartamas. Tanah yang di gazetkan itu didalam plan draft bandaraya Kuala Lumpur 2020. Ahli parlimen Wangsa Maju itu  berkata “kami menyokong pembinaan masjid itu, tetapi kami tak dapat menerima bagaimana projek pembinaan masjid boleh bertukar menjadi projek pangsapuri”.

Datu Raja Nong Cik  selaku menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pula menjelaskan yang tanah itu adalah milik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Yang mana berkata “projek pembinaan masjid itu pihak JAWI (Jabatan Majlis Agama W.Persekutuan) telah membuat keputusan untuk membina nya di tempat lain. Raja Nong tidak menyatakan dengan jelas dan dimana masjid itu akan di bina, Woo Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) tidak puas hati dan bangkit semula.

Kata Woo Choo Keong lagi “Yang Berhormat Menteri, sekarang masjid itu di bina dimana? Saya tak Nampak pun masjid baru di Sri Hartamas ini?” Raja Nong Cik agak ‘kaget’ hanya berkata ringkas “pekara yang membabitkan agama lebih tepat dijawab oleh menteri Agama sendiriyang lebih arif”, ia itu menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Bahrom.

Dewan gamat beberapa minit, se orang yang bukan Islam pula mempertikaikan kewujudan masjid yang tak wujud dan dibahaskan bersama wakil kerajaan.

- adiptasi Bernama/m/cahaya

P/s: Kalau jadi macam ni siapa yang malu? diri sendiri dan secara tak langsung, agama kita juga. Sedarlah. Jadikan kejadian ini pengalaman paling memalukan dalam hidup sebagai seorang muslim. Ini baru satu antaranya. Banyak lagi. Kita kalau nak buat orang tertarik dengan Islam, tunjukkan contoh yg baik pada diri kata sebagai seorang Muslim dan Muslimah. Baru betul.

+ Thanks ct adiky2k

Share
Recent Related Posts

45 thoughts on “Malulah dengan bukan Islam

  1. salam…aku kadang-kadang tak faham ngan ahli politik yang beragama ISLAM. Mereka sendiri menindas bangsa sendiri. Itu yang menjadi persoalan kepada rakyat. Buat perancangan sebelum ni konon agak meyakinkan,bila tiba masa jadi lain pula. Hmmm,Ahli politik tetap kaki putar belit.

  2. itulah masalah orang yg sibuk mengejar hal dunia berbanding hal2 kemudian hari.

  3. nk kata pun xkena dgn kerajaan skang…
    kadang2 bila nk buat jalan, ada masjid yang menghalang laluan jalan yg nk dibuat, terpaksa dirobohkan…alasan kerana mengahalang lalu lintas….

    tapi bila rumah ibadat org bukan Islam, jalan yang sepatutnya straight…terpaksa di belokkan/lencongan sedikit….kerana menghormati rumah ibadat org bukan Islam…. nk sodok bukit pun mcm tu…

    fikir-fikirkanlah…anda mampu mengubahnya….

    “Islam berdaulat, Rakyat Sejahtera….”
    .-= syinrayafa´s last blog ..Chelsea vs Manchester United =-.

  4. btol2. same la case kat cyberjaya ni.
    dah 10 tahun bukak, tapi satu masjid pun tak nak buat.
    nak pegi putrajaya jauh la.
    kat sini depa menumpang masjid mmu ngan kat balai bomba,
    tu pun masjid x brape nak besar.
    tiap kali solat jumaat je mesti jalan jammed. sbb parking kreta kat luar balai bomba, tengah2 jalan pulak tu.
    punye la banyak tanah kosong tapi satu masjid pun x nak wat.
    gi tmbah masjid baru kt putrajaya wat ape. da blambak dah masjid besar2 kt situ. heish x puas hati btol aku.

  5. jgn salahkan masjid, salahkan diri sendiri. huhu.
    tak silap aku, dulu menteri ptahanan israel pernah kate,
    “umat Islam takkan dpt balik al-Aqsa/palestin selagi jumlah org yg pegi masjid solat subuh bjemaah tak seramai org yg pegi solat jumaat.”

  6. Benarlah apa yang dikatakan anda. Saya duduk Cyberjaya selama lebih kurang 3 tahun dan itulah hakikat yang kita harus terima ketika berada di Cyberjaya.

  7. sebelum kite bahaskan ttg masjid,baik kite lihat penduduk di situ dulu. kalau dorang pon xkesah,apetah lagi wakil rakyat yg sekali sekala datang menjenguk. kalau persatuan penduduk situ kuat,betul2 fight pasal hal ni,insyaAllah,lambat laun kebenaran pasti ada.

  8. Klu ikutkan, kat Mid Valley tu ade je rumah ibadat for Indian. Klu tak dulu mmg nak kena roboh sebab nak besarkan Mid Valley. Tp disebabkan ramai rakyat India yang mempertahankannya, so tak jadi la nak roboh rumah ibadat diorg tu. Skang lagi besar ade la.

    Tp cuba bayangkan klu kat situ ade surau kecil, atau masjid yg tak berapa besar. Agak2 terus membesar kat tepi tu ke atau awal2 lagi dah kena roboh? Yup, mungkin atas alasan nak besarkan kawasan Mid Valley yang telah sedia besar…
    .-= kakeru´s last blog ..[MISTERI] Widget Text Blog Ini Hilang? =-.

  9. kt tmpat sayep surau kecit di apit gereja yamt gah….pihak berwajib kne pndg serius berkenaan isu tmpat ibadat ni….

    sme2x kite renungkan…

  10. Hmm..Baru melawat web2 ohmedia hari nie..
    Mula2 rasa ini just taktik politik tapi klu difikirkn blk, benar jgk apa pandangan pihak lawan.. Isu masjid jgn dipandang enteng.. Hairan jugak knp ada yg x sensitif dgn isu ini.

  11. kalau kat tawau alhamdulillah masjid tak jadi masalah. cuma jemaah jer tidak berapa ramai.

  12. apa yang berlaku sebenarnya kita sudah jauh berada pada landasannya.HAKIKAT menuju ke syurga adalah jalan lurus…MENGAPA menjadi bengkang bengkok?

  13. yg penting ubah dri kita dlu.. mcm yg “hidup sihat” post kat ats tu. [tak silap aku, dulu menteri ptahanan israel pernah kate,
    “umat Islam takkan dpt balik al-Aqsa/palestin selagi jumlah org yg pegi masjid solat subuh bjemaah tak seramai org yg pegi solat jumaat.”] then, insyaALLAH akan ada perubahannya.. sama2 la kita berusaha ubah apa yg ptut. psl politik ni smpai kiamat pn xkan aman ngn mcm2 isu.. entah la, bnyk btol dugaan skrg ni.

    skdar brkongsi:
    http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/11/konspirasi-dunia-dewa-19.html
    http://rijal82.blogspot.com/2009/11/2012-emmerich-lengkapkan-puzzle-misteri.html

  14. biasa la perkara macam ni… hakikat akhir zaman… kita kene terima hakikat tu… akhir zaman macam-macam berlaku…

  15. Dunia sekarang sudah terbalik, orang bukan Islam menegur orang Islam tentang agama. Sesungguhnya telah disebut oleh Nabi Junjungan kita Rasulallah s.a.w bahawa perkara sebegini memang akan berlaku di akhir zaman yang menunjukkan tanda2 kecil hari kiamat..

    “Untuk apa kita kumpulkan harta dan kekayaan bila akhirnya saat kita pergi dari dunia ini semua itu tidak dapat di boleh bawa bersama..”

  16. nama jek negara Islam..
    tp kemudahan untk org Islam mang jarang leh dgunakan..
    ak nak smyg pas bshopping kat spemaket pn soosah..
    surau Ya Allah mang menyedihkan..
    da la sempit pas 2 busuk,kotor lak 2 pas 2 tmpat dia kt area yg paling tpencil lam spemaket besaq 2..
    kalo jd pa per pn owg bkn tau..
    hurmm………

  17. hmm…bukan isu masjid je,banyak lagi isu agama tak terjaga..diorang ni namanya je kerajaan tpi hampeh

  18. ini perkara biasa di akhir zaman dimana yg jahil diangkat menjadi pemimpin…(sila betulkan jika ada kesalahan)..

  19. ya Allah ya tuhan ku,beri kn lah rahmat dan hidayahMu kepada pmimpin2 kami agr mrk dpt mmimpin kami scara adil dn mengikut syariatmu…

  20. sebab tu dalam Islam xde politik demokrasi..islam kn ad kaedah yg tersendiri..knpa nk ambikl kaedah yahudi..?

  21. dalam hal nie..aku nak comment 1 jerk..per pasal org islam kiter nie leh pilih org bodoh mcm ni jadik pemimpin ek??? agak2 ko org aku saper yg ptot d persalahkan dulu???pgundi???pemimpin???or Kiter2 yg xtau wat perk???emm politics malaysia xbersih..xadil

  22. so sy harap kan bile nk p mngundi nnti korg mulakn lah dgn bismillah..mudah’an allah bri korg hidayah tuk pilih pemimpin…
    pmbngunan yg bnyk xde dlm syarat rukun islam pun..so pkir2 lah..pilih lah yg terang2 mnegak kan islam

    pakat ramai2 tuk b pkir..allahuakbar!!!

    solat lah kamu sblm kamu d solat kan..

  23. biar diorg jwb…
    nk wt bnde len wat alasan nk wat masjid..
    esok runtuh tibe2 bru taw..

  24. pelik2..tapi btl la, bila time org melayu@islam apa pun xbley
    bila yang lain2..bley kan jer.

  25. ni semua salah yg memilh kerajaan yg tidak mengikut acuan islam yg sebenar, tidak menjadikan Al-quran dan hadis sebagai panduan, tetapi nafsu semata2……renung2kan, pilihan anda yg tentukan

  26. apalah kita nak bidas..tak dapat apa pun..kita rakyat cakap pun diorang takm pandang gak..saya skrg semuanya biarlah ALLAH yang membetulkan hati orang yang tak nampak islam ditindas

  27. Wajib ada penyata Wang Zakat untuk tatapan seluruh Umat Islam di Malaysia. Di audit oleh ‘islamic certified external auditors’ supaya kita tau berapa amaun yg terkumpul dan berapa amaun yang disalurkan ke Jalan Allah. Dan umumkan siapakah yang layak menerima wang zakat dan syarat2nya dengan menyeluruh. Wang Zakat untuk pembangunan ummah dan BUKAN untuk disimpan (dengan bermegah2 dengan amaun yg banyak terkumpul setiap tahun). Sampai bilakah umat Islam di Malaysia kerap di permain2kan sebegini? Wahai Pemimpin2 Islam.. Ini tugas kamu. TAKUT PADA ALLAH!.. jgn takut dibuang kerja atas alasan ‘perlu ditukar je jabatan lain’. Tidak kah kamu takut? Maaf bahasa saya agak ‘robust’ …cuma Allah yang Maha Mengetahui. Assalamu’alikum.
    Chef Din Gombak´s last [type] ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge