Assalamualaikum sahabat.
Saya dahulunya sangat jahil. Berhari-hari tidak solat. Berhari-hari berdepan dengan maksiat dan berhari-hari hanya mengejar keduniaan semata-mata. Kadang-kadang tu solat, tapi susah sangat nak penuh satu hari 5 waktu. Mesti lubang-lubang macam seluar dalam yang tak pernah ditukar ganti selama bertahun-tahun. Bagaimana rupa seluar dalam itu, begitulah rupanya iman saya. Bila-bila masa sahaja mampu koyak.
Wahai sahabat pembaca Oh! Islam yang disayangi. Mari kita renung sama-sama. Mengapa masih ramai antara kita memandang enteng pada solat. Sedangkan jika mereka tahu betapa azabnya balasan meninggalkan satu waktu solat, pasti akan menangis menyesali kehidupan hari semalam.
Sahabat, sama-sama kita tanam satu kesedaran yang berpanjangan. Bayangkan kita kini berada di hadapan api neraka. Baru kita nak menyesal tetapi apakan daya, semuanya sudah terlambat. Dunia dah makin tua. Esok lusa kiamat akan tiba. Sempatkah kita? Renung-renungkan sahabat.
Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.
Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.
Artikel ini adalah artikel berpesan-pesan pada diri saya yang hina ini. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Kuatkanlah iman kami dan cekalkan hatiku untuk mencari jalan kebanaran yang Kau redhai. Amin ya Rabbal Alamin.
Sahabatku sekalian, bangunlah dari tidur. Sembahyanglah kamu sebelum kamu yang disembahyangkan.
###################
Jika anda mempunyai masa yang lebih untuk meneruskan bacaan, maka kami berharap dapatlah kita sama-sama membaca azab Allah kepada kita samaada kita sedar atau tidak.
********
Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:
Dunia
1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Sakaratul Maut
1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. (su’ul khatimah)
4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Alam Barzakh
1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)
Hari Qiamat
1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.
Nota : Saudara-saudaraku, ingatlah, jangan kita menganggap solat jemaah itu satu perkara kecil kerana ianya termasuk dalam sunat mu’akkad yang sangat dituntut – ada yang mengatakan ianya adalah fardhu kifayah.
Sumbangan: “Pak Syaikh” dari Kluang/Pasir Gudang Johor
Artikel oleh: Hamba Allah yang mengemudi perjalanan web Oh! Islam ini.
Sama-samalah kita.

{ 21 comments… read them below or add one }
salam…
terima kasih atas artikel nie.. utk seseorang yg mudah lalai ttg kewajipan 5 waktu spt saya, artikel nie sgt2 menyentuh hati..
terima kasih lg sekali buat admin dan contributor…
fifie ierina´s last blog ..Let’s Improve Our Iman! (Part 2)
Kalau kita tak solat, cuba kita bayangkan ada orang yg kata pada kita macam ni..
“Kau ni menatang kapir betul la!”
dah tentu kita marah. Malah mungkin boleh bertumbuk jika kurangnya sifat kesabaran. Tetapi bila kita renungkan, kita marah orang memanggil kita kafir dan binatang, tetapi sesungguhnya memang kita seperti itu.
Untuk apa berdiri di atas nama Islam jika tidak menurut perintah agama itu sendiri. Dan untuk apa mengaku manusia jika berperangai seperti binatang yang tidak berfikir dengan akal.
Sama-samalah kita.
moga Allah merahmati kamu..bagus saling mengingati sesama umat Islam..
Oh!Islam sememangnya satu wadah utk memberi dakwah dalam talian…sememangnya sangat bagus!!!
Oh!diriku begitu hina.selalu tinggalkan solat…
Oh!diriku tiada apa2 yg menghalang utk tidak bersolat tetapi tidak juga solat…
Oh!hinanya diriku…
Ya Allah!berikan aku semangat utk aku tunaikan antara Rukun Islam ini…Amin Ya Rabbal Alamin
Mr Fathi´s last blog ..Anda peminat lagu2 nasyid?jom dengar Nasyid FM!!!
same2 lah kita amik ikhtibar..rasenya oh!Islam adalah yg terbaik di kalangan yang terbaik utk weblog yg bercrta mengenai keagamaan walaupun bru dbkak..semoga oh!Islam terus kekal..
azizan4444´s last blog ..Trend Memilih Pasangan
Salam….
Sy dah pernah baca sebelum ni ttg dosa2 dan azab2 mninggalkan solat spt di atas ni….
Apa pun, bila dapat baca kembali kt Oh Islam ni, dpt ‘refresh’ semula ingatan & mningkatkan lg keimanan……………insya-Allah..
***sharing is caring***
harap lps ni perbanyak lagi perkongsian ilmu………. =)
btul sgt2 apa yang ditulis
sama2lah kita menyempurnakan rukun islam
kalo benda lain 5 – 1 = 4
tapi kalo kita tinggal solat 5 – 1 = 0
ludin´s last blog ..Azraai ke Wisma FAM
alhamdulilah..semoga kita semua dpt pengajaran dari artikel ini..semoga perbanyakkan lg artikel yg boleh membawa kesedaran kepada kita semua kerana manusia perlu sentisa diingatkan kerana iman manusia sentiasa turun dan naik ..
ariey´s last blog ..Recent Post widget with thumbnail untuk blogspot
1. Solat umpama kepala pada badan. Takde kepala buleh hidup ke ?
2. Amalan pertama yg dihisab adalah solat, jika solatnya diterima … maka amalan yg lain akan dihisab. Tetapi jika solatnya ditolak .. segala amalannya juga akan di tolak.
3. Mafhum hadith yg lebih kurang maksudnya, “Barangsiapa yg mengerjakan solat, maka dia mendirikan agamanya, dan barangsiapa yg meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agamanya…”
4. Solat merupakan anak kunci ke syurga.
5. Solat sumber kekuatan rohani.
Perhatikanlah solat kita. Adakah solat kita dapat mencegah kita dari melakukan perkara2 fasya’ dan mungkar ??. Tepuk dada tanya iman.
Ahliahnizam´s last blog ..Kepentingan Dakwah
Salam OhIslam.. my 1st komen kat OI ni..
sebut pasal solat, hhuhu.. masa zaman sekolah, rajin sgt. selalu pergi jemaah kat surau n masjid..tp sekarang?
oh tuhan..kuatkan semangatku untuk beribadah kepadaMu..
perangai MALAS n TANGGUH n LALAI = x smayang..
hati selalu ingat tentang solat..tp x buat..
ceisa´s last blog ..MukaBuku??
Bila baca dekat tempat lain, rasa terkesan.

Bila baca dekat Oh!Islam, lagi rasa terkesan sangat sangat !
Sebab ramai yang seusia dengan saya bersama2 mendapat kesedaran.
Seolah2, semua remaja berada dalam satu masjid dan sama2 mengerjakan solat jemaah.
Wah! Betapa kuatnya kami semua bile bergabung menuju ke arah kebaikan.
So, let do it together-gather.
Fatin Pauzi´s last blog ..‘Hyperfocus’ Dengan Gelombang Minda Theta
time ak keje partime dulu..
sbgi promoter kat shoping complex..
ramai yg x solat dgn sengaje..
mcm x tau lak solat 2 wajib..
ak pn x tau salah sape sebenanye..
nak kate skola agame..sekolah..
kompius2..
sesungguhnya..solat 2 tiang agama..
salam bro..
lazimnya sorang tu tinggalkan solat samada sengaja atau tidak sengaja tidak sedar akan kemurkaan Allah apatah azab Allah.
Kalaulah dia tinggalkan solat menyebabkan matanya buta… mungkin itu akan menginsafkan buat sementara waktu saja.
Begitu juga jika dia mengerjakan solat menyebabkan dia kaya sekelip mata, mungkin itu akan menyeronokkannya buat sementara waktu saja.
Sayangnya dunia ini bukanlah tempat yang paling sesuai untuk diberi pembalasan. Dunia ini adalah ujian bagi manusia. Di akhirat itu pasti diberi balasan. Kebaikan sebesar zarah pasti diberi balasan.
Kejahatan sebesar zarah pasti diberi balasan.
Kesimpulannya.. sesiapa yang teringin nak berbuat kejahatan.. kejahatan itu kembali pada dirinya dan sesiapa yang teringin nak kebaikan kebaikan itu akan kembali pada dirinya.
Wallahualam..
pagi tadi baru saja saya belek-belek buku Hidup Bersyariat karya Ustaz Ismail Kamus. Bila tiba bab pengurusan mayat,saya merasa sangat syahdu bila lihat gambar-gambar bagaimana untuk memandikan mayat satu persatu. Terbayangkan sampai masanya nanti saya akan dimandikan begitu juga..dan meninggalkan dunia yg fana ini..
zul´s last blog ..Oshkosh Pink Love Dress
sama2 lah kite ingat mengingati sesama islam…
….solat 5 waktu,,, sehari semalam…
itu kewajipan,, yg diperintahkan…
teringat lagu beinda mase dlm kumpulan nasyid dulu…
Assalamualaikum, w.b.t…
Saya berharap , kepada saudara yang post tajuk “Bahana meninggalkan solat fardu 5 waktu” dapat mencari kesahihan hadis yang memperkatakan bahana tersebut..
Ini kerana ia bertentangan sama sekali dengan Hadis Sahih Bukhari (Sila Rujuk)
igt la ALLAH, nescaya ALLAH mengingati mu…
xde la asyik rase lost ke ape ke
jgn dah jd sumthin, br nak igt tuhan,
manusia mudah lupaks
Rase macam nak nangis pun ader..yerlah..malam tadi dah la tertinggal solat Isya’ … Ya Allah, ampunkanlah dosaku…Amin
solat lima waktu itu fardhu.
tetapi mengingati allah itu wajib pada setiap masa dan ketika.
fikir2kan lah….
by d way, d azab dat u described in dis article, i think it’s important for fellow readers to know dat they’re not from trusted hadith. but then again, if it’s meant to impart lessons, then they can b used.
xlanxdiablox´s last blog ..A letter from a Christian to Muslim women
yang laki tu lagi elok di masjid semayang jemaah…pahala bganda….:)