Kalaulah Bukan Kerana Allah Menutup Aib Kita

Share

Pada zaman Nabi Musa AS, bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”. Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar.

Nabi Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa bil athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi.. asqinaa”..

Allah pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian”.

Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, karena engkaulah hujan tak  turun”. Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksud.

Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.

Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.

Musa berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”. Allah berfirman, “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?”

Oh! Islam: Kalaulah bukan kerana Allah menutup aib-aib dari pengetahuan umum atas dosa-dosa yang kita lakukan, pasti keaiban kita sudah lama tersebar. Tapi cuba kita lihat anak muda sekarang, mereka tidak malu dan mereka sendiri menceritakan aib tentang diri sendiri kepada kawan-kawan seolah-olah bangga dengan perbuatan yang dilakukan. Tidak sedarkah mereka bahawa Allah telah menutup aib mereka, tapi mereka sendiri membuka pekung di dada.

Share
Recent Related Posts

25 thoughts on “Kalaulah Bukan Kerana Allah Menutup Aib Kita

  1. Maaf, mahukan penjelasan.

    Ini bererti, barangsiapa yang benar-benar taat kpd Allah swt…maka Allah akn menutup aibnya. em…cmtu ker?
    Hafriz´s last [type] ..Kita dan Ibu

  2. apabila manusia bertanyakan kepada kamu tentang Allah, maka jawablah,
    ‘sesungguhnya Dia sangatlah dekat.

    sangat dekat untuk melihat jauh ke dalam hati kamu.

    juga sangat dekat untuk mengampunkan kamu jika kamu kembali.’
    naimul firdaus´s last [type] ..rehatkan diri dari dunia

  3. terasa Allah sangat menyayangi hambanya.
    dan bersyukur sangat kerana Allah masih tunjukan hidayah kepada org yg di kehendakinya.

  4. - mohon izin utk d copy n d save + ltak kat laman sosial sy + d tag^^
    - Sesungguhnya apa yang Allah s.w.t lakukan adalah yang terbaik buat kita~ Allahu akhbar~

  5. “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.

    Suke .. :)
    Lynn´s last [type] ..Civil Construction and Engineering

  6. Assalamualaikum w.b.t…
    maaf mencelah…
    kenapa hadith xtulis dlm tulisan jawi…
    kan lebih bermakna… tulis rumi klo ad yg bce salah…
    msti maksud dan erti nya lain kn…
    terima kasih…

  7. Salam..
    1st time leave a comment..Oh!Islam mmbuka mata,telinga dan hati sume yg mmbace..Tahniah! :)
    Tak perlu dibahas..Sememangnya Allah maha penyayang dan pengampun..

  8. Pingback: Allah S.W.T menghijab aib kita.. « Sarina’s Spiderblog

  9. Pingback: Kalaulah Bukan Kerana Allah Menutup Aib Kita « Beautiful Journey

  10. Salam,
    Saya suka sangat post ni. Bila baca tu rasa tersentuh hati sebab tau diri ni byk tol kejahatan tapi xde orang tau pun sbb Allah tolong rahsiakan.
    Tuan blog, saya copy paste post ni letak kat blog saya ye.

    Terima kasih bebanyak :)
    auz´s last [type] ..Deep Confusion -Auz-

  11. assalamualaikum wtb. SUBAHANALLAH hebatnya kuasa Allah terlalu byk nikmat hdup yg d kurniaknNYA tapi kta sebagai manusia selalu lalai lupa alpa jahil dgn segala nikmatNYA terasa hinanya diri ini untuk mendapat kenikmatan hidup darimu YA ALLAH,..bertapa byknya dosa jika d hitung d nilai dgn segala kurnianMU YA ALLAH aku terlalu hina untuk mendapat segala nikmat dariMU terima kasih atas blog ini byk mengigatkn diri saya sapa sya dan kedudukan saya d muka bumi ini wassalam.

  12. terase diri ni kerdil disisi Allah..post ni sgt memberi keinsafan kpd sy yg telah byk melakukan dosa yg org lain x tahu..kecuali Allah..YaAllah ampuni diriku ini…

  13. ya allah..ampunilah segala dosa -dosa ku …terlalu banyak kurasakan dosa yang aku lakukan hinggakan tak tertanggung olehku…hinanya hambu mu ini….ampunilah aku…YA ALLAH.

  14. bgus artikel ini..tp tlg edit Musa itu kpd NABI MUSA..beliau mmpunya pgkat NABI..bkn org biase..tme ksih..:)

  15. saya telah bynk melakukan bnda tkutuk,bru2 ini turan mmbri dgaan yg bsa kpd saya,sblm trun dugaan itu saya telah ingin brubah,adakh telah terlambat???adakah allah akan menutup aib saya???
    gadis insaf´s last [type] ..

  16. Allah Maha Besar… Dia membuka hati utk bertaubat.. Dia menyembunyikan segala yang aib… Dia melenyapkan segala kedukaan atau kegelisahan hati…
    NY´s last [type] ..

  17. dari x bertudung kepada bertudung tapi x sempurna….sekarang bertudung labuh tutup aurat sesempurna mungkin……sekarang malu bila tgk gambar2 lama,,,,n susah nak suruh orang remove pict lama kat fb….malu sangat2…..
    sue ana´s last [type] ..

  18. Wasiat NABI MUHAMMAD S.A.W. MESTI BACA!!!!!

    ni adalah benar… sila baca sehingga habis… dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh…

    Assalamualaikum…… Warahmatullahi Wabarakatuh

    ini adalah surat wasiat dari penjaga makam

    Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad

    … Maeine (Saudi Arabia).

    pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di

    makam Rasulullah SAW.

    selepas membaca lalu

    hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi

    didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada

    hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal

    dunia di zaman ini tiada seorang pun yang

    matinya dalam keadaan beriman.

    (a)isteri tidak mendengar kata suami. (b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.

    (c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat

    kebajikan.

    Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu

    menyedarkan kepada orang Islam ini supaya

    membuat kebajikan, kerana hari

    penghabisan(……Qiamat) akan tiba di mana

    bintang akan terbit dari langit, sesudah itu

    matahari akan turun di atas kepala.

    PESANAN HAMBA INI

    (a) berselawat – untuk junjungan Nabi kita

    Muhammad SAW.
    (b) bertaubatlah – dengan segera sementara

    Pintu Taubat masih terbuka.

    (c) Bersembahyangla.. (d) berzakat – jangan ditinggalkan.

    (e) Menunaikan Fardhu haji – bila

    berkemampuan.

    (f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu

    bapa.
    Banyak lagi contoh-contoh orang yang

    menerima wasiat ini tetapi tidak

    mempercayainya dan tidak mengedarkannya

    atau menyampaikan kepada orang lain.

    dimana

    mereka mendapat malapetaka.

    setelah

    kejadian yang menggembirakan dan

    menyakinkan ini anda jangan lupa

    menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa

    96 jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu

    dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. INSYAALLAH.

    PERHATIAN

    setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.
    sekadar berkongsi´s last [type] ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge