Seperti yang pernah disiarkan oleh blog — justkhai.com beberapa minggu lalu, kami di Oh! Islam menyiarkan’nya kembali bagi memudahkan anda membuat rujukan. InsyaAllah suatu hari nanti, semua orang Islam akan memerlukan ini.
Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
- Ikhlas ingin bertaubat
- Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
- Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
- Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
- Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
- Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
- Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
- Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
- Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
- Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
- Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
-
dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
-
Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.
———————————————————–
*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
-
Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
-
Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
-
Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
-
Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
-
Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.
Share



{ 61 comments… read them below or add one }
Usaha yang baik dengan hadirnya Oh Islam.
denaihati´s last blog ..Kelebihan Infak di sisi Allah
good luck to this site..
e´s last blog ..bizzare chick
thanks a lot…
asslmmualaikm… sya nk …. taubat nasuha ngn taubat biasa sma ke??? n mcm mna niat solat taubat nasuha… dan pa syarat2 nk brtaubat??? blh trngkn tak pda…..
admin Reply:
December 2nd, 2009 at 11:36 PM
Taubat nasuha dimana kita lakukan bagi menginsafi dosa besar kita yang terdahulu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Solat taubat pula dilakukan oleh semua orang bagi menginsafi dosa yang dilakukan di dalam kelakuan harian samaada kita sedari atau tidak.
Itu sahaja melalui pemahaman bacaan saya.
ustaz/Ustazah,
macamana nak kira 40 kali masa baca doa nabi yusof tu…kita kena baca masa tengah sujud kan?
admin Reply:
December 2nd, 2009 at 11:41 PM
Salam Anita,
memang baca ketika sujud terakhir. Kiralah di dalam hati. Mudah je…
Assalammualaikum,syukur alhmdullilah kepada Allah swt dan saya berterima kasih kepada saudara..kerana memberi peluang perkongsian ilmu agama..mudah-mudahan mendapat keredaan Allah swt.. Amin
Assalamualaikum….W.b.t
alahamdulillah, laman ini mmbntu pd mereka jga pd sya utk bertaubat….x kira la dosa apa jua yg kte lakukan samada kecil mahupun besar. Soalan sya, bolehkah doa penghulu hati dibaca dgn bahasa melayu selain bahsa jawi memandangkan maksudnya sama (bahasa jawi & melayu)?. Harap dapt membantu.
Salam.
salam.. saya ingin membuat solat taubat atas apa yg telah saya lakukan di bumi allah ini… tetapi bagai mana kita nk tau taubat kita telah di terima oleh allah s.w.t atau pun tidak.. seperti yg kita tahu solat taubat ni solat untuk mnyucikan hati kita dari kotor.. dan di pandang mulia di sisi allah….
salam…
saya merupa kan insan yg penah melakukan kesilapan di bumi allah ini… sy ingin bertanya pada ustaz / ustazah.. jika kita melakukan solat taubat bagaimana kita nk tau samada taubat kita diterima allah atau pun tidak..
thankz….
astagfirullah hal azim…
kamu tidak boleh berkata begitu…
kerana setiap kali kita bertaubat allah tetap akan memaafkan kita….
kepada insan jahil..untuk mengetahui bahawa taubat kita diterima atau x memang sukar untuk kita mengetahui..
tetapi sekiranya kita melakukannya dengan bersungguh2 dan tidak akan melakunya lagi, InsyaAllah dosa2 kita akan dimaafkan..
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Sejahat mana kita ni, tetapi jika kita menginsafi diri kita, Allah akan mengampuni dosa kita..Beruntungnya kita ni dilahirkan sebagai Islam..aku bersyukur pada mu Ya Allah..
jika hutang msih belum tertunai,belum memohon ampun kpada insan yg pernah kita sakiti dterimakah taubat nasuha kita?
askum ustazah..
mcm mna sya na dptkan doa nabi yunus n penhulu istighfar..dalam bacaan rumi…
salam
askum..
ustaz/ustazah.
na baca doa nbi yunus 40kali tu…waktu dlm sujud akhir atau lps bgun duduk dlm sujud akhir …. kalu lps bgun dri sujud ahkir tue adakah lepas bwa tahyiat akhir..
salam
Alhamdulillah ada perkongsian ilmu ini..smoga perjuangan ini berterusan dlm memperjuangkn agama Allah ini.
Trima kasih ……artikel ini sy jadikan rujukan untuk memulakan taubat nasuha…. subhanallah…trima kasih….. teruskan usaha dakwah…kerna semuanya dinilai allah……walaupun kecil……..
Assalamualaikum…
saya pernah melakukankesilapan yang sangat besar..dan pernah lakukan solat taubat…tapi walaupun saya dah bertaubat hati saya tetap rasa bersalah….saya takut sgt…saya rasa jijik dengan diri saya…
assalammualaikum ustaz.. saya dahulunye pernah melakukan solat taubat sekali ketika itu saya memang bertaubat untuk tidak melakukan perkara yg dilarangi Nya… tp beru2 ini saya masih mengulangi perkara yg sama…dan kali ini saya betol2 ingin kembali ke pangkal jalan dan tekad untuk tidak mengulanginya… saya ingin solat taubat buat kali ke 2. tp adakah solat taubat saaya pada kali ini sah dan akan diterima?
assalamualaikum usataz..
sy nak tau berkenan Doa Nabi Yunus yg d baca 40kali pd sujud terakhir tu, jika terbaca lebih dari 40kali bgaimana?
dan bagaimna pula jika terkurang dr 40kali?
adaka sah solat taubat tu?
assalamualaikum…. sy nk tahu apa itu doa taubat…tlg taip ayt2nya dlm tlisan jawa/arab ya..terima kasih
assalammualaikum…
saya nak tanya soalan sikit..
saya telah memberi seseorang duit tanpa niat untuk merasuah niat saya hanya hendak menolong supaya dia insaf dan diberi peluang untuk menolong adik saya atas kesalah yang dia lakukan..adakah itu rasuah?dan adakah saya berdosa? kalau berdosa atau saya melakukan perkara salah saya ingin bertaubat minta pandangan ustat yang lebih arif..
Bukan kah semasa kita sedang sujud dan rukuk dilarang untuk membaca ayat2 Al-Quran? Doa Nabi Yunus tu kan ayat dari al-Quran.
salam…… adakah doa2 yg lain ble di baca sleapas solat nasuha itu
salam ustaz….
adakah solat taubat ney benar membantu saya untuk pulang ke jalan allah s.w.t??disamping dapat mendekatkan diri saya dengan allah s.w.t
terima kasih banyak atas posting artikel ini. semoga mendapat ridha Allah… Amin
assalamu’alaikum.,.,.,.,.,.,.,,,
saha hamba allah yg tlah bnyak mlakukan dosa besar,saya ingin sekali bertaubat tapi kenapa stiap kali saya mau bertaobat smua itu hanya dwktu itu ja,ya bsa dkatakan taubat saya tdak sukses dari itu saya mnta tlong,apa yang hrus saya lakukan agar taubatan nasuha saya sukses,.,..,.,.,.,
trmksih.,
Kalau tak pernah berbuat dosa dan tak nak bertaubat ok ke?
thanks 4 this info…syukran jazilan…slamat bramal…
nak tanya soalan pada ustad atau ustazah sy ingin melakukan taubat nasuha tapi sy x tau bgmana cr nya
assalammualaikum ustazah.. saya dahulunye pernah melakukan solat taubat selepas saya melakukan perkara yang tak sepatutnya.. ketika itu saya memang bertaubat untuk tidak melakukan perkara yg dilarangi Nya… tpi selepas itu, saya secara tidak sengaja masih mengulangi perkara yg sama…dan kali ini saya betul-betul ingin kembali ke pangkal jalan dan tekad untuk tidak mengulanginya… saya betul-betul insaf dan merasa jijik dengan diri saya dan berdosa kepada ALLAH..dengan saya ingin solat taubat buat kali ke 2. tp adakah solat taubat saya pada kali ini sah dan akan diterima?..
assalammualaikum ustazah.. sebelum ni, saya pernah melakukan solat taubat selepas saya melakukan perkara yang terlarang.. selepas itu, saya memang bertaubat untuk tidak melakukan perkara yg dilarangi Nya…tapi selepas itu, saya secara tidak sengaja masih mengulangi perkara yg sama…dan buat kali ini saya betul-betul ingin kembali ke pangkal jalan dan tekad untuk tidak mengulanginya… saya betul-betul insaf dan merasa jijik dengan diri saya dan berdosa kepada ALLAH..dengan saya ingin solat taubat buat kali ke 2. tapi adakah solat taubat saya pada kali ini sah dan akan diterima?..
Assalamualaikum semua, ingin bertanya, kalau saya membuat perkara yang buruk, berkaitan dengan membuat hal perzinaan, bolehkah saya bertaubat? Adakah Allah akan menerima taubat saya? Bagaimana kah cara bertaubat yang senang? Tolong saya semua.. Saya ingin bertaubat..
admin Reply:
April 28th, 2010 at 6:57 AM
Sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan penyayang pada hamba-hambanya. Janganlah kita merasa segan untuk bermohon kemaafan dan bertaubat nasuhah’lah (taubat yg benar-benar taubat).
Assalammualaikum, Terma Kasih kerana menyediakan panduan kepada insan2 yang memerlukan panduan dan bimbingan untuk bertaubat, semoga Allah s,w,t membalas jasa baik pihak tuan.
Terima Kasih kerana menyediakan panduan kepada insan2 yang memerlukan panduan dan bimbingan untuk bertaubat, semoga Allah s,w,t membalas jasa baik pihak tuan.
ustazah/ustaz..
sya da bca syarat-syarat selepas membuat solat taubat nasuhah..da syarat mnyatakan tidak akan mgulangi kesalahan yg di lakukan..bagaimana pula seseorang tu merasa ragu untuk melakukan taubat nasuhah kerana dia takot dia akan mgulangi lagi perbuatan tu..macam mana nak menyakinkan hati ini??
salam ‘kalau boleh letak lagu sami yusuf[asmauallah]sebagai lagu background
Assalamualaikum
terima kasih ya hamba ALLAH
semoga ilmu-ilmu ini membuatkan terbuka hati manusia seperti saya untuk bertaubat
Assalamualaikum
terima kasih
assalammualaikum..
boleh ke kita belah solat sunat melalui buku atau internet?
saya inginkan penjelasan ustaz.
Salam Ustaz/Ustazah…
Bolehkah tolong terjemah kan doa2 dalam solat taubat,solat istikarah?kerana saya masih dalam proses belajar jadi agak mengambil masa untuk menghafal ayat2 tersebut sekiranya tiada bantuan dalam terjemahan rumi..Atau, sahkan doa/niat yang sepatutnya dibaca dalam ayat alquran,tetapi hanya dibaca terjemahannya sahaja? Harap dapat menjawap kemuskilan saya ini
Wassalam
ustaz , sye banyak wat dose kpda diri sye ,keluarga sye, dan kaum muslimin muslimat di atas muka bumi ini.. mcm nk lawan nafsu ustaz, dan bagai mn nk kuat iman,. sye lemah ustaz.. mcm dah nk putus asa..
Sbg mnusia biase..
Spe2 pun x pnah lari dri mlakukan ksilapan tpi sbg hmba Nya ktew hruslah sntiase cbe utk mdkatkan dri pda Pencipta ktew….cbe utk b’ubah mjadi yg lbih baek drpd sblum ini….
Skirenya ktew pnah mlakukan ksilapan dgn rla ktew rndahkan dri ktew utk mmhon k’ampunan drp ALLAH SWT…ALLAH YANG MAHA ESA….
AMIN………….
akum
salam, ustaz..
saya selalu melakukan kemugkaran selepas itu saya bertaubat dan megulagi kesilapan itu lagi.. kemudian saya bertaubat balik dan selng 2 hari or 2 bulan saya melakukanya lagi.. adakan solat taubat ini diterima? bantulah saya agar x akan megulagi kesilapan ini lagi sampai akhr hayat saya..assalam
assalamualaikum….
Sy seorang insan yg betul2 hina, sy telah melakukan zina dan membunuh janin sy. Adakah orang mcm saya akan di terima kembali oleh Allah? Sy btl2 menyesal dan insaf… Sy takut dgn hukuman Allah..
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Setiap manusia lahir dalam dunia ni tak terlepas dari membuat dosa. Manusia tidak pernah mulia selain dimulikan dengan nikmat iman dan islam. Bare in mind yang Allah tetap akan mengampunkan dosa hamba-hambanya walau sebesar mana dosa orang tu. Ni bukan saya cakap kosong, mari kita baca hadis 42 dalam hadis 40 imam nabawi.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.
Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta’ala berfirman:
Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli.
Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon
ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu.
Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.
InsyaAllah, segalanya dengan izin Allah. Allah maha pengampun, tapi ini bukannya satu ‘excuse’ untuk kita memainkan2 apa Allah da gariskan yang haram dan halal, dosa atau pahala.
Sama-sama kita saling ingatkan satu sama lain.
Jazakallah Khair Kathira atas perkongsian.
Hasbunallahu wa ni’mal-wakeel [ Allah sudah cukup untuk kita, dan Dia sebaik-baik tempat untuk menyerah]
admin Reply:
June 18th, 2010 at 7:45 PM
Terima kasih jejak pelangi.
Subbhanallah..
Thanks
to the owner ths blog
keep share each other
insyAllah barokah.. Amien..
assalammualaikum….
sy adlh s’org pelajar & m’ngmbl stpm….sy tkh byk melakukan dosa…dan banyk memiliki peristiwa hitam sejalk saya masih kecil….saya….dan sy x tahu nsib sy akan sebegini,,saya byk tkh melakukn maksiat dlm saat yg sama sy mengingati Allah swt tp apa yang menyebabkan saya jadi begini ..skg sy ingin bertaubat tp sy takot sy akan mengulanginya….tlong lh bntu sy ..hati saya dah hancur ..saya ingin memdapat keputsn cemerlang krn hnya ini yang mampu sy berikan kpd ibu bapa saya…untuk menjadi anak yang solehah mungkin tidak lagi….hanya kejayaan yang saya hajat sgt nk berikan kpd ibu bapa saya debelom saya menemui ajal….bantulah saya supaya bangkit kembali….plez…….
assalamualaikum saya perlu kan bantuan…sya xlarat menangungnya….
to perempuan malang
salam…
kuatkan ati kamu
tuhan itu maha pemurah lg maha mengasihani
banyakkan mengingati allah dengan cara bersujud pada Dia
I’allah…
kita akan merasai ketenangan diri yang xpena kita rasai
kita manusia biasa x akan sesekali lari dari kesilapan
belajar melalui kesilapan
saya juga banyak melakukan dosa
pada ibu bapa
kawan2
Yang paling banyak dosa adalah pada diri sendiri
saya tinggalkan tunang saya…
2 cara terbaik untuk tidak terus melakukan dosa
saya percaya pada qadak dan qadar tuhan
i’allah…
andai benar hati saya ikhlas untuk bertaubat…
allah akan berikan kebahagian yang lebih besar kepada saya..
dunia dan juga akhirat
I’allah…
alhamdulillah n sukran dengan ilmu yang diajarkan. amien
bacaan doa dlm sujud solat hajat boleh ka
kenapa saya selalu balik dari asrama. bagi panduan kat saya Tlg saya
doa kan kami tenang jiwa
saya dikti nak belajar sekolah agama
asalamualaikum,
saya sharul dari klang,
saya ingin bertanya apakah dosa orang yang bukan muhrim berzina
assalamualaikum..
ilmu ini byak membantu saya..
semoga Allah mengasihi dan merahmati kita semua.
assalamuailaikum…..
sya nak tanya perbezaan antara solat sunat taubat dan solat sunat taubat nasuha?
adakah cara solat sunat taubat boleh dilakukan selepas atau sebelum solat fardu?
adakah cara solat sunat taubat nasuha dilakukan pada 2/3malam?
boleh tak bagi doa Nabi Yunus yang diatas dlm bahasa melayu….sbb sya tak pandai jawi….sya baru nak belajar sembahyang…..maafkan sya kalau banyak sangat bertanya sya keliru…harap boleh bantu sya….
kepada Perempuan Malang..
Adukanlah segala kekusutan itu kepada Allah…InsyaAllah hatimu tenang..Dia Maha Pendengar… Percaya dan yakin adalah sgt penting..saya sendiri punya banyak dosa..mana ada manusia yang tidak ada dosa..sama ada kecil atau besar..pasti ada
Salam,perkongsian insyallah mencari jiwa yang hilang
,thank q and terima kasih kepada yang menyebar artikel ini,sentiasa dilindungi dan dirahmati allh swt.
AyieBlog´s last blog ..Hasad Dengki Beserta Iri Hati