Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

OH! Islam: Sebarkan artikel ini walau dengan satu ayat. Semoga anda mendapat balasan setimpal dengan apa yang dilakukan.

94 thoughts on “Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab”

  1. Salam,
    Saya nak penjelasan lanjut mengenai ayat ni
    “akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga”

    A bit confusing la. 50 waktu tu mai mana?

  2. salam, mohon klau artikel yg dikeluarkan tentang islam dapat diberikan juga reference dan sumber ilmu tersebut, supaya dapat menjaga kesahihan ilmu yg disampaikan. agar apa yang kita sampaikan itu mmg benar2 tulen

  3. saya pernah terbaca yang dada baginda dibelah masa beliau masih kecil sehinggakan kawan2 yang bermain dengan baginda menyangkakan beliau dibunuh dan memberitahu ibu susunya.
    minta penjelasan

  4. @fakhrul

    Salam

    Dari apa yg sy faham Sepertinya begini>>>>

    Dahulu 50 rakaat= nilai 50
    Sekarang 5 Rakaan= nilai 50

    kita nak beli buku yang berharga RM50 asalnya tapi kita dapat beli hanya bebekalkan RM5….. So still buku yg beharga RM50 juga yg kita dpat…

    Wallahualam…
    Jika saya salah minta ditegur ya..
    W’salam

  5. Pelbagai keajaiban yang berlaku. Pelbagai peristiwa yang diperlihatkan kepada Rasulullah. Semuanya menduga logik akal memikirkannya, hanya akal yang disertai keteguhan iman dan takwa dapat meyakini kebenaran peristiwa Israk dan Mikraj ini

    Wallahua’lam
    abang naz´s last blog post ..27 Rejab Yang Bermakna

  6. fakhrul : ape yg sy faham, “dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga” adalah berdasarkan, apabila 1 kebaikan yg kita buat akan diberi ganjaran sebanyak 10 kebaikan. Maka, apabila difardhukan 5 waktu solat, (5×10 =50) 50 ganjaran pula akan diberikan kpd yg menunaikannya. Jadi, 5 waktu solat kekal nilainya dgn 50 waktu solat. Wallahualam..mohon dibetulkan aidai tersalah..

  7. maaf.. salah sebut kat atas tuu.. bukan 5 rakaat tapi 5 waktu sehari semalam… maaf atas kesilapan.. :(

  8. TO FAKHRUL,
    maksud 50 nilai tetap sama walaupun melakukan 5 waktu solat sehari.

  9. tapi saya faham apa yang tercatat, rasa x salah .nilai 50 waktu adalah sama dgn 5 waktu yang ada sekarang.wallahualam

  10. salam..
    ikut pengatahuan sy blajar dulu…
    difardukan/diwajibkan sOlat 50 waktu.. so selaps itu di fardukan cuma 5 waktu shj… lagi 45 waktu tu dijadikan ‘sunat’.. so sOlat2 sunat yg kita lakukan skang dahulunya adalah termasuk dlm solat yg wajib..

    wallahhu’aklam

  11. mohon copy.. mohon copy.. dah terang2 oh islam ckp sebarkan walau sepotong ayat, copy je la. byk tanye plk. meleweh la..

  12. Assalamuakaikum.
    Nak tmbh hehe..Semasa malaikat jibrail menemani Rasuluallah hanya sampai ke langit ketujuh sahaja ni sbb malaikat terdiri dr cahaya. Dr segi saintifik saintis ada mengatakan cahaya akan terserak apabila melebihi langit ketujuh.

    Masya Allah,betapa hebatnya kejadian manusia sehingga boleh melebihi langit ketujuh.So nape kita perlu mengikut telunjuk syaitan.Tidak kira nyata atau tersembunyi.

    Solat itu adalah hadiah yg Allh berikan pada Rasuluallah.Dan kerana Rasuluallah amat sayangkan umatnya iaitu kita.So sebab itu kita wajib solat.Amalan pertama yg akan di tanya apabila kita mati.

    Smoga kita dapat ‘mardhotillah’ dr ALLAH.Bring islam back,may jannah be ours.

    p/s ada something nk bagitahu khai tapi blh ke tulis kat sini.

  13. ASSALAMUALAIKUM….

    SY MEMINTA IZIN UNTUK COPY KISAH ISRAK DAN MIKRAJ INI,UNTUK DIJADIKN SEBAGAI PANDUAN DAN IKTIBAR DALAM HIDUP…

    SEKIAN,SALAM….

  14. izinkan sy untuk share..dan kepada seluruh dunia umat ISLAM..sy mgucapkan SALAM NUZUL QURAN yg jatuh pd hari ini..juga selamat berpuasa dgn iman yg teguh..insyALLAH..mane yg baik kita teruskan,mane yg jahat kita tinggalkan..mudah2an..AMIN..

  15. kepada semua..jika ada apa2 yg nk n boleh dikongsikan..sama2 la kita kongsikan.. hakani_instinct@y.c (facebook)

  16. Assalamualaikum..mohon keizinan untuk menyalin artikel dalam entri ini. terima kasih….

  17. Assalamualaikum…terima kasih ats ilmu yg sgt b’guna ini….selama ni hny th dr cerita org je…alhamdulillah,lps bc nie lbh jls mengenai peristiwa israk mikraj….

  18. slm…… pada saya dengar ustaz saya kata sebernaya solat kita ada 50 waktu dan siapa kah yg kurangkan solat sehingga 5 waktu malaikat atau nabi muhammad?::)

  19. Salam… mohon kerjasama daripada pihak ohislam.com, ada sedikit kesalahan ejaan ayat di atas, sila perbetulkan ejaan bagi ayat lah HAULA WALA QUWWATA ILLABILLAHI, serta SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM.

    ayat sebenar: bukan lah HAULA, tetapi La Hawla Wala Quwwata Illa Billahi, Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illallah Wallahu Akbar, bukan WA lah, tetapi La Hawla Wala Quwwata Illa Billahil ‘Aliyyil ‘Azim.

    kenapa ayat ‘LA’ ditukar kepada ayat ‘LAH’? dan kenapa ayat ‘LAH’ itu dikecilkan? adakah kalian sengaja berbuat begitu atau ada kesilapan teknikal? ingat web anda adalah web dakwah dan web juga anda dikunjungi oleh ramai pengunjung(termasuk bukan Islam) untuk dijadikan tempat mencari ilmu serta maklumat tentang agama Islam, setiap ilmu yang web anda ajar kepada pengunjung menjadi amalan harian mereka,InsyaAllah… dan amalan itu akan diperhitung dan dipertanggujawabkan di akhirat kelak, saya tahu ada diantara admin di web ini faham akan agama, tetapi sebaik2nya rujuklah kepada yang lebih pakar, agar tidak ada kesilapan yang dilakukan dikemuadian hari, saya ulang taip, SETIAP AMALAN AKAN DIPERHITUNG dan DIPERTANGGUNGJAWABKAN DI AKHIRAT KELAK, walaupun sedikit ilmu yang diajar, tetapi besar faedahnya kepada pembaca, sekian.
    *setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan, dan sebaik2 manusia adalah mereka yang mengaku dan berubah, InsyaAllah…

    Wassalam…

  20. ASSALAM ,Minta izin utk copy.Sekadar pandangan shj. nilai 5 jadinya 50 ADA BERKAIT SIFAT ALLAH DAN SIFAT RASULLULLAH.Yg nak ditanya ‘adakah apa yg nabi lihat disyurga dan di neraka itu ganbaran shj atau ianya benar2 terjadi keran kiamat dan hari pembalasan hanya berlaku sekali sahaja spt yg diajari olih ustaz.mohon penjelasandr kawan2.

  21. ceritanya sangat menarik……tapi saya sering membaca buku-buku berkaitan dengan isra miraj rosul…..yang menjadi pertanyaan adalah :
    1. sebelum malaikat membersihkan rosul, berrarti rosul adalah manusia berdosa?
    2. tawar menawar sholat agak aneh…apa ia allah swt menawarkan 50 kali dan ditawar rosul mejadi 5 kali? berarti allah swt tidak komit dan tidak memahami apa yang difirmankannya?
    3. Apakah rosul isra miraj secara riel…maksudnya dalam keadaan sadar terbang raganya bersama dengan buroq? atau dia sedang bermimpi? seandainya dia benar terbang….seharusnya rosul banyak menceritakan pemandangan dari luar alam semesta tetang bumi…bintang dan lain-lain
    4. Siapa Saksi hidup rosul kalau benar isra miraj itu terjadi? bukan hanya tulisan dan penafsiran ahli agama saja
    mohon pencerahnnya ya pak, terima kasih….

  22. @atarakareba
    itulah iman. tidak tergantung kepada logika dan akal fikiran manusia.
    dan siapa yang menjamin kalau logika itu paling benar?
    bukankah ada sahabat nabi (karena dilandasi iman ) langsung percaya kisah tersebut. so semua dari ALLAH SWT tidak selalu dapat dijangkau oleh panca indera akal fikiran manusia.

  23. maaf saya copy. terima kasih jasa baik. semoga allah memberkati kamu. insyaAllah

  24. assalamualaikum…selepas membaca artikel ini terasa terdapatnya keinsafan dalam diri…tanpa disedari daifnya diri ini…tapi Alhamdulillah sedikit sebanyak hati dan akal ni dapat menerima apa yang dinyatakan di dalam peristiwa israk dan mikraj :)
    I LOVE ISLAM <3

  25. saya rasa masih terlalu banyak cerita yang sudah di potong di sini. Minta di tulis sepenuhnya agar dapat semua mengetahi sepenuhnya.
    Terima kasih

  26. Terima kasih diatas perkongsian ilmiah ini,semoga kita bersama-sama menghayati peristiwa bersejarah ini.

  27. Assalam….atarakareba

    1. sebelum malaikat membersihkan rosul, berrarti rosul adalah manusia berdosa?
    -BUKAN ROSUL MANUSIA BERDOSA, TAPI DIBERSIHKAN HATI TEMPAT IBLIS DAN SYAITAN BERBISIK..

    2. tawar menawar sholat agak aneh…apa ia allah swt menawarkan 50 kali dan ditawar rosul mejadi 5 kali? berarti allah swt tidak komit dan tidak memahami apa yang difirmankannya?
    -BUKAN TAWAR MENAWAR MACAM KAT KEDAI LA WAK..TU TANDA MENUNJUKKAN KASIH BAGINDA KEPADA UMATNYA (kami2), DAN KASIHNYA ALLAH S.W.T KEPADA JUNJUNGAN S.A.W & UMAT BAGINDA

    3. Apakah rosul isra miraj secara riel…maksudnya dalam keadaan sadar terbang raganya bersama dengan buroq? atau dia sedang bermimpi? seandainya dia benar terbang….seharusnya rosul banyak menceritakan pemandangan dari luar alam semesta tetang bumi…bintang dan lain-lain
    -PUAK KAFIR DAH BERTANYA KEPADA BAGINDA SEBAGAIMANA WAK TANYA, APA BUKTI BAGINDA BER ‘ISRAK MIKRAJ’ BAGINDA MEMBERITAHU TELAH BERTEMU DENGAN SATU KABILAH MENUJU KEMEKAH SEMASA ISRAK, SELEPAS BEBERAPA HARI KABILAH TERSEBUT SAMPAI KE MAKKAH, INI MEMBUKTIKAN BAGINDA BENAR.

    4. Siapa Saksi hidup rosul kalau benar isra miraj itu terjadi? bukan hanya tulisan dan penafsiran ahli agama saja
    mohon pencerahnnya ya pak, terima kasih….
    -MALAIKAT JIBRIL……WAK TANYA LA SENDIRI KALU WAK X PERCAYA SAMA ALQURAN & ASSUNAH

    sekian,, maaf kalu ada yang salah..minta tolong perbetulkan.
    wassalam

  28. SAKSI SAKSI peristiwa Isro dan Mi’roj
    .
    Nabi SAW berkata, “Sesungguhnya aku telah melewati rombongan Bani Fulan (yakni salah satu kafilah dagang mereka) di Rauha’, mereka sedang mencari salah satu untanya yang hilang, dan aku menunjukkan dimana untanya tersesat. Aku juga sempat minum segelas air (air yang diperuntukkan bagi para musyafir) pada kendaraan mereka, dan menyisakannya. Silahkan kalian bertanya kepada mereka tentang hal ini jika mereka telah kembali!!” Mendengar penjelasan itu, salah seorang dari mereka berkomentar, “Sungguh ini suatu bukti (bahwa Nabi
    SAW benar dengan cerita dan pengalaman beliau)!!”

    Mereka berkata lagi, “Ceritakanlah rombongan unta kami lainnya yang akan kembali??”

    Nabi SAW bersabda, “Aku melewati mereka di Tan’im.”

    Tan’im adalah daerah perbatasan ‘tanah haram’ tetapi sudah termasuk ‘tanah halal’, jauhnya tidak sampai sepuluh kilometer dari Makkah. Mereka berkata, “Berapa jumlahnya, apa saja muatannya, keadaannya bagaimana, siapa saja dan kapan akan tiba di sini?”, dan Nabi SAW dengan lancar menceritakannya,

    “Rombongan dagang itu adalah begini dan begini, di dalamnya ada si Fulan dan si Fulan, yang paling depan adalah seekor unta berwarna abu-abu. Dan mereka akan tiba di sini pada saat matahari terbit besok pagi!!”Ternyata rombongan kafilah itu telah mengirimkan utusan tentang kedatangan mereka, dan dia hadir juga saat itu. Spontan ia berkomentar, “Ini juga suatu tanda bukti!!”

    Keesokan harinya ketika matahari terbit, mereka menjumpai rombongan kafilah dagang itu datang dengan ciri-ciri yang tepat seperti digambarkan Rasulullah SAW.
    Namun, karena Allah memang belum menghendaki mereka untuk memperoleh hidayah keislaman, mereka hanya berkata, “Sungguh ini adalah suatu sihir yang yata!!”

    Sumber : Shahihul Bukhary, 2/684: Shahih Muslim, 1/96; sirah An-nabawiah, Ibnu Hisyam, Zadul Ma’ad; Sejarah Hidup Muhammad oleh Muhammad Husain Haekal , Blog Percik Kisah Nabi

  29. Jilbabs are amongst essentially the most popular clothing things for the Muslim girls of now. Jilbabs is usually defined as long and loose garments that cover the complete physique from tip to toe. Islamic tradition demands that women ought to be concealed once they come out in public. Though a great deal of females never comply with these rules, some have nevertheless retained the age-old values of your religion of Islam.

  30. my friends bacalh cerita ini best tau bnyak pngalaman yng kita dpt di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge