Berikut adalah artikel yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) hasil tulisan Naib Presiden’nya sendiri.. Untuk yang berminat mengetahui lebih lanjut, kami dah sediakan anda fail untuk di’download dan dibaca. Semoga ianya memberi kita gambaran yang lebih jelas mengenai isu ini. Bila faham baru kita boleh berkata-kata kerana kita ada ilmu.
ISU LARANGAN GUNA NAMA ALLAH 1-4.pdf 2.41MB Sahaja.
Thanks PERKIM!

{ 20 comments… read them below or add one }
“Katakanlah! Dialah Allah
yang Esa, Allah tempat sekelian
(makhluk) bergantung, Tiadalah
Ia beranak dan tiada
diperanakkan, Dan tidak ada
sesiapa pun yang menyerupai
Dia”
(Al-Ikhlas, 112, 1-4)
setuju sangat-sangat dengan apa yang dikatakan dalam artikel tersebut. kalau fikir seimbas lalu pun, kita dah boleh nampak yang penggunaan nama Allah oleh agama lain boleh menjejaskan dan mensyirikkan sifat-sifat Allah (sifat 20) yang kita ketahui selama ini.
terima kasih kepada pihak admin yang sudi berkongsi artikel ini untuk lebih menjelaskan apa kurang jelas mengenai isu ini~
Akuro San´s last blog ..Perbezaan DSLR Nikon D90, D3000 dan D5000
Salam.
thnks Perkim.
download dah.
Terima kasih untuk pihak admin juga.

saya lebih faham
arnamee´s last blog ..Anugerah Juara Lagu 24 – AJL 2010
Thanks untuk info…
zana´s last blog ..Orang Islam Tak perlu pertahan Kalimah Allah
Burn burn burn!Pecah pecah pecah!
Itukah yang dinamakan Jihad Islam sampai bakar church??
isu ni cam scary gak.tp 1 thing yg perlu difikirkan.
kalo x silap 3 negeri ade pki “allah” dalam lagu negeri masing2.
which everyone nyanyi lagu tuh..
people have to respect each other kan..
tayah la smpi nak bakar2.. go professional
piss piss ^^,
thank PERKIM………….bg ilmu kt sya………….daaaaaaaaaa download daaaaaaaaaa
Thanx kepada PERKIM kerana telah menyumbangkan serba sedikit ilmu kepada kami.
Cuba bayangkan orang Kristian menggunakan nama Allah, secara tak langsung kesannya mereka boleh mengguna nama Allah sesuka hati, jadi tak hairanlah jika di gereja mereka ada kalimah Allah@ di salib mereka ada kalimah Allah dan di rantai salib pun ada kalimah Allah. Jadi apa kata korang jika kalimah ini nanti wujud dan dipegang oleh mereka. Secara tak langsung, bukan sahaja kalimah Allah ada di Masjid, rumah orang Islam malah di rumah orang Kristian pun ada juga kalimah Allah.
Kita sebagai umat Islam perlu dan wajib pertahankan kalimah ini seperti yang kita tahu bahawasanya di negara Malaysia, Islam adalah agama rasmi persekutuan dan hanya 4 perkataan yang tidak boleh digunapakai oleh agama yang lain iaitu Allah, Rasulullah, Solat dan Kaabah.
Isu bom gereja nie pun kita tidak tahu siapa yang membakarnya kerana siasatan lanjut tidak dikemukakan lagi, kita harus ingat bahawa puak2 kafir senantiasa mencari jalan untuk memusuhi kita sampai ke hari kiamat. Biarlah siasatan dibuat dahulu, kita tak tahu samaada musuh2 Islam yang buat atau ekstrimis Islam kerana kemungkinan dengan isu ini, musuh2 Islam akan mencetuskan lagi pergolakan antara kita dengan memberitahu dunia bahawa Islam ini adalah pengganas.
yup.. lagu negeri pahang ader perkataan Ya Allah.. xterpk plak
stuju dgn saultalastor
Penggunaan kalimah Allah ini telah pun wujud sebelum zaman Rasulullah SAW diutus lagi. Di Mekah sendiri ketika itu, orang-orang kafir Quraisy sudah pun menggunakan nama Allah di dalam kehidupan seharian mereka, baik semasa beribadat mahupun dalam sumpah mereka. Sehinggalah Muhammad diangkat menjadi Rasul, penyebutan kalimah Allah tetap menjadi kebiasaan mereka, baik oleh kafir Ahli Kitab mahupun kafir Musyrik. Namun hal ini tidak pernah dihalang oleh Rasulullah SAW. Sebaliknya apa yang dikecam oleh Rasulullah adalah perbuatan mereka yang mensyirikkan Allah dan tidak mahu beriman dengan Al-Quran. Dengan kata lain, yang menjadi perhatian Rasulullah adalah akidah dan juga sistem mereka yang rosak di mana telah berlaku penyimpangan dalam aqidah dan sistem yang mereka terapkan. Namun demikian, terdapat keadaan di mana Allah sendiri yang mengecam dan melaknat golongan kuffar ini apabila mereka telah menyalahgunakan dan meletakkan Allah di tempat yang salah.
Terdapat banyak ayat Al-Quran di mana Allah tidak mengecam orang-orang kafir menggunakan namaNya, tapi apa yang dikecam oleh Allah adalah perbuatan mereka yang tidak beriman kepadaNya. Antaranya firman Allah,
“Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (orang-orang kafir), ‘Siapakah yang menciptakan mereka?’ sudah tentu mereka akan menjawab, ‘Allah’. Maka bagaimanakah mereka boleh dipalingkan (dari menyembah Allah)? Dan (Allah mengetahui) ucapan (Muhammad) yang berkata, Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak beriman!” [TMQ al-Zukhruf (43):87-88].
Firman Allah dalam ayat yang lain,
“Dan sesungguhnya jika engkau bertanya kepada mereka, ‘siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?’ tentu mereka akan menjawab, ‘Allah’, maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)? [TMQ al-Ankabut (29):61].
Allah juga mengecam orang-orang kafir yang, walaupun meyakini Allah dan menggunakan kalimah Allah, tetapi menyekutukanNya. FirmanNya,
“Ingatlah! Untuk Allah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah berkata, ‘Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuk orang-orang yang berdusta dan sangat kufur. [TMQ al-Zumar (39):3].
Di dalam Sirah Ibn Hisyam, juga di dalam banyak hadis mengenai perjanjian Hudaibiyah di antara Nabi SAW dengan kafir Quraish, disebutkan bahawa, tatkala Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi SAW, antara wakil Quraish ialah Suhail bin Amru. Apabila Nabi SAW memerintahkan agar Ali k.w menulis di permulaan perjanjian kalimah ‘Bismillahirrahmanirrahim’, Suhail berkata, ‘Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim’. Maka Nabi SAW pun memerintahkan agar Ali memadam kalimah tersebut dan menggantikannya dengan ‘Bismikallahumma’ (dengan namaMu Ya Allah).
Banyak lagi nas lainnya yang menunjukkan bahawa orang-orang kafir boleh menggunakan nama Allah. Mafhum yang dapat diambil daripada nas-nas di atas adalah Islam tidak melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang kafir tetapi apa yang Allah larang adalah perbuatan orang-orang kafir yang tidak beriman dan menyekutukan Allah. Kesimpulannya, Islam tidak menghalang penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang kafir tetapi dengan syarat ia hendaklah digunakan di dalam konteks yang benar yakni Allah sebagai Tuhan bagi semua manusia, alam semesta dan juga kehidupan. Umat Islam tidak seharusnya terus melenting apabila nama Allah digunakan oleh orang kafir, namun harus dilihat terlebih dahulu konteks penggunaannya. Bahkan dalam beberapa keadaan, penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang kafir mendedahkan dan membuktikan lagi kesesatan kepercayaan agama mereka.
(ii) Penggunaan Yang Salah –
Sememangnya terjadi di zaman Rasulullah di mana nama Allah telah digunakan di dalam konteks yang salah oleh orang-orang kafir. Dan hal yang sama boleh berlaku pada bila-bila zaman/masa sekalipun. Firman Allah,
“Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampau dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al-Masih, Isa anak Maryam itu adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan kalimatNya) yang disampaikan kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh (dariNya). Maka berimanlah kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah mengatakan (Tuhan itu) tiga (‘trinity’)…” [TMQ an-Nisa(4):171].
Dalam ayat lain Allah menyebut, “Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata, ‘sesungguhnya Allah adalah al-Masih putera Maryam…” [TMQ Al Maidah (5):72].
Setuju dgn encik romx….
Wasiat NABI MUHAMMAD S.A.W. MESTI BACA!!!!!
ni adalah benar… sila baca sehingga habis… dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh…
Assalamualaikum…. Warahmatullahi Wabarakatuh
ini adalah surat wasiat dari penjaga makam
Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad
Maeine (Saudi Arabia).
pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di
makam Rasulullah SAW.
selepas membaca lalu
hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi
didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada
hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal
dunia di zaman ini tiada seorang pun yang
matinya dalam keadaan beriman.
(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat
kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu
menyedarkan kepada orang Islam ini supaya
membuat kebajikan, kerana hari
penghabisan(….Qiamat) akan tiba di mana
bintang akan terbit dari langit, sesudah itu
matahari akan turun di atas kepala.
PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat – untuk junjungan Nabi kita
Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah – dengan segera sementara
Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyangla….h
(d) berzakat – jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji – bila
berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu
bapa.
UNTUK MAKLUMAN
1.
seorang saudagar dari bombay telah
menerima surat ini dan beliau telah mencatak
sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada
orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah
dengan mendapat keuntungan yang besar
dalam perniagaannya.
2.
seorang hamba Allah telah menerima surat
ini tetapi tidak mengendahkannya…. dan
menganggap wasiat ini palsu, maka selang
beberapa hari kemudian anaknya meninggal
dunia.
3.
Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas
Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini
kemudian mengarahkan setiausahanya
mencetak sebanyak 20 salinan dan
menghantarnya kepada orang lain, maka
selang beberapa hari kemudian dia telah
mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di
malaysia timur.
4.
tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar
perak secara tidak langsung dipecat dari
jawatannya kerana apabila beliau menerima
wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan
untuk disebarkan kepada orang lain tetapi
beliau telah menyedari kesilapannya lalu
beliau mencetak semula wasiat ini dan
mengirimkannya kepada orang lain, beberapa
hari kemudian beliau telah dilantik menteri
Kabinet Perdana Menteri.
5.
Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat
wasiat ini dan tidak percaya akan
kebenarannya juga menganggap palsu lalu
membuangnya ke dalam tong sampah.
seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan
hukuman pancung sampai mati.
6.
di Terengganu, seorang pekerja bengkel
kenderaan telah menerima wasiat ini dari
pengirim yang tidak dikenali yang datangnya
dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20
salinan seperti yang dituntut.
Alhamdulillah dia
dianugerahkan oleh Allah seorang gadis
berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh
Islam.
baginya anugerah ini paling agung dan
tidak ada tandingannya.
7.
Di Terengganu juga, seorang hamba Allah
telah menerima surat ini dari orang yang tidak
dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya
dengan mengatakan ianya bohong belaka dan
sengaja mengada-adakan untuk menakutkan
orang yang membacanya.
Beberapa hari
kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil
dan penderitaanya amat menyedihkan.
setelah
tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital,
penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor.
Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan
mengedarkannya kepada orang lain.
Semingu
kemudian barulah beliau beransur sembuh
sehingga sekarang.
Banyak lagi contoh-contoh orang yang
menerima wasiat ini tetapi tidak
mempercayainya dan tidak mengedarkannya
atau menyampaikan kepada orang lain.
dimana
mereka mendapat malapetaka.
setelah
kejadian yang menggembirakan dan
menyakinkan ini anda jangan lupa
menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa
96 jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu
dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH.
PERHATIAN
setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.
kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain.
insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan
TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM…. SEBAR KAN 20 WASIAT NI KPD UMAT ISLAM
asal lak budak atas nie… T_T adoile T_T
berbalik pada isu ni…..dalam kitab ada cerita..
dulu sebelum Allah turunkan wahyu kita sembahyang mengadap baitulah, nabi solat mengadap baitulmaqdis.
N paderi mereka perli Nabi cakap….alang3 da sembah baitulmaqdis..masukle agama kami terus…
So sekarang..alang3 guna nama Allah..meh le masuk agama kami terus…
ape ape? tak puas hati??
zana´s last blog ..Anak Luar Nikah
asal lak budak atas nie… T_T adoile T_T
berbalik pada isu ni…..dalam kitab ada cerita..
dulu sebelum Allah turunkan wahyu kita sembahyang mengadap baitulah, nabi solat mengadap baitulmaqdis.
N paderi mereka perli Nabi cakap….alang3 da sembah baitulmaqdis..masukle agama kami terus…
So sekarang..alang3 guna nama Allah..meh le masuk agama kami terus…
ape ape? tak puas hati??..
zana´s last blog ..Anak Luar Nikah
nice article tp agk pening ngan bahasa bible tu…byk sgt version die…
tntg isu ni, rase sdikit kecewa pabila 1/2 pihak mpolitik isu ni dgn mnimbulkan propa n provok smata2 nk amik ati rakyat la konon…
msing2 nk jd hero…
sibuk tuduh tu tuduh ni tanpa 1 bukti pun kt tgn..”ckp pndai laa!!!”…
n…
klu xsilap smpi skrg xdpt tgkp lg spe yg buat onar kt gereja…
ntah bdk tu Islam ke..kristian ke..gile ke…ape ke….ntah…..
Sy bersetuju dengan pendapat encik romx.
isunya sekarang, bukan nama yang di sembah, tetapi siapa yang disembah. benar, mungkin akan timbul kekeliruan jika penggunaan perkataan Allah ini dikalangan orang bukan islam. tetapi kekeliruan ini tidak mungkin akan timbul jika umat islam sekarang memfokuskan kepada penerapan ilmu agama dalam kehidupan seharian.
Sebagai orang islam, kita sejak dari kecil lagi telah diajarkan dengan ilmu agama. kita tahu Allah itu satu, tidak beranak mahupun diperanakan. macam mana jahil pun sesorang muslim itu dalam ilmu agama, dia tetap akan tahu yang Islam beriman kepada Allahu Ahad. jadi disini, justifikasi mengenai ‘ kekeliruan” agak kabur untuk dijadikan alasan menentang penggunaan nama Allah bg orang bukan Islam. dengan didikan agama yang sempurna dan pengamalannya dalam kehidupan kita sehari-hari, agak mustahil boleh menimbulkan kekeliruan.
Jika anak-anak kita selalu didedahkan dengan rancangan realiti tv yg penuh kesesatan, drama tv yg konon-konon islami tetapi cerita pokoknya penuh maksiat..inilah yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam hati dan pemikiran umat islam.
sy tidak menyokong dan tidak juga menentang penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam. apa yg sy lihat hari ini, isu ini digunakan sbg isu politik untuk mencari populariti bagi sesetengah ahli politik. jika benar mereka mengambil berat akan isu kalimah Allah ini, mengapa tidak mengambil berat akan isu keseluruhannya iaitu agama islam itu sendiri. perbuatan orang bukan islam menggunakan nama allah pada saya tidak mencemari kesucian agama kita?
yang mencemarkan agama kita adalah apabila artis beragama islam kita semakin terikut2 dengan budaya artis dihollywood. mendedahkan aurat, minum arak, seks bebas, menagih dadah dan sebagainya. pusat-pusat hiburan yang berleluasa, hiburan di tv yang melalaikan. Inilah yang akan mendorong kepada kejatuhan moral dan “kekeliruan” yang dicanang oleh golongan yang kononnya fundamentalis Islam ini.
sy rasa cukuplah setakat ini sy memberikan komen. umat islam harus berfikiran terbuka. tapi dengan batas. liberalisasi agama tidak pernah wujud dalam agama islam. Segala yang telah difirmakan oleh Allah dan telah disabdakan oleh Rasulullah haruslah dijadikan panduan. Ulamak harus memainkan peranan dalam membimbing masyarakat. jangan terlalu taksub kepada satu fahaman sahaja. haruslah menerima dan menilai fahaman yang lain. Allah menciptakan akal supaya orang yang beriman dapat berfikir.
semoga Allah ampunkan dosa sy kerana memberikan komen sebegini.
tiada tuhan yang disembah melainkan allah dan nabi muhammad itu pesuruh allah!
wallahua’lam.
ADAKAH islam patut di tindas??
ADAKAH nama allah patut digunakan oleh kaum kafir iaitu kaum yang masuk neraka??
ADAKAH rakyat ingin melihat negara Malaysia bermajmukkan agama yang tiada tiangnya??
ADAKAH kalau kita menghalalkan kalimah ALLAH maka perkara lain seperti arak, zina, rasuah pasti berkurangan??
ADAKAH puak-puak kristian ini akan berhenti memurtadkan org islam sekiranya Nama ALLAH digunakan oleh Orang Kafir??
ADAKAH korang bercakap dalam keadaan bersenang-lenang pada zaman sekarang??
ADAKAH korang tahu masyarakat selatan Filipina hidup susah payah hendakkan negara islam Dan ADAKAH mereka akan menghalalkan kalimah nama ALLAH pada orang kristian di sana ??
DAN TERAKHIR
ADAKAH korang sedar, banyak tipu Muslihat dan strategi yang dimainkan oleh orang MUNAFIK dan ORANG KAFIR terutama orang KRISTIAN??
jawablah dengan jawapan kamu yang orang ini hidup selang-lenang sahaja…Dan pasti jikalau negara ini dikuasai 80% agama Kritian baru kamu mecelikkan mata sedangkan orang lain berjuang dengan nama ALLAH dihati??
fikir-fikirkanlah…[msti jawapan same akn berulang]
If you are strong in you faith, I’m sure you’ll never get confused, even if another religion uses the same term to call their God. Pasti ada sesuatu yg buat mrk murtad, bkn pasal penggunaan nama Allah. Btw, we don’t read it as ‘Awl-loh’, but ‘Al-lah’.
Shalom!
[Nada Percakapan Inggeris] ape pulak omputih mri sini ney…org duk ckp bhse melayu..mungkin die fhm sedikit-dikit base meelaayuu..ok xpe..bljar laagi erhh…
syukeri, mek org s’wak…… bknny org putih….. XD