Makan lebihan nasi ibu atau anak

Share

Fadzilah Kamsah: Makan lebihan nasi ibu atau anak.

Assalammualaikum.

Masa saya kecik-kecik dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen belen (sisa-sisa) nasi yang dia makan dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen. Tapi taklah selalu, secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu.

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan either belen makanan mak atau abah. Tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan. Kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain. Samada kami perasan atau tidak. So satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak.

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri (arwah tok perempuan kami sebelah abah). Kata mak, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapa. Dan saya sendiri akui kesannya. Makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapa kita yang makin tua itu.

Kalau kena marah, kena tengking, memang kami adik beradik diam membisu jer lah. Namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul. Mak pesan, dah ada anak sendiri esok… jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak. Samalah ceritanya dan mak kata juga, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik.

Guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat Maghrib ialah mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka. Solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu Maghrib. Kalau ada lebih dari seorang anak, suruh seorang azan dan seorang Qiam. Kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat.

Ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang. Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jemaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya. Inilah yang paling berkesan sekali. Tak caya try buat. Solat jemaah dengan anak-anak tiap kali Maghrib…dapat semua waktu lagi baik. Sangat besar ‘rahsia’ peranan dapur dan juga kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu Maghrib.

“Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”. Just to ambil iktibar untuk mendidik diri dan family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! Good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others and those to others again and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly.

Yang baik datang dari Allah dan yang kurang itu is from my weaknesses. Do import this knowledge; you’ll lose nothing.

Wallahu A’lam.

Share
Recent Related Posts

34 thoughts on “Makan lebihan nasi ibu atau anak

  1. salam. saye tak penah pulak buat macam ni. mungkin satu ari nanti dapat anak leh amalkan kot…
    ebikko´s last [type] ..hangit

  2. salam…yup apa yg di tulis 2 ada betul nye…aku sendiri dah terbiasa ngn cara 2 sejak kecik…rase hormat aptuh n menyayangi kuarga amat kuat sekali…

  3. Assalamualaikum..
    Ibu bapa saya mmg slalu buat mcm ni kat saya…
    Saya kadang2 kesiankan mak saya jd tinggalkn sedikit
    lebihan dan ingin berkongsi… tetapi mak saya menolak..
    Mak saya pula yang mahu saya makan lebihan beliau..
    Sampai sekarang barulah saya tahu inilah sebabnya..
    Terima Kasih mak…Saya Sayang Mak :) )

  4. Salam..
    saya nak tnya..
    mcm x faham la..
    kita kena mkn sisa ibu bapa kita ka untuk supaya sentiasa dekat dgn mereka?
    atau jgn skali2 mkn sisa anak2?
    jd apa yg wat supaya anak rapt dgn ibu bapa mereka?

  5. bukan lebih baik kalau solat jemaah di masjid@surau ke??
    hubungan keluarga dapat jaga,hubungan dengan jiran pon dapat jaga
    di malaysia,masjid@surau tidaklah jauh dengan rumah kebiasaannya

  6. ouh awak macam tu erk…
    my mum pulak..
    bila adik2 tak abis makan my mum akan habiskan…

    pernah dia suh i habiskan makan y adik2 punya in case adik tak abis makan..(contoh nasi bungkus la) but i tak nak.. hehehe (time tu mula buat muka seposen )..

    sehingga sekarang pun.. if ada makanan ker apa apa jer la yang tak abis.. my mum akan habiskan..
    what i mean bukan la sisa but more to sharing la… tak nak membazir!! =p
    Fara´s last [type] ..Dean list Awards Ceremony 2010

  7. x logik la plak rasenye.. kenapa plak makanan yg menjadi sebab keutuhan hubungan keluarga itu.. kan lebih kepada sebab hormat dan rasa tanggungjawab seorang anak pada orang tua.. dulu mase kecik saya memang agak renggang dgn ibu bapa.. tp as i grow older dan duduk jauh.. lame2 kenal rasa tanggungjawab.. semua tu bgantung pada kesedaran dan tahap kematangan diri sendiri.. renung2kan dan selamat beramal.. =)

  8. Alhamdulillah….kami sekeluarga pun memang mengamalkan cara ini di rumah…asalnya dari emak dan arwah ayah…dan sekarang saya praktikkan kepada anak2 sendiri pulak…mujurlah anak2 tidak pernah menunjukkan rasa geli dan jijik nak makan sisa2 makanan saya atau suami… Dan yang bagus jugak, semasa anak masih bayi, kita boleh kunyahkan apa2 makanan kemudian kita suapkan kedalam mulutnya…cara ini juga amat baik kalau sentiasa diamalkan, itu yang arwah ayah selalu cakap dan emak pun begitu…
    zulman´s last [type] ..Ramadhan Bersama Yang Tersayang

  9. ituy hanya petua org dulu2 mungkin ada kebenaran dan ia berlaku hanya kebetulan..utk elak pembaziran dan supaya anak tahu erti berkongsi. Cara apapun ada kebaikannya…pernah yg dlm mulut anak minta pun blh bg pada dia…org tua2 kata anak akan mendengar vakap ibunya. Sebenarnya cara ddikan ibu bapalah yg membentuk peribadi anaknya. Jika dididik dgn kasih syg maka dia membesar dgn kasih syg..ikut cara nabi mendidik anak (tarbiyatul aulad) penuh adap dan tata susila. Saya rasa jika petua itu elok utk elak pembaziran x kiralah ank atau mak blh je makan bahagian sapa2 pun. Nawaitu itu yg penting.

  10. aku x pernah berpeluang pun mcm ni, sbb ayah aku suka sangka aku buruk mcm2.. mustajab kata dia tu akhirnya aku jadi seperti kata2 yg dia nak tu.. thx ayah

  11. tidakkah anda merasa ini semua khurafat.. kadang2 petua org dulu2 ni memang menjadi secara kebetulan dan membuat org lain percaya dengan kepercayaan org dulu2 ni.. harap anda semua sedar ni.. serius x elok percaya benda2 mcm ni.. boleh membawa kepada terpesongnya akidah..

  12. sala, kepada rota, saya tak rasa ini ada unsur khurafat..ada berkatnya ambil makanan lebihan mak ayah kita..bukan org lain..kita dtg pn dr perut diorang..saya pn tak taula nape mak suke suh abeskan makanan die..adik bradik lain ade jgak..tp jarang la..
    saya teringat pernah baca mastika, seorang anak perempuan ni sangat dimanjakan mak dia..tapi semakin besar dia semakin biadap, dia maki, tengking, baling barang kat mak dia..satu hari bila dia nak bersalin azab sangat..berhari-hari macam tu..last2 ada ustaz suruh mak dia datang dan cakap dah takde cara lain, si ibu diminta ambil wuduk dan air basuhan kaki tu ditadah dalam cawan lalu diberi minu pada anak dia..lepas tu baru anak dia dapat bersalin secara normal..semnjak tu anak dia ni insafla..
    pada saya takde masalah pn nak makan lebihan mak kita..just my opinio, ade keberkatannya..waktu kecik2 dulu kita selalu luah balik benda kita makan..siapa lagi yang amik kalu bukan mak n disuap pulak dalam mulut die..

  13. Thanks For This info

    Pernah juga dengar2 mcm ni punya cerita. Dan mungkin ada betulnya.

    Tapi skg terpikir jugak secara psycology..:

    kalau kata makanan anak tak habis, mak jgn sekali-kali habiskan ..dan kalau makanan mak, mesti tinggalkan untuk anak…

    (Beli or buat lah makanan sekadar cukup..jangan membazir..sharing is caring.tapi mengapa anak takleh share untuk bagi kat mak..? hemm..anak2 mestilah utamakan ibubapa..beli /buat makanan untuk ibubapa makan dulu..then pastinya mak / ayah akan kongsikan dengan kita…)

  14. lelaki wajib solat jemaah di masjid…

    Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah. Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a: Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak
    mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan
    Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya
    Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran
    tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat
    yang dikumandangkan di masjid.

  15. Lelaki wajib solat jemaah di masjid..jika tidak ada keuzuran…

    Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah. Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a: Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak
    mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan
    Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya
    Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran
    tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat
    yang dikumandangkan di masjid.

  16. Terima kasih kerana berkongsi info..
    Pernah dengar jugak dari ibu angkat saya yg berada di Makkah…
    dia selalu memarahi saya yang selalu makan sisa anak…saya kata takut membazir…tapi itulah pertama kali saya dengar petua sebegini…
    Namun dalam famili saya, saya cuba terapkan amalan sunnah Nabi sepertimana yang diikuti oleh jemaah tabligh…iaitu amalkan makan nasi dalam talam berkongsi dengan 3 orang anak saya dan isteri..ALhamdulillah anak2 dan isteri begitu teruja dan menyukai cara ini.Sambil makan saya cuba bercerita tntang sunnah2 dan hikmah2 yang ada…itulah salah satu amalan yg saya nmpak ada kesannya di jiwa anak2…Lepastu amalan lain amalkan baca Selawat sambil kita menyikat dan melumurkan minyak di kepala anak2…kemudian baca Ya Latif 7 kali dan hembuskan di kepala mereka….Ini mudah dilakukan kepada isteri2 yang berpeluang mendandan anak2 di waktu pagi sebelum ke sekolah…hikmahnya adalah untuk melembutkan hati anak2 dalam menerima segala yg positif dengan bantuan ALLAH TAALA..wassalam..

  17. betpa besarnya pgorbanan seorg ibu… aku syg sgt mak aku… sya syg mak…. slmt hri aidilfitri mak…. mwh3…….. syggg mak…….

  18. mak & arwah abah aku pun mcm tu dulu…mmg betol,lebih2 lg pemergian abah aku sebulan lepas mmg cukup2 menyedihkan…rase kehilangan yg amat sangat… ku doakan rohnya tenang dan ditempatkan bersama golongan solehin..amin

  19. tp kalau kita makan sisa anak apa kesannya yer cik penulis???nk tau jgk…….

  20. sya da dgr gak isu ni and wife sya ada bgtau evevn akak ipar sya byk kali dh brpesan.. biar ank2 mkn lebihan ibubapa supaya ank2 akan dgr ckp kita… TAPI jgn mkn lebihan ank2 takut kita kena dgr ckp ank or ikut telunjuk diorg je masa akan.. wahuallahualam.. tp x salah kalw kita mmpraktikkan pa baik dn trbaik tuk kita and keluarga kita sendr…. selamat beramal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge