Kami

Subhanallah
Alhamdulillah
La’illahaillallah
Allahuakbar
“Oleh itu berikanlah sahaja peringatan kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)” [al-Ghasyiah 88: 21-22]
Assalamualaikum pembuka bicara kepada sahabat-sahabat sekalian. Syukur kepada Allah dengan limpah kurnia’nya, dapat kami membangunkan website ini dengan penuh lancar tanpa sebarang gangguan. Semuanya bagaikan sungguh smooth bagai suatu rasa yang tidak pernah kami rasai sebelum ini. Alhamdulillah, Allah SWT telah menggerakkan hati kami untuk membangunkan web berunsur ilmiah seperti ini. Terima kasih Allah. Sesungguhnya kesedaran yang telah engkau bukakan di dalam hati kami mampu merubah segalanya.
Semata-mata kerana Allah
Tiada sebarang urusan bisnes akan dijalankan di website ini. Kerana kewujudan website ini semata-mata kerana Allah. Dalam kecekalan kita menempuhi pancaroba hidup di dunia yang fana’ ini, sejauh mana pula kecekalan kita dalam beribadah kepada Allah yang telah mencipta kita?
Sebagaimana kita menghormati dan menyayangi ibu kita yang telah melahirkan kita bertahun lamanya dulu, harus lebih dari itu kita berikan kepada pencipta kita, Tuhan sekalian alam. Kami juga manusia biasa seperti anda. Cuba menyampaikan dan mengingatkan apa yang dirasakan perlu untuk diri sendiri. Selebihnya terserah kepada sahabat sekalian.
Ingatlah..
Ingatlah sahabatku semua, bahawa KIAMAT sudah dekat. Jauhkan diri kita dari terlalai atas nikmat dunia yang sementara ini. Semoga kewujudan website ini memberi manfaat dan syafaat kepada semua yang membacanya.
Sedarlah..
Tiada perbezaan antara datuk, sultan, mufti, ustaz, imam dan orang biasa. Tuhan tidak pernah menilai insan dengan gelaran-gelaran yang diberikan oleh sesama manusia. Dia melihat keluhuran jiwa dan kesahihan amalan. Entah berapa ramai orang biasa lebih mulia di sisi Tuhan dibandingkan mereka yang bersandar dengan berbagai-bagai gelaran dan pangkat. Jalan pulang ke pangkuan Tuhan tidak pernah mendiskriminasikan manusia.
Hari ini 12 Oktober 2009, Oh! Islam tercipta dari seorang hamba Allah yang cintakan penciptanya, cintakan agamanya, cintakan Rasullullah, cintakan kedamaian dan juga cintakan sinar hidayah dari Allah. Sekali ianya dirasakan, semoga ianya berkekalan terus sehingga nyawa berada di hujung halqum. Oh! Islam sebuah lagi web penciptaan super kritis di bawah pengurusan Oh! Media Network. Di dalam Al-Quran ada mengatakan — “berpesan-pesanlah kepada kebaikkan dan berpesan-pesanlah kepada kesabaran”. Jadi sama-samalah kita. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Dari Admin: Sahabat sekalian, semamangnya kami yang membangunkan website ini sungguh hina di sisi Allah. Maka ingatlah, apa yang ada di website ini adalah perkongsian dari perkara baru yang kami pelajari dan yakini. Kami tidak sesekali menyuruh, tetapi kami hanya mengajak. Yang baik itu datang dari Allah dan sebarang kelemahan datang dari kami sendiri. Harap dapat perbetulkan mana yang tidak enak di mata anda semua. Teguran membina amat kami nantikan.
Hubungi
Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang hal melalui email di hoi@ohislam.com atau anda juga boleh mengajukan soalan di fan page kami di Facebook. Terima kasih.

{ 2 trackbacks }
{ 34 comments… read them below or add one }
terbayang pula si pencipta web ni.. mungkin suatu hari nanti beliau pasti maju-jaya lebih dari pencipta fb? maju la islam dan maju la malaysia..
to owner: ciptaan jenama oh! kamu tampak hebat sekali bila ohislam ini ada..
amin2 ya rabbal alamin.. mukadimah yg penuh dgn hikmah, pye sifat tawadhuk dan keinsafan..
mudah-mudahan cukup menusuk kalbu utk meyakinkan mereka2 yg masih mencari kebenaran d sisi cahaya Ilahi yang pasti.. insyaAllah
Alhamdulillah..terima kasih Allah.
Semoga kite sama2 mendapat manfaatnyer..
~~Kalau boleh kan, x payah la formal sgt..maybe leh masukkan unsur2 humor skit, unsur2 x formal ke..Sesetengah org susah nk trime kalau satu2 ilmu tu disampaikan dalam bentuk yg berat..Maybe dgn cara tersebut lebih dpt menarik minat pembaca dalam mendekatkan diri pada ilmu agama..Wallahua’lam..
Ape2 pun, good effort and very good starting…keep going on.Mudah mudahan ohislam akan menjadi sepopular produk oh2 yang lain=)
cayalah!
alhamdulillah koleksi oh! yang bermanfaat ni. hehe
Yeah setuju dgn amie..kalau boleh cuba bt artikel dakwah 2 dgn cara khai seniri..bia ikhlas dr hati khai..msa skolah2 dulu student suka ustaz-ustaz yg kelakar…
Salam all.
InsyaAllah, sedaya upaya kami akan cuba dapatkan bimbingan dari ustaz atau mereka yang lebih berilmu untuk membimbing perjalanan website ini.
Sedikit masa lagi. Doa-doakan lah.
Great2!
Great bro. Keep this work. I like it!
assalamu’alaikum…tahniah di atas lahirnya oh! Islam… Pasni aku akan lepak sini selalu…slalu2 lah hapdet dan twitting wokey?? salam…
Alhamdulillah….moga oh islam memberi banyak manfaat kepada umat islam di Malaysia mahupun dunia…
cara yg terbaik dlm menyebarkan dakwah..keep it up
salam, pertama sekali aku nak ucapkan tahniah dan syabas atas kelahiran oh!islam. semoga usaha yang dibawakan oleh oh!islam mendapat keberkatan kehadrat Ilahi. Dengan oh!islam ini juga aku berharap agar dakwah kebenaran dapat disebarkan secara meluas. InsyaAllah.
alhamdulillah,,,manfaatkanlah bakat yg korg miliki k jalan yg diredhai..gewd job to Oh! Media dengan tertubuhnye oh! Islam.. sesungguhnye stiap kebaikan yg korg sebarkan, korg akan akan dpt pahala selagi ade org yg menyampaikannya pada yg laen dan mengamalkannya…kire mcm investment for akhirat gitu..hihu..so,,byk2 kan menyebarkan pekara2 yg baik mcm ni..kalo leh,,letak lah sunnah2 nabi..seronok utk di baca n di amalkan..dakwah secara lembut dan telus..aminnn~~
Laman yang sangat bagus dari segi ‘content’ mahupun cara penyampaiannya…Jika saya ada artikel menarik mengenai islam…bagaimana dapat saya sumbangkan untuk dikongsi bersama di laman ini?
Teruskan usaha ini,
dan ingat la keratan ayat Al-Quran ini…
‘Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agamaNya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa Surah al-Hajj ayat 40
-Pertolongan sesama manusia pasti akan dikenang, orang yang ditolong semestinya berazam untuk membalas budi itu. Inikan pula janji Tuhan kepada hamba-Nya yang dikasihi-
alhamdulillah, akhirnya muncul juga website seumpama ini dari kamu.
semoga website ni akan secemerlang website kamu yang lain bukan je dari segi follower, tapi follower yang berkualiti. follower yang memanfaatkan ilmu yang ada di dalam oh islam ni dalam kehidupan seharian, aminn
membangun bersama islam!! hehe..
@eelya, jika ingin berkongsi ilmu dan shafaat kepada semua pembaca website ini, email’kan kepada kami di hoi@ohislam.com .. Semoga Allah memberkati.
@all – Terima kasih semua atas sokongan dari kalian
Sesungguhnya sokongan dari insan mulia seperti kalian, sememangnya terus menguatkan semangat saya untuk membangunkan website ini dari satu tahap ke satu tahap.
Website sebegini sememangnya akan punyai banyak rintangan nanti. Sama2lah kita termpuhi. Semuanya hanya kerana Allah.
Salam admin, belajar bertanya pada ustaz yang punya blog popular dan cara penyampaian tak formal dan mengusik seperti ustaz hasrizal di http://saifulislam.com
p/s: sekadar berkongsi kerana terlalu teruja;)
majulah oh islam !~
tak tau kenape org sangat mendeki kewujudan oh islam disebabkan oleh insan bernama khai yang mewujudkannya.. pelik..
bukan nak cakap apa..org yang dengki tu pun islamic sgt ker?
kenape tanyamengapa ohislam wujud?
tak suka nak bergaduh… dah nampak org tu cmner bila cerita pasal agama..sume nak tunjuk hero..buatnye tidak..sorry to say..
but keep it up khai..
dont turn urself back..
p/s: kalau nak rujuka fatwa or somthing else pasal agam boleh rujuk ustaz azhar idrus..tapidgr betul2 apa dia cakap..lagi satu loghat ganu k..
http://ustazazhar.com/v1/
tahniah atas kemunculan ohislam
mudah²an ohislam akan sama hangatnya seperti ohartis dan series oh yg lain.
Alhamdulillah…kelahiran laman ini pasti menjernihkan lagi jiwa insan-insan yang agak mendung seperti aku. Semoga ianya mendorong kita semua ke arah yang lebih baik…
Alhamdulillah, moga usaha murni entum semua beroleh barakah dari Allah Ta’ala insyaAllah! Teruskan usaha murni ini! =)
Alhamdullillah….berkat insan2 yang mendoakan agar admin berubah kearah positif nampaknya sampai kepada Allah S.W.T…
Dan, dengan Izin Allah, website ini wujud sebagai wadah untuk kita berpesan-pesan dan menyebarkan ayat2 kesedaran sesama insan agar sentiasa saling mengingati dan saling menghayati keindahan Islam…
sekalung tahniah buat khai dan teman seperjuangan..
tenaga2 muda mcm korg semua mmg diperlukan dalam perjuangan..
biarlah orang nak kata apa pown..wpun ada yg kata bercampur2(phm2 je lah)…yg penting dah jalankan tanggungjawab kita untuk sebarkan agama Allah…kita tak tiru website mana2..tapi menambah ruang untuk orang2 mencari kebenarang….tahniah sekali lagi..Assalamualaikum.
Al-hamd. Semoga sama2 dpt manfaat dunia & akhirat
masya Allah..
ohislam.com, pengasasnya sama dengan ohartis.com itu ya? semoga Allah redha pada mereka yang mempergunakan peluang ‘expert’ dalam IT ini untuk menyebarkan islam. semoga website ini juga akan menjadi medium untuk sama-sama mempelajari dan menghayati agama islam kita yang indah dan mudah. banjirkan teknologi dengan dakwah islam. saya doakan semoga owner blog ini akan dipermudahkan jalan perjuangannya dan tak pernah gentar akan apa saja cabaran mendatang..
semoga Allah redha.. Islam is the way of life~
salam,
oh! bukak cawangan baru ye. ehehe. btw, emel oh!islam tu biar kasi sopan sikit. mungkin gune salam @ assalamualakum ke
alhamdulillah..kalau sungguh bagai dikata, maka moga Allah merahmati..dalam masa sama, kalau boleh tinggalkanlah juga gosip2 yg kurang berfaedah seperti yang ada di ohartis itu..krn semuanya bakal ditanya kelak..salam
Saya cadangkan masukkan unsur artikel Islam dalam oh artis dot com. Banyak unsur nasihat dan agama boleh dimuatkan, selain bergosip yang sudah tentu mempunyai banyak faedah untuk masyarakat.
Saya ingin cadangkan kat sini selitkan hal-hal yang berkaitan adab-adab dalam melakukan suatu perkara. Memandangkan sudah ada artikel berkaitan Al-Quran maka pada saya sesuai kalau ada topik berkaitan adab-adab membaca Al-Quran.
Pada saya topik berkaitan dengan adab ni sangat sesuai bagi membantu mereka yang ingin memahami Islam itu sendiri.
Macam mana nak buat sesuatu kalau tak tau adabnya ^^
Keep it up..
maybe can try to create translation in English..
try to combine with other blogger that have same objective..
make it as one group…
ten head is better than one..
singgah mengklik ke sini
jom exchange banner nk?
alhamdulillah,,,manfaatkanlah bakat yg korg miliki k jalan yg diredhai..gewd job to Oh! Media dengan tertubuhnye oh! Islam.. sesungguhnye stiap kebaikan yg korg sebarkan, korg akan akan dpt pahala selagi ade org yg menyampaikannya pada yg laen dan mengamalkannya…kire mcm investment for akhirat gitu..hihu..so,,byk2 kan menyebarkan pekara2 yg baik mcm ni..kalo leh,,letak lah sunnah2 nabi..seronok utk di baca n di amalkan..dakwah secara lembut dan telus..aminnn~~
+1
assalamualaikum..
alhamdulillah..da byk ar gak sy da bce..
memg bgos lmn nie..
sy slalu cari tntg artikel pasal aurat..
hrp pihak ohislam dpt memenuhi apa yg sy mahukn…
skian time kasih..
assalamualaikum….