Kenapa Tak Rogol Saya?

Share

Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. InsyaAllah..

Share
Recent Related Posts

67 thoughts on “Kenapa Tak Rogol Saya?

  1. Wah! lepas ni kalau Ah long mintak hutang.. baca jer Ayat kursi. Gerenti dia takkan berani mintak lagi..

  2. Usah percaya pada ayat kursi semata2, tetapi percayalah pada ayat kursi dan Allah.. Allah yg berhak menerima atau tidak rayu hamba-hambanya yang soleh. Kalau perangai macam hantu pinjam ahlong buat main judi, renung2kanlah..

  3. cerita ni macam dah lama dengar. tapi betul ke? aku pcaya pada Allah dan hikmah ayat Qursi. tapi kadang2 ada cerita2 yang agak susah nk percaya. takda bukti benda tu betul2 terjadi. seolah2 nampak mcm umat islam desperate buat cerita utk menunjukkan kebaikan islam. Wallahualam

    bukan tak percaya.cuma ragu2 dengan cerita2 yang didengar.bukan ragu2 pada Islam, atau surah2 AlQur’an.

  4. ko nih..da percaya yg ko tanye lagi kenapa?..ayt ko da menampakkan ko kurang yakin..pg rujuk Al-Qur’an..

  5. kita kena yakin dengan semua ni sebab sifat ragu2 itu adalah tidak baik..

  6. Salam,
    dah pernah baca kisah ni kat blog plain jane dulu, tapi sekarang dah xde dah blog dia. Ayat kursi ni jika kita mengamalkan memang banyak fadilat nya.

  7. salam..
    kenapa x bleh percaya dgn ayat kursi?
    dalam al-quran pun tertulis..
    ”Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]”
    tp Allah beri pada kita yg tidak pernah melupakannya..insyaallah..
    ayat kursi besar mukjizatnya..
    kalau utk keburukan mmg la xkan mujarab…
    sis mieya´s last [type] ..

  8. Ingatlah sesungguhnya ilmu yang kita ada amat cetek berbanding Ilmu yang Allah miliki. Ilmu NYA diluar logik akal kita. Kebanyakan kita hanya melihat sesuatu berdasarkan apa yang tersurat, berdasarkan pandangan luaran, kita jarang sekali menggunakan pandangan yang tersirat. Disebabkan ini kita sentiasa mempersoalkan apa yang telah diperintahkan dan apa yang berlaku di depan mata kita tanpa kita memikirkan apakah hikmah yang berlaku disebaliknya. Cuba cari kisah Nabi Musa yang bertemu dengan Nabi Khidir. Kisah yang sangat menarik yang menunjukkan kebenaran akan ilmu Allah yang melebihi logik akal kita.

    Wa Allahu Alam.

  9. sekali lagi nak ckp.. bukan tak percaya ayat Qursi, cuma kurang yakin kat CERITA2 yang didengar. sekian

  10. alangkah indahnya semua umat islam di muka bumi ni mentaati perintah Allah (swt) agar segala urusan dan perjalanan hidup kita semua diberkati..dalam hal lain untuk mengelakkan perkara buruk berlaku adalah dengan melaksanakan hukum hudud..jangan cakap kat US..kat negara kita sendiri yang mengaku sebuah negara islan tidak melaksanakan hukum yang Allah (swt) turunkan melalui Al-Quran…dahuli saya pernah dengar alasan dari seseorang muslim malaysia yang menyatakan hukum hudud seperti mengerat tangan untuk pencuri tidak sepautnya digunakan dalam zaman moden ini kerana undang-undang yang telah ada mengcukupi..jika dilihat sekarang…mne perginya undan-undang sedangkan kes kecurian semakin hari semakin banyak dalam masyarakat kita..agaknya bila hukum hudud akan dilaksanakan..nak tunggu semua rakyat miskin baru nak laksanakan??itu baru kes kecurian..x tengok lagi kes2 lain..wajarkah kita menolak hukun Tuhan disebabkan kita terlalu mengharapkan hukum yang diciptakan oleh orang barat sedangkan hukum yang dicipta oleh Pencipta kita, kita abaikan??renung-renungkan lah..salam dari rakan seperjuangan mu..

  11. @hantu,
    bnar nk percaya kan sesuatu cerita tu nak2 lg kalo ad kait2 ngan perkara2 ghaib(malaikat,jin dsb),tp kalo cerita2 sal kematian,maksdnye saat di tariknya nyawa manusia tu,rsenye2 btul tak? msti la btul kn sbb Allah da nyatakan dlm firmannya, tiap2 umat punyai batas waktunya,tidak pula ia di cpatkn n di lmbatkn..lbih kurang camtu la aytnye..kalo ad salah tlg btulkn. camtu juga ngan ap yg Allah ckpkn kpada hamba2 yg soleh n solehah..mcam dlm hadis yg di sebutkn dlm artikel ni..n nabi juga pernah bersabda kan bhw jika kte pgang tguh pd Al-quran n sunnah ( hadis juga termsuk ),insyaAllah slamat hidup dunia n akhirat.wallahualam la kalo btul @ tidak cerita ni,tp ad moral di sbliknya,jgn d cari akan bnar @ tidak nye sesuatu cerita,tp renungkn la cerita ni ngan amalan seharian kte..

  12. Maha Suci Allah yg Maha Mengetahui…Dia lebih mengetahui dari kita yg selaku hamba-Nya…Allahu Akbar…

  13. Saya setuju dengan pendapat hantu(bukan nama sebenar).

    Adakah kita mahu keimanan kita terhadap ayat-ayat Allah bersandarkan kepada cerita yang tidak pasti kesahihannya?

    Begitu juga dengan fenomena2 lain seperti munculnya kalimah Allah di langit atau di laut. Wujudnya pokok seperti manusia sdg solat. Adakah kita mahu keimanan kita bersandarkan kepada benda2 tersebut?

    Jika ya, apa bezanya umat Islam dengan umat lain yg kepercayaannya bersandarkan perkara2 ganjil seperti patung berdarah, berhala yg xmusnah walaupun dilanda bencana etc.

    Adakah sahabat2 Rasulullah memeluk Islam kerana melihat kalimah Allah dilangit? Ataupun kerana inginkan karamah daripada Allah?

    Sememangnya tidak salah untuk mencari pengajaran daripada cerita ini. Tapi perlukah kita menanti perkara ajaib berlaku barulah keimanan kita meningkat?

    Wa Allahu Alam.

  14. bukan ayat kursi yg berkuasa.. hanya Allah swt yg berkuasa..
    minta lah dgn penuh ikhlas nescaya Allah swt kabulkan..
    pastikan kita directly mintak dgn Allah swt apa yg kita inginkan..
    Amin…

  15. saya memang selalu amalkan ayat ini ketika cemas dan pernah beberapa kali di kejar bulldog, tapi bila hampir dia pergi gitu saja….(saya berjiran dgn komuniti non moslem yg rata-rata byk bela anjing.)…inilah satu2 ayat yg saya selalu amal bila keluar jogging dan alhamdulillah dan insyaallah, allah lindung.

  16. first time jenguk website ni. best cita ni.
    Allahuakbar ! begitu syg sekali Allah padanya.
    Bagus2. Nak lagi cita cam ni.
    menginsafi diri.

  17. hahaha saya pernah baca cerita yg sama. tapi yg berbeza nya ialah tempat kejadian di South Africa, wanita nya afrikan, perogol nya afrikan, dan mereka semua kristian. wanita itu baca ayat bible.

    agak menarik bila baca comment pembaca, semua nya percaya bulat2 dengan kebenaran cerita ini.

    semua seperti perlukan pengesahan yg agama yg diaorg percaya itu benar. semua masih sangsi dengan pegangan agama sendiri sampai cerita mcam ini pon boleh bulat2 percaya.

    i just LOL’d.

  18. jadikan cerita ini sebagai tauladan,agar kita lebih rapat dan kuat keimanan kita trhadapNYA

  19. crite nie mmg best dan bleh mngisafkan dri kita sndiri..seme bende hanya kebetulan..ade yg mngatakan seme pembace kt cni kne tipu, tp xkisah la..sbb mmg ade kbenaran disebalik crite 2..semuanya dengan izin Allah..org tipu, dia la yg dpt dosa..dn yg tertipu, jd la tauladan disebalik crite 2….mmg kite perlu amalkn ayat Kursi lam hidup kite as a muslim untuk mnolong kite..tp jgn la lam ksempitan jer bru ingtkn Tuhan..2 salah..time senang dan susah, dekatknlah dri dengan Tuhan..nescaya Allah sentiasa bersama kita..InsyAllah…

  20. Betul kata jebartzz. cubalah kalian baca kisah Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir. Saya baca kisah tu. Bila fikir balik tak mungkin ada orang yg akan bertindak seperti Nabi Khidir pada zaman ni. Ilmu Allah itu luas. Moga-moga kita semua mendapat iktibar.

    Wassalam…

  21. salam..
    memang bagus amalkan ayat kursi ni..
    boleh menghindarkan dari angkara syaitan,iblis, jin & manusia..
    cerita di atas mmg membuktikan KEBESARAN DAN KEKUASAAN ALLAH yang Maha ESA.. semoga kita semua mendapat manfaat dari cerita diatas…

  22. Kesian kat @hantu sebab dia cakap dia kurang percaya dengan kebenaran cerita di atas sebab tak semua yang ditulis adalah benar. Even nak buat research, kajian kita hanya akan diiktiraf jika ada bukti dan data2. Sekurang2nya bagilah references di mana cerita ini diambil. Kita umat islam jangan la buta dengan semua benda, asalkan melibatkan islam semua kita nak ‘ya’. Walaubagaimanapun, ayat kursi sangatlah mujarab untuk digunakanwalau dimana2 kita berada. Boleh digunakan dari terkena buatan orang, melindungi diri dan mengingatkan diri kepada Allah. Yakinlah Allah ada disisi kita ketika membaca ayat kursi.

  23. Salam…kepada sesiapa yang ragu2 tntg semua cerita2 ni x pyh la nk menegakkan kebenaran atau kemusykilan tntg cerita tu..korang dh beruntung lahir je kt dunia ni automatik dh Islam…knp korang x mengkaji macm mna aku ni bleh hidup eh???mestila ada cerita di sebalik kejadian td..kalau korang rasa ragu2 dengan islam..aku harap korang perbetulkan semula niat korang tu sbbnya salah niat nanti terkeluar jorang dalam islam…pikir2 la wahai sahabat…sbb tu owg suruh menuntut ilmu..kalau kurang ilmunya cari la tok guru or mana2 ustaz yg berkelayakan ajar..jgnla biarkan hidup korang dengan perasaan ragu2 or tertanya2 tntg islam..cari jawapan…INGAT….

  24. hermmm…syahdu aku baca blog ni..nk dedicated thx byk2 kt tuan blog ni…tp xtaw cara..xtaw nk ckp..time kaseh sgt2…

  25. Salam,

    @hantu @ pembaca, dll

    KENAPA NAK PERTIKAIKAN ? Sepertinya saudara/i seperti MERAGUI KUASA ALLAH S.W.T.??? JIKA DIA MENGKEHENDAKINYA IA NYA TAK MUSTAHIL!!!!

    OK.. kali ni CERITA SAYA PULA , ada 2 CERITA BENAR cuma situasinya berbeza bukanlah disebabkan berjalan sesorng TETAPI Sy bersama keluarga (masa tu saya n adik masih dlm darjah 2 n 1) pergi ke Ipoh n pulang ke rumah pd sebelah malam. Ketika dlm perjalanan kereta yg dipandu bapa rosak, masa tu agaknya dah hampir tengah malam. Dalam keadaan malam yg gelap gelita tu n x tau pun kt mana masa tu.. memang susah nak dapatkan bantuan. Sementara Bapa p cari bantuan, tinggallah Emak, Saya n adik dok dlm kereta. Emak cuma cakap pd sy n adik spy dok dendiam dan pada masa tu sy ingat lagi Emak membaca sesuatu.. mestilah ayat quran tp sy tak tau la ayat ape. Klau tak silap saya lah.. tak lama la saya n keluarga dok dlm keta tu mayb x sampai 1/2jam, adalah motor lalu dan kebetulan pula pembonceng motor tu plak seorang mekanik!!!

    Saya pun x berapa ingat pun.. tp menurut kata Emak, semasa pemandu motor tu lalu kt kereta saya sekeluaga, Dia dengar suara budak2 menangis kuat, pada hal Saya n Adik duduk diam-diam je. Agaknya pembonceng motor rasa kesian n x sampai hati nk balik terus, Dia pun pusing balik dan bertembung dg Bapa. Setelah check ape yg rosak dan fixkan lah apa2 yg patut siap p balik ke bengkel mekanik tu ambik barang2 yg diperlukan.

    Begitu juga dengan pengalaman makcik saya semasa pergi melancung, bas pelancung yg dinaikiya di rompak! ketika dlm perjalanan.. tiba-tiba bas rombongan nya tu terpaksa berhenti dan rupa-rupanya sekumpulan perompak telah menahan bas pelancung yg dinaiki oleh Emak saudara saya tu. Semasa beberapa orang perompak menyerbu masuk kedlm bas dg senjata n mengacukannye pada penumpang n mengarahkan serahkan barang2 berharga. Masa tu memang cemas dan menakutkan, makcik saya panik n terus membaca Ayatul kursi. Ketika perompak dah menghamppiri tempat duduk makcik, orang di depan, di kiri, di seblah kanan dan juga dibelakang semuanya terpaksa menyerahkan duit dan barang2 berharga tetapi peliknya perompak2 tu macam x nampak makcik saya tapi alhamdulillah, makcik selamat n sedikit pun x diusik oleh perompak2 tu… berkat memohon pertolongan drp Allah SWT dg bacaan Ayatul Kursi .

    Haa… Camner tu?? Nak kata Saya ni klentong ker?? Situasi saya sekeluarga masa tu memang dlm ”kecemasan” dan sudah semestinya Emak saya berdoa n memohon pertolongan Allah S.W. T dgn membaca Ayatul KURSI . Samalah juga dg situasi Makcik saya ketika bas pelancungnya dirompak dan jugaNOR yg dikejar ”Bulldog” memang dlm saat KECEMASAN tu.

    Izinkan saya memetik sekali lagi kata -kata dpd
    Abdullah bin ‘Amr r.a.

    “…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. ‘Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya’ …

    Semoga Kita semua lebih DEKAT LAGI dg ALLAH S.W.T

    Wassalam
    Nomelqute´s last [type] ..PROSES PENUAAN – AWET MUDA dan MINYAK KELAPA DARA – Bhg 2

  26. @Nomelqute

    Aku bukan nak meragui kekuasaan Allah S.W.T. Apa yg aku nak sampaikan ialah:

    1)Selidik dulu
    2)Elakkan dari taksub dengan perkara2 yg aneh, ajaib.

  27. love this article..I share this on my fb yah?.. mintak dihalalkan.. this is a very great article:)

  28. subhanallah.. i trust it ..its real
    tanpa di sedari me and mum dah nangis pun n naik bulu roma.. ni bkn cite tipu..mmg bnyk bsar fadhilat ayat kursinya.. tp prlu lah amalkannya slalu spaya dpt brkt jgn hnya gunakannya msa memerlukan je..even sya prnh mgalami situasi pelik alham

  29. SUBAHANALLAH…SUKANYA SYA SY CERITA NE..SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA BERKUASA KEATAS SEMUA HAMBANYA

  30. sesungguhnya jika kita YAKIN kepada allah nescaya allah akan memberi kita manfaat yg sebaik2nya . insya-allah

  31. Ya Allah..first time sy masuk site nih.,.xsangka da jugak site cm nih…selalu dok bukak Oh.Bulan! la, Oh Artis! la..sekarang, OH ISLAM! sy akan slalu bukak…aduss, mngalir air mataku mmbaca segala komen2 kalian..mmbuatkan ku terpikir dosa2 lalu yg telah ku buat..
    Ya Allah, ampuni lah dosa ku dan hindarilah aku dari melakukan dosa2 besar dan dosa2 kecik..mintak di jauhkan la.
    p/s: sy mmbaca smbil dengaq lagu maher zain..bertambah sayu lah..huhuhu…T_T.nasib baik my rumate didnt notice that i had cried….

  32. alhamdulillah…ya Allah hanya engkau tuhan maha sekelian alam semesta….ampunilah segala dosa umat islam mu ini di atas muka bumi mu ini….Amin…Amin…Amin…yarabbal alamin….

  33. askum sy , bercaya cerita 2.. hurm owg y xbercaya 2 owg y xbercaya kat agma nya sendri… mcm 2 baik tkr agm je.. biar jd murtad senang da comrfm dosa tau x!!!!!!

  34. Terpulang pada versi cerita yg korang nak percaya, tapi bagi aku lah benda yg sama hampir terjadi pada diri aku 2 tahun lepas rasa nya dan di sebabkan aku yakin pada janji Allah, aku di hindarkan perkara buruk tersebut.Subhanallah..dan aku tak jumpa lelaki yang cuba berbuat tak baik tu lagi.Harap2 Allah tunjuk kan beliau jalan kebaikan dan bertaubat..manusia mmg serba serbi lemah
    Ana´s last [type] ..

  35. cerita ini saya pernah baca dalam laman web.penulis web itu( seorang kristian) telah mengambil kisah ini dan ubah sedikit maklumat. die tulis perempuan itu adalah beragama kristian. isi kandungan sama je tapi merujuk kepada agama dia. masa baca saya memang tahu kisah tu pasal seorang muslim tapi malas nak komen apa2 nak tuduh dia menukar2 isi cerita.
    anna´s last [type] ..

  36. muga menjadi iktibar…..insyaallah…
    mamaruzi´s last [type] ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge