Jangan jadikan Telekung satu isu

Share

Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,”

Skrip biasa, terutamanya di shopping complex. Sepertinya solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’. Yang lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat! Begitukah?

Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara:

* Yakin telah masuk waktu
* Menutup aurat
* Mengadap kiblat
* Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
* Suci daripada hadas kecil dan hadas besar

Tercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung. Jadi, wajibkah?

Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.

Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.” [ Al-Hajj : 7]

Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi.

Telekung cuma adat, bukan syarat. Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah sangat baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang salah.

Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik. Bagi saya sendiri, jika solat sehari-harian di rumah atau di kolej, saya lebih selesa bertelekung. Cuma apabila dalam keadaan tergesa-gesa atau berpergian, maka pakaian yang ada sahaja sudah amat memadai. Yang penting, cukup syarat.

Eh, betul ke ni.. Nampak pelik la kalau tak pakai telekung. Macam tak sempurna je tutup auratnya..

Untuk persoalan sebegini, mungkin perlu ditanya kembali diri kita. Jika kita merasakan pakaian kita itu tidak cukup sempurna untuk bersolat, jadi, adakah kita sekarang ini tidak menutup aurat..?

Diterima melalui email dari qaramie. Artikel asal dari Nisa Melaka.

Share
Recent Related Posts

57 thoughts on “Jangan jadikan Telekung satu isu

  1. telekung bukan alasan tak solat..skng ni dimana2 saje ade surau..shoping cmplex ade sediakn telekung untuk jemaah.wlaupun tlekung disediakan tak mncukupi ini tak bmkne die tak prlu solat..lg pn prncngn waktu jgk pnting..dah taw waktu zohor akan masuk so rancng waktu keluar slepas zohor atau pulang sebelum zohor..sperti waktu maghrib..knpa perlu kluar wktu mghrib sdngkn tahu waktu itu singkat..sbenarnya tiada alasan untuk tidak solat kerana Allah dah sediakan kmudahan pd umatnya.yang lelaki jgn bg alasan tidak solat kerana tiada pelikatnya pula ya.wasalam

  2. lihat sajalah cara pemakaian sesetengah remaja sekarang ni.. sebab itu timbul tak yakin bila hendak bersolat tanpa telekung..

  3. thumbs up!

    aurat klw tutup sempurna boleh je trus solat mcm lelaki, sape suruh paki seluar pn nampak lurah hitam!

  4. bismillahirrahmanirahim….

    sekiranya sy slh tegur lah ye sebaik yg anda mampu..

    pakaian tutup aurat yg diamalkan skrg iala pd pdpt sy adalah x brp tepat…contoh…yg bukan anggota aurat yg sy fhm ialah permukaan muka (x termasuk telinga n etc) n telapak tgn je..so,mcmana nk solat sekiranya blkg tapak tgn and kaki x tutup (spt yg selalu wanita kita x tutup ketika di luar) ,bagaiman mrk mau solat?sy sokong komen Admin yg mengatakn “Jika kita merasakan pakaian kita itu tidak cukup sempurna untuk bersolat, jadi, adakah kita sekarang ini tidak menutup aurat..?”itu yg lebih tepat..

  5. dakmie, kedua tapak tangan tu termasuk belakang tapak tangan. wallahua3lam :)

  6. kalau malas semua menjadikan alasan.. “Berilah peringatan kerana peringatan amat berguna bagi orang yg beriman”

  7. yeap…tp nk tnya ada stgh yg pkai sluar ketat …tutp aurat x..
    sbb dgn confidentnya,beliau solat tnpa pkai telekung..
    just nk tnya..nk tegur..x pasti

  8. kalo da pakain menutup aurat dan bersih..dh bileh bwk sembahyang, xperlu pakai telekung.tapi kalo dh xtutup aurat…hjuhu..xleh nk cakp la kan..

  9. skarang ni kan kebanyakan masjid dan surau dah disediakan kain smayang subsidi…..apa susah?? saya nak kemana mana pun x pernah risau pasal telekung…..

  10. salam..
    interesting n it open up our mind.jgn sempitkan sgt minda.
    btw,trpanggil nk respon to ‘KENCANA’
    - sah ke smyg if pkai stokin? -
    >>> pndpt saye SAH<<< if bhagian2 len yg wajib didtutup pon ditutup.jz like in d picture.kn da ttup aurat tu.nape plak nak kate tak sah? len la klu stokin tu sndiri bernajis.kan3.. :)

  11. rasa yer silap paham kot..mmg la islam tak mewajibkan telekung..janji pakaian tu dah menutupi aurat…dan bersih….itu syarat utama untuk solat..hukum perempuan solat hanya lah muka sahaja..

    bukan saya nak bantah perempuan nak pakai pakaian biasa untuk solah boleh..tapi hukum yer makruh..sebab yer..

    pakai la cantik sikit..pakai telekung kan cantik….

    cuba kita banyakkan…kalo la kamu si permpuan nak pergi jumpa PAKWE..? nak bakai baju apa?

    apa yang penting kita beradab…
    jgn kaitkan dengan budak over c sebab kami mengikut tempat…

  12. kdg2 telekung yg ade kt tempat2 solat awam ni dh busuk2. same la kain pelekat pn. tp brbalik pd prsoalan utame, pnting sgt ke telekung? tu cume adat. kalo dh elok pki baju tutup aurat, solat je la.
    .-= xlanxdiablox´s last blog ..Grammar: tenses =-.

  13. takde telekung la itu.. cakap je la malas nak solat… kat msia camtu a.. aku tgk pelajar2 kite luar negare, yang da berfamily… takde pun nak sibuk pakai telekung… just tutup aurat je pastu solat la…

  14. kite duk sibuk sgkt telekung2… ape kate telekungkan la hati dulu…

  15. aurat perempuan adalah seluruh anggotanya kecuali tapak tgn n muka…jd tutuplh aurat tu…bkn ssh sgt pown…kalo pki telekung tp masa sujud kaki nmpk pown xgna jgk..sbb kaki tu kn aurat…
    knp perempuan perlu pki yg ketat2??tudung plk bkn skdr pki je taw…tdng mestila menutp dada (shingga tulang rusuk terakhir)…sy rsa kalo kaum hawa pki mgikut syara’ mmg sgt sweet…

  16. jgn sweet dari pandangan luaran je yek… dalaman pun kene sweet gak..

  17. Salam.
    Betul tu, dari apa yang saya belajar.
    Sembahyang tidak perlu pakai telekung, cuma disarankan pakai :)

    Di tempat saya belajar ini begitulah.
    Even pelajar2 Malaysia pun tak pakai, rasa ganjil agaknya kot bila pakai :)

  18. hambanya,
    dalaman menzahirkan luaran..sekiranya dalaman itu sweet,dizahirkan melalui sweet luarannya..andainya luaran terbukti x sweet,usah mimpikan dalaman yg sweet..

  19. assalammualaikum..
    bg pendapat saya pulak sbg seorang wanita,
    kan agama sudah mewajibkan aurat wanita ditutup,
    jadi ble aurat kita sudah dijaga dalam keadaan bersih maka tidak jadi masaalah untuk kita terus bersolat…ingatlah kita tentg pentgnya solat dalam AL-QURAN.kita di ajar tentang solat,yg sakit pown ada cara solatnya dalam keaadaanNYA,ini kan kita sewenang2nya meninggalkan solat krn x bwa TELEKUNG..HMMM FIKIR2 kan lah….{ yg korang x tutup aurat 2 nape?}

  20. amiens
    betul dalaman menzahirkan luaran.. ape yang saye nak maksudkan tu, luaran tak menzahirkan dalaman… don’t judge a book by the cover…

    tiny perak.
    .. nak buat camne? orang kite? kekadang ustat ustazah da ngajo begitu dari sekolah.. pentingkan pakai telekung… bukan SEBAB pakai telekung..

  21. how if the book dont have its cover?@ ade ala2 mcm xde gitu..mcm artis melayu dlm iklan my-eg yg dok tayang kat tv tu..
    just nk ckp kalo luar elok,dalam insya allah elok @ mungkin x elok..
    tp kalo luar da x elok?mustahil dlm elok kn?

    moral: either u like it or not,u MUST cover your aurah..yg x nmpak itu urusan anda dgn ALLAH..tp yg terang lg brsuluh nmpak tu ade kaitan dgn urusan manusia..

  22. erm.. urusan dengan Allah lagi penting berjuta2 kali ganda… malahan tak terbanding kalo nak dibandingkan ngan urusan manusia…

    mmg le kene tutup aurat…

    bukan masalah cover tak cover…
    tapi wajibke kene pakai telekung time solat, sampai kalau tak jumpe telekung tak buleh solat?

  23. pasal tu disuruh pakai pakaian yg tutup aurat dari awal..supaya tak timbul isu kena bertelekung @ tidak untuk bersolat..kerana syarat berpakaian untuk menunakan solat adalah menutup aurat (dalam erti kata sebenar..bukan sekadar tutup tapi tersembul kerana sendat)..solat itu wajib..menutup aurat itu pun wajib..ambil kedua-duanya..

  24. betul tu..jgn jadikan telekung sebagai alasan..
    boleh je tutup aurat kaki pakai stokin ke…

  25. pch 31/05/2010 at 5:17 PM
    mana tok imam??

    maaf yea kalau tak tersalah silap..
    kenapa tanya mana imam??
    bkankah mmg dalam islam wanita tidak boleh menjadi ketua apatah lg imam.. wallahualam..
    dan apa yang saya tahu bahawa dlm solat wanita, imam berada ditengah2 dalam barisan saf.. tidak seperti solat berjemaah lelaki,dimana imam berada ditengah ditengah dan didepan saf..

  26. kalau kamu rase x pakai telekung x sempurna slat kamu , maknanya kamu x yakin kamu tutup aurat dengan sempurna . Jadi , perbaikilah cara pemakaian anda

  27. salam maf ye umar..cume nkmmbetulkn pndangn anda
    betul tu soltlah dgn yg cantik…
    tp asbab pkai telekung krn telekung cantik dan makruh sb pke bju biase xde dalilnye bahkan x mmpu nk dijadikan hujjah..sy jga tidak smpurna..tp selaku permpuan sy juga sering solat diluar…pakaian sy tidak cukup untuk sy guna unutk solt krn sy kurng yakin dgn kebersihn seluar sy yg mgkin entah menyapu apa di lantai bumi..
    dan sy menggunakn telekung…bukn krn cantik krn telekung di awam…payahnya nk jmpe yg putih bersih pasti ada bintik2 hitam tu tak termasuk bau lgi…jadi mnanya kata pkailah telekung sb telekung itu cantik dan pke bju biasa itu makruh??

    bt hawa mahupun adam..tiap kali kamu menunaikn solt pakailh yg bersih kemas…tidak lh itu ditetapkn dgn kain pelekat mahupun telekung…dan tegaplah kamu wahai adam ketika menunaikn solt dan lemah lembut lh kamu hawa ketika menunaikn solt…wallhua’lam

  28. Tak perlu semua yer memerlukan dalil yg kuat..benda wajib.. dah terang terang..lain la ada keuzuran ,sekarang ni kita plan dari rumah bawah je telekung dari bawa barang make up berat berat dalam beg tu..bawa telekung …ada pahalanya…

  29. salam semua…

    bawak la telekung sendiri ke mana anda pergi…
    bwk laptop berat boleh kesana sini (perumpamaan)…xkn la telekung yg 2 pcs tu xblh…betol?

    pe2…kena pikir keselesaan kita sndri bla nk solat…jgn ada was2…itu yg penting…

  30. salam..
    apabila sudah termaktub di dalam Al-Quran akan hukum hala-haram,-wajib-sunat.. maka laksanakanlah..tidak perlu untuk dipersoalkan kecuali bagi mereka yang inginkan kebenaran

  31. salam….
    macam2 pendapat eh…..
    pada sy, senang je…nk bawak telekung sndiri bukan la susah mana pun….kalau dh tau nk g mana lama2, bawak la telekung sndiri, x berat pun… klau perempuan nk bli brg make up mahal2 leh lak, tp telekung x kan ada sepasang je…bli la 2-3 helai…sepasang tgl kt tempat keje, sepasang utk kgunaan kt rumah, sepasang lg sy letak dlm kereta, senang nk guna bila pegi mana2…kalau dh g shoping tu, amik je telekung dalam keta tu, bawak g shoping jugak, pastu solat la kt surau shoping complex…tu pun kalau nk shoping lama2 la….
    hmm…sebab pompuan ni suka bawa brg make up dalam beg… fikir la, kalau bawak brg make up ke hulu ke hilir boleh pulak, x kan telekung sepasang yg x seberat mana pun x boleh bawak ke hulu ke hilir jugak….fikir2kan la…

  32. asalamualaikum
    ada benda yang kotor tetapi tidak najis
    contoh
    tanah ,debu selut air ,air laut bahkan semua nya boleh digunakan untuk bersuci..
    dalam soal ini tidak timbul masalah kain menyapu tanah atau tidak..
    didalam mazhab syafie agak tegas dalam najis aini dan ghairul aini..tetapi dalam mazhab maliki lebih terbuka…pernahkan anda lihat orang bersembahyang pada badanya ada tahi ayam?…
    jadi mengikut hukum asal solat adalah wajib dan tidak ada kecuali pakai telekung atau tidak..janji menutup aurat..
    islam adalah agama yang mudah maka janganlah kita mengikut adat semata2 untuk meninggalkan perkara yang wajib..
    sebarang persoalan buleh email kepada saya hazaini@hotmail.com

  33. nak tanya..
    macam mana pulak kalau telekung tu blink2? boleh ke bawak ke surau?
    cuz time kite trwh aritu, rasa x selesa lak nak guna cuz terlalu bersilau. huhuhu

  34. sy bkn islam. tp sy tertarik dgn islam sbb kesempurnaannya. cara bersolat jg sgt sempurna. suci……

  35. Assalamualaikum…setuju dgn tajuk ni. 1st, kalau dah tau nak keluar tu memakan masa, apa salahnya bawak telekung sekali. Kalau bedak, lipstick boleh bawak apa salahnya masukkan telekung sekl. 2nd, klu tak bertelekung masih boleh solat selagi menutup aurat, isunya kalau bj ketat2 tak sesuai la nak solat. Sapa suruh pakai baju ketat dan lengan tak cukup panjang..???/? Lg satu, kalau rasa telekung tu berat, bawaklah stokin yg bersih dan tebal (jgn pakai yg nipis tu) dan sarung lengan, saya biasa buat camni je. Senang… 3rd, biasanya kat mana2 surau mesti ada telekung yg disediakan…so isu takde telekung tak boleh solat tak ke mana pun…
    aeina´s last [type] ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge