Mak! Jangan pergi dulu

by admin on 13/10/2009

Share

Saya begitu tertarik dengan sebuah blog ini. Cerita yang sedih digayakan dengan agak kelakar. Sampai menangis pun, sempat lagi ketawa macam kambing. Hehehe. Antara kata-kata yang membuatkan saya lebih tersentak adalah…

KEPADA MEREKA YANG IBUNYA BELUM JADI MAYAT Baliklah kampong, ziarah mereka, bawak mereka jalan jalan, dan sedekahkan mereka wang dengan jumlah yang banyak.., takpe.., sebab mereka dah tua, dah tak lama hidup.., Jika tidak.., korang hanya sempat ziarah kubur mereka dan sempat sedekah Al fatihah sahaja.., isk..

Ianya membuatkan saya sedar selama saya hidup di dunia ini, adakah ibu bapa saya merasa bahagia dengan apa yang saya lakukan sekarang? Mereka tidak pernah meminta apa-apa dari anak mereka apalagi wang, tetapi kebahagiaan pun kita susah sangat nak beri kan?

Dalam seminggu berapa kali kita call mereka? Atau mungkin hanya sekali dalam sebulan? Atau satu kali setahun? Atau tak call langsung? Jumpa bila balik beraya je? Hurm. Mesti mereka gembira kan bila dengar suara kita. korang bayangkan, kalau esok korang yang dapat call dari ayah korang. Kasitahu mak korang dah meninggal dunia?

Anak mana yang tak menangis. Time tu baru’lah sedar kenapa selalu lupakan mereka. Tertanya mengapa tak kirimkan mereka duit. Memang la mereka tak mintak, tapi pasti nak merasa duit anak-anak kan? Mungkin mereka akan kumpul dan bila cukup terus berangkat mengerjakan haji. Betul, mereka dah tua. Apa salahnya kita lakukan “all-out” untuk mereka.

Baca la blog ni. Cannot handle kesedihan dah ni. Macam si penulis blog ni boleh cari bini dia buat lap hingus dekat bahu si isteri, macam saya kalau nak cari bahu member karang buat lap hingus, mahu kene lempang laju-laju. Hehehe.

http://keretamayat.blogspot.com/2009/10/salahkah-lelaki-menangis.html

Rasulullah s.a.w bersabda, Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali 3 perkara iaitu:1.Sedekah jariah.2.Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya.3.Anak yang soleh yang tidak melupakan mendoakan ibu bapanya.

P/s: Time-time macam ni memang masa sesuai sangat untuk korang layan lagu nasyid bertajuk “Ibu” nyanyian “Aiman”. Search la on youtube!

P/s: Bagi saya cara paling hebat untuk membuat kita mengingati kedua ibu-bapa adalah dengan membaca komen-komen dari mereka yang telah kehilangan ibu bapa atau salah seorangnya. Hari raya tahun ni kita cakap rendang ibu kita paling sedap, tapi raya tahun depan belum tentu kita dapat rasa lagi.. Makkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

Malaikat maut, kalau kau terdengar rintihan hamba Allah yang hina ini, kau jangan ambil nyawa mak aku dulu, ambillah nyawa aku. Dengan izin Allah.

- xy

Share

{ 34 comments… read them below or add one }

1 robiatul 13/10/2009 at 11:28 PM

Dah baca dah blog tuh…
Giler sedey…
Mase cry ley plak gelak…

2 zaryl 13/10/2009 at 11:39 PM

aku tahu.
aku dh penah rasa.
kehilangan yg 1000 kali aku sesalkan.
bkn sebab Allah amik nyawa mak aku.
tp sebab semua kesalahan dan kekurangan yg aku berikan.
bila tatap wajah arwah mak yg sejuk bila disentuh.
mcm flashback, semua kenangan dgn mak dtg masa tu gak.

apa salah lelaki menangis, kerana mak?
aku bkn ada mak lain lg dh. mak yg aku ada dah dijemput Allah.

aku malas buat entry kat blog pasal ni. nnt aku menangis.
biar aku bg komen kat sini cukuplah.

pada yang masih punya wanita bergelar ibu/mak/umi dsb.
yg pernah ditengking kamu, dimarahi kamu,
pernah kamu lawan cakapnya, walau hanya dengan
ayat “mak ni leceh la, mengongkong sangat…” akan dtg
satu waktu nanti, perkataan demi perkataan akan muncul
semula ketika itu mak sudah terbujur tak bernyawa.

aku merayu pada semua. tolonglah. bagi pihak aku yg
sudah tak berkesempatan lagi. tolonglah mohon kpd ibu kamu
semoga diampunkan kesalahan kamu, dari hujung kaki hingga ke
hujung rambut. aku merayu…
zaryl´s last blog ..Font Burner – Add New Fonts To Your Website My ComLuv Profile

3 admin 13/10/2009 at 11:47 PM

ya Allah Zaryl.. semoga kamu tabah. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman hidup yang menyedarkan. Lihatlah dunia.

4 rizzar 14/10/2009 at 12:22 AM

saya tak penah berenggang dgn mak.. dr kecil smpai skang duduk dgn mak.. jd dalam ramai2 adik beradik saya laa yg paling byk sgt buat salah kat mak.. dulu x penah fikir perasaan mak sbb saya fikir mak masih muda, masih sihat, umur mak panjang… tp bila mak semakin tua baru sedar.. byk lagikah masa saya bersama dia… dan tiap kali bercerita ttg mak mesti saya rasa sebak walaupon mak saya masih ada.. saya bersyukur saya masih diberi peluang utk bersama mak… tp kdg2 saya rasa ralat sbb saya pulak yg jarang ada masa untuk mak walaupon duduk serumah.. dan saya selalu terfikir cukupkah apa yg saya beri kpd mak selama nih utk membalas segala kasih syg yg telah mak curahkan??.. mak.. anak mak sayangkan mak…

5 wani 14/10/2009 at 1:07 AM

sy rindu mak…
masih terbayang saat mak menghembuskan nafas terakhr…. saat mak dimandikan..dikebumikan….
raya tahun ni, sy tak rasa rendang mak.. tapi mak yang rasa rendang yang saya buat.. waktu sy kat ruang tamu, mak kat bilik..tgh makan rendang kerang yang sy buat….mak panggil sy hany nak bagitau “anak bongsu mak dah pandai masak..dah boleh mewarisi mak….” waktu tu, terharu sgt2…….sebab mak jarang nk puji anak2 mak depan mak…. Rupanya itu pujian terakhir…..
Akhirnya,..raya ke 6 mak pergi untuk selamanya….23 sept…. Elok2 lepas azan mghrib malam jumaat….. Mak dikebumikan esoknya sebelum solat jumaat pkul 10 pagi…
Malam tu,… Mak sgt tenang macam tidur je….tapi bila masa berlalu, mak makin sejuk…makin keras…..
sy rindu mak sgt2……..
mak pergi sekelip mata je….mcm tak percaya..tp tu la hakiktnya…
YaAllah….sy rindu mak sy sgt2………..rindu sgt2……..
mak tak sempat tgk sy berjaya…..
sy rindu mak sgt2…………
rindu sgt2……….
YaAllah……….
wani´s last blog ..PSM 1.. My ComLuv Profile

6 chocolateice 14/10/2009 at 5:54 AM

“ya Allah ampunilah dosaku…dosa kedua orang tuaku serta rahmatilah ( peliharalah ) mereka keduanya sepertimana mereka memeliharaku sewaktu kecilku…” amin

7 enciksepul 14/10/2009 at 7:49 AM

Syurga hanya di bawah telapak kaki mak. Entry ni terus buat aku rasa mcm nak balik kampung minggu nih.
enciksepul´s last blog ..Ambacang dalam Kenangan.. My ComLuv Profile

8 zaxd 14/10/2009 at 10:46 AM

malaikat maut dtg jenguk 70x tiap hri…

9 fiezaradzi 14/10/2009 at 11:44 AM

1) saat belum jadi mak, kita rasa mak kita ni sibuk jer.. kita dah besar, kita tau fikir.. tapi bila dah jadi mak, baru kita tahu perasaan sebenar mak..
2) Bila anak demam, mak lah yang berjaga tak tidur-tidur, takut anak makin panas, takut anak terkejut, takut anak tak leh tidur..
3) bila anak buat salah, mak akan cepat2 maafkan, kerana sayangnya mak pada anak, kerana tanpa kemaafan & tiba2 mak tiada, apalah jadi kat anak tu…
4) ingatlah pada mak yang mengandungkan kita, memandikan kita, membesarkan kita, menyuapkan makanan pada kita, memberi kasih sayang.. sungguh, seorang mak mampu menjaga sepuluh anak, sepuluh anak belum tentu boleh jaga mak.. Jangan jadi sepuluh anak itu…
fiezaradzi´s last blog ..P1 wimax.. MyWorld.. My ComLuv Profile

10 hafizmd 14/10/2009 at 12:26 PM

alhamdulillah..aku masih punyer mama dan abah..masih boleh dicium,masih boleh bergelak ketawa,masih boleh beroleh pahala menatap wajah mereka..tp hanya di kejauhan doa ku iringkan..moge sentiasa dlm rahmat Allah jua..aku syangkan kalian..

11 sweet.ants 14/10/2009 at 12:39 PM

membaca komen koran pon dah cukup buat air mata aku mengalir…mak, kakak sayang mak lebih dari segalanya…
sweet.ants´s last blog ..Bulan Stress My ComLuv Profile

12 Nonahanim 14/10/2009 at 2:00 PM

I’ve lost my mom for 17 years now. It was a hard time (even today, sometimes I still feel hard). Back then, she always remind me, “you need to behave yourself or nobody-no one will want to take care of you when I’m gone”. I replied, “so be it-no worries”. Stupid. Reality, she knew that she has only few months to live – suffering gall cancer at the final stage. Among my siblings, I’m always accompany my mom for any traditional and modern medical treatments. Somehow I always thought that one day, one fine day she will recover from her sickness (didn’t know about the cancer yet).

On Oct 1st, 1992, sharp at 0110 hrs-I’ve lost her by my side. I didn’t cry at first, it took me sometime to slap myself and realize the fact that just happen~ Mourning.

Even in her absence, she could still make me smile (“,) Today, I keep on missing my mom and only now I know how it feels to be a grown up with so much of responsibilities and worries. Somehow I know, I’m strong because of her afford in being so patient with me, anak dara dia yg degil! Thanks Mama!
Nonahanim´s last blog ..Jom SHARE: Magazine For Mac My ComLuv Profile

13 Nonahanim 14/10/2009 at 3:34 PM

*to much of typing error as I’m writing with sob, sob,…
Nonahanim´s last blog ..Mama Nona~ My ComLuv Profile

14 muhammad 14/10/2009 at 6:20 PM

http://www.sangpelangi.com/biar-bahasa-apa-pun-berdoalah.html

bukaklah link ni
doa seorang budak yang betul2 boleh menitiskan air mata

15 kreck 14/10/2009 at 7:12 PM

Read This..

Mak…..
Terlalu bosan rasa duduk membilang hari..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih..

Mak tau tak..
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa..
dan itu juga terakhir kali nya..
Emmmm… rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..
nak tinggal kan anak2 mak.. nak tinggal kan dunia fana ni..

mak macam dah sedia..
Seminggu sebelum tu..
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu..
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..
kakak pun rasa hairan..
mak tak penah buat gitu..

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak..
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam..
kengkadang siaran indonesia…
mak terus tekun menganyam..
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan..

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2..
pastu mak jemur karpet-karpet..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak…
ada kat dalam almari..
ada kat dalam dalam beg..
ada dalam ASB…
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi..
ada kat dalam gulung tikar..

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar..
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa..
mak cuma gelak jer..
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut..
bila malam tu kiter sampai dari KL..
mak dah dalam kesakitan…
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk..
mak tetap takmau pi hospital..
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital..
tapi kiter berkeras juga pujukk…
nanti di hospital ada doktor..
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk..
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital..

Mak..
amponkan kami semua..
kami nak mak sehat..
kami sayang mak..
kami tak mau mak sakit..
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital..
ampon kan kami yer mak..

Mak..
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter..
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta..
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duit..
kiter jawab pula..
kalau tak cukup, mak kan banyak duit..
mak gelak ajerr..

Lepas tu bila kereta kiter sampai..
mak buat kenduri kesyukuran..
Dan kiter masih ingat lagi..
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor..
Punya la kiter takut..
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak..
Bila balik sahaja kampong..
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek..
mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga..

Mak..
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau..
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar..
mak, kiter menipu mak kan..
ampon kan kiter..

Mak..
Jam 4.30 pagi 19/08/2006
Bila tiba aja kat hospital..
nurse tengah balut mak dengan kain putih..
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital..
Mesti mak nampak abang cium dahi mak..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak..
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu..
mesti mak nampak semua tu kann…kann..kannn

Mak tau tak..
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar..
Adik kat sebelah diam melayan perasann..
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini..
jalan di depan terasa makin kelam..
airmata dah tak mampu di tahan..
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela..
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga..
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong..sekosong hati ini..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..
terasa syahdu dan sayu.. dinginnnn..

Mak..
Kiter masih ingat lagi..
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak..
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan..
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi..
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan..
Mak perasan tak…?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter..
Dia kata…” dikk…jangan nangis….kalau sayang mak jangan buat
gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu..
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak..

Mak..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis..
kiter nangis ni..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi..
Takder orang yang bangun lagi…
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih..
kiter rindu kat mak..!
Takpa la…..
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya..
Semua anak2 mak mengelilingi mak..
menatap wajah mak buat kali terakhir..
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja..

Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak..
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk..
Kiter tak mampu nak cium mak..
kiter tak daya..
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar..
Airmata kiter tak boleh tahan..
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak..
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak..

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah..
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik..
badan akak terasa panas..

Makk..
anak mak yang seorang tu demam..

Mak tauu..
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan..

Mak..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi..
Begitu terasa kehilangan mak..
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata..
Dan sampai satu tahap..
masa tu malam jumaat selepas maghrib..
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan..
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi..
semakin kiter tenung terasa semakin sayu..
tangisan tak dapat dibendung…

Mak tauu..
kiter cuba bertahan..
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda..
Kiter rasa nak telefon mak..
nak cakap dengan mak..
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong..
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi..
Puas la kakak memujuk kiter..
Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..”
Dan akhirnya akak juga nangis..

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati..
rasa nyilu sangat..
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni..
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma..
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan..

Mak..
cukup la sampai sini dulu..
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu..
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid..
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan..
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak..
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula..
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih..
pastu kawan kiter bgtau..
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje..
Takper yer mak…
kiter kasi orang lain baca..
Kiter stop dulu..
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu..
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter..
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang..
boleh rasa duduk kat negara orang…
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih.
Yang Benar,
Anak mak yang dah tak degil

16 mat 14/10/2009 at 9:22 PM

blog keretamayat nih mmg best. aku jumpe blog ni time 2006. senior aku yg kenalkan ngan blog nih.. gaya penyampaian yg smart n kelakar.. tp masuk kepala la.. best woo

17 eyeman 14/10/2009 at 10:45 PM

satu artikel yang menarik.

18 safar 15/10/2009 at 4:17 PM

Kehilangan orang tersayang.sungguh sedih.tempat untuk bersembang tiada lagi.bila sudah tiada baru nak teringan.
safar´s last blog ..Rumah Terbuka Mak Cik Ton p1 Wimax My ComLuv Profile

19 ketuk_angel 15/10/2009 at 8:28 PM

cerita ni kelakar… tp part last dia uat aku tersentuh sket… sebab aku xberpeluang nak say ” i love you ” kat mak aku.. mahu pun bapak aku… kepada mereka yg berpeluang tuh… terus lah call yer… korang x kan nyesal… pcaya ar

20 x-po 16/10/2009 at 5:12 AM

aku xleh la bc entry2 cmni..mesti sebak..huhu
x-po´s last blog ..PANDAI NASIHAT, TAPI SUSAH NAK APLIKASI KAT DIRI SENDIRI My ComLuv Profile

21 triple in one 16/10/2009 at 9:14 AM

aku xleh la bace entry pasal ibu mcm ni…aku tengah keje ni…sebelum aku nangis baik aku bc pasal bende lain dulu…balik keje krg aku sambung bace dkt umah mlm krg ek khai…klau bace dkt ofis ni xpasal2 kantoi krg..huhuhu….k ar…nak g breakfast sat…btw good job ar khai..strategy ko nak tarik perhatian org utk membace blog ko ade style ar…

22 nim 16/10/2009 at 11:45 AM

hahaha…. lap ingus dkt baju member, lempang laju2…. cuba bayangkan lempang laju2 tu, lawak betul…

23 Andy 17/10/2009 at 2:49 AM

walaupun saya bukan islam tetapi site ini best untuk dikunjungi. secara tidak langsung apa yang ‘dientry’ di site ini boleh saya implementkan dlm kehidupan saya walau dari perspektif agama yang berbeza. sayangilah sesama diri kita dan bersyukur dengan limpah kurniaan nikmat dunia yang masih kita dapat nikmati. :’) this is my first comment and hopefully bukan yang last. saya bookmark ohislam! all the best kepada admin :)
Andy´s last blog ..I’m On The Set…Action! My ComLuv Profile

24 admin 17/10/2009 at 3:04 PM

@andy – Hai Andy. saya amat memuji sikap anda. Anda sememangnya patut dijadikan contoh dan tauladan kepada yang lain.

Terima kasih di atas sokongan anda kepada website ini. Ya betul, biarpun ini adalah sebuah website mengenai Islam secara terang-terangnya, tetapi seperti yang ada di dalam agama Islam itu sendiri, nyata membawa kebaikkan kepada semua tidak mengira agama untuk diikuti.

Saya percaya, mana-mana agama juga mengajar akan penganutnya berbuat kebaikkan. Cuma berbeda dari amalam dan ikutannya sahaja.

25 lun 17/10/2009 at 8:15 PM

sayang Umi ^_^

26 hmmm... 18/10/2009 at 12:45 AM

Jika Ibu pergi tinggalkan kita, usah ratapi dan tangisi pemergian mereka..
Kerana, dengan itu akan menyebabkan kita tidak redha dengan ketentuan serta Takdir Qada dan Qadar Allah S.W.T..

Jika kita mendoakan agar kita pergi dulu sebelum Ibu kita, betapa ruginya kita kerana;
Jika kita pergi dulu sebelum mereka, siapa yang akan sempurnakan dan semadikan mereka jika mereka “pergi” selepas kita?
Siapa yang akan mendoakan kesejahteraan dan perlindungan api neraka dan jaminan Syurga kepada mereka?
Siapa yang akan menguruskan harta dan peninggalan mahupun hutang mereka ataupun urusan yang belum sempat dilangsaikan?
Paling utama; Siapa yang akan menjaga mereka setelah pemergian kita?

Selagi kita hidup, kita hargailah mereka sebelum mereka pergi buat selamanya. Doakanlah agar umur kita masih panjang untuk menjaga dan membela kebajikan mereka. Setelah mereka tiada, doakanlah kesejahteraan dan jaminan Syurga kepada mereka atas pengorbanan mereka menjaga kita sejak kecil lagi.

27 syin 19/10/2009 at 12:16 PM

aku pun kadang2 terpikir, mcm mana keadaan aku slps mak aku tiada nanti…rasa2 mcm xblh nk bangun je…………..
syin´s last blog ..Acer TravelMate 6291 My ComLuv Profile

28 lanz 24/10/2009 at 1:19 AM

3 perkara yang apabila kita melihatnya akan mendapat pahala.
1. Al-Qur’an
2. Kaabah
3. Muka ibu dan bapa
lanz´s last blog ..Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi My ComLuv Profile

29 uncle 06/11/2009 at 2:16 AM

assalamualaikum…
utk pengatahuan semua aku 1st time layan blog nih..
kwn aku yg bg website blog nih kt aku semalam…
sedih n insaf bila aku bc story2 kt blog nih
Alhamdulillah,.. aku bsyukur ke hadrat Allah S.W.T mak ayah adik beradik aku msih ada bsama aku lg..
TAKZIAH aku ucapkn kpd yg dh kematian ahli kluarga msing2…
Al-fatihah….

Mentari Merah Di Ufuk Timur
Artist: Search feat Rabbani

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada…
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal

30 akak yOna 08/12/2009 at 5:21 AM

ma.. i luv u maaaa…. luv u so much… nnt nk jupe ma selalu…nk suwoh adik cl&kerap jupe ma slalu gaksss… ni. bz j ngan tenet… huhu

31 maizatul hana 30/01/2010 at 11:39 AM

sameqomw…one night 2,hana n kazen hana balik dr msjd…kitaorg lari mcm d kejar han2.. masa 2 hujan lebat sgt2 n ada guruh gak…dah nak sampai kat umah,hana xtgk dpn,hana tgk ada something kat umah sblh…baru jew nak tgk kat depan tup2 hana xsedar…sampai jew kat depan umah hana terus jatuh…time 2hana rasa cam bdn hana nie xda 2lang…lemah sgt2…adek hana ingat hana men2 jatuh kat depan 2,p’cuma jew adek hana ktwa…pas2 kazen hana ckp hana ngs…diaorg pon cpt2 bwk hana masuk umah…time 2diaorg xtau yg hana xlarat nak jln…sampai kat ruang tamu hana jatuh lagi…mak hana pon ada ktwa kan hana coz dia ingat hana just men2…pas2 kazen hana bgtau kat mak yg hana ngs…mak pon apa lagi terus dia g kat hana n terus pelok hana…masa 2hana takut sgt2…time mak pelok hana,hana rasa slmt sgt2…mak pon ngs takut kalo ada apa2 jd kat hana…hana sprh sedar time 2tp hana dpt dgr apa yg diaorg ckp…mak hana suruh hana bykkan mengucap jd hana pon mengucap…hana ikut kata mak…baru jew nak reda,hana nangis lagi…hana t’kejut dgr bunyi guruh n terus jerit mak…guruh yg nie kuat bunyinya sampai lampu pon t’padam…mak hana pelok hana erat2…n hana pon pelok mak erat2…hana sayu sgt2 time dgr mak ngs…hana tau mak sygkan hana…time 2bpk kat kpg…nasib baek abg ada n diaorg temankan mak n hana g hsptal…doktor ckp hana cuma t’kejut so mlm 2gak hana boleh balik umah…nasib baek hana ok…hana tanak susahkan mak…lepas dgr tntg hana,bpk kat kpg 2terus balik umah…tgh mlm bpk sampai umah n terus tanya pasal hana kat mak…hana tau yg bpk pon sygkan hana… thanks kat mak coz mak tenangkan hana…kalo mak xda mlm 2,hana xtau apa yg akan jd kat hana…hana syg mak sgt2 n hana pon syg kat bpk gak…
Alhamdulillah coz sampai skrg mak masih ada…
hana syg Allah,
hana syg Nabi,
hana syg makbpk,
n hana syg kat adek-bradek hana…

32 mishlinz 28/03/2010 at 3:40 PM

Salam,

Saya menanges tatkala membaca those entries. Saya senantiasa terkenangkan arwah mak. Sesudah solat atau bila bila masa saya rasa sedih, saya titpkan doa buatnya. Kehilangan seorang ibu, betul2 mengajar saya untuk menjadi anak gadis yg lebih dewasa. Membesar tanpa ibu disisi tidak semudah yg disangka. Hilang tempat untuk bermesra, tempat untuk bercerita. Bila rindu kembali menerjah ruang hati, kemabli menatap potret usang ibu. Kembali tanges, kesali tiada gunanya. Cuma alangkah indah kalau ibu maseh ada untuk bersama bangga dengan kejayaan demi kejayaan yg diraih anak anak

=’(

Moga ibu ditempatkan di kalangan insan soleh/solehah
Amin.

AlFatihah.
mishlinz´s last blog ..♥ [bila bila masa dalam waktu itu] ♥ My ComLuv Profile

33 mishlinz 28/03/2010 at 3:42 PM

Salam,

Saya menanges tatkala membaca those entries. Saya senantiasa terkenangkan arwah mak. Sesudah solat atau bila bila masa saya rasa sedih, saya titipkan doa buatnya. Kehilangan seorang ibu, betul2 mengajar saya untuk menjadi anak gadis yg lebih dewasa. Membesar tanpa ibu disisi tidak semudah yg disangka. Hilang tempat untuk bermesra, tempat untuk bercerita. Bila rindu kembali menerjah ruang hati, kemabli menatap potret usang ibu. Kembali tanges, kesali tiada gunanya. Cuma alangkah indah kalau ibu maseh ada untuk bersama bangga dengan kejayaan demi kejayaan yg diraih anak anak

=’(

Moga ibu ditempatkan di kalangan insan soleh/solehah
Amin.

AlFatihah.
mishlinz´s last blog ..♥ [bila bila masa dalam waktu itu] ♥ My ComLuv Profile

34 siti hajar 23/08/2010 at 9:25 AM

Ibu..walaupun kau telah pergi meninggalkan kami, namun kau tetap ada dalam hati kami ini sampai bila2 ibu.

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post: