Sumber gambar : Google Images

Benarkah mendengar lagu itu haram?

Sumber gambar : Google Images

Masalah nyanyian yang disertai muzik baik dengan alat ataupun tanpa alat adalah satu masalah yang sering dibahas sejak dahulu lagi. Sebenarnya, para ulama telah bersepakat bahawa semua bentuk nyanyian atau lagu yang mengandungi unsur-unsur yang tidak baik, bertentangan dengan syariat Islam dan menganjur kepada berlakunya maksiat adalah HARAM.

Namun, dalam kalangan ulama fiqh terdapat khilaf(perbezaan pendapat) dalam masalah ini.

Para ulama juga telah menyetujui dan memBOLEHkannya apabila ingin meraikan suasana gembira dan bahagia, misalnya di waktu perniakahan, hari-hari besar dan sebagainya.

Hakikatnya, tidak semua nyanyian atau lagu adalah tidak bermanfaat, kerana ada sesetengah lagu yang banyak mengandungi hikmah atau nasihat. Ada juga sesetengah lagu bersifat doa dan dakwah. Hal ini bergantung kepada tujuan dan niatnya. Selari dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah hadis yang agak panjang, berikut merupakan petikan daripada hadis tersebut, mafhumnya bermaksud:

“Sesungguhnya tiap-tiap amalan itu bergantung pada niatnya; dan sesungguhnya apa yang diperoleh seseorang adalah berdasarkan apa yang diniatkan”

(HR Bukhari dan Muslim)

Bagi sesiapa yang melakukannya dengan tujuan maksiat, tentu hal itu menyebabkannya menjadi fasik dan ia DILARANG. Begitu juga sebaliknya, apabila nyanyian itu dijadikan sebagai dorongan untuk melakukan ketaatan dan hal-hal terpuji, sudah tentu ianya TIDAK DILARANG.

Telah berkata Imam Al-Ghazali :

“Jika disebutkannya nama Tuhan sebagai sumpah bagi sesuatu yang tampak dan niatnya tanpa tujuan, tidak dapat dianggap berdosa, apalagi membuat syair, nyanyian dan sebagainya”

Dalil yang membolehkan menyanyi atau mendengarkannya, adalah antara lain dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari iaitu:

“Ketika Abu Bakar datang kepada Nabi S.A.W di rumah ‘Aisyah R.A pada hari raya, ada dua jariah(hamba sahaya) sedang menyanyi, kemudian Abu Bakar marah dan mengatakan ‘Apakah layak perbuatan syaitan ini dilakukan di hadapan Rasulullah S.A.W?’. Kemudian, Nabi S.A.W besabda, “Wahai Abu Bakar, biarkan mereka, hari ini adalah hari besar”

Adapun sebaiknya bagi seorang Muslim dan Mukmin Sejati yang berhati-hati hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga dalam hal ini. Agar tidak terjerumus kepada melakukan dosa yang boleh menggelapkan hati.

Semoga apa yang kita dapat, dapat sama-sama kita ‘amal dan sampaikan. InshaAllah.

 ::Rujukan: Hudal Islam, Fatawa Mu’ashirah sebuah kitab karangan As-Syeikh Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardhawi 

29 thoughts on “Benarkah mendengar lagu itu haram?”

  1. Assalamualaikum.
    Mengikut apa yg sy ketahui jika pada dasarnya lagu tersebut berunsur nasihat,yg menpunyai niat yg baik tapi jika terdapatnya alat muzik yg di haramkan di dlm islam terdapat di dlm lagu tersebut,maka dgn automatiknya lagu tersebut jatuh hukum haram.

    Cthnya lagu yg bersifat nasihat dan terdapat perkusi kompang lugu tersebut boleh di dgr tetapi jika terdapat perkusi gitar,piano sdh jatuh hukum haram.

    Maaf jika tersilap,ini apa yg diterangkan oleh kenalan sy Ust.Farid Ravi.

    BRING ISLAM BACK,MAY JANNAH BE OURS.

  2. Waalaikumussalam, saudara mardhotillah.

    Pada hemat saya, kepelbagaian pendapat di antara ulama memberi kemudahaan ,ianya merupakan kekayaan perundangan islam yang menjadi kebanggaan ummah.Perbezaan pendapat adalah dalam masalah furu” dan perkara ijtihad dan qiyas.Maka di situ perlu kepada perbahasan secara detail melalui kaedah usul fiqh,ijtihad dan qias,percanggahan dan tarjih antara dalil.

    Suka untuk saya khabarkan, entri ini bukan berdasarkan pemikiran saya yang mempunyai ilmu yang cetek ini. Tetapi, berdasarkan dalil-dalil dan rujukan yang dikemukakan oleh Ulama’ yang agung di era ini, Syeikh Al-Imam Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardhawi dalam kitab karangannya. Namun, beliau juga manusia biasa, tetap tidak boleh lari dari salah dan silapnya.

    Terima kasih atas perkongsian saudara.

  3. Wali-wali agung akhir zaman ni ada dan disembunyikan oleh Allah SWT dari umum. Muzik dan nyanyian membawa banyak keburukan dari kebaikan (perhatikan sendiri…ler). Nak berdakwah; dakwah kerja agama; ada sah/batalnya dan ada Adabnya(sunnah Nabi SAW).

    Pendapat saya yg tak berilmu, cukup dgn sekadar 1 hadis dari Nabi SAW (walaupun hadis itu daif) untuk membuatkan kita menuruti wasiat Nabi SAW itu.

    Sebab Muzik dan nyanyian ni da terbukti adalah agen,alat dan sihir yg di gunakan oleh musuh2 Islam jadi buat apa nak turut kehidupan tu. Slo-slo la tinggalkan, nak tinggal semua tak bole sbab dah jadi sebhagian dr ‘kehidupan’…mana2 pegi pun ada. Ramai Ulamak-ulamak yg ‘sangkut’ di akhir zaman(refer tu tanda2 kiamat dari Khutbah Nabi SAW) ni dm keadaan tanpa sedar mereka sendiri . Hati-hatilah….itu adalah lebih baik..

  4. Maaf…. apa jua yang di lakukan ….sekira nya yang melalaikan kita dari mengingati akan Allah itu maka …..fikir2 kan lah apa itu kelailaian
    dan kenapa menjadi kesalahan…..

  5. thank a lot atas teguran saudara..-)

    Insya Allah sy akan cuba kaji semula ttg isu ini dgn lbh m’dlm supaya lbh mengetahuinya.Walaubagaimana pun,sbgai umat-Nya yg kerdil pasti akan ada slh slp.

    BRING ISLAM BACK,MAY JANNAH BE OURS.

    notes: maaf,saya bkn saudara TAPI SAUDARI..-)

  6. Kalo kita mendengar lagu-lagu MODERN/ Bukan lagu religi, tanpa kita hanyut dengan lyricnya atopun musiknya (HATI KITA TETAP MENGINGAT ALLAH)..apakah itu masih termasuk kategori di bolehkan??

  7. I think it’s stupid how Muslims like me make nearly everything harmless seem bad or sinful. Islam is a great religion, but nowadays Muslims are becoming mindless hypocrites. Hey, if you want to listen to something, go ahead. I’m just voicing my opinions, because Allah gave us opinions for a reason.

  8. Salam, sememangnya mendengar lagu yang tidak mendatangkan faedah dan membazir masa adalah sangat2 dilarang, kerana tujuan ALLAH menjadikan manusia adalah untuk beribadah kepadanya. Jadi mendengar lagu yang tidak berfaedah akan membuat seseorang menjadi khayal dan lupa akan ALLAH yang maha ESA

  9. asal sesuatu perkara adalah “HARUS”..Jgn disebabkan sesuatu perkara itu dijatuhkan hukum haram,kita terus haramkannya..contoh,makan babi adalah haram..tetapi tidur dgn babi x haram..main dengan babi pun tak haram..cuma kita perlu tahu lah cara2 nk sama’ apabila terkena haiwan tu..islam itu mudah jangan disusahkan,iman itu indah jangan dikotorkan.Islam juga boleh bertolak ansur dalam sesuatu perkara mengikut zaman..sebenarnya perkara yang dibenarkan dalam Islam adalah lebih bnyak daripada perkara yang diharamkan dalam islam..

  10. assalamualaikum…sahabat semua.ana ingin berkongsi tentang ape yg ana pelajari dgn hukum muzik mengikut pemahaman generasi pertama yg mendapat islam.iaitu generasi salaf..marila kte berhujah dgn sumber ilmiah dan berlapang dada..bukan dengan emosi. :) .sahabatku yg dikasihi..mengenai hadith tentang sesuatu amalan bergantung kepada niat.amatlah tidak boleh digunakan kepada hukum muzik..kerana hukum asal muzik adalah haram.
    kerana dari Imran bin Husain, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Akan datang dalam umat ini kehinaan, keburukan, dan fitnah.” Maka berdirilah salah seorang Muslim: “Wahai Rasulullah, bilakah itu terjadi?” Beliau menjawab: “Apabila telah muncul biduanita dan alat-alat muzik dan khamr diminum.” (Dikeluarkan oleh at-Tirmizi dan dihasankan oleh Syaikh al-Albani, Tahriimu Aalati Ath-Tharb halaman 56)

    Imran ibn Husain meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda mafhumnya: “Akan berlaku kemusnahan, penukaran rupa (penjelmaan) dan lontaran dalam umat ini. Seorang lelaki dari kaum muslimin berkata: Bilakah yang demikian itu akan berlaku wahai Rasulullah s.a.w.? Beliau bersabda mafhumnya: “Apabila lahir biduanita-biduanita, alat-alat muzik dan diminum khamr (arak)” (Hadis ini Sahih, diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Ibn Abid Dunya. Lafaz hadis ini menurut riwayat at-Tirmidzi. Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, 1801-2323. Sahihul Jami’ As-Sagheer, 4273 dan Silsilah al-Ahadis as-Sahihah, oleh Syaikh Muhammad Nasihruddin al-Albani)

    riwayat Ibnu Abbas r.a., beliau berkata:

    “Rebana itu haram, alat-alat muzik haram, gendang itu haram, dan seruling itu haram.” (Dikeluarkan oleh Baihaqi dan Hadis ini hasan menurut Syaikh al-Albani, Tahriimu Aalati Ath Tharb halaman 92)

    sgt jelas disini rasulullah mengharamkan alat2 muzik .arak pon termasuk dalam hadith tersebut.tidak kira la alat musik bertali ataw tidak.hadith tentang niat tersebut,sgt bercanggah dgn hukum sbnr yg sudah diberitahu rasulullah bhawa muzik adalah perkara yg haram..jika kita menggunakan method sedemikian.maka,buleyh la kita meminum arak dgn niat yg betul disamping tidak lalai mengingati allah..

    kita lihat pula athar sahabat dari ibnu umar .bagaimana dia bersemuka dengan bunyi muzik disekelilingnya….

    Dari Hadis Abu Daud, beliau meriwayatkan, dalam Kitab Sunan-nya bahawa dari Nafi r.a. ia berkata: “Ibnu Umar r.a. mendengar suara muzik, maka iapun meletakkan jarinya pada kedua telinganya dan menjauh dari jalan. Ia berkata kepadaku, “Hai Nafi, apakah engkau masih mendengar sesuatu?” Aku menjawab, “Tidak!” Maka beliaupun melepaskan jarinya dari telinganya dan berkata: “Aku pernah bersama Nabi s.a.w. lalu beliau mendengar seperti ini dan beliaupun melakukan seperti itu.” (Rujuk Sahih Abu Daud, 4116)

    hadith ini secara tidak langsung memberitahu bahawa nabi kita menutup telinga ketika mendengar muzik.tidak dikira bahwa muziknye berunsur dakwah dan sebagainya..

    sahabat yg ku kasihi,mgikut mazhab terkenal sprti imam syfie, malik dan lain2.mereka pun berfatwa bhw haramnya alat2 muzik tanpa syarat2 tertentu..

    Imam Malik rahimahullah ditanya tentang boleh atau tidaknya muzik bagi penduduk Madinah. Beliau menjawab: “Sesungguhnya yang bermain muzik di kalangan kami adalah orang-orang fasik.” (Disebutkan oleh Ibnul Jauzi dalam Kitab Talbisul Iblis, hal. 244. dengan sanad yang sahih dan perawi yang tsiqah dari perawi yang diterima oleh imam Muslim)

    Imam asy-Syafi’i berkata di dalam Kitab Adabul Qadha’: “Sesungguhnya muzik adalah permainan yang dimakruhkan (makruh menurut Imam Syafi’i adalah haram), menyerupai kebatilan. Barangsiapa banyak melakukannya maka ia adalah orang yang jahil yang ditolak persaksiannya.” Beliau rahimahullah juga berkata di dalam kitabnya al-Umm: “Seorang lelaki yang bernyanyi dan menjadikannya sebagai pekerjaan, kadangkala ia diundang dan kadangkala didatangi, hingga ia dengan hal itu diberi julukan penyanyi serta ma’ruf (dikenali) dengan sebutan itu, dan seorang juga wanita, tidak diterima persaksian kedua-duanya. Kerana menyanyi termasuk permainan yang dimakruhkan (haram). Namun yang lebih tepat lagi, siapa saja yang melakukannya maka ia disebut sebagai orang yang bodoh/dungu yang sudah jatuh harga dirinya.”

    Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah rahimahullah berkata: “Imam Ahmad rahimahullah telah menegaskan bahawa bolehnya mematahkan (merosakkan) alat-alat muzik seperti gendang dan sejenisnya. Apabila ia melihatnya di tempat terbuka dan memungkinkan baginya untuk mematahkannya.” (Rujuk: Risalah fi Ahkaamil Ghinaa’)

    nabi kita mewasiatkan kita apabila berlaku perselisihan .kembalilah kepada kitabullah..utamakan ucapan nabi dari ucapan2 yg keluar dr pengeluar fatwa tentang halalnya muzik.bandingkanya..dan mmg nabi da beritahu muzik akan dihalalkn.ya! dizaman sekarang.muzik telah pun dihalalkan dengan hujah2 menyanggahi hadith..masing2 keliru kerana pengeluar fatwa pun bukannya calang2 org.tetapi mereka bukanlah maksum.xkn terlepas dr berbuat kesilapan..jika ada dalil yg lebih kuat dari dalil2 diatas.insyallah..ana sudah dapat ilmu baru.wallahualam.:)

  11. salam,dalam artikel diatas disebut bahwasanya muslim dan bukhari ada meriwayatkan bahwa menyanyi dibolehkan(Nabi tak melarang) dalam kitab apakah yang terdapat riwayat tersebut? atas segala informasinya saya ucapkan terimakasih.

  12. Nak tanya… Soalan tak berkaitan dengan topik tapi saya tak tau nak tanya kat mana…
    Masturbating ni haram tak?
    If so, I will not do it again. Tapi kalau okay okay jer, ada khasiatnya masturbating ni.
    Please reply, saya nak tau salah atau tidak perbuatan tu. berdosa tau tidak? :3

  13. Dari `Aisyah radhiallahu ‘anha, dia berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam masuk ke rumahku (pada Hari Raya), dan ketika itu aku bersama dua budak perempuan yang sedang menyanyikan lagu peperangan Bu’ats. Baginda langsung berbaring di atas tempat tidur sambil memalingkan wajahnya. Ketika Abu Bakar (radhiallahu ‘anh) masuk ke rumahku, dia memarahiku dan berkata: “Pada pandangan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, (nyanyian) itu adalah seruling setan.” Mendengar itu maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menemui Abu Bakar dan berkata kepadanya: “Biarkanlah mereka.” Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lengah, aku memberikan isyarat dengan mata kepada kedua budak perempuan itu hingga mereka keluar. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 949)

    dahlan.hadith yg kamu maksudkan adalh hadith diatas.tetapi ulama salaf bersepakat bahawa hanya kanak2 dibolehkan menyanyi ketika hari raya.kerana dihari raya kita disuruh bergembira dan sgt tidak cerdik menggunakan dalil diatas utk menghalalkn musik dan nyanyian selain org yg berkelayakan sperti hadith diatas..wallahualam.

  14. islam adalah agama fitrah…jd fahamilah fitrah kita sendiri…ianya tk jadi masalah sekiranya tk melalaikan…tp biasanya jd lalai…itu pendapat saya…

  15. How did u get the suggestions to publish
    ““Benarkah mendengar lagu itu haram? | Oh! Islam”?
    Thanks a lot ,Adalberto
    Audry´s last blog post ..Audry

  16. This really is the 4th blog post, of your website I went through.
    Nevertheless I like this particular 1, “Benarkah mendengar lagu itu haram?
    | Oh! Islam” the best. Take care -Harley
    Doreen´s last blog post ..Doreen

  17. I actually needed to share this blog, “Benarkah mendengar lagu itu haram?
    | Oh! Islam” with my own close friends on fb. Isimply needed to
    distribute ur superb posting! Many thanks,
    Eddy
    Israel´s last blog post ..Israel

  18. Assalamualaikum, bagaimana pula kalau kita tonton tv, drama, movie dan sebagainya? Ianya ada unsur2 muzik juga? Adakah haram juga untuk kita menonton tv?

  19. i think u should ask 2 the right person such as Dr Yusuf Al Qardhawi .. mgkin dy ad jwpn yg tepat ,, InsyaAllah ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge