Antara fakta saintis barat dan fakta Al-Quran

Fakta Saintis Barat

1. Jarak diantara Nabi Adam dan kita cuma diantara 10000-20000 tahun dan fossil manusia perempuan tertua dijumpai berusia 4.4 juta di Ethiopia.
2. Manusia dahulu hidup bercawat, tidak tahu memasak, bertani dan tinggal didalam gua (tidak bertamaddun).
3. Manusia dahulu tidak mempunyai bahasa dan berpakaian tidak sempurna.
4. Manusia berevolusi melalui pelbagai zamanà ais/batu

Fakta Al-Quran-1

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar”. Malaikat itu menjawab: “Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

(Al-Baqarah- Ayat 30-34)

BERDASAR AYAT DIATAS BODOHKAH MANUSIA PERTAMA YG BERNAMA ADAM ITU. KEPANDAIAN BELIAU TENTANG BUMI MELEBIHI MALAIKAT DIATAS KUNIAAN ILMU ALLAH.

Fakta Al-Quran-Kisah Habil dan Qabil.

Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama “Iqlima”, kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama “Lubuda”. Kerana Qabil tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yang dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yang meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhak menentukan pilihan jodohnya.

Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil dan gandum Qabil di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu.

BERDASAR KISAH DIATAS MASIH BODOHKAH MANUSIA GENERASI KEDUA SEHINGGA MEREKA MAMPU MENTERNAK HAIWAN DAN TERLIBAT DIDALAM BIDANG PERTANIAN GANDUM? BUKANKAH ITU HASIL DIDIKKAN ILMU DARI MANUSIA PERTAMA YAKNI NABI ADAM A.S YG JUGA MENDAPAT ILMU DARI ALLAH S.W.T JUGA.

Fakta Hadith Hadis al-Bukhari yang berbunyi : Abu Dzar telah meriwayatkan: saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah masjid yang pertama dibina di atas muka bumi ini?, Rasulullah SAW menjawab: “Masjid al-Haram”, saya bertanya lagi: “kemudiannya…?”, balas Rasulullah SAW: “Masjid al-Aqsa”. Saya bertanya lagi: “Berapakah jarak di antara keduanya (tempoh dibina kedua-duanya), balas Rasulullah SAW: “empat puluh tahun, di mana sahaja kamu dapat bersolat pada keduanya, maka bersolatlah (di sana), di sana ada kelebihan (untuk mereka yang bersolat di kedua-dua masjid tersebut)”.

MASIH BODOHKAH MANUSIA PERTAMA ITU WALAUPUN DIDALAM ILMU PEMBINAAN.

Fakta Sejarah Islam Nabi Idris dianugerahi kepandaian dalam berbagai disiplin ilmu, kemahiran, serta kemampuan untuk mencipta alat-alat yang dapat mempermudahkan pekerjaan manusia, seperti pengenalan tulisan, matematik, ilmu astronomi.

SEDARKAH PEN, TULISAN, HURUF, ANGKA, DAN ILMU CAKRAWALA ITU ADALAH HASIL TAMADDUN MANUSIA DAHULU LAGI YG KAMU KATAKAN BERCAWAT ITU. MASIH BODOHKAH MANUSIA TERDAHULU ITU?

Sekarang terserah kepada anda sendiri. Fakta mana mahu dijadikan pegangan aqidah/iman. Jika kamu jadikan Saintis Barat kiblat kamu kerana kemampuan mereka menonjolkan teknologi untuk meyakinkan kamu terserahlah. Tapi bagiku, mukjizat AlQuran itu lebih hebat drpd segalanya. Hati hati dengan program National Geography yang terkadang menyesatkan.

+ Original post at here.

75 thoughts on “Antara fakta saintis barat dan fakta Al-Quran”

  1. tahniah di atas usaha dakwah anda..semoga sentiasa dirahmati ALLAH SWT.semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.amin

  2. melalui saifulislam.com, adakah ia berpendapat ada makhluk sebelum adam.. Bukan ada ialah manusia pertama di ciptakan? mengenai fossil penemuan itu boleh di persoalkan. Seperti juga dinasour, tamadun barat menggambarkan ia wujud dan mempunyai sekian-sekian rupa, sedangkan mereka sendiri tak pernah berhadapan dengan makhluk fantasi mereka itu. Sains memang tak boleh di tolak, kerana sebahagian ilmu sains itu ilmu islam, tetapi sains yang di fiksyen kan harus di tolak.
    Arip´s last blog post ..LCD Cleaner

  3. Bagi sy..orang zaman dulu mmg ada yg tak bertamadun…di mana sy percaya diorang (anak cucu nabi Adam) atas sebab2 tertentu terbiar seorang diri ketika kecil (mungkin 3,4 tahun) di sebuah tempat yang tiada orang…

  4. Ada yg tidak bertamadun seperti sstgh kaum yg memenggal kepala dan memakai cawat seperti kaum amazon atau pun kaum dayak di borneo. Diorang baru jumpa ketamadunan tidak sampai 200 tahun. Jika diorang pernah ada tamadun, maka tidak sepatutnya kaum2 ini masih memakai cawat, memenggal kepala manusia, memakan hati mush2 mereka?

  5. Salam. Saya setuju. sebagai umat islam kita sepatutnya berpegang teguh kepada kitab suci Al Quran. Jangan terlalu percaya kepada ilmu barat yang boleh membawa kepada kesesatan. Semoga kita semua dapat menjadi orang2 yang bepegang teguh kepada kitab Al Quran.

  6. sepatutnye zaman sekarang sejarah kene ajar budak2 ni bermula zaman nabi Adam..sbb itu permulaan sejarah manusia…bkn zaman mesopotamia, neolitik, bla bla yg aku slalu failed nak hafal…hahaha…cite dongeng sokmo….

  7. @alif: boleh ko berikan sumber rujukkan untuk point ko tu ke? bukan menafikan lah..tapi ayat-ayat u tu lebih cenderung kepada penghinaan untuk kaum dayak.
    setiap tamadun ada perbezaannya yang tersendiri.tak kira la macam mana pun cara hidup, kepercayaan, ekonomi, kebudayaan dan teknologi. jika kita mengatakan kaum dayak tiada tamadun, even tinggal dalam gua juga telah dibuktikan dengan wujudnya ketamadunan di borneo. ingat tak sejarah form 1 dalam buku sejaran ada menyebut tentang antara penempatan terawal manusia wujud di Malaysia dijumpai di Gua Niah.

    kita pecahan dari 1 keturunan yang mana saya percaya kita terbahagi begini kerana keangkuhan kita pada Zaman dahulu.refer to kisah pembinaan pyramid.malaikat diturunkan dan kita diajar bahasa berlainan. fyi, i’m dayak dan I tak bercawat.sorry kalau buat orang lain tersinggung..just my 0.009 cent

  8. artikel yg menarik.. cuma cabang ilmu itu luas. kita tak boleh menolak semua ilmu di barat dan kita juga tak boleh terima semua ilmu tersebut. rujukan utama adalah al-quran sebagai panduan kita dalam menuntut ilmu supaya tidak sesat. dalam teori evolusi pun kita tak boleh tolak 100% kerana sebahagianya boleh diterima dan tak lari dari fakta islam. manusia dari beruk memanglah tak boleh diterima. dari aspek lain, tumbuhan juga mengalami evolusi.

  9. Salam,

    Islam dan Sains harus bergerak sejajar, kerana Sains salah satu cabang ilmu. Kalau sesiapa membaca artikel penulisan Ustaz Hasrizal di saifulislam.com tentang Adam-Adam sebelum Adam, kita akan tahu yang teori evolusi sangat luas.

    Sebagai contoh, mengapa malaikat tanya kepada Allah sewaktu Adam diciptakan, “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”

    Ada kemungkinan dimana manusia telah diciptakan sebelum Adam (Adam2 sebelum Adam), yang mana tidak sempurna pemikirannya, hidup berbunuh-bunuhan, pakaian tidak sempurna etc. Kemudian, setelah generasi demi generasi, Nabi Adam diciptakan, yang mana lebih baik dari segala kejadian. Ini sejajar dengan penemuan2 manusia pada zaman2 batu sebagaimana yang kita belajar di sekolah, sebelum Nabi Adam diciptakan.

    Just my 2 cents.

  10. setahu saya masjidil haram dibina oleh Nabi Ibrahim bukan Nabi Adam…correct me if iam wrong…

  11. evolusi pon ade pelbagai jenis…micro evolusi atau pn variasi kte bole terima kerana sudah terbukti dan diperhatikan… macro evolusi pula yang mengatakan semua benda hidup dtg dr satu benda dan tidak pula diperhatikan…cume bersandarkan teori2 dan hipotesis saintis….teori ni bkn mengatakn manusia asal drpd beruk tetapi mempunyai common ancestor dgn modern ape yg skrg ni…yang ini yang kte xbole percaya sgt…byk bole dipertikaikan….ttp then again kte hanya makhluk…mcm dlm website saifulislam.com tu kata Allah memberi ingatan ‘AKU MENGETAHUI APA YANG TIDAK KAMU KETAHUI’…..maka bukalah minda utk kemungkinan2….asalkan tidak lari dr Al Quran…Cume dlm artikel ni klu lagi cantik di jawab dlm point form jgk stp satu fakta barat tu….klu nak buktikan kte benar maka kene buktikan point2 mereka salah….wallahualam…

  12. Assalamualaikum..Cme nk perkatakan sesuatu..klau sy t’silap, hrp sesiapa blh betulkan ye.

    Saya kacak..
    Nak tnye, bukankah dh ditulis dlm Al-Quran, manusia pertama yang diciptakan ialah Nabi Adam? Jadi mcm mne blh timbul isu yg wujudnye manusia sbelum Nabi Adam yg dikatakan tidak bertamadun itu? Maafkan sy klau tsilap atau terkasar bhsa.
    Cme satu persoalan itu yg terdetik dlm hati sy :)

  13. kitab Al-qur’an telah merakamkan perkara/perihal yng telah berlaku dan merakam segala yang akan/bakal terjadi. jadi kenapa ingin mempelajari segala ilmu dari barat??? ternyata mereka orang- orang yang dimurkai dan orang orang sesat.. jadi ana ingin bertnya siapakah org yng paling hebat dimuka bumi??? adakah orang yahudi? orang kristian?? tidak lain dan tidak bukan ialah Nabi Muhammad S.A.W dimana segala ilmu ada padanya iaitu strategi peperangan, dakwah , pentadbiran negara , secanggih2 ilmu ada padanya.. orang barat yang kononnya org pertama telah sampai ke bulan sama ada tipu atau benar, kerana masih ada ralat pada gambar yng di ambil..
    pihak barat ingin kita(orang islam) percaya bahawa mereka org pertama jejak kaki kebulan.. sedangkan Nabi Muhammad S.A.W membelah bulan jadi dua bahgian dan memasuknya ke dalam lengan baju kiri dan kanan. kemudian mengembalikannya pada asal. selain itu, wajib org beriman percaya bahawasanya Rasulullah S.A.W telah sampai ke langit yng ketujuh bertemu Allah Maha suci. Rasulullah telah mengembara ke segala Alam , alam malaikat ,alam syurga, alam jin dan selebihnya, itulah orang paling hebat di dunia tiada yng hebat selain rasulullah kekasih Allah.. org2 barat hnya dpt mengembara alam dunia yng fana tidak pernah melepasi langit-1 dan mereka hanya mampu dpt melayari alam maya internet, itulah kemampuannya.. org kafir hnya ada ilmu dunia sahaja tidak pada semua orang islam yang mempunyai ilmu Akhirat yng kekal abadi, walau sebodoh manapun org mukmin tentang ilmu dunianya tetap orang islam paling hebat kerana ada ilmu akhirat, bekalan utk di akhirat..
    oleh itu jangan mudah terpesong dgn pihak barat/kafir

  14. Salam Nur Zana,

    sesungguhnya pengetahuan saya sangat limited. Ini petikan yang diperoleh dari saifulislam.com:

    “Al-Mas’oudi menjelaskan bahawa terdapat 28 umat yang telah dicipta di muka bumi sebelum Adam. Mereka terdiri daripada flora dan fauna serta Ummah yang agak menyerupai Bani Adam. Umat ini bercampur dan berinteraksi hingga membawa kepada berkembangnya mereka kepada 120 umat.

    Al-Thabari juga menyatakan di dalam Tafsirnya bahawa kesemua hidupan diciptakan sebelum penciptaan Adam.

    Al-Maqdisi menjelaskan bahawa terdapat 3 Umat yang utama di dunia sebelum Adam iaitu dua daripadanya terdiri daripada kaum Jin. Manakala kaum yang ketiga adalah golongan yang berbeza dari Jin kerana mereka ini berdaging dan berdarah. Golongan ketiga ini adalah mereka yang dimaksudkan sebagai “man yufsidu feehaa wa yasfiku al-dimaa’: golongan yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah” seperti yang diulas oleh Malaikat di dalam ayat al-Quran 2: 30.

    Ulasan-ulasan al-Mas’oudi ini memperlihatkan bahawa persoalan tentang hal ehwal pra-sejarah telah pun dibahaskan oleh para Ulama’ jauh sebelum munculnya di Eropah, debat evolusi pada kurun mutakhir ini. Ulama Islam sudah menyentuh bidang ini 10 kurun sebelum ia diperkatakan di Eropah.”

    Untuk artikel penuh, boleh click di link ini: http://saifulislam.com/776

    Pendapat saya, manusia pertama yang dimaksudkan sebagai Nabi Adam adalah utk menjadi khalifah di bumi, bukan kepada golongan yang mungkin menyerupai manusia (yang termasuk dalam 3 umat diciptakan sebelum Adam, sebagaimana yang diperkatakan oleh Al-Maqdisi).

    Apa2 pun, kita tidak boleh menyempitkan pandangan kita dgn sebarang kemungkinan, malah Sains dan Islam saing berkait rapat. Begitu juga dengan Sejarah.

    Kekhilafan ini pun menunjukkan ilmu kita sangat terhad. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. :)

  15. wahai rakan2 sekalian seagama dengan ku.. marilah kita berfikir..kita sama2 belajar,mencari ilmu yg berguna utk kehidupan kini n masa akan datang..apakah akan terjadi sekiranya ilmu yg ada kita tidak guna kan sebaik2 nya..mahupun di pandang enteng oleh kita.. adakah apa yg kita usahakan, baca,tonton dan dengar adalah benar2 belaka?? marilah kita berpegang teguh dgn Al-Quran dan As-sunnah.insyaALLAH kita xkn sesat.. seperti yg ada di dlm saifulislam.com..agak membimbangkan sekiranya org seperti saya yg iman tidak la seberapa kuat dengan pengetahuan yg cetek jika di bandingkan dengan saudari saudari sekalian..tp adakah ada Adam sebelum Nabi Adam?? adakah tercatat dlm Al-Quran?? dan setelah saya membaca kehabisan blog saudara saifulislam.com..berpendapat..biarlah kita bertanya lagi dengan para ulama yg pakar. bukan apa..seperti yg kita tahu..TEORY..PEMIKIRAN?? apakah maksudnya?? itulah dikatakan pemikiran manusia..pemikiran berdasarakn logika semata2.. wallahu alam

  16. Saya banyak membaca kitab2 tafsir dan ade sebahagian(tidak tahu majoriti atau tidak, saya tak pulak baca semua kitab tafsir kat bumi ni) yang mengatakan bahawa maksud ayat Al-Quran seperti di atas iaitu “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), ” adalah ‘key’ kepada wujudnya makhluk lain hampir sama(hampir saja, tidak sama) seperti manusia yang berbapakan Adam. Sebab itu ade fosil Perak men, Wanita Etopia, Dinosour dan lain-lain yang sudah terbukti secara saintifik wujud berjuta2 tahun dahulu. Harap pengarang baca buku lebih sikit, kalau saudara kata takda ‘makhluk’ seakan2 manusia macam wanita 4.4 juta atau Perakman itu saudara kena buat research saintifik yang menyatakan teori masa menggunakan atom carbon adalah salah sama sekali. Sekian….

  17. Nabi Adam lah manusia pertama yg dicipta Allah S.W.T , ia telah pun disebut di dalam Al-Quran .. berpegang teguhlah dgn Al-Quran dan As-sunnah, InsyaALLAH kita xkn sesat…

  18. jika kita asal keturunan beruk…
    kanape orang hutan wujud lagi..
    DNA kita dengan orang hutan ialah 90% sama…
    jika manusia berevolusi…
    kenapa orng hutan x berevolusi menjadi manusia….

  19. perlu diingatkan bahawa bukanlah kesahihan fakta itu yang menjadi keutamaan. Saya tegaskan begini kerana sama ada ia dilihat dari tafsiran kepada teks agama, atau pun kepada pencapaian sains itu sendiri, persoalan-persoalan ini masih dibanjiri oleh hipotesis.

    Malah jangan lupa kepada ingatan Allah bahawa “AKU MENGETAHUI APA YANG TIDAK KAMU KETAHUI”.

    Pengetahuan kita ada batas-batasnya.

    Namun apa yang menjadi keutamaan kita ialah, persoalan idea berkaitan dengan evolusi biologi, dan adanya idea tentang berkemungkinan wujudnya kehidupan dan ‘adam’ lain sebelum penciptaan Adam, mempunyai ruang untuk ia dikaji oleh Muslim. Ini akan menghindarkan pelajar Sains daripada dibelenggu rasa bersalah yang tidak perlu. Semata-mata kerana menyangkakan bahawa evolusi menyalahi Islam.

    Walhal, prinsip-prinsip evolusi sudah pun ada di fikiran ahli sejarah Muslim seawal kurun ke-10M. Jika ia diterima sebagai subjek yang berharga untuk dikaji oleh umat Islam, mengapa pula hari ini kita mengambil pendirian mudah bahawa ruang perbincangan mengenai hal ini sudah terkunci. Evolusi bertentangan dengan Islam, 100%!

    Apa yang membimbangkan saya ialah, sikap orang agama terhadap isu-isu seperti ini akan menimbulkan masalah sebagaimana pemuka agama Kristian yang sombong, telah membiakkan manusia sains yang menjauhi agama. Soal agama mereka betul atau salah, tidak sempat untuk dibicarakan kerana sikap sombong dan simplistic minded mereka telah menyebabkan agama tidak lagi dilihat sebagai sumber kebenaran.

    Manusia beralih kepada sains kerana muak dengan kelakuan orang agama yang jumud.

    artikel penuh di sini, http://saifulislam.com/776 (Adam-Adam sebelum Adam)
    fasha sandha insaf´s last blog post ..100 sebab kenapa Allah wajib disembah

  20. Alhamdulillah umat islam berinteraksi tanpa ada masalah emosional tentang hal ini. Hujjah At-Tabari melalui kitab tafsirnya menunjukkan dalil tentagn kewujudan flora dan fauna yang disediakan sebelum kedatangan Nabi Adam ke bumi yang kita kenali ini. Dan sememangnya manusia pertama adalah Nabi Adam, tiada sangkalan lagi dengan dalil Al Quran.

    Malah Islam merupakan agama yang bersandarkan pada dalil dan inilah menyebabkan ianya syumul dan sentiasa sesuai. Sains juga mengikut lunas ini dan kerana itulah banyak cendekiawan Islam yang menerajui bidang sains antaranya botani, astronomi, perubatan dan kimia serta matematik. Cuma beza ahli sains di zaman kegemilangan Islam seperti Ibnu Sina, Ar Razi dan yang seangkatan berbanding saintis Barat seperti Charles Darwin ialah rujukan mereka. Charles Darwin tiada Al-Quran.
    Rasanya teknik pengiraan ukur masa secara carbon dating boleh diterimapakai. Teknik bone reconstruction dalam pengkajian sejarah sebagai forensic archaeology mampu meneka rupabentuk makhluk dengan agak tepat untuk kita mengenal lebih kurang tentang hidupan lampau seperti dinosaur. Dan perkataan umat seperti mana yang difahami oleh At-Tabarani bukanlah terhad seperti mana kita mungkin fikirkan. Kalau kita, umat cenderung kepada manusia. Namun lihat di zaman Nabi Sulaiman, ada umat haiwan, umat jin dan sebagainya.

    Cuma dari segi teori evolusi, tanpa rujukan Al-Quran, saintis Barat mungkin terkeliru dengan penemuan rangka hidupan sebelum Nabi Adam dan cuba mengaitkan/memuatkan antara umat yang bukan manusia dengan manusia yang ada selepas Adam. Kalau berpandukan Al-Quran, jelas kedua-duanya wujud tetapi bukanlah dari satu aliran keturunan yang berubah secara evolusi.
    Dalil sekarang pun masih wujud. Cuba lihat rangka dugong dan bandingkannya dengan rangka manusia. Dugong dengan 5 tulang jari yang diselaputi kulit dan membentuk sririp sama dengan rangka tangan manusia. Namun kita pun bukan satu keluarga kan?
    Saintis barat memang tersilap namun untuk menolak sains yang asalnya dari Al-Quran hanya akan menyebabkan kita menjadi penganut satu agama mistik, sama seperti sesetengah pengikut Katolik. Sedangkan kita sebenarnya diberi hidayah untuk memiliki Ad-Din.

  21. Bila mana kita berbicara soal Islam dan Allah, jgnlah sesekali kita menggunakan logik akal krn takut kita tersesat..akal kita tidak akan mampu untuk memikirkan semua ciptaan dan kejadian Allah..sebagai umat Islam yg beriman kita wajib percaya kepada semua kejadian Allah..
    rangka_tulang´s last blog post ..Adam 1st Time Ke Genting Highland

  22. salam..

    saya rasa setiap org ada pendapat masing-masing..dan ilmu kehidupan itu telalu luas untuk diterjemahkan dan ditafsir..dan pendapat saya tak ada seorang yang betol dan ada orang yang salah kerana jika kita mengetahui setiap benda di dunia ini melalui manusia yang lain, saya rasa pengetahuan itu masih tidak cukup.

    Allah telah berdialog dengan kita semua melalui Al-Quran dan terpulang kita membaca Al-Quran itu melalui mata kasar atau mata hati. Dan berdialog yang saya maksudkan disini adalah menerusi mata hati yang saya kira akan dapat sekiranya kita mambaca Al-Quran itu dengan menggunakan mata hati.

    Beringatlah kita bahawa kita cuma mampu menyampaikan sesuatu perkara mengikut akal fikiran kita dan selalunya untuk kepentingan kita. biarlah hidayah itu datang dari Tuhan iaitu Allah s.w.t. Jangan kita memarahi org lain sekiranya mereka tidak dapat menerima pendapat kita.

    Dan jangan takut untuk berbicara pasal Agama kerana itulah yang ditutut dalam islam untuk medapatkan kebenaran dan mencari jalan kepadaNya..

    Salam kepada semua sahabat..

  23. sekarang saya berumur 34 tahun…ketika di sekolah menengah dahulu (kan ada belajar kat sekolah tentang zaman paleolitik, mesolitik, neolitik,etc), ada saya tanyakan pada ustaz di sekolah tentang perkara ini…dia jawab pendek jer, “awak nak percaya quran ke, nak percaya saintis?”…
    bermula pada tu, saya dah tak pernah tanya siapa2 dah…
    hari ini, dengan teknologi internet, saya bertemu balik persoalan ini…wallahualam.

  24. Percayalah kepada Al-Quran dan Sunnah….hal2 duniawi ni…kita ambil sbg sekadar ilmu pengetahuan dunia…jgn terlalu mempertikaikan dan mempersoalkan kerana Allah boleh melakukan apa saja yang ada di dunia ini…yg paling penting kita membuat amalan baik utk balasan yg baik di akhirat kelak…Wallahualam…..

  25. assalamualaikum..maaf kalau permintaan sy ni xde kaitan dengan post anda kali ni..tapi,sy teingin sgt nak baca kisah2 tentang tokoh2 wanita islam zaman Rasulullah SAW..harap dapat dikongsikan di ruangan ini..thanks..

  26. Assalamualaikum. Kalau xsalah saya, Masjidil Haram dan Masjid Al-Aqsa dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. Bukan Nabi Adam a.s. Harap diselidiki jika saya salah dan diperbetulkan jika kamu salah.

  27. Pembetulan kepada Cikgu
    Walaikmslm,nabi org pertama yg bina Masjidil Haram dgn Al Aqsa
    manakala Nabi Ibrahim yg membina balik masjid 2..

  28. memang pun .sejarawan Barat mengambil ilmu dari org Islam yang bijak pandai terdahulu.mereka gunakan ilmu tersebut untuk mengbangkitkan nama mereka,walhal,segala ilmu diturunkan oleh Allah SWT kpd Nabi Adam terdahulu dan diturunkan pula pada keturunan beliau.Allah SWT menciptakan manusia pertama di atas Bumi ini,ialah untuk menyembahNya dan mencari ilmu dunia akhirat sebanyak yg mungkin.jadi Allah tidak menciptakan manusia tiba-tiba jadi bodoh mcm kajian barat.anda semua fikirkan ,kalau lah kita ini keturunan monyet yg duduk di gua seperti dinyatakan oleh org barat,kenapa dlm hadis mengatakan Allah menciptakan Nabi Adam dari tanah.kemudian sedikit tulang belakang Nabi Adam dijadikan pula pasangannya iaitu,Hawa.kemudian lahirlah anak mereka dari setitik mani Adam.dan selanjutnye.Wallahhu’alam.adekah asalnya kita ini MONYET tuan-puan? fikirkan.org barat akan sentiasa mencuri ilmu org Islam untuk dimanipulasikan.dan dijadikan hak mereka.padahal semua kebenaran adalah hak milik Allah dan diturunkan kpd hamba-hambaNya melalui al-Quran.sekian.

    ps: kalau tersilap taip, maafkan saya.inilah ilmu yg saya dapat.selebihnya hanya Allah yg tahu.wallahhu’alam. :)
    nor´s last blog post ..Dahsyatnya Hari Pembalasan (kiamat) dan ketika di padang Mahsyar

  29. jgn kite asyik mmpersoalkn kajian pihak luar sdgkn kite x benar2 memahami Islam sebenar. aku rase aku bodoh, kene byk belajar lg. kite dh jauh tertinggal dlm kemajuan jg rohaniah sbb gejala rasa diri dh pndai. x nampak dah ape kelemahan,

  30. Teori Evolusi Tinggal Kenangan, Satu Argumen saja Teori ini sudah bisa dibantahkan…, Klau memang evolusi itu ada? (dinasaurus jadi reptil atau kera jadi manusia) tentunya akan banyak sekali fosil antara/transisi sebelum berubah bentuk yang ditemukan!! kenyataannya tidak, Ilmuan mereka bentuk dinosaurus dari sedikit bukti fosil ditambahkan fantasi maha tinggi… dinasourus diciptakan Allah, Begitu Juga Reptil dan Mahluk Lainnya….., negara besar selain amerika sudah tidak lagi mengajarkan teori ini disekolah2 mereka…

  31. wah mcm2 commment da,tq tuk sume yg bnyk bg info,sbb bnda ni dh lma mnjadi tnda tny dlm diri

  32. EVOLUSI???
    ianya satu teori terbodoh dalam sejarah kemanusiaan!!!

    Darwin @ manusia terbodoh dalam sejarah…adalah pengasas yang mahu memusnahkan agama Islam… hati2 dengan ilmu sesat ini…

  33. Someone essentially help to make significantly articles I’d state. That is the very first time I frequented your web page and to this point? I surprised with the analysis you made to make this particular post amazing. Wonderful process!
    YOUR CSR DEVELOPMENT PARTNER´s last blog post ..1

  34. Salam semua, sebenarnya al-Quran dan kajian santifik ada persamaannya, cuma kita sahaja yang masih belum menemuinya.. tentang nabi Adam, adalah umpama seorang profesor yang terhempas kesebuah hutan belantara. Walaupun ilmunya luas, tetapi tulang empat keratnya itulah kudratnya. nabi adam manusia macam kita juga, usahanya pun macam kita juga. bumi bukannya syurga. semua perlu usaha untuk mendapatkan sesuatu. bahkan untuk mendapatkan sehelai baju pun tak mampu dibuat dengan tulang empat kerat diri sendiri. itulah realitinya. masjid yang dibuat oleh baginda juga bukanlah macam masjid kita. Keaadaan pada masa itu primitif hanya pada keaadaan, bukan pada akal… bila anak cucunya semakin membiak, barulah wujudnya umat dan kaum… Fakta ini tidak menyalahi sains dan alquran…

  35. Apa yang ana faham ialah Adam itu merupakan “new breed of human”. Kalau tak pernah wujud manusia di bumi ini sebelum Adam, masakan malaikat akan bertanya kepada Allah … “Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah , padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”

    Ini bermakna, malaikat sudah pernah melihat manusia purba di bumi ini yang sentiasa begaduh dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Tengkorak dan tulang2 manusia primitif inilah kemungkinannya yang dijumpai di gua-gua dan berumur lebih dari sejuta tahun.

  36. Assalamualaikum kawan,
    Gw membaca sepintas opini opini kalian semua bagi gw ngga ada yang salah semua bebas untuk mengemukakan pendapat dan analisa masing. . . Sayangnya gw ngga melihat ada pemikiran yang melambung keluar bumi yang kita tempati ini. ..
    Gw yakin semua tahu bumi hanya setitik terkecil diplanet yang mengelilingi matahari sedangkan tata surya begitu banyak galaksi , jutaan bintang dan tiap bontang memiliki planet yang mengelilinginya.,
    Apakah kawan semua tidak berpikir Allah menciptakan alam semesta ini begitu luas tanpa batas dan hanya mengisi manusia di satu planet saja?
    Hmmm,
    Dalam Alquran Allah sudah memberikan clue nya gw lupa surah dan ayatnya artinya seperti ini “Apakah kamu mengira dapat menembus langit , sesungguhnya kamu sekali kali tidak akan dapat menembusnya kecuali dengan ilmu”
    . . . .hmmm,
    Kalian semua tahu dunia non muslim malah yang melakukan ayat diatas . . Dengan ilmu dengan tehnologi . . Mereka telah bahkan mulai mengexplorasi jagat raya. . . .
    . . .Dan bagaimana, dunia muslim? Anda tau sendiri jawbannya
    .,
    Gw yakin kita ngga sendiri di jagatraya ini. . . Bagaimana dengan Kawan kawan semua?

    Wassalam
    anchiels

  37. ada diceritakan dalam al quran masyarakat yg ingkar telah disumpah menjadi beruk…. apakat tiada kemungkinan beruk2 itu telah berevolusi kembali menjadi manusia? sekadar pendapat selagi tidak tergelincir dari AQIDAH……

  38. Ini mengikut sedikit pembacaan saya, ada bbrp sbb kenapa teori evolusi tidak dapat di terima:
    (1) Species perantara tidak di jumpai contohnya ular bersayap, ikan berkaki 4 berlari2 anak di dasar laut, atau zirafah bersayap yang berterbangan, jgn kata binatangnya, fosilnya pun x de
    (2) Evolusi adalah peralihan dr bentuk amoeboid yg ringkas kepada struktur yg kompleks spt mata kumpulan pada lebah, tetapi haiwan prasejarah ada juga yg mempunyai struktur mata dan saraf yang kompleks dan binatang zaman sekarang seperti bakteria masih mengekalkan struktur yang ringkas.
    (3) Jika evolusi benar haiwan2 dan manusia juga akan terus terevolusi, contohnya org di bandar mungkin mempunyai epitelium bronkus yang berlainan dgn org yang tidak terdedah pada asap yang banyak, tp epitelium brokus kita sama saja, kalau kita isap rokok dia berubah sket, klu kita berenti dia berubah balik .. or else berubah terus dapat kanser.
    (4) fosil utk missing link species masih tidak dijumpai i.e. species yang menyambungkan diantara spesies2 prasejarah dan moden.
    kebanyakkan pengkaji telah menolak teori evolusi ini dan membentuk teori bari iaitu spesies2 ada yang pupus dan ada yg baru wujud tp bukan terevolusi.
    Saya berpendapat teori evolusi di dalngkan oleh encik charles darwin cumalah utk menyedapkan hati dan menghalalkan perhambaan dan layanan terhadap hamba, kerana ia telah jadi perniagaan yang menguntungkan di samping mengikis akidah islam kepada keturunan hamba2 mereka. Justifikasinye adalah hamba dari afrika adalah manusia yang lebih primitif jadi di bolehkan utk di layan seperti haiwan ternakan.
    Nabi Adam a.s adalah bapa kepada semua manusia, jadi pendapat saya apa yang di ciptakan sebelum nabi adam as bukanlah manusia. wallahualam. Isotop karbon memang di anggap tepat tp sama seperti kebanyakan pengiraan yang ekstrem ia cumalah ekstrapolasi matematik mengikut hukum2 tertentu. Jika isotop karbon ini berubah kereaktifannya atau menjadi dorman dalam pada satu2 masa atau keadaan pon kita x tau, yang penting jgn terima saja semua yang di bawa oleh barat, mereka ini saya lihat membina negara mereka dari penipuan2. Orang islam mesti kritikal dlm analisis. Dekat pada agama. Jgn jadikan agama alat utk mencapai teknologi yg maju atau kemuliaan sosial, dekatlah pada agama untuk keredhaan ALLAH, dgn ganjaran dunia atau tidak, dan bersumpahlah serta perbaharui sumpah, mati dan hidup kita hanya untuk ALLAH, segala yang kita buat kerana ALLAH bukan kerana technology advancement, bukan kerana knowledge superiority dsb tp kerana kita hidupuntuk ALLAH dan kelak kita mati mengadap ALLAH. sekian. my ten cent.

  39. Salam,

    Perkara ini pernah dibahas di dalam kelas Pengajian Islam dan Social Pyschology semasa saya masih belajar di kolej. Baik Teori Evolusi Charles Darwin dan juga mengenai samada adanya manusia lain selain Nabi Adam a.s.

    Penysarah Social Psychology saya mengatakan Teori Evolusi Charles Darwin has been nulled kerana terdapat pelbagai kajian saintifik yg berkaitan dengan asal kejadian manusia. Terbaru kajian DNA manusia dilakukan dengan DNA burung merak. Hasil nya adalah lebih dekat berbanding orang utan iaitu hampri 96%. Sungguh ! Ianya menjadi bahan jenaka sekelas ketika itu. Kemudian para saintis menyimpulkan asas alam semesta adalah dari Air. Untuk lebih mudah mengambarkan perkara tersebut beliau melukis pokok yg berakar dan berdahan serta beranting. Dahan yang sama mempunyai ranting yang berbeza akan menghasilkan daun/buah/bunga yang berbeza…yang mana asas bagi semua hidupan adalah Air. Seperti yang kita maklum kajian sains membuktikan dengan kadar peratusan Air yang tinggi didalam badan kita. Pada saya…hasil kajian Sains ini membuktikan kebenaran dalil Al-Quran… Selain itu kajian saintifik juga membuktikan kebenaran lagi satu dalil Al-Quran melalui juga kajian DNA dengan mengambil DNA correspondence secara rawak diseluruh dunia mengatakan bahawa ”the DNA of the males correspondence were similar to a man in Africa and for the DNA of the females were similar to a woman in India’…berdasarkan pengetahuan saya Nabi Adam a.s diturunkan di suatu kawasan dalam wilayah Africa sementara Hawa pula di suatu kawasan dalam wilayah India. Walaubagaimanapun masih tiada dalil yang jelas berkenaan tempat turunnya Nabi Adam a.s dan Hawa.

    Didalam kelas Pengajian Islam pula ustaz saya turut membicarakan dalil seperti petikan diatas dimana dialog diantara Allah S.W.T dengan malaikat yang tidak setuju dengan keinginan Allah S.W.T untuk menjadikan seorang khalifah/orang yang merosakan bumi serta saling bermusuhan. Pada saya penemuan fosil yang hampir menyerupai manusia yang berusia lebih kurang 4.4 juta tahun itu lebih membuktikan kebenaran dalil tersebut, bahawa betapa benarnya Al-Quran dan ingin membuka mata manusia bahawa Al-Quran yang diturunkan itu adalah ‘words of ALLAH’. Mana mungkin manusia pada zaman Nabi Muhammad S.A.W begitu prihatin untuk mencari rangka/fosil serta mengkaji dengan ketiadaan perkakasan seperti hari ini untuk membuktikan kebenaran dalil Nabi Muhammad S.A.W. Jika sekiranya pada zaman jahiliyah itu mereka mampu membuktikan kebenaran wahyu dari Nabi Muhammad S.A.W sudah pasti mereka juga akan mengucap dua kalimah syahadah.

    Manusia sekarang begitu dilalaikan dengan pelbagai perkara sehingga hal-hal sebegini dianggap begitu remeh pada mereka. Oleh kerana sikap mereka ini, mereka alpa terhadap keagungan ALLAH S.W.T. Sekalipun sains membuktikan kebenaran Al-Quran selagi kita tidak mengubah sudut pandangan kita terhadap sesuatu perkara. Tiada apalah yang akan berubah.

    Dan tidak ada salahnya jika kita terus mengkaji menerusi pendekatan sains yang sejajar dengan Al-Quran kerana setiap yang diperintahkan serta setiap yang dijadikan oleh ALLAH S.W.T itu adalah untuk kebaikan kita. ALLAH S.W.T pernah berfirman ”dan tidaklah aku menjadi kan sesuatu itu dengan sia-sia”.

    p/s : saya juga masih cetek pengetahuan dan saya menulis disini adalah untuk berkongsi maklumat. Jika salah sayah minta perbetulkan dan jika ianya benar saya minta sama-samalah kita sebarkan kebesaran ALLAH S.W.T, AL-QURAN serta RASUL ALLAH – NABI MUHAMMAD S.A.W sebagai penyampaiNya

  40. nie semua keja org kafir lah putar belit sejarah…perkara yg sebenar dorg sorokkan maklumlah dengki dgn org Islam sejak dulu lg.

  41. Sesungguhnya kafir itu berusaha memesongkan akidah umat Islam sejak dahulu kala dari zaman Nabi2 Allah utuskan,jika kamu tidak percaya akan Adam manusia pertama maknanya kamu tidak percayakan Al-Quran,adakah kamu terpedaya dengan muslihat syaitan yg dilaknat untuk memesongkan kepercayaan kamu?jd jgn jd bodoh dan pertikaikan Kalam Allah S.W.T

  42. apakah kata-kata ulamak atau hadis yang boleh dikaitkan dengan isotop??
    harap boleh jawab….

  43. apakah kata kata ulamak atau hadis yang boleh dikaitkan dengn isotop?
    isotop itu adalah salah satu tajuk sains ting.4

  44. Salam, betulkan jika sy salah. Setahu sy, beruk/monyet asalnya jg adalah drp manusia. Merupakan sebuah kaum di zaman nabi apa sy tak ingat. Dimana mereka telah dilaknat Allah menjadi binatang. Sbb itulah sifat,or mbe DNA mereka sama dgn manusia. bole cari surah mengenainya dlm Al-Quran. Waalahualam..

  45. ok, mknenye kite bukan berasal dr monyet la kn? 1st sbb Adam manusie pertama, so kalo ade fosil @ sebagainya, makhluk itu bukanlah manusie, maybe fizikal hampir sama tp die bukan manusie. so nk senang, MEMANG ADA MAKHLUK YG HAMPIR SERUPA DGN MANUSIE TP DIE BUKANLAH MANUSIE SBB ADAM ADALAH MANUSIE PERTAMA… kn? :)

  46. pembunuhan manusia yg pertama adalah sms zaman habil & qabil….. itu yg saya faham. so mcm mana pulak ada pembunuhan sebelum nabi adam. ..

  47. setahu aku…seindah2 nya ciptaan allah adalah manusia…..so kalau ikutkan sains muka manusia mcm beruk dan fizikal yg bongkok tu bukannya cantik…hem……………..

  48. Hubungan agama dengan ilmu

    Sebelum kita berbicara secara panjang lebar hubungan antara agama dengan ilmu dengan segala problematika yang bersifat kompleks yang ada didalamnya maka untuk mempermudah mengurai benang kusut yang dilihat oleh manusia seputar hubungan antara agama dengan ‘ilmu’ maka kita harus mengenal terlebih dahulu dua definisi pengertian ‘ilmu’ yang jauh berbeda satu sama lain,yaitu definisi pengertian ‘ilmu’ versi Tuhan dan versi sudut pandang manusia.
    Pertama adalah definisi pengertian ‘ilmu’ versi sudut pandang materialistik yang lahir melalui saintisme yang mendeskripsikan definisi pengertian ‘ilmu’ sebagai ‘segala suatu yang sebatas wilayah pengalaman dunia indera’ sehingga yang diluar wilayah pengalaman dunia indera menjadi tidak bisa didefinisikan sebagai wilayah ilmu.ini adalah pandangan yang kita kenal sebagai saintisme,faham ini berpandangan atau beranggapan bahwa ilmu adalah ‘ciptaan’ manusia sehingga batas dan wilayah jelajahnya harus dibingkai atau ditentukan oleh manusia.artinya manusia harus mengikuti pandangan manusia.
    Kedua adalah definisi pengertian ‘ilmu’ versi Tuhan yang mendeskripsikan ilmu sebagai suatu yang harus bisa mendeskripsikan keseluruhan realitas baik yang abstrak maupun yang konkrit sehingga dua dimensi yang berbeda itu bisa difahami secara menyatu padu.pandangan Ilahiah ini menyatakan bahwa ilmu adalah suatu yang berasal dari Tuhan sehingga batas dan wilayah jelajahnya ditentukan oleh Tuhan dan tidak bisa dibatasi oleh manusia artinya manusia harus mengikuti pandangan Tuhan.
    Mengapa bisa terjadi sesuatu yang dianggap sebagian manusia sebagai ‘benturan antara agama dengan ilmu’ (?) bila dilihat dengan kacamata Ilahi sebenarnya bukan terjadi benturan antara agama dengan ilmu sebab baik agama maupaun ilmu keduanya berasal dari Tuhan yang mustahil berbenturan.benturan itu terjadi karena manusia membatasi konsep pengertian ‘ilmu’ diseputar wilayah dunia indera,sebaliknya agama tidak membatasi wilayah ilmu sebatas wilayah pengalaman dunia indera karena ilmu harus mendeskripsikan keseluruhan realitas baik yang abstrak maupun yang gaib sehingga otomatis konsep ilmu yang di persempit wilayah jelajahnya (sehingga tak boleh menjelajah dunia abstrak) itu akan berbenturan dengan agama.
    Jadi yang berbenturan itu bukan agama vs ilmu tapi agama versus definisi pengertian ‘ilmu’ yang telah dipersempit wilayah jelajahnya.
    Agama berbicara pada wilayah realitas yang bersifat menyeluruh (yang abstrak dan yang konkrit/bagi manusia) sedang saintis materialistik hanya bergumul pada realitas yang tidak menyeluruh/hanya pada realitas lahiriah – material yang tertangkap dunia indera,(jadi kalau kita mengenal dari dasar wilayah jelajah keduanya maka kita bisa memahami berbagai benturan yang kelak terjadi antara keduanya.
    Artinya terjadinya benturan itu harus difahami dari dasar yaitu dari wilayah realitas yang dijelajahi.dan harus diingat bahwa yang berbenturan itu adalah pandangan saintis yang materialistik. vs pandangan agama yang universal,jadi bukan agama yang berbenturan dengan ilmu (ini harus diluruskan).saintis materialistik mereduksi pengertian ‘ilmu’ kepada segala suatu yang bersifat materialistik (yang harus terbukti secara empirik) dan ini yang menjadi penyebab seolah agama dan ilmu berbenturan.padahal ilmu adalah konsep atau jalan menuju pemahaman akan ‘kebenaran’ yang bersifat menyeluruh (yang didalamnya meliputi keseluruhan realitas/yang abstrak dan yang konkrit) sebab itu wilayah jelajahnya tak boleh dibatasi sebatas wilayah dunia inderawi.
    Dalam konsep Tuhan ilmu adalah suatu yang memiliki dua kaki yang satu berpijak didunia abstrak dan yang satu berpijak didunia konkrit dan konsep ilmu seperti itu akan bisa menafsirkan agama.sebaliknya konsep ilmu versi kaum materialistik hanya memiliki satu kaki yang hanya berpijak didunia konkrit yang bisa dialami oleh pengalaman dunia indera sehingga dengan konsep seperti itu otomatis ilmu tidak akan bisa menafsirkan agama.
    Jadi bila ada fitnah ‘benturan agama vs ilmu’ maka yang harus kita analisis adalah definisi pengertian ‘ilmu’ versi siapa yang berbenturan dengan agama itu,bila itu adalah definisi pengertian ‘ilmu’ versi saintisme (yang membatasi ilmu sebatas wilayah pengalaman dunia indera) maka itu adalah suatu yang pasti akan terjadi,sebab agama tidak membatasi ilmu sebatas wilayah pengalaman dunia indera sebab dalam pandangan Tuhan ilmu adalah sesuatu yang harus bisa menjangkau keseluruhan baik yang abstrak maupun yang konkrit (sehingga dua alam itu bisa difahami secara menyatu padu sebagai satu kesatuan system).
    Konsep ‘ilmu’ dalam saintisme ibarat kambing yang dikekang oleh tali pada sebuah pohon ia tak bisa jauh melangkah karena dibatasi wilayah jelajahnya harus sebatas wilayah pengalaman dunia indera sehingga ‘yang benar menurut saintisme adalah segala sesuatu yang harus terbukti secara empirik (tertangkap mata secara langsung),dengan prinsip inilah kacamata saintisme menghakimi agama sebagai ‘tidak berdasar ilmu’.
    Bandingkan dalam agama wilayah jelajah ilmu itu luas tidak dibatasi sebatas wilayah pengalaman dunia inderawi sebab itu konsep ‘ilmu’ dalam agama bisa merekonstruksikan realitas secara keseluruhan baik yang berasal dari realitas yang abstrak (yang tidak bisa tertangkap mata secara langsung) maupun realitas konkrit (yang bisa tertangkap oleh mata secara langsung).jadi ilmu dalam agama tidak seperti kambing yang dikekang.
    Yang mesti diingat ‘sains’ (kini) pengertiannya adalah ilmu seputar dunia materi (yang bisa terbukti secara empirik) jadi sains bukanlah ilmu dalam pengertian yang bersifat menyeluruh karena wilayah cakupannya terbatas sebatas dunia materi yang bisa di tangkap dunia indera,sebab itu sungguh janggal bila sains menghakimi agama yang wilayah jelajahnya meliputi keseluruhan realitas,sebab itu sama dengan meteran tukang kayu digunakan untuk mengukur lautan nan dalam.
    Jadi kesimpulannya adalah bila ingin mengenal definisi konsep pengertian ‘ilmu’ yang benar maka kita harus menyandarkannya kepada definisi pengertian ‘realitas’ yang benar (dalam arti yang utuh dan menyeluruh yang meliputi realitas yang abstrak dan yang konkrit),bila definisi pengertian ‘ilmu’ disandarkan pada definisi pengertian tentang realitas yang salah (yang tidak utuh-tidak menyeluruh) misal beranggapan bahwa ‘realitas adalah segala suatu yang tertangkap dunia pengalaman indera’ maka kita akan memperoleh definisi pengertian ‘ilmu’ yang keliru,yang timpang sebab kita akan selalu melekatkan definisi pengertian ‘ilmu’ dengan dunia alam lahiriah material yang tertangkap dunia pengalaman indera sehingga yang benar secara ilmiah menjadi ‘segala suatu yang terbukti secara empirik’.
    Dan mesti diketahui bahwa definisi pengertian ‘ilmu’ versi saintisme adalah definisi pengertian ‘ilmu’ yang tidak bersandar pada definisi tentang realitas yang utuh,sehingga dalam saintisme definisi pengertian ‘ilmu’ menjadi dibatasi sebatas wilayah pengalaman dunia indera yang bisa dibuktikan secara empirik (bukti yang tertangkap mata secara langsung).
    Dan bila kita melihat dan menilai agama dengan kacamata sudut pandang saintisme itu otomatis agama akan seperti ‘diluar wilayah ilmu’ dan sebagaimana biasa agama akan di stigma kan sebagai ‘hanya wilayah moral’ atau dianggap sebagai sesuatu yang ‘rirrasional’.
    Ironisnya banyak ilmuwan-pemikir yang menelan mentah mentah konsep saintisme ini sehingga agama dan ilmu nampak berada pada kotak yang berjauhan yang seperti sulit atau tidak isa disatu padukan.bahkan pengkaji masalah hubungan agama-ilmu seperti Ian g. barbour sekalipun belum bisa melepas kacamata saintisme ini dari pikirannya sehingga ia menemukan kerumitan yang luar basa kala membuat peta hubungan agama dengan ilmu.
    Sebaliknya bila agama dilihat dengan kacamata (definisi pengertian ‘ilmu’) yang benar maka agama akan mudah untuk direkonstruksi secara ilmiah dan keterpaduan agama dengan ilmu akan mudah untuk dibaca dan dikenali.

  49. Bila ditimbulkan soal dinosour,yaitu haiwan prasejarah yang wujud berjuta juta tahun dahulu,jiwa dan kepercayaan saya tergoncang hebat,sebabnya bila saya rujuk kepada al quran ataupun bible,kedua dua kitab ini tidak mampu untuk memberikan jawabanya,tambahan pula jika dirujuk kepada sejarah peradaban manusia,ia menyimpang jauh dari fakta dan logik.

  50. salam semua… based on main / first story…
    first nabi Allah Adam dan hawa turun ke bumi..
    pakai apa..makan apa..hidup kat mana..panas hujan mcm mana..
    itu semua asas….

    lepas tu dikurniakan anak..
    so..ilmu tentang seks dah ada..
    sapa sambut kelahiran..bidan??.. mcm mana dia control bleeding..
    mcm mana di uruskan baby…mcm mana…asas..

    lepas itu..ada yang bertani..ada yang menternak / bela bintang..
    dah ada ilmu…mana tau..

    semua ni..dah menunjukkan manusia zaman tu dah satu satu level kehidupan yang lebih daripada asas kehidupan manusia gua…

    teori darwin sebenarnya betul..
    betul untuk keadaan semasa..
    teori itu telah diterima dan berjaya dikomersial di barat
    dan seluruh dunia…
    sehinggalah ada yang berani . mula mempertikai…

    darwin adalah manusia yang berfikir…dan disebabkan
    tidak mengikut / mendapat nas dan dalil yang betul…
    maka mengikut logik akal semata maka
    teori itu pun di popular kan…

    wallahua’lam…

  51. bila saya baca tentang artikel ni…dan bila difikir2kan balik…memang betul saintis barat dan fakta Al-Quran jauh bezanya…di zaman sekarang ni terlalu banyak pengaruh barat.walau apapun fakta Al-Quran adalah yang benar dan sebenar-benarnya…
    Fakta saintis barat menyatakan dinosour adalah yang pertama di muka bumi ini walhal hakikat sebenarnya adalh Nabi Adam dan Hawa yang pertama di muka bumi ini….

    Renung-renungkanlah…..

  52. Aku setuju dengan:

    ABU.
    USAHAWANSYURGA.
    dan inksensei .

    evolusi dari beruk tu pun dah berterabur dah dia punya tree dating.
    berlubang sana.berlubang sini.jaluran satu tiada bukti.jalur 2 tiada bukti. memang ada satu kaum kena laknat pun jadi beruk. tu pasal la tersilap carbon dating tu pun. eleh..dierang org putih tu pun dalam dilema..dierang syak wasangka,samaada archeologist dia salah, carbon dating dia salah atau teori dierang salah.hehehehe

    ni video yang sebenarnya dia TAK DAPAT pastikan langsung sapa manusia paling awal pun.cari gali pun orang tak fund lagi sampai 2011.merepek.

  53. Aku setuju dengan:

    ABU.
    USAHAWANSYURGA.
    dan inksensei .

    evolusi dari beruk tu pun dah berterabur dah dia punya tree dating.
    berlubang sana.berlubang sini.jaluran satu tiada bukti.jalur 2 tiada bukti. memang ada satu kaum kena laknat pun jadi beruk. tu pasal la tersilap carbon dating tu pun. eleh..dierang org putih tu pun dalam dilema..dierang syak wasangka,samaada archeologist dia salah, carbon dating dia salah atau teori dierang salah.hehehehe

    ni video yang sebenarnya dia TAK DAPAT pastikan langsung sapa manusia paling awal pun.cari gali pun orang tak fund lagi sampai 2011.merepek.
    http://www.youtube.com/watch?v=koYWznEIV50

  54. ilmu saya memang cetek..tp bla byk yg da bc kat cni baru saya sedar n terfikir cmana dulu boleh ak terfkir ttg kewujudan manusia dan evolusi yg terjadi dlm kehidupan manusia.as Allah said, berpeganglah pd Al Quran nescaya kamu tidak akan tersesat”. di sisni kite dapat 1 ilmu baru,dapat pengetahuan yg sebelum ni kite mungkin tak terfikirkannya.apa yg saya tahu nabi Allah Adam adalah manusia pertama.segala ilmu pengetahuan ttg dunia sudah baginda tahu.semakin lama manusia semakn ramai dan banyak pula persoaln dan pemikiran yg wujud.mungkin ini menyebabkan berlaku perpecahan dan percanggahan.barat mengambl dan memanipulasi ilmu dari islam untuk menjatuhkan Islam. kita seharusnya aware ttg hal ini.
    betulkan if saya salah.

  55. Islam adalah agama penyelesaian..yg selalu terkeliru adalah mereka2 yg jarang atau tidakmmbaca al quran…didalam al quran sudah diceritakn tentang kejadian nabi adam as.begitu juga kejadian terciptanya langit dan bumi..sekiranya fakta sains itu jelas tidak selari dengan al quran kita patut mnolak trus….krna al quran mna mungkin akan silap…kalam allah….tepuk dada tye iman beb…xpyh kusut2….sesungguh nya syaitan xakan berputus asa sehingga hari kiamat nk mnyesatkn umat…nak faham sejarah awal manusia..baca kisah sejarah hidup nabi adam as…atau kisah sejarah zaman nabi2 yang lain..umat manusia mngikut zaman nabi masing2..bkn zaman batu zaman ais zaman kayu besi dan sebagai nya…make it clear…peace yo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge