Doa Akhir Tahun

by admin on 03/12/2009

Ketika artikel ini dikeluarkan di OH! Islam, kita telahpun hampir tiba dipenghujung tahun masihi. Menanti beberapa minggu lagi untuk bersua dengan tahun yang baru. Pasti 1001 suasana diluar dugaan yang akan kita hadapi. Sejauh manakah persediaaan kita? Berikut adalah doa akhir tahun untuk diamalkan. Kami kongsikan dari buku keluaran Al-Falah.

Doa akhir tahun 1

Doa akhir tahun 2

{ 1 trackback }

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431H « Kopi O…Teh Tarik
21/12/2009 at 8:27 AM

{ 39 comments… read them below or add one }

1 Akuro San 03/12/2009 at 10:39 PM

Doa untuk awal Muharram~ :)
Akuro San´s last blog ..Dunia Blog Yang Berwarna-warni My ComLuv Profile

2 Mazudi 03/12/2009 at 10:55 PM

Salam,

Bagus ni. Boleh print masuk dalam cermin kat meja opis, hapal. Masuk awal muharram tak la terkial kial mencari.

Tq.
Mazudi´s last blog ..Resepi tapai pulut bungkus daun getah untuk desert selepas hari raya My ComLuv Profile

3 joegrimjow 03/12/2009 at 11:06 PM

ahaa
yg tahun ni pon boleh jugak pakai

4 Fatin Pauzi 04/12/2009 at 9:20 AM

Doa akhir tahun, bace bulan terakhir bulan Islam, bulan Zulhijjah dan dibaca akhir bulan Zulhijjah. Thanks for the reminder…
Fatin Pauzi´s last blog ..Tip Pengguna : Tips Penjimatan Bahan Bakar Kenderaan My ComLuv Profile

5 faza4peace 04/12/2009 at 9:41 AM

salam

saya minta kepada admin Oh Islam lantiklah admin yang berkemampuan dalam hal2 agama, tak elok kita main pakai post tanpa ada hujahnya.

sila rujuk status doa ini?
faza4peace´s last blog ..Waahh Ternyata Ada Yang Lagi Hebat Bikin MP… Power3xx ! My ComLuv Profile

6 Faiz 04/12/2009 at 4:46 PM

Salam’alaik…

Doa akhir tahun untuk tahun Islam, tahun Hijrah, bukan Masihi…

Buat apa doa utk tahun Masihi…

7 romeo 04/12/2009 at 4:52 PM

salam..

betul kata faiz.

doa akhir tahun ni bukan dari sumber yg shahih.
please alert

8 x-po 06/12/2009 at 3:12 AM

smoga tahun baru ni (tahun baru islam dan tahun baru 2010) akan memberikan kita lbh sinar dlm kehidupan
x-po´s last blog ..PARENTS PILIH KASIH + RM66 My ComLuv Profile

9 hilmi 08/12/2009 at 3:15 PM

tiada salah yer ‘ikram’ tahun baru dgn doa yg di ajar nabi atau ulama atau kalimah sendiri .. berdoalah dalam apa jua bahasa.. berdoalah meminta kebaikan.
nabi menunjuk jalan berdoa, afdal mengguna kalimah nabi, tetapi tiada salah yer berdoa dgn kalimah sendiri.. pokok nya berdoa lah meminta kebaikan dan keredhaan Allah.

ada hadis cakap “berdoalah dgn hanya doa yg di ajar oleh ku” ?

wallahualam

10 Abu Yusuf 10/12/2009 at 12:23 PM

Doa Awal dan Akhir Tahun
2008 DECEMBER 26
tags: akhir tahun, awal tahun, bidaah, doa, muharram, zulhijjah
by Abu Umair
Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.
Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai yang mempercayainya dengan harapan memperoleh kelebihan itu. Sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam upacara doa tersebut dan di’amin’kan oleh jemaah.
Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.
Tetapi, oleh kerana doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.
Sedangkan kita tahu doa adalah ibadah. Dan dimaklumi bahawa ibadah bersifat tauqifiyyah iaitu mesti diambil asal dan kaifiatnya daripada syarak. Tetapi, dalam persoalan doa awal dan akhir tahun ini, tidak didapati sebarang asas pun daripada nas-nas syarak.
Syeikh Bakr Abu Zaid -rahimahullah- menyebut satu kaedah dalam amalan doa, iaitu: Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan ibadah seperti doa dan zikir dalam bentuk yang ditetapkan dengan menganggap ia adalah satu sunnah, sedangkan ia bukan daripadanya, maka dia dihukum berdosa.
Alasannya perbuatan ini adalah satu bentuk meninggalkan perkara yang disyariatkan, satu penambahan terhadap syarak, satu galakan terhadap amalan yang bukan daripada syarak, dan menyebabkan orang awam menyangka bahawa ia suatu yang masyruk. (Tashih Ad-Dua: 44)
Apabila dikatakan bahawa ia bidaah, pasti ada suara membantah, “Sikit-sikit bidaah, apa salahnya berdoa?”. Ya, berdoa tidak salah. Ibadah doa boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Termasuklah berdoa pada tarikh 29 Zulhijjah. Yang salahnya ialah menetapkan bentuknya seolah-olah ia daripada syarak. Ditambah pula dengan fadilat palsu tentang kata-kata syaitan begitu dan begini, dan jaminan pengampunan dosa selama setahun. Ini semua perkara ghaib yang mesti diambil daripada nas-nas sahih.
Ada juga mengatakan, “Perkara kecil seperti ini pun hendak diperbesar-besarkan?”. Jawapan kepada persoalan ini ialah kata-kata Imam al-Barbahari, “Dan awaslah kamu daripada perkara-perkara kecil yang diada-adakan, kerana bidaah-bidaah kecil akan berulang hingga ia menjadi besar”.
Ibn Taimiyyah pula mengatakan, “Bidaah-bidaah pada permulaannya hanya sejengkal. Kemudian ia bercambah di kalangan pengikut-pengikut, hingga menjadi beberapa hasta, beberapa batu dan beberapa farsakh“. (Satu farsakh bersamaan 3 batu).
Oleh itu, janganlah dipandang mudah terhadap perkara-perkara kecil yang menyalahi syariat, apatah lagi termasuk dalam bidaah. Dan yakinilah bahawa setiap amalan ibadah yang dilakukan, sedangkan ia bukan daripada agama, maka amalan itu ditolak oleh syarak. Wallahu A’lam.
Abu Umair,
28 Zulhijjah 1429

11 Abu Yusuf 10/12/2009 at 12:31 PM

[Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.
Tetapi, oleh kerana doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.]

12 Abu Yusuf 10/12/2009 at 12:37 PM

[Sedangkan kita tahu doa adalah ibadah. Dan dimaklumi bahawa ibadah bersifat tauqifiyyah iaitu mesti diambil asal dan kaifiatnya daripada syarak. Tetapi, dalam persoalan doa awal dan akhir tahun ini, tidak didapati sebarang asas pun daripada nas-nas syarak]

13 Abu Yusuf 10/12/2009 at 12:42 PM

[Apabila dikatakan bahawa ia bidaah, pasti ada suara membantah, “Sikit-sikit bidaah, apa salahnya berdoa?”. Ya, berdoa tidak salah. Ibadah doa boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Termasuklah berdoa pada tarikh 29 Zulhijjah. Yang salahnya ialah menetapkan bentuknya seolah-olah ia daripada syarak. Ditambah pula dengan fadilat palsu tentang kata-kata syaitan begitu dan begini, dan jaminan pengampunan dosa selama setahun. Ini semua perkara ghaib yang mesti diambil daripada nas-nas sahih.]

14 Abu Yusuf 10/12/2009 at 12:46 PM

[Ada juga mengatakan, “Perkara kecil seperti ini pun hendak diperbesar-besarkan?”. Jawapan kepada persoalan ini ialah kata-kata Imam al-Barbahari, “Dan awaslah kamu daripada perkara-perkara kecil yang diada-adakan, kerana bidaah-bidaah kecil akan berulang hingga ia menjadi besar”.
Ibn Taimiyyah pula mengatakan, “Bidaah-bidaah pada permulaannya hanya sejengkal. Kemudian ia bercambah di kalangan pengikut-pengikut, hingga menjadi beberapa hasta, beberapa batu dan beberapa farsakh“. (Satu farsakh bersamaan 3 batu).
]

15 UPIN-IPIN 12/12/2009 at 9:12 PM

nape lah nak diagung2kan tahun masihi nie?
peliik2….xcukup bagus ke tahun hijrah?

16 zuwairiaiman 14/12/2009 at 9:03 AM

semoga awal akhir tahun ditutp dengan berkat dan awal tahun di mulakan dengan penuh berkat

17 daibaie 14/12/2009 at 12:47 PM

ye lah kalau nak berdoa tu semuanya bidaah tapi yang melangut kat kedai kopi yang merempit yang tak tahu halal haram yang tak solat etc tak pula korang cakapbidaah

18 daibaie 14/12/2009 at 12:48 PM

ye lah kalau nak berdoa tu semuanya bidaah tapi yang melangut kat kedai kopi yang merempit yang tak tahu halal haram yang tak solat etc tak pula korang cakap bidaah

19 daibaie 14/12/2009 at 12:51 PM

semua pakat ramai-ramai baca. kalau bidaah tak payah berdoa. ye lah kalau nak berdoa tu semuanya bidaah tapi yang melangut kat kedai kopi yang merempit yang tak tahu halal haram yang tak solat etc tak pula korang cakap bidaah.

20 Faiz 15/12/2009 at 1:10 AM

permasalahannya disini ialah, penulis cakap doa untuk tahun MASIHI bukan doa utk tahun HIJRAH… ini lah yg dikatakan pertentangan… bukan masalah bida’ah atau tidak…

21 Kareem Karzai 15/12/2009 at 11:22 PM

Alhamdullilah dgn penerbitan OH! ISLAM..

22 mtns 16/12/2009 at 9:08 AM

Ikhlaslah berdoa untuk kesejahtreraan diri dan umat Islam dunia akhirat, sempena awal Muharam ini bukan untuk mendapatkan sesuatu. Insyallah Allah akan memberkatinya.

23 FaisalReza 16/12/2009 at 3:51 PM

Salam, mari beramai-ramai membaca doa akhir n awal tahun Muharam yang bakal menjelma. InsyaALLAH amminnnnnnn…
FaisalReza´s last blog ..Preview Percuma: Konvensyen DARI KOSONG SAMPAI JUTAWAN My ComLuv Profile

24 FaisalReza 16/12/2009 at 3:55 PM

Salam, mari beramai-ramai membaca doa akhir n awal tahun Muharam yang bakal menjelma. InsyaALLAH amminnnnnnn…

25 musafir 17/12/2009 at 8:42 AM

Alhamdulillah!Jika melihat dengan nafsu kita selalu tertipu.Cuba lihat kerana berbalah ada banyak hikmahnya.Cuba lihat setiap dari yang ESA.Buat yg berkata jgn menetapkan masa dan jumlah cubalah buat hari2 @ ikut kesesuaian masa bukankah lebih baik lagi. Kerana banyak kita berkata dengan mengikut kata orang atau kita merasakan kita sahaja dalam landasan yg betul kerana kita hanya berada dalam satu golongan yg berfahaman sama, adakah anda pernah berjumpa dengan orang yg hampir pada tuhan dan terbuka hijab?Ada perkara yg mencarik adat pun boleh berlaku dengan izinNYA. ANA selalu dipesan kita hidup jgn jadi TUHAN, sesuka hati ingin menghukum. Nasihat itu bagus kerana kita mengikut syariat Nabi Muhammad. Perbanyakkan istikharah minta utk tuhan berikan guru yg sebegini baru bertambah kasih, sayang, cinta TUHAN dan makhluqNYA.

26 krul 17/12/2009 at 10:25 AM

1)Mohon diberi taufiq dan hidayah Allah.

2)Mohon diberi ketabahan hati dan ketegasan diri bagi mengawal nafsu dan memandunya ke arah keredhaan Ilahi.

3)Mohon diberi kekuatan Iman dalam diri bagi melaksanakan ketaatan seperti yang dikehendaki Allah.

27 fnd 17/12/2009 at 12:19 PM

Bidaah terlalu banyak jika nak dihitung, terbahagi kpd bidaah hasanah & dholalah.
Berdoa & menetapkan waktu berdoa – bagi sy ianya hasanah, dikira sbg ibadat.
Melangut di kedai, main dam sampai tinggal solat – itulah bidaah dholalah, inilah yang dijanjikan dgn neraka.
Bidaah ialah perbuatan yang berlawanan dengan sunnah. Tidak semua perbuatan yang Nabi tinggalkan adalah haram & berdosa kita melakukannya, melainkan ada larangan yang khusus. Mengikut sunnah Nabi solat hingga bengkak kakinya, adakah cara kita solat 5 minit boleh dianggap bidaah?

28 Gadis Smile 17/12/2009 at 4:29 PM

salam…

Amin … Amin … Amin…

Semoga yang lepas biarlah berlalu. jadikan Iktibar ambil Pedoman

Semoga yang bakal tiba adalah yang terbaik dari yang terbaik…

Selamat Menyambut Kedatangan 1431 Hijrah

29 biggy 17/12/2009 at 5:42 PM

assalamualaikum…bgs3…ade org yg prihatin amalan2 yg baik2 ni

@Faiz alah…ni la jdnye bile ckp xguna otak…jadi admin tersalah taip, adakah sekiranya tersilap title, maka semua maklumat dlm page ini perlu di rejek???baca la betul2…doa tu doa akhir hijrah,bukan akhir masihi…small matter nk dibesar besarkan…ni la jdnye bile org xde ilmu berkata kata…jgn nk bangkang shj sebelum kaji…

dan yg nk sebok pasal bid’ah…berdoa tu bagus…klau rase bende tu bid’ah…xpayah susah2…pi la duduk kedai kopi jer…oo ya….klau xtau la kan…zaman nabi mana ade kedai kopi…bid’ah tu lepak kedai kopi…dan jgn la naik kereta ataupun motor ke keja…bid’ah tu….naik lah unta…naik lah keldai…naiklah kuda…

xpayah lah cerita bab bid’ah ni…selagi xsalah di sisi syarak n bagus amalan itu…xsalah nk amalkan kan…ade akal kan kamu semua???klau xguna betul2 jadi bid’ah x agaknya???

ptg ni jgn lupa baca yer~~~

30 n t 18/12/2009 at 12:07 PM

biggy,biggy… semoge Allah beri petunjuk… bidaah hnye dkire dlm soal2 yg berkaitan ibadah,urusan agama… bkn nye mcm zaman nabi tak gune kete, make kite zaman skrng gune la unte…jahil nye ko,tp nk becakap plk… yg sebut bidaah2 ni Nabi SAW…nk buat bidaah,haa,buat la! kate syg pd Nabi SAW,tp suke nor buat bende2 bidaah ni…

31 n t 18/12/2009 at 12:14 PM

asal ibadah adalah dilarang,bile ade dalil sabit dr quran & sunnah,baru dibolehkan ibadah 2.jd klu xde dalil,dilarang! syarat diterime amalan 2 ,ade 2…1-ikhlas krn Allah SWT & 2-ikut petunjuk Nabi SAW…x de 2 bende ni,amalan di terime ke? x kire la ko kate baik mcmne sklipun amalan 2…klu Nabi x ajar,x yah buat! ssh sgt ke? yg dok promosi bende2 yg berkaitan dgn ibadah ni,pastu x de dalil jelas dr quran sunnah,HENTIKANLAH !

32 admin 20/12/2009 at 8:07 AM

Salam all. Bila doa ini diterbitkan di Oh! Islam, sudah tentulah ianya adalah doa mengikut kalendar Islam.

Dan saya agak muskil sebenarnya. Baru kejap tadi dengar ceramah dari seorang Ustaz di surau. Turut menyeru agar kita semua membaca doa akhir dan awal tahun hijriah.

Di dalam kalendar Islam, hari yg baru adalah selepas matahari tenggelam katanya.

33 Oh! Malaysia 28/12/2009 at 9:36 AM

Di dalam kalendar Islam memang hari yg baru adalah selepas matahari tenggelam.

khai ke admin Oh! Islam ni? banyakkan artikel2 menarik mcm iluvislam.com.
Oh! Malaysia´s last blog ..Imbasan sukan sepanjang 2009 My ComLuv Profile

34 Oh! Malaysia 28/12/2009 at 9:40 AM

Di dalam kalendar Islam memang hari yg baru adalah selepas matahari tenggelam.

khai ke admin Oh! Islam ni? banyakkan artikel2 menarik mcm iluvislam.com. =)
Oh! Malaysia´s last blog ..Imbasan sukan sepanjang 2009 My ComLuv Profile

35 a1zudd1n 30/12/2009 at 10:50 PM

moge2 thn br ni lebih baik dr yg lepas2..insyaAllah

36 Faiz 05/01/2010 at 2:37 AM

Doa akhir & awal tahun bukan amalan Baginda SAW, bukan amalan para Sahabat RA… doa akhir & awal tahun adalah bida’ah! Tiada dalam nas & hadis…

37 Faiz 05/01/2010 at 3:15 AM

Saya sertakan link youtube yg disampaikan oleh Dr MAZA berkenaan doa awal & akhir tahun ni…

[+] http://www.youtube.com/watch?v=NDuu8BtGhNw&feature=related

38 Faiz 05/01/2010 at 3:15 AM
39 xlanxdiablox 27/01/2010 at 1:39 PM

owh. so kalo org meninggal ari jumaat, malam, dlm islam org tu meninggal ari sabtu la ek?
xlanxdiablox´s last blog ..A letter from a Christian to Muslim women My ComLuv Profile

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post: