Kiblat, terpesong 1 darjah, 125km tersasar dari Kaabah

Share

Kaedah melihat matahari terbenam tidak tepat

Sudah semestinya umat Islam perlu menghadap Kaabah yang menjadi kiblat apabila mendirikan solat dan ketika dikebumikan selepas meninggal dunia.

Walaupun dengan kedudukan Kaabah di Makkah menjangkau ratusan ribu kilometer, menetapkan arah kiblat sebenarnya tidak menjadi persoalan kerana ilmuwan Islam benar-benar menguasai ilmu falak untuk menyelesaikan masalah itu sekadar berpandukan kedudukan cakerawala seperti bintang dan matahari.Bagaimanapun, kekurangan orang Islam yang benar-benar memahami ilmu falak ketika ini menimbulkan persoalan bagaimana untuk menentukan arah kiblat yang tepat.

Ini kerana, ada umat Islam masih menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah matahari terbenam, sedangkan cara itu tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada arah matahari terbenam.

Menyedari kesilapan itu, sewajarnya umat Islam di seluruh dunia tidak lagi menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam. Malaysia sudah tidak lagi menggunakan kaedah ini, sebaliknya berpandukan ilmu falak syarie seperti yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dengan kepesatan teknologi, perkara sebegini tidak sepatutnya menjadi masalah sehingga membawa kepada timbulnya pertelingkahan kerana sudah ada pelbagai peralatan canggih yang boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Falak, Bahagian Penyelidikan Jakim, Che Alias Che Ismail, berkata penentuan arah kiblat yang tepat amat penting terutama dalam pembinaan masjid atau surau bagi memastikan ia tidak tersasar. Beliau menegaskan, ketepatan arah kiblat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana biarpun cuma satu darjah terpesong ia bersamaan kira-kira 125 kilometer tersasar dari arah Kaabah.

Dua alat digunakan untuk menentukan arah kiblat iaitu kompas Ushikata dan Teodolite tetapi ia juga berpandukan kepada keadaan tertentu seperti diletakkan di tanah rata untuk mendapatkan ukuran tepat.

“Peralatan itu selalunya digunakan untuk menentu arah kiblat untuk tujuan pembinaan masjid atau surau. Bagi orang perseorangan atau ingin menentukan arah kiblat di rumah, cara tradisional masih boleh digunakan. Setiap tahun, ada dua keadaan yang boleh digunakan umat Islam menentukan arah kiblat iaitu ketika matahari berada betul-betul di atas Kaabah. Ia berlaku pada 28 Mei jam 5.16 petang dan sekali lagi pada 17 Julai jam 5.28 petang.”

“Caranya dengan meletakkan tiang atau sesuatu yang lurus di tanah lapang pada waktu berkenaan dan perhatikan bayang objek itu. Oleh kerana di Malaysia ia berlaku pada waktu petang, arah kiblat diukur dari hujung bayang hingga ke pangkal tiang ,” katanya.

Penentuan arah kiblat boleh dicari dari pelbagai sudut dalam kehidupan serba canggih ini dan ia bergantung kepada ‘mahu atau tidak’ berusaha mencari ketepatan yang menjadi syarat sah solat, seterusnya membentuk peribadi menjadi Muslim sejati.

Share
Recent Related Posts

23 thoughts on “Kiblat, terpesong 1 darjah, 125km tersasar dari Kaabah

  1. @mohdsyukri betul tu…ramai remaja skang salahkan keadaan, sbb tu dia x sembahyang……….pergi jln jauh2/hutan/naik flight… sembahyang terabai……..padahal boleh je lakukan………sama2 mendalami ilmu agama…….
    .-= syin´s last blog ..Acer TravelMate 6291 =-.

  2. baru lah tahu keadaan sebenar.. huhuhu..
    baru satu darjah tersasar beratus km tersasar… ishk3… T__T
    jgn di buat memain benda nie..

  3. hah!!!! isu yang patut diketengahkan dengan lebih tengah…
    eh? tapi isu ni memang selalu dipandang remeh….tuh yang sampai beratus km tersasar…dunia makin canggih tapi naper msh de yang ssh untuk tentukan benda yang penting camni….huh…

  4. ya… satu info yg menarik untuk dikongsikan…
    kompas adalah satu alat paling mudah digunakan utk cari arah kiblat.
    matahari juga boleh digunakan utk mengetahui arah kiblat, walaupun hanya pada hari2 tertentu shj.
    tapi kalau waktu malam, bagaimana pula? boleh ker kita guna ‘buruj’ (bintang) utk menentukan arah kiblat? ada sesiapa yg tahu?
    .-= Akuro San´s last blog ..UniKL Graduation Day 2009 =-.

  5. Alhamdullillah….patut pun wlu try sekusyuk mn pun solat, tetap jgk ragu2…Apapun, terima kasih Khai 4 d information..

  6. Qiblat itu ada 2 jenis, yaitu Qiblat Yaqin dan Qiblat Zhanni.

    Qiblat Yaqin ialah apabila Baitullah (Ka’bah) mmg kelihatan.
    Qiblat Zhanni itu pula berdasarkan dugaan arah qiblat.

  7. Qiblat itu ada 2 jenis, yaitu Qiblat Yaqin dan Qiblat Zhanni.

    Qiblat Yaqin ialah apabila Baitullah (Ka’bah) mmg kelihatan.
    Qiblat Zhanni itu pula berdasarkan dugaan arah qiblat.

    Utk waktu malam ada bintang yg berturutan 3 biji dan lurus. itu menuju ke arah kiblat, cuma kita kenal pasti yg mana timur dan barat, takut terbalik pulak..

  8. Utk waktu malam (ketika cuaca baik,bintang bergemelapan), terdapat 3 butir bintang yg berturutan dan 1butir disebelah kiri di bhg bawah ( berbentuk ‘L’ terbalik ) yang menunjuk ke arah kiblat, tak perlu kenal pasti di sebelah mana timur atau barat.

  9. Dengan menggunakan kompas kiblat pun boleh juga tapi kompas tersebut kenalah sentiasa diuji ketepatannya dengan mengujinya di beberapa buah masjid.Ini kerana Utara Kompas bukan Utara Sejati/Utara Geografi.Ia boleh berubah dari tahun ke tahun.Cara seterusnya anda boleh melayari website rukyatulhilal.org/qiblalocator/ atau http://www.falak.udm.edu.my/cacl/?name=kiblat atau juga dengan menggunakan kaedah diatas,matahari berada tepat-tepat atas Kaabah pada 28 Mei dan 17 Julai, tapi kena pastikan cuaca benar-benar baik.Selamat mencuba.Muchas gracias(Terima Kasih banyak2) kepada Oh! Islam kerana pengumuman di atas.Maksud satu ayat dari Surah Al-Asr,”Dan berpesan-pesanlah dengan Kebenaran…”

  10. Islam agama yang mudah diamalkan disetiap tempat dan masa.. Walaupun terdapat yang mengetatkan hukum arah kiblat, ia hanya bagi orang yang berada di dalam masjid al haram dn juga berdekatannya bahawa wajib menghadap betul2 ke arah kaabah, tetapi terdapat juga pendapat ulamak-ulamak yang muktabar bahawa bagi orang yang jauh dari kaabah,hanya disyaratkan kita menghadap ke arah terletaknya kaabah contohnya kaabah berada di timur, memadai kita menghadap ke timur walaupun tidak tepat arah tersebut bebetul ke kaabah. Tak perlu la disebabkan lari 1-2 darjah kita hendak runtuhkan mihrab atau masjid agar dapat dibina semula.. islam itu mudah dan ia adalah kecantikkan islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge