Cara Khusyuk Dalam Solat

by admin on 13/10/2009

Share

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca Oh! Islam yang dihormati dan disayangi. Pada artikel kali ini, kita akan cuba memahami mengapa Islam menuntut umatnya agar khusyuk di dalam solat. Namun saya tahu bukan mudah untuk mendapatkan solat yang khusyuk sepenuhnya. Kadangkala sedang solat, kita terfikir bagaimana nak ubahsuai blog, lepas ni nak pergi sini sana, nak call mak kat kampung dan macam-macam lagi. Sedangkan ketika kita memikirkan semua itu, kita sedang menyembah Allah SWT. Jadi secara tak langsung, bukankah itu perbuatan yang menyekutukan Allah? MasyaAllah.

Kawan-kawan pun tahu di mana Solat merupakan tiang agama. Ianya lebih penting dari berpuasa, menunaikan zakat dan juga mengerjakan haji. Kerana itu di dalam rukun islam, solat diletakkan pada no 2 selepas mengucap dua kalimah syahadah.

Kepada pembaca Oh! Islam yang dihormati, kalau tidak punya banyak masa untuk membaca artikel ini, skip sahaja terus ke 15 cara khusyuk dalam solat. Di dalam petak yang bewarna kuning nanti.

Khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-


yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].


Firman-Nya lagi:-


Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk” [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.

Firman Allah lagi:-


yang bermaksud : “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.

Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. “Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang“. serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan“. Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan “munajat” (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, “Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati.”

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:


Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Sumber Rujukan: Dakwah2u

Untuk mengetahui asal usul solat dan fadhilatnya, boleh rujuk semua sebuah artikel yang pernah dikeluarkan di Oh! Tidak bertajuk “Asal Usul Solat yang Perlu Korang Ambil Tahu“.


Di Oh! Tidak juga ada sebuah entri yang insyaAllah akan menyedarkan bahawa betapa hinanya kita yang cukup sempurna ini tergamak meninggalkan solat. Oh! Bersyukurkah Anda?

Share

{ 22 comments… read them below or add one }

1 Akuro San 13/10/2009 at 9:35 PM

salam.
cepatnya entry baru keluar. baru habis baca entry yg sebelum2 nih.
ya, satu lagi ilmu yang bermanfaat untuk di ikuti.
“Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. ”
setuju… kadang2 tu, kena tahap kritikal tak khusyuk, sampai boleh lupa dah sampai raka’at yg ke berapa… dah kena tambah sujud sahwi lak…huhu~
Akuro San´s last blog ..UniKL Graduation Day 2009 My ComLuv Profile

2 fifie ierina 14/10/2009 at 5:27 AM

salam…

subhanallah.. sangat informative.. saya tertarik dgn salah satu tips iaitu sekurang2nye iqamah dlu sebelum solat jika solat sendirian.. dan mmg benar kena khusyuk dalam hati dulu baru akan mendapatkan gangguan ketika solat yg paling minimal.. insyaAllah saya akan cuba amalkan.. :)
fifie ierina´s last blog ..To All My Dear Friends… My ComLuv Profile

3 chocolateice 14/10/2009 at 6:00 AM

“Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.”

“Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang KEJI dan MUNGKAR ; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) ”
( SURAH aL-aNKABUT : 45 )

4 Lee 14/10/2009 at 9:12 AM

alhamdulillah. blog mcm ni sgt2 diperlukan. tahniah!
Lee´s last blog ..Terbaekkk.. My ComLuv Profile

5 yang musykil 16/10/2009 at 2:42 PM

salam, nak tanye kalau-kalau ada yang tau
merujuk cara yang ke 14
perempuan kalau solat sendiri pun boleh iqamatlah ye kalau solat sorang-sorang?
yang musykil´s last blog ..yang mudah sering diabaikan My ComLuv Profile

6 Sakinah Sabari 04/11/2009 at 6:55 PM

ye, perempuan boleh iqamat sendiri bila solat sorang2…….
perlahan shj,asalkan didengar & dihayati TELINGA dan HATI sendiri…
lintaskan MAKNA iqamat tu di dlm hati…..insya-Allah, disitulah terletaknya jln ke arah khusyuk yg dicari!!
bergetar rasa hati memahami apa diungkap……………..
Subhanallah……

7 zaidi 06/12/2009 at 11:05 PM

Saya selalau menginginkan solat yang khusyuk, adakah ketika solat kita membayangkan kaabah tu dikira khusyuk?

8 COOL AND TRENDY GURL 02/03/2010 at 12:57 PM

thanks.
very informative.

9 Noor Syathirah 31/03/2010 at 4:54 AM

Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana di zaman yang penuh dugaan ini masih lagi ada dalam kalangan kita mengamalkan ingat mengingati antara satu sama lain.

“Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian ; Melainkan mereka yang beriman serta beramal soleh serta berpesan2 dengan kebaikan dan berpesan2 dengan kesabaran”.

Carilah erti hidup ini diwujudkan oleh Allah dan apabila kita mengerti dengan mata hati, barulah kekhusyukkan solat itu datang kepada kita.
Sesungguhnya, jika Allah itu mengkehendaki orang yang beramal soleh itu dicampak ke dalam neraka, kita tidak ada hak untuk mempertikaikannya, bersyukurlah kerana Allah itu menunaikan janji Nya iaitu barangsiapa yang menunaikan segala perintahnya akan diberikan ganjaran syurga di akhirat kelak.
Alhamdulillah…

10 muhammad Arif bin mohd Saleh 07/04/2010 at 11:25 AM

asalamualaikum? sy ucpkan…kepada semua,,sahabat?…yg membaca blok ini ,sy tersentuh apabila membacanya…kerana,,,dahulunya sy tidak faham ertinya khusyuk…tetapi sekarang sy sudah faham,,.
boleh tak sy tanya 1 soalan,,apabila sy solat…seluruh tubuh sy bergoyang…dan sy menangis seperti banyak dosa ?

11 mustika 06/05/2010 at 10:20 PM

“apabila sy solat…seluruh tubuh sy bergoyang……”
nampaknya kita serupa…
ada sesiapa boleh komen tentang fenomena ini?
saya pernah bertanya Pak Abu Sangkan akan fenomena ini….
katanya tidak apa2

12 Norhafiz bin A.Aziz 15/05/2010 at 4:15 AM

Syukur Alhamdulillah…..makin jauh sy dri Allah mkin dkt DIA untuk memperingatkan sy….semua msih awl…mintk doa sy dimakbulkan.amin….

13 yusram yusof 01/06/2010 at 9:49 PM

terima hasih di atas tips tersebut, hanya Allah s.w.t akan membalas kebaikan kepadamu… teruskan berdakwah walau apa cara sekalipun.

14 yusram yusof 01/06/2010 at 9:51 PM

terima kasih diatas tips yg diberikan, hanya Allah s.w.t akan membalas kebaikan kepadamu.. teruskan berdakwah dgn apa cara sekalipun..

15 solihawanchik 08/06/2010 at 2:17 AM

Salam semua..semuga sejahtera. saya berasal dari Cambodia dan beragama islam sejak lahir. Islam di tempat kelahiran saya jauh ketinggalan. Tatacara kehidupan harian nya sangat taat dan takut kepada petua petua yg diturunkan dari nenek moyang kami yg beragam islam. Disana juga ada uztaz/uztazah yg tinggi makamnya namun pendidikan agam yang lebih jelas, sempurna belum sampai saperti orang2 disini. Saudara islam kita disana 80% miskin daif sementara yg kaya pula tersangat kaya, tetapi kebanyakanya bakhil. Tidak keterlaluan jika sy katakan sy banyk belajar dari masyarakat islam disini saperti keluarga angkat saya. Walau pun kehidupanya sederhana miskin tetapi terus menerus mahu membantu kami yg menumpang disini. Katanya kalau xdpt tolong semua tolong segolongan pun jadila dulu. Mereka banyk mengajar saya tentang agama, akedemik dan budaya kehidupan melayu disini.
Saya xpernah bersekolah, ttapi skrng dah pandai membaca, menulis dan mengunakan komputer internet. Syukur alhamdullillah! Kalau nk bersedekah diCambodia sampaikanlah sendiri, jgn serahkan amanah kpd org sana kerana pembahagianya nnti x adil. Msyarakat islam sana masih daif dan belumba utk dptkan habuan – tapi bukan semua la.Kami disana xda punca pendapqatan dan pendidikan sangat jauh keblakangan.Org kami disini banyak yg pendatang. Tapi kami sangat hormat dan syg dengan masyarakat melayu disini. Kalau org melayu malaysia menziarah kami disana satu kampong akan menyambut dgn hebatnya. Disana ramai juga org malaysia yg menderma utk pendidikan khususnya agama. Tapi kalau dpt dimasukan juga akademik saperti yg ada di malaysia ni.
Sekian harap maaf jika ada yg tersinggung atau terlbih kata.

16 muhammad hanif 09/06/2010 at 9:42 PM

wow! 1st time aku bukak..x sangka ade org yang sanggup berdakwah sampai mcm ni..sy bangga dgn org yg mengendalikan website ni..teruskan berdakwah, sesungguhnya besar pahala yang anda dpt..assalamualaikum

17 ogy 01/07/2010 at 1:18 PM

alhamdulillah..blog yg seperti ini yang sya minati dan tunggu2..
semoga mendapat lebih banyak pengjaran serta panduan y brguna ..insyaallah..amin…

18 didi 09/07/2010 at 8:15 PM

salam..klu wanita pula boleh ke azan dan iqamat sebelum solat sendirian?

19 ash 18/08/2010 at 9:42 PM

as salam…
alhamdulillah…
perkongsian yg berguna bt diri ini,
mohon izin copy…
mekasih…
ash´s last blog ..YANG DATANG TATKALA SOLATMy ComLuv Profile

20 huda 21/08/2010 at 7:53 PM

assalamualaikum..
blog ni byk menyedarkan sy..
terima kasih atas information ni.
sy slalu berfikir, adekah solat sy diterima Allah..
sbb rase mcm ade je buat silap..
di sbbkn nk solat dgn cara yg btol, semua tertib sy buat dgn teliti klu boleh xnk ade silap. tapi di sbbkn teliti sgt smpai hati ntah kemane..mcm x khusyuk..
tu la yg slalu sy alami..

21 Adam 28/08/2010 at 7:16 PM

Assalamualaikum,
Adakah khusyuk dalam sembahyang ada kaitan dengan mengenali diri dan mengenali Allah?

22 HAMBA ALLAH 04/09/2010 at 5:31 PM

assalamualaikum,ANA rasa untuk solat dgn khusyuk adalah dgn; 1.BHWA SOLAT YG KITE LKUKN INI UNTUK KALI YG TERAKHIR…2.AMBIL SMBHYG DGN BTOL… 3.IQAMAT SBLUN SOLAT… 3.BYGKN DSBLH KANAN SYURGA,SBLH KIRI NERAKA DAN DHDPN KAABAH…4.INGAT MATI DAN BRASA MALU UTK LALAI DI DLM SOLAT D HDPN ALLAH…insyaallah dgn tips ini ana brhrp muslimin dan muslimat sekalian dpt mempraktikkannye di dlm solat…insyaallah…ini skdr perkongsian ilmu shj…FIKIR2 DAN RENUNG2KANLAH……WALLAHUA’LAM BI SSAWAB…….

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post: