Adab mendengar azan

by admin on 13/10/2009

Share

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa? Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan sakaratul maut’

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
“Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya..”

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

“Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. ..” semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin… amin Yarobbala’lamin ..”

Kita boleh menulis/mengirimkan ribuan ‘jokes’ dan ‘surat berantai’ melalui blog atau email tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali…FIKIRKANLAH, tepuk dada tanya iman.

Share

{ 16 comments… read them below or add one }

1 sofia 13/10/2009 at 2:33 PM

Yer…betul tuh…sgt di akui..kalo tak silap dulu…time zaman2 sekolah agama..ade yang ckp lepas dgr azan..niatkan doa dalam hati sebelum ke selepas kiter jawab azan tuh…can u double check balik statement nih..ape pun sebagai ilmu untuk kita share bersama eah :D
sofia´s last blog ..Why He Grows Up So Fast My ComLuv Profile

2 wawa 13/10/2009 at 4:08 PM

sewaktu azan berkumandang bolehkah kita makan?

3 Adney 13/10/2009 at 5:49 PM

subhanaAllah. Saya sendiri pun kadang bergurau2 dgn rakan ketike azan. Sungguh rase bersalah :(

4 shagrath696 13/10/2009 at 8:02 PM

wah…teringat plak,kalu time2 azan msti tngah baring la..ade je keje yg dibuat..

5 Akuro San 13/10/2009 at 8:07 PM

Selain dari tidak bercakap waktu Azan, kita juga perlu menghayati, jawab Azan, tidak berbuat bising (cth: dengar radio kuat2 atau tonton tv dgn volume yg kuat), jika tgh tidur, better bangun dari tidur kalau dengar Azan. Ada orang kata, nanti mayat jadi berat kalau tidur/baring waktu Azan. Manakala kita tak dibenarkan buat bising waktu Azan sebab syaitan akan lari dan menyorok kalau dengar azan. jadi tempat yg bising dan tidak dapat mendengar Azan adalah tempat yg akan menjadi persembunyian syaitan…

*sekadar berkongsi apa yg saya tahu… kalau ada sesiapa yg tahu dalil atau hadis mengenai Adab Dengar Azan nih, boleh lah dikongsikan disini utk rujukan kita bersama… wallahu’alam~
Akuro San´s last blog ..UniKL Graduation Day 2009 My ComLuv Profile

6 Fatin Pauzi 14/10/2009 at 11:42 AM

ERm, betul cakap Akuro San.
Masa azan, kalau kita baring, digalakkan bangun dan
menghayati azan. Kalau masa dengan azan Subuh, kita masing
di tempat tidur, diibaratkan kita sedang selimut diri kita dengan
kulit babi. Tu seingat saya dan apa yang saya ingat la. hehe.
Kalau ada yang lain nak perbetulkan statement ni dan menambah
lagi statement lain, that’s would be great. ;)
Fatin Pauzi´s last blog ..‘Hyperfocus’ Dengan Gelombang Minda Theta My ComLuv Profile

7 eyeman 14/10/2009 at 10:51 PM

betul. Banyak orang leka benda nih.
eyeman´s last blog ..Who is Dr Jonathan Wright’s? My ComLuv Profile

8 Al-Ikhwan 20/10/2009 at 8:41 AM

Aku pernah terbaca entri mengenai hal ni, wallahualam:

Pernahkah anda mendapat sebaran berbunyi begini:

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkandiri ketika azan, jika tidak Allah akankelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. “Ini jelas menunjukkan,kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya.

Saya seringkali mendapat sebaran dengan kenyataan sedemikian. Terlalu penat untuk saya menjelaskan kepada setiap seorang yang menyebarkan mesej sebegitu seorang demi seorang. Maka saya himpunkan penjelasan mengenainya ke dalam entri kali ini.

Moga entri kali ini membantu rakan-rakan yang lain memperoleh penjelasan mengenainya dan sebagai bahan menjelaskan kepada mereka yang masih menyebar tanpa periksa.

PENJELASAN

Hadis tentang kalau tidak diam ketika azan mati tidak boleh mengucap tersebut tidak diketahui dari mana asalnya. Memandangkan asalnya pun tidak diketahui, mustahil dapat dilakukan kajian ke atas sanadnya walhal sanad itu merupakan aspek penting dalam ilmu hadis. Barangsiapa yang ingin mempertahankannya perlulah membawa bukti yang menyokong kesahihan hadis tersebut. Atau sekurang-kurangnya bukti hadis tersebut wujud.

Selain daripada itu, sebaran tersebut kelihatan bertentangan dengan hadis sahih yang menyuruh menyebut semula apa yang dilaungkan muazzin bukannya diam. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إذا سمعتم النداء فقولوا مثل ما يقول المؤذن

Jika kalian mendengar seruan (adzan), ucapkanlah seperti yang dilaungkan oleh muazzin. [Sahih Muslim - no:383]

Sekalipun punya dalil jelas dalam persoalan mengulangi apa yang dilaungkan muazzin (menjawab azan). Jumhur masih tidak menetapkan hukum wajib keatasnya. Saya petik satu perbahasan dari kitab Subulus Salam (syarah kepada kitab Bulughul Maram) berkenaan dengan hukum menjawab azan:

وَقَالَ الْجُمْهُورُ : لَا يَجِبُ ، وَاسْتَدَلُّوا { بِأَنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَ مُؤَذِّنًا فَلَمَّا كَبَّرَ قَالَ : عَلَى الْفِطْرَةِ ، فَلَمَّا تَشَهَّدَ ، قَالَ : خَرَجْت مِنْ النَّارِ } أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ .

قَالُوا : فَلَوْ كَانَتْ الْإِجَابَةُ وَاجِبَةً لَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا قَالَ الْمُؤَذِّنُ ، فَلَمَّا لَمْ يَقُلْ دَلَّ عَلَى أَنَّ الْأَمْرَ فِي حَدِيثِ ” أَبِي سَعِيدٍ ” لِلِاسْتِحْبَابِ

Berkata jumhur ulamak: Tidak diwajibkan. Mereka berdalilkan (dengan satu perbuatan Nabi saw) {ketika mana baginda mendengar tukang azan melaungkan takbir, baginda bersabda : “(kamu berada) atas Fitrah.” ketika baginda mendengar syahadah, baginda bersabda : “Kamu selamat daripada neraka.”} (Hadis) dikeluarkan Muslim.[1]

Jumhur Ulama berkata : “Jika menjawab azan itu wajib, sudah pasti Nabi saw akan menyahut azan tersebut sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin. Maka apabila (terdapat perbuatan Nabi yang tidak menyahut azan seperti laungan muazzin) menjadi tanda bahawasanya arahan (menjawab azan seperti hadis dari Abi Sa’id) menunjukkan kepada istihab (sunat)…” [ As-Sana'ani, Subulus Salam. jld. 1, ms. 428]

Jika menjawab azan yang sudah jelas dalilnya pun merupakan sekadar istihab, maka tidak patut bagi sesiapa menetapkan hukum wajib diam tanpa bersandarkan apa-apa dalil sahih. Tambahan lagi, jika dilihat di dalam hadis di atas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri bercakap ketika azan.

Dan para Sahabat yang merupakan murid kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga pernah berbicara semasa azan. Daripada Thalabah bin Abi Malik al-Qurazi :

أَنَّهُمْ كَانُوا فِي زَمَانِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ يُصَلُّونَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ حَتَّى يَخْرُجَ عُمَرُ فَإِذَا خَرَجَ عُمَرُ وَجَلَسَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَأَذَّنَ الْمُؤَذِّنُونَ قَالَ ثَعْلَبَةُ جَلَسْنَا نَتَحَدَّثُ فَإِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُونَ وَقَامَ عُمَرُ يَخْطُبُ أَنْصَتْنَا فَلَمْ يَتَكَلَّمْ مِنَّا أَحَدٌ

Adalah mereka di zaman Umar bin al-Khattab, menunaikan solat (sunat) pada hari Jumaat, sehinggalah Umar masuk ke dalam masjid, apabila Umar masuk (ke dalam masjid, dan beliau duduk di atas mimbar, lalu tukang azan melaungkan azan. Kata Thalabah : Kami pun duduk (berhenti dari menunaikan solat sunat) dan kami berbicara (bersembang). Apabila azan selesai, lalu Umar berdiri untuk menyampaikan khutbah, kami pun diam dan tidak ada seorang pun daripada kami yang berbicara. [Muwata Malik dengan Syarah al-Zarqani. Jld 1, m.s. 307]

Kalau benar terdapat hadis menyatakan berbicara ketika azan akan menyebabkan tidak dapat mengucap ketika penghujung nyawa, para sahabat tentu tidak akan melakukannya kerana kesalahan itu membawa implikasi besar.

KESIMPULAN

Tiada dalil yang menyuruh diam ketika azan. Walau bagaimanapun, adalah merupakan sunnah dan lebih afdhal menjawab azan. Menetapkan hukum wajib untuk diam tanpa berlandaskan dalil sahih boleh dikatakan perbuatan melampau dan memperlakukan agama sesuka hati. Moga kita dipelihara Allah Subhana wa Ta’ala daripada sikap-sikap sedemikian.

Wallahua’lam.

alFaisal
Cyberjaya
25 Mac 2008 / 17 Rabi’ul Awal 1429
8.00 am
http://demipena.blogspot.com

9 shauqie 21/10/2009 at 11:58 AM

hadith azan ini adalah hadith dhoif

sila baca:

http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/07/benarkah-ada-ancaman-jika-berkata-kata-ketika-azan/

tolong selidik dahulu perkara seperti ini sebelum menyebarkan sesuatu,kerana kamu akan dipertanggungjawabkan di akhirat jika menyebarkan sesuatu fitnah

10 admin 21/10/2009 at 3:18 PM

Salam Shauqie.

Terima kasih kerana memberi kebenaran kepada hadith di dalam entri ini.

11 eus 02/11/2009 at 4:45 PM

salam :) tima kasih d’ats sgala penerangan tntg azan nie….

12 hamba 28/04/2010 at 12:12 PM

Assalammualaikum wbkt,

Alhamdulillah. Terima kasih atas segala penerangan tentang azan ni.. :)

JazakAllah.

Wassalam.

13 rosman 15/06/2010 at 9:21 AM

Subhanallah..
Kalau anda menyokong untuk bercakap2 atau bersembang2 perkara yang sia-sia ketika azan, tunggulah nanti saat anda ketika sakaratul maut,
Berkata sekadar yang penting tak sama dengan bercakap2 perkara yang lahga (laro)
Sekarang anda bolehlah kata macam2…
Tunggu ketika nazak nanti!

14 unknown 24/06/2010 at 3:30 AM

to rosman:

jgn tunggu mati – kite punya logik akal tak boleh mengatasi dalil

mula mencari kebenaran adalah cara islam

mungkin pada pandangan sedara berdiam dikala azan itu bagus, ya, mungkin bagus, mungkin tidak

mungkin juga jika nak gunakan logik manusia – akan merasakan hukum hudud itu kejam? – nauzubillah………

logik utk islam ada tempatnya – bukan dgn mereka-reka dalil

utk dalil dalilnya yg sahih sedara al-ikhwan dah kasi panjang lebar

sehinggakan para sahabat yang direct jumpa nabi pon bercakap – yakni menunjukkan perbuatan itu adalah yang hak

sebaik-baiknya menyeru kepada menjawab azan, itulah yang terbaik

atau zina atau mendua kan Allah dgn cara yg tidak sedar seperti mengambil dunia sbg tuhan dll

ambil perkara perkara yg benar2 berdalil – supaya kite dapat beramal

insyaAllah kekal bermanfaat

15 aris noor 14/08/2010 at 4:09 PM

Assalamualaikum
Boleh sesiapa beritahu siapa perawi hadis yang melarang kita bercakap ketika azan?

16 blowie 15/08/2010 at 6:27 AM

ermm, admin tak edit post ni?
blowie´s last blog ..Ulasan Bolasepak Malaysia vs Korea Selatan 25 Julai 2010My ComLuv Profile

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post: