Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah

Kemaskini: Pada tahun ini, akhir tahun hijriah ialah pada 29 Zulhijjah 1433H iaitu bersamaan 14 November 2012 (Rabu) dan 1 Muharram 1434H jatuh pada 15 November 2012 (Khamis). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan semoga mendapat keampunan Allah SWT, insyaAllah

Doa Akhir Tahun:

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun:

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H (Hari Rabu malam Khamis).

Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

43 thoughts on “Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah”

  1. tiada salah yer ‘ikram’ tahun baru dgn doa yg di ajar nabi atau ulama atau kalimah sendiri .. berdoalah dalam apa jua bahasa.. berdoalah meminta kebaikan.
    nabi menunjuk jalan berdoa, afdal mengguna kalimah nabi, tetapi tiada salah yer berdoa dgn kalimah sendiri.. pokok nya berdoa lah meminta kebaikan dan keredhaan Allah.

    ada hadis cakap “berdoalah dgn hanya doa yg di ajar oleh ku” ?

    wallahualam

  2. Doa Awal dan Akhir Tahun
    2008 DECEMBER 26
    tags: akhir tahun, awal tahun, bidaah, doa, muharram, zulhijjah
    by Abu Umair
    Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.
    Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai yang mempercayainya dengan harapan memperoleh kelebihan itu. Sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam upacara doa tersebut dan di’amin’kan oleh jemaah.
    Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.
    Tetapi, oleh kerana doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.
    Sedangkan kita tahu doa adalah ibadah. Dan dimaklumi bahawa ibadah bersifat tauqifiyyah iaitu mesti diambil asal dan kaifiatnya daripada syarak. Tetapi, dalam persoalan doa awal dan akhir tahun ini, tidak didapati sebarang asas pun daripada nas-nas syarak.
    Syeikh Bakr Abu Zaid -rahimahullah- menyebut satu kaedah dalam amalan doa, iaitu: Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan ibadah seperti doa dan zikir dalam bentuk yang ditetapkan dengan menganggap ia adalah satu sunnah, sedangkan ia bukan daripadanya, maka dia dihukum berdosa.
    Alasannya perbuatan ini adalah satu bentuk meninggalkan perkara yang disyariatkan, satu penambahan terhadap syarak, satu galakan terhadap amalan yang bukan daripada syarak, dan menyebabkan orang awam menyangka bahawa ia suatu yang masyruk. (Tashih Ad-Dua: 44)
    Apabila dikatakan bahawa ia bidaah, pasti ada suara membantah, “Sikit-sikit bidaah, apa salahnya berdoa?”. Ya, berdoa tidak salah. Ibadah doa boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Termasuklah berdoa pada tarikh 29 Zulhijjah. Yang salahnya ialah menetapkan bentuknya seolah-olah ia daripada syarak. Ditambah pula dengan fadilat palsu tentang kata-kata syaitan begitu dan begini, dan jaminan pengampunan dosa selama setahun. Ini semua perkara ghaib yang mesti diambil daripada nas-nas sahih.
    Ada juga mengatakan, “Perkara kecil seperti ini pun hendak diperbesar-besarkan?”. Jawapan kepada persoalan ini ialah kata-kata Imam al-Barbahari, “Dan awaslah kamu daripada perkara-perkara kecil yang diada-adakan, kerana bidaah-bidaah kecil akan berulang hingga ia menjadi besar”.
    Ibn Taimiyyah pula mengatakan, “Bidaah-bidaah pada permulaannya hanya sejengkal. Kemudian ia bercambah di kalangan pengikut-pengikut, hingga menjadi beberapa hasta, beberapa batu dan beberapa farsakh“. (Satu farsakh bersamaan 3 batu).
    Oleh itu, janganlah dipandang mudah terhadap perkara-perkara kecil yang menyalahi syariat, apatah lagi termasuk dalam bidaah. Dan yakinilah bahawa setiap amalan ibadah yang dilakukan, sedangkan ia bukan daripada agama, maka amalan itu ditolak oleh syarak. Wallahu A’lam.
    Abu Umair,
    28 Zulhijjah 1429

  3. [Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.
    Tetapi, oleh kerana doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.]

  4. ye lah kalau nak berdoa tu semuanya bidaah tapi yang melangut kat kedai kopi yang merempit yang tak tahu halal haram yang tak solat etc tak pula korang cakapbidaah

  5. ye lah kalau nak berdoa tu semuanya bidaah tapi yang melangut kat kedai kopi yang merempit yang tak tahu halal haram yang tak solat etc tak pula korang cakap bidaah

  6. semua pakat ramai-ramai baca. kalau bidaah tak payah berdoa. ye lah kalau nak berdoa tu semuanya bidaah tapi yang melangut kat kedai kopi yang merempit yang tak tahu halal haram yang tak solat etc tak pula korang cakap bidaah.

  7. Ikhlaslah berdoa untuk kesejahtreraan diri dan umat Islam dunia akhirat, sempena awal Muharam ini bukan untuk mendapatkan sesuatu. Insyallah Allah akan memberkatinya.

  8. Alhamdulillah!Jika melihat dengan nafsu kita selalu tertipu.Cuba lihat kerana berbalah ada banyak hikmahnya.Cuba lihat setiap dari yang ESA.Buat yg berkata jgn menetapkan masa dan jumlah cubalah buat hari2 @ ikut kesesuaian masa bukankah lebih baik lagi. Kerana banyak kita berkata dengan mengikut kata orang atau kita merasakan kita sahaja dalam landasan yg betul kerana kita hanya berada dalam satu golongan yg berfahaman sama, adakah anda pernah berjumpa dengan orang yg hampir pada tuhan dan terbuka hijab?Ada perkara yg mencarik adat pun boleh berlaku dengan izinNYA. ANA selalu dipesan kita hidup jgn jadi TUHAN, sesuka hati ingin menghukum. Nasihat itu bagus kerana kita mengikut syariat Nabi Muhammad. Perbanyakkan istikharah minta utk tuhan berikan guru yg sebegini baru bertambah kasih, sayang, cinta TUHAN dan makhluqNYA.

  9. 1)Mohon diberi taufiq dan hidayah Allah.

    2)Mohon diberi ketabahan hati dan ketegasan diri bagi mengawal nafsu dan memandunya ke arah keredhaan Ilahi.

    3)Mohon diberi kekuatan Iman dalam diri bagi melaksanakan ketaatan seperti yang dikehendaki Allah.

  10. Bidaah terlalu banyak jika nak dihitung, terbahagi kpd bidaah hasanah & dholalah.
    Berdoa & menetapkan waktu berdoa – bagi sy ianya hasanah, dikira sbg ibadat.
    Melangut di kedai, main dam sampai tinggal solat – itulah bidaah dholalah, inilah yang dijanjikan dgn neraka.
    Bidaah ialah perbuatan yang berlawanan dengan sunnah. Tidak semua perbuatan yang Nabi tinggalkan adalah haram & berdosa kita melakukannya, melainkan ada larangan yang khusus. Mengikut sunnah Nabi solat hingga bengkak kakinya, adakah cara kita solat 5 minit boleh dianggap bidaah?

  11. salam…

    Amin … Amin … Amin…

    Semoga yang lepas biarlah berlalu. jadikan Iktibar ambil Pedoman

    Semoga yang bakal tiba adalah yang terbaik dari yang terbaik…

    Selamat Menyambut Kedatangan 1431 Hijrah

  12. assalamualaikum…bgs3…ade org yg prihatin amalan2 yg baik2 ni

    @Faiz alah…ni la jdnye bile ckp xguna otak…jadi admin tersalah taip, adakah sekiranya tersilap title, maka semua maklumat dlm page ini perlu di rejek???baca la betul2…doa tu doa akhir hijrah,bukan akhir masihi…small matter nk dibesar besarkan…ni la jdnye bile org xde ilmu berkata kata…jgn nk bangkang shj sebelum kaji…

    dan yg nk sebok pasal bid’ah…berdoa tu bagus…klau rase bende tu bid’ah…xpayah susah2…pi la duduk kedai kopi jer…oo ya….klau xtau la kan…zaman nabi mana ade kedai kopi…bid’ah tu lepak kedai kopi…dan jgn la naik kereta ataupun motor ke keja…bid’ah tu….naik lah unta…naik lah keldai…naiklah kuda…

    xpayah lah cerita bab bid’ah ni…selagi xsalah di sisi syarak n bagus amalan itu…xsalah nk amalkan kan…ade akal kan kamu semua???klau xguna betul2 jadi bid’ah x agaknya???

    ptg ni jgn lupa baca yer~~~

  13. biggy,biggy… semoge Allah beri petunjuk… bidaah hnye dkire dlm soal2 yg berkaitan ibadah,urusan agama… bkn nye mcm zaman nabi tak gune kete, make kite zaman skrng gune la unte…jahil nye ko,tp nk becakap plk… yg sebut bidaah2 ni Nabi SAW…nk buat bidaah,haa,buat la! kate syg pd Nabi SAW,tp suke nor buat bende2 bidaah ni…

  14. asal ibadah adalah dilarang,bile ade dalil sabit dr quran & sunnah,baru dibolehkan ibadah 2.jd klu xde dalil,dilarang! syarat diterime amalan 2 ,ade 2…1-ikhlas krn Allah SWT & 2-ikut petunjuk Nabi SAW…x de 2 bende ni,amalan di terime ke? x kire la ko kate baik mcmne sklipun amalan 2…klu Nabi x ajar,x yah buat! ssh sgt ke? yg dok promosi bende2 yg berkaitan dgn ibadah ni,pastu x de dalil jelas dr quran sunnah,HENTIKANLAH !

  15. Doa akhir & awal tahun bukan amalan Baginda SAW, bukan amalan para Sahabat RA… doa akhir & awal tahun adalah bida’ah! Tiada dalam nas & hadis…

  16. Abu Yusuf,…. ga di mana2,…. Biarlah Allah yg menentukan di hari kiamat,..mana yg benar…… kalau belum tau , tanya apa dasarnya……jangan membiasakan diri menyalahi ulama2 yg terdahulu…..
    sejarah ibn Taymiyah pun antum belum tentu paham ……
    kitab2 ulama terdahulupun antum banyak yg ga punya apalagi paham..
    sebaiknya jangan salahkan ulama yg kita sendiri belum sampai derajat mereka,…kalau belum tau silahkan bertanya..dan minta pada Allah supaya Allah bukakan hijab yg membuat kita tidak tahu..

  17. Susah kalu manusia faham Islam pada anggota/perbuatan. Dalam Islam ada kerjahati; hati cinta-benci, hati takut-harap….lalu berdoa.
    maksud firman: Sesiapa yang BERHARAP berjumlah Allah, maka beramallah dengan amalan baik dan jangan syirik…..”

  18. Kita tidak salahkan ulamak mu’tabar. Dia ada hujjahnya. Ulamak lain ada hujjahnya. Perbezaaan perkara tabie dan ada sebab. Abu Bakar tidak membid’ah umur. Malah Ijtihad seseorang tidak boleh membatalkan pendapat ijtihad orang lain kerana kedua-duanya ada dalil. jangan jadikan medan ijtihad sama dengan medan politik sampai sanggup membunuh ulamak lain dek kerana tidak sama pendapat.
    Allah kata berpadu wajib beroecah haram. Jangan jadi ejen perpecahan yang dicadang kuffar.

  19. Kalo yakin amalkanlah, kalo tidak yakin tinggalkanlah…
    Karena agama adalah keyakinan untuk dijalankan, bukan diperdebatkan…
    Perbanyak doa Insya Allah lebih baek daripada orang2 sombong yang merasa dirinya paling tahu,paling pintar sehingga enggan untuk mohon ampunan dan perlindungan dari Allah SWT….

  20. doa memohon kepada Allah pun dikatakan bidaah masuk neraka.
    tak masuk akal langsung…

  21. salah ke nak berdoa???asalkan tidak bertentangan dengan islam kira boleh la tu…sesungguhnya Allah jadikan akal untuk manusia berfikirm.Maka fikirlah kamu sedalamnya….,berpeganglah kepada al-quran dan hadis…itulah kebenaran yang sebenar…berdoa itu adalah pedang muslim….

  22. kepada wahabi bebai bangsat,biar je la kami semua yang membaca doa untuk akhir tahun dan awal tahun ni pada waktu asar dan maghrib dimasukkan ke dalam neraka.andai kata berdoa kepada Allah maka dimasukkan ke dalam neraka,nescaya aku sanggup demikian.

    geng korang mesti pakat ahli syurga belaka sebab buat semua benda ada dalil dan nas kan.jadi takpe la korang dah kompom masuk syurga.kami ni pakat tak kompom masuk syurga lagi tu pasal kami nak berdoa kepada Allah sama ada awal tahun,akhir tahun mahupun selepas solat dan azan.kami suka melakukan perkara bidaah berdoa kepada Allah kerana kami mungkin ahli neraka.ok?

  23. Mulakan detik baru tahun baru dengan bersedekah.
    Ketahuilah bahawa setiap amalan kebaikan itu adalah sedekah malah senyum itu juga adalah sedeqah.

  24. Kalu mu tak baca…takpalah. Sedang Allah suruh berdoa bilamana berlaku sesuatu keadaan; bila kemarau pinta hujan, bila sakit pinta sembuh, bila nampak anak bulan nabi berdoa YA ALLAH LINDUNGILAH KAMI DENGAN KEAMANAAN, KEIMANAN, KESELAMATAN DAN KEISLAMAN, TUHAN AKU DAN TUHAN MU (WAHAI HILAL) ALLAH.
    JANGAN BUSUK HATI DENGAN ULAMAK2 DULU. KAMI SANJUNG IBNU TAYMIYYAH ULAMAK BESAR. DIA RESPECT ULAMAK LAIN SEKIRANNYA BENAR. DIA TAK KATA ORANG SESAT, NERAKA
    JANGAN TELUNJUK KAFIR DALAM RANGKANNYA MEMECAH UMAT iSLAM.
    MU SUKA UMAT ISLAM BERPECAH KE … KALU TERUS KAN USAHA MU ITU BIAR AGAMA SAMAWI HANCUR LEBUR. BIARLAH ORANG PELASTIN MATI SENDIRIAN, NEGARA WAHABI TETAP BERDIAM DIRI. BAGUSLAH ITU

  25. Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh saudara seislam yg dimuliakan Allah….

    Kita adalah insan
    menumpang atas dunia
    aku dengan cara ku yang sederhana
    Kita adalah hamba
    Berbakti pada Yang Esa
    Aku mencari sinar
    Keredhaannya

    Kita sama sahaja
    Bezanya cuma amalan kita
    Engkau dan juga aku
    Saling perlukan

    Oh cinta yang murni
    Sebagai ikatan
    Yang kukuh di hati
    Demi masa depan
    Jangan dihancurkan
    Hidup yang indah ini
    Akibatnya merana

    Jangan hancurkan
    Hidup yang indah
    Kita adalah hamba Yang Esa

    Berikanla satu nas yg membenarkan adanya doa akhir thn, doa awal thn diamalkan ole Nabi SAW…

    Manusia ni lemah.. tiada siapa yang terlepas dari berbuat kesilapan… semuanya ingin selamat di akhirat… perlukan peringatan sesama kita… setiap orang islam itu bersaudara… sayangilah saudara anda…

    Rosulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidak sempurna iman kalian sampai ia mencintai saudaranya sebagai mana ia mencintai dirinya sendiri.” (HR. Bukhori)

    Terasa nak nangis bila melihat saudara seislam slg menghina……….. mengapa?.. kita kn bersaudara…. Allah kn benci perbuatan itu….. Allah kn suka slg sayang menyayang……..

    kebenaran hanya Allah sje yg tau…… iman hanya Allah sje yg tau…….. ikhlas hanya Allah sahaja yg tau…..

    doa la bila-bila masa…Allah suka hambaNya meminta kepadanya…doakan kan lah kesatuan umat wahai saudara2 ku yg dimuliakan Allah…. :(

    wAllahualam….

    wasslammualaikum warohmatullahi wabarokatuh….

    _________________________________________________________________
    “Jika umatku sudah mengagungkan dunia, maka akan tercabut dari mereka kehebatan Islam; dan jika umatku sudah meninggalkan amar ma’aruf nahi munkar, diharamkan baginya keberkatan wahyu; dan jika umatku sudah saling mencaci, maka jatuhlah ia dari pandangan Allah” (HR. Hakim dan Tirmidzi)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge