Assalamualaikum semua pembaca Oh! Islam,
Saya tak berniat nak berceramah ke apa sebab saya memang tak layak. Cuma saya ingin mengajak dan mengetengahkan apa yang saya fikirkan dari apa yang terjadi di persekitaran saya. Demensi persekitaran yang membutakan mata memekakkan telinga.
Semasa kecil, terima kasih kepada ibu-bapa saya kerana menghantar saya ke rumah jiran yang merupakan guru mengaji. Dan kerana jiran itu, bermula dari Muqadam, saya berjaya khatam Al-Quran. Kemudian diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran di sekolah. Seingat saya semasa saya di Tingkatan 2 (2002).
Selepas itu saya meninggalkan Al-Quran. Kalau sentuh pun hanya untuk membaca Suratul-yassin sekali sekala di malam Jumaat.
Atas kebesaran Allah, rasa kesal datang bertimpa-timpa di dalam diri saya. Saya sendiri mempertikaikan adakah saya benar-benar sudah Khatam Al-Quran? Sudahlah satu kali sahaja pula tu. Entah berapa ribu patah perkataan dan tajwid yang sudah saya silap. Begitu juga jika ada beberapa ayat yang saya terlankau. MasyaAllah. Semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk kembali mendekati kitab suci Al-Quran dan Ramadhan akan datang, semoga saya mempunyai kekuatan untuk khatam di dalam masa satu bulan Ramadhan. InsyaAllah.

Namum apa yang saya bingungkan, jika 10 kali pun saya khatam, sejauh mana itu semua dapat meningkatkan keimanan diri saya yang khilaf ini? Ramai antara kita hanya membaca dengan penuh khusyuk dan berlagu-lagu. Tetapi masing-masing buat muka tidak punya perasaan. Mengapa? kerana kita tidak mengerti dan memahami apa yang kita bacakan. InsyaAllah saya akan tanya Ustaz nanti sejauh mana fadhilat membaca Al-Quran tanpa mengerti maksudnya. Sekadar ibarat membaca buku cerita berbahasa tamil (tetapi ditulis dalam tulisan melayu). Baca boleh tapi satu apa pun tak faham.
Sehingga semalam, di sebuah tempat yang dikunjungi ramai orang membeli juadah untuk diisikan ke dalam perut (anda tahu apa tempatnya), saya terjumpa dengan sebuah kedai buku. Semuanya saya belek-belek dan saya terjumpa kitab Tafsir Al-Quran Rasm Uthmani keluaran Dar El-Fajr yang telah disemak oleh Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz. Terima kasih Allah kerana menggerakkan hati saya membeli buku tersebut yang dahulunya bukan setakat mahu beli, mahu singgah sebentar di kedai tersebut pun tidak mungkin bagi saya. Begitu gelap hati hamba Allah ini sebelum ini.


InsyaAllah saya akan habiskan jika punya kelapangan hidup di dunia. Saya menyeru kawan-kawan semua agar sama-samalah kita mengerti dengan lebih jelas apa yang kita bacakan selama ini. Ceritai ni sengaja saya kongsikan kerana saya dapat rasa sesuatu di dalam jiwa saya biarpun hanya selepas membaca pengertian Surah al-Fatihah. Sama-samalah kita. InsyaAllah mulai hari ini, saya akan jadikan kitab tafsir ini sebagai teman di dalam mengenal apa itu erti keimanan yang sebenar. Allah melihat apa yang kita buat. Dan apa yang kita buat dinilai oleh Allah.
Sadaqallahul-azim.
+ insan hina disebalik tabir Oh! Islam. Nyata Islam itu mudah buat yang mahu mengerti.
Share

{ 22 comments… read them below or add one }
sama-samalah kita,
aku pun ada buat hantaran tafsir Al-Quran ketika kahwin aritu, dgn 1 niat jer utk memahami makna setiap ayat yg aku baca selama ini.
moga aku pun akan rajin untuk membaca tafsir tersebut.
ejam´s last blog ..Tgh tambah blog dlm setting flickr.
Ejam..
Itulah. Terfikir juga kita solat hari-hari tanpa mengetahui maksud apa yang kita bacakan. Sekadar pahala je la ya.
Saya baru tahu setiap bacaan di dalam solat tidak habis-habis memuji kebesaran Allah dan Rasul junjungan kita serta mendoakan kesejahteraan hidup kita sendiri.
alhamdulillah. al-quran pedoman hidup muslimin wa muslimat.
bagaimana Ia boleh menjadi satu pedoman sekiranye tidak difahami?
maka wajiblah utk kita memahami isi al-quran yg tersimpan 1001 rahsia Allah yg ingin disampaikan kepada manusia.
kalau semua muslim faham al-quran, dan mengamalkannnya, insyaAllah ummah kita akan bina empayar buat kesekian kali.
credittttt untuk owner!
jgn rasa anda telah terlambat utk khatam Al-Quran dan jgn rasa anda dah terlalu berusia untuk belajar membaca Al-Quran.. mmg ramai antara kita tak phm ayat2 dalam Al-Quran tu tp jgn jd kan ia satu alasan tak mahu baca Al-Quran.. dulu saya rasa baca Al-Quran nih susah berbelit2 nak membca ayat2 tu.. tp Alhamdullilah Allah terangkan hati.. InsyaAllah
“bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”
Terima kasih bro. Apa yang penting, kita mesti baca dan fahami isinya.
Jika ada satu juta blog macam ni, saya tak nampak kenapa jemaah subuh kat masjid tak boleh sepenuh solat Jumaat.
Raja Kamil´s last blog ..3 Lagu Motivasi Dari Youtube
sbb tu kalau kita tgk imam2 kt arab bila semayang je, rmai yg menangis..sbb diorg faham maksud al-quran tu..
x-po´s last blog ..KORANG JANGAN NAK JAGA TEPI KAIN AKU
satu je nk ingtkn kpd admin..dlm emahami erti ayat2 Al Quran..jgn lupa utk mencari guru bagi menambahkan lagi kefahaman..utk ditanya… dan utk merungkai segala pesoalan2 dlm Al Quran… sbb apa yg terkandung dlm Al Quran tu sgt kompleks..xkan dapat difahami dgn membaca shj..tapi perlu dgn bertanya pada yg pakar..
sbb tu kalo dilihat..agak ramai yg terpesong bila hanya sekadar membaca tafsir..sbb ketidakmampuan mereka utk memahami maksud tersirat dlm Al Quran..dan disebabkan bisikan syaitan..
jadi..harap admin dpt berhati hati ttg yg ni… lagi tinggi kehendak kita pada agama..lagi kuat gangguan syaitan pd kita..sgt2 kuat..so sentiasa la berdoa memohon perlindgan kepada Allah..moga dikuatkan hati dan iman.. Insya Allah..amin…
Salam saudara Alan.
Syukran di atas nasihat anda. InsyaAllah saya akan mendekati orang2 yang beriman dan bertaqwa.
Mengenai tafsir yang saya beli tu, boleh tahan baguslah sebab mana-mana ayat yang sukar difahami, akan ditandakan dengan nombor. Jadi boleh rujuk semula di bawah di mana mereka menjelaskan dengan lebih terperinci akan maksud ayat tersebut.
Setakat ini Alhamdulillah.
Dari blog Raja Kamil (yg memberi komen di atas tu) untuk renungan kita bersama:
Kenapa kita baca Al-Quran walaupun tidak memahami isinya?
Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya.
Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru
perbuatan Datuknya itu.
Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”
Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.
“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.
“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.
“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.
“Tak ada gunaya” bentak si cucu.
Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.
Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”
Aku suka surah berikut:
Al-A’la (Yang Maha Tinggi)
[1]
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -
[2]
Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;
[3]
Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);
[4]
Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,
[5]
Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering – (berubah warnanya) kehitam-hitaman.
[6]
Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu – dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,
[7]
Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.
[8]
Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.
[9]
Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
[10]
Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
[11]
Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
[12]
Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
[13]
Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
[14]
Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
[15]
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
[16]
(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
[17]
Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
[18]
Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -
[19]
Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.
Kill-Vearn´s last blog ..Tips Penjagaan Sistem Komputer
Salam bro.
Islam itu mmg mudah, & yg lebih penting dari buat, ialah istiqamah, iaitu berterusan membuatnya, walaupun sedikit. Itulah yg paling disukai Allah.
Cadangan saya, sdr istiqamahlah membaca quran & terjemahannya. buat target 1/2 mukasurat sehari. biar sedikit2, tapi berterusan. Klu dpt buat lebih lagi bagus, tpi yg minimum tu pastikan berterusan. InsyaAllah, itu adalah lebih baik.
(Saya ambil iktibar dari penulis buku travelog haji & travelog dakwah; prof kamil ibrahim…klu belum baca dptkn..bgus utk mereka yg ingin berubah =)
salam.
inksensei´s last blog ..Pelaku Maksiat, Hidup Tidak Tenang
baca, faham dan amlkan dalam setiap kehidupan… setiap perkara baik bila dilakukan dgn baik dianggap satu ibadat… terima kasih atas peringatan bersama…. sama2 hancurkan kezaliman..
syinrayafa´s last blog ..Menjadi kegilaan DSLR…
betul tu, kita seboleh-bolehnya kena la faham sebab bahasa arab tu bahasa orang islam, bahasa syurga. kalau dengar orang area timur tengah baca quran, takde lagu-lagu macam kita baca. diorang baca macam diorang bercerita isi kandungan al-quran tu kat pendengarnya. untungnya siapa yang faham dan mengamalkan ajaran al-quran. semoga kita akan menjadi hamba-Nya yang lebih memanfaatkan ajaran kitab sucinya, aminn..
miyuqiu´s last blog ..saya anak malaysia!!
Alhamdulillah…
mulakanlah,walau sekadar Al-Fatihah.Bak kata pepatah Arab
Bila dah faham,insya Allah kita amalkan =)
muhammad fakhruddin´s last blog ..Selingan : Nazak
teringat dengan sorang jiran…istiqomah nak belajar Qur’an wpun dah berumur dan lagsung tak kenal huruf hijaiyah. berkat kesabarannya beliau dapat membaca al-Qur’an wpun masih perlukan bimbingan.
salam bro..
tips utk jadi orang baik bukan glamor..
fikirlah diri jauh tersesat, keazaman tinggi kembali ke pangkal jalan..
fikirlah diri mcm orang munafik… keinginan bertaubat menghantui diri..
fikirlah diri spt pendosa besar…mengharapkan Allah beri kekuatan, hidayah dan keampunan..
fikirlah diri penuh kejahilan…, kehausan ilmu menekan qalbu..
fikirlah diri sarat kejahatan…. titisan airmata penyesalan bercucuran..
fikirlah diri disalai neraka jahanam… hanyalah Allah kita berserah
bergaullah dengan orang-orang mukmin.. nescaya Allah merahmati kita.. amin
[perantau alam]
Alhamdulillah~
semoga saudara admin dapat istiqamah dgn apa yang saudara hendak mulakan ni. saya faham ‘feel’ yang saudara dapat. sebab saya pun pernah rasa mcm tu dulu. saya juga pernah ‘hadiahkan’ diri saya sebuah tafsir Al-Quran yang mempunyai cover berbutang seperti diary berwarna merah-pink utk diri saya. tapi memang betul~ bila kita cuba utk lebih dekatkan diri dengan Allah s.w.t, maka lebih kuatlah syaitan akan mengganggu kita. jika dulu saya tidak pernah ambil peduli dengan cinta, tapi bila saya cuba mengubah diri saya dari seorang gadis tomboy menjadi muslimah, saya diduga dengan dugaan cinta. kisah ni akan saya ceritakan serba sedikit dlm entry baru yg sedang saya buat, bertajuk ‘tertinggalkan waktu’.
apa pun, saya setuju dengan pandangan Alan.
Untuk belajar dan mendalami tafsiran Al-Quran, saudara Admin kena cari guru. Jangan belajar sendiri. sebab bila belajar sendiri, bermakna kita belajar dengan syaitan…
Akuro San´s last blog ..UniKL Graduation Day 2009
setuju tu..bila kita belajar sendiri maka syaitanlh peneman kita…
al-Quran pemberi syafaat…
kalau kita ada keinginan InsyaALLAH…Allah akan permudahkan dengan syarat mintalah yakni…berdoa~
Alhamdulillahhh….
Mari sama2 membersihkan hati kita….
Saya kagum dengan ADMIN atas semua yg dipaparkan di sini..
cerita atuk d atas pun… menarik!
saya setuju… If nak tgu faham br bace mcm mana lakk.. kn.
nnt semua org jadikan alasan tamo bace ayt suci coz tak faham…
dah tahu x faham tu, pelan2 le blajar… ehe..:)
bljr je bahase arab. bleh la gk kalo nk phm bc quran tu. skit2 la.
xlanxdiablox´s last blog ..A letter from a Christian to Muslim women
cool ah kau
tabik ah wei
tp pblemnye aku tak tau mcm mana nk gne tafsir.
kta baca satu ayat al-quran lepas 2 bca maksud dier atau baca semua sekali then bru bca maksud?